Dec 20, 2011

Aku Bersama Blog

Makin jauh aku, makin kurang aku meluangkan masa untuk aku berblog. Kepada Rakan blog aku akan kembali sedikit masa lagi


Published with Blogger-droid v2.0.2

Oct 15, 2011

GADIS BERTUDUNG PUTIH

Wajah seri yang memukau
Pesona kau dipandang
Tersenyum dan terkhayal sejenak
Matamu gemilang
Bagaikan ada syurga
Di dalamnya

Aku ingin bersama
Memilik sebuah kota
Bersamamu aku diyakinkan
Ku berada di tengah-tengah
Persimpangan tak ke mana

Bawalah ku pergi
Ke mana saja
Bawalah ku lari
Dari sengsara
Manalah berhenti
Di situ terhenti
Mana kembara terselit kita

Capai tanganku
Kita berganding berdua
Genggam tanganku kita nyanyikan
Lagu yang seirama

Oct 10, 2011

Cara2 melajukan Internet Connection.


Aku dah cuba dan memang berkesan, baru lah berdesup laju connection. Buat download pun laju dah.
Pastikan cara korang buat tu ikut turutan dan DNS server tu korang leh google. Sesuai untuk semua broadband di Malaysia.

Oct 9, 2011

Ahli Terbaru Family Krasz

Alhamdulillah isteri ku selamat bersalin anak lelaki pada  6 haribulan October jam 11.10 malam.

Dah 4 orang anak aku menunjukkan aku makin tua tapi masih lagi berhati muda. hehhehe

Syukur pada Allah semuanya selamat.

Nama nya masih lagi pemilihan. seperti biasa Atok aku akan membuat keputusan dari short listed nama tu..


Oct 2, 2011

Anak Bagi Beg Dabai (Dompet)

Orang Perak menanggil wallet tu dabai.

Secara hormatnya dompet kesayangan aku telah menamatkan tugas nya selama hampir 20 tahun. Dompet aku berkhidmat dalam keadaan sungguh ekstrem pada tiap2 hujung bulan demi memenuhi kehendak aku. Keadaannya usah dibayangkan sekarang.. copak copek. kesian dan mengharu kan hati yang melihat. Tapi yang lebih mengharukan aku......

Satu pagi di hari lahir ku yang aku sendiri tak ingat. Dua insan kecil melompat ke katil lantas menyanyikan lagu yang telah lama tiada sesiapa sudi menyanyikan pada diriku. Aku yang pada mulanya menjerit dengan nada marah terpaku bila ......

"Ayah, Selamat hari Lahir yang ke......" serentak anak2 aku berkata. Aku masih lagi terpaku terkedu.
"Bak sini Adik bagi Ayah" Isyraf merampas satu bungkusan lalu menghulurkan pada ku.

Aku membuka perlahan2, Isteri bersama Si kecil memerhati lagak aku. Maklum la dah lama sangat aku tak menerima hadiah jadi kertas pembalut tu aku buka penuh berhati2. Aku selak kad kecil.....

"Ayah !! Adik dan Kakak share belikan beg duit ni....bla bla bla ......harap Ayah suka". Perggh sungguh la menyayat hati aku rasa. Si kecil menghampiri dan menghulurkan aku wallet lama aku...

"Akak kesian tengok Ayah, dah koyak rabak be duit Ayah... Akak ngan Ibu beli masa sale ni".. Lantak lah beli masa sale ke, semurah mana harganye aku tak kisah.. yg penting pemberian tu, memang aku tangkap syahdu giler la.. The best befday gift la yg aku dpt.....






Sep 29, 2011

AEON CREDIT Penganggu

Aku bukan suka sanggat buat entry memburukkan seseorang ataupun mana2 jua badan2 berdaftar, tapi kesabaran aku telah dicabar sepenuhnya...

Rintihan....

"Hallo Ini En Sunny ke, saya dari AEON Credit. En sudah........ ?" Tanpa ucap selamat aku di terpa soalan yang aku sendiri tak tau hujung pangkal.
Gampang !! dalam hati aku, call aku pepagi buta membebel tak tentu pasal.
Lantas aku menyatakan dalam nada yang paling baik, aku bukan Sunny. Petang juga dengan nada yang baik aku sekali lagi menafikan aku ni bukan Sunny. Dah masuk 4-5 bulan setiap pagi dan petang aku menerima panggilan seumpama dan dah letih aku menafikan dengan nada yang baik, makin hari aku jadi makin kurang ajar. AEON Credit yang menjadikan aku sedemikian.

Aku hairan satu organisasi sebesar AEON Credit boleh menidakkan kebenaran yang nombor telefon aku guna dah sekian lama berdaftar atas nama AZIZUL. Beratus kali aku menerangkan hal2 yang sebenarnya tapi bagi AEON Credit umpama menuang air di daun keladi. Aku tetap di anggap SUNNY.

Betapa terdesaknya mereka dalam memunggut hutang dan menunjukkan betapa bodohnye dan rakusnya mereka pada mula2 memberi hutang. Kenapa pada mula lagi korang tak check nombor telefon tu ?? Korang makan komisen la tu.. BODOH !!!!


Wahai AEON CREDIT yang sungguh kurang ajar...
-  Pertama baiki lah bahasa pemungut2 hutang anda. Tidak berbudi bahasa. Aku rasa korang ambik ah long yang telah bersara sebagai pemungut hutang kot.
-  Guna lah system yang up to date supaya anda dapat merekodkan ulasan2 caller sebelum dan tau apa berlaku sebelum membuat panggilan. Korang masih pakai system buku 555 ke pasal tu la collection korang hampeh.

Dengarlah rintihan aku ni, aku dah tak larat lagi nak menjawab panggilan dari anda. Fahami lah aku bukan Sunny dan aku tak pernah pun berhutang dengan AEON Credit. Aku beli barang CASH. Maafkan lah aku sekiranya bahasa aku kejam kerana korang lah aku jadi BEGINI. 





Sep 14, 2011

Nuju Vs Santau

Terpulang pada budi bicara pembaca.Pengalaman aku, aku share bersama, ambil iktibar....
Cuma jangan balas kejahatan manusia dengan kejahatan hadiahkan dia ucapan terima kasih kerna pahala teranaya menjadi milik anda.

Asal maju sahaja satu perniagaan kedai makan kaum Melayu pasti akan berdepan perasaan iri hati saingan nya. Maka jalan pintas yang difikirkan yang mampu berdaya saing ialah menggunakan jalan yang ditegah oleh Agama Islam. Apa salahnya korang para pekedai fikir satu cara yang dapat menarik minat pelanggan datang menikmati hidangan di kedai anda seperti menurunkan harga atau masak dengan lebih sedap lagi, ni tidak main antar je bende tu kasi lingkup saingan.

Aku tak nak cerita pasal Santau kerana korang mesti dah tau sangat tentang bende ni kan. Jadi aku cerita pasal Nuju ni. Nuju (gelaran tempat aku) ni versi baik skit la dari Santau. Yang kene abis kuat akan menderita sakit perut, loya, cirit birit dan lemah seluruh anggota badan. Versi ni rasanya dah kurang sangat orang buat kerana efek dia ciput je dan secara random. Satu hidangan tu mungkin seorang dua je akan kene tapi effeknye orang akan membawa cerita yang tak elok pada kedai makan berkenaan.

Orang dulu2 gunakan Nuju ni bila dia sakit hati bila seseorang yang diminati tu jatuh ke tangan pada orang lain. Nuju digunakan sebagai medium untuk membalas dendam pada Tuan Rumah supaya orang mengata makanan masa kenduri kahwin tu tak elok dan mendatangkan sakit. Nuju amat senang dilaksanakan kerana hanya perlu meletakakan satu biji sebesar saiz buah kanta ke dalam makanan berkenaan.

Kalau terkena Nuju kalau anda ke Klinik pastinya sakit ini akan digelar FOOD POISONING. Hanya yang arif akan dapat membezakan Nuju dan keracunan makanan ni. Keracunan makanan kene ubat sains sehari dua baik lah tapi Nuju ni kena lah skit extra rawatan nya supaya cepat baik.

Sakitnya susah nak digambarkan, setiap makanan yang masuk akan rasa perit dan perut mula panas dan anda sepatutnya bersedia lari ke bilik air, muntah tapi takde apa yang keluar - angin. sakit kala muntah tu tak boleh nak cakap la. Tulang belakang anda akan rasa sangat lenguh, kaki menggigil, badan sejuk kejap panas. Tidur pastinya tak kan lena.

Selalunya kalau dibiarkan dalam seminggu lebih boleh baik. Tapi kalau tau cara merawatnya cepat lah baik.

Alhamdulillah aku beransur sembuh. 










Aug 3, 2011

Kenapa Aku Malas Sembahyang

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang
Kerja dah best keluarga pun dah senang
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.

Apasal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang
Main bola aku sanggup sampai petang
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang
Siksa neraka cuba la aku bayang
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang


Jul 26, 2011

DI MANAKAH RAMAI MELAYU

Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Jul 21, 2011

10 Hadiah Yang Dilupakan Untuk Yang Tersayang.

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar:
Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih:
Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota:
Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa:
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian:
Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan:
Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian:
Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan:
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah:
Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa:
Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Jul 20, 2011

7 Ayat Cinta

Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. Bismillahhirrahmannirrahim;
Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah;
Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah;
Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah;
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwataillahbillah;
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah;
Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah;
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.

Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Jul 19, 2011

DOA UNTUK AKU DAN KAMU

Ya Allah,

Aku bersyukur pada-Mu

Bersyukur atas nikmat yang Kau berikan padaku

Kau pelihara diriku,imanku dan agamaku

Ketika diriku sedang leka dengan dosa pada-Mu

Ketika diriku leka dengan keindahan yang sementara itu

Ya Allah

Aku hanyalah hamba-Mu

Hamba yang senantiasa menzalimi diri

Hamba yang kufur pada nikmat-Mu

Hamba yang mengikut hawa nafsu

Ya Allah

Aku mohon pada-Mu

Kembalikanlah kemanisan iman dalam diriku

Kemanisan yang pernah Kau berikan padaku

Kemanisan yang telah Engkau ambil dariku

Atas kejahilanku yang berulang kali kulakukan

Ya Allah

Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang

Lindungilah aku,payungilah aku dengan sayap para malaikat-Mu

Peliharalah pandanganku Ya Allah

Peliharalah hatiku Ya Rabbi

Peliharalah diriku Ya Rahim

Ya Allah

Penuhilah hatiku dengan cinta dan rindu

Cinta dan rindu pada-Mu dan Rasul-Mu

Cinta dan rindu pada bisikan kalam-Mu

Cinta dan rindu pada kematian

Ya Allah

Andai aku ditakdirkan mati

Matikanlah aku dalam iman

Matikanlah aku dalam Islam

Matikanlah aku ketika aku bersujud pada-Mu

Dan matikanlah aku di dalam rumah-Mu

Ya Allah

Terimalah taubatku ini

Kerana aku

Aku takut dengan azab-Mu

Aku takut dengan panasnya api neraka-Mu

Mana mungkin dapat aku menahan sakitnya azab-Mu

Aku takut Ya Allah

Jul 14, 2011

Penyelesaian Kecurian Durian


Durian udah berbunga !!!.. Igauan taukeh durian tentang kecurian buah durian kembali menjelma.

Ini ada satu cara mudah dan tak memerlukan banyak belanja, cuma kreativi menyerlahkan caranya. Modal dawai dan sedikit gaya penggubahan bentuk.

Jika dipandang dari jauh waktu malam ni mau demam !!!!!...... 




Jul 8, 2011

63 PETUA BAHAGIA DR FADZILAH KAMSAH

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi. Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya..
51. Seimbangkan hubungan dari segi: (a) Mental, pendidikan dan ilmu (b) Emosi (c) Fizikal dan ekonomi (d) Sosial (e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza: (a) Pendapat atau pandangan (b) Hobi (c) Kegemaran (d) Makanan (e) Cita rasa (f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif. 62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun..
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

Jul 6, 2011

Samsung Galaxy Tab 10.1



Baru2 ni aku sambaq Samsung Galaxy Tab. Memang best giler. Takat Ipad 2 tu tak leh la nak lawan. Galaxy Tab ni merupakan satu complete package yang diingini masa kini.Semua application dan multimidea ada, tak seperti lain2 tablet pada masa kini. Tak rugi membeli.

Samsung menggumumkan akan mengeluarkan Samsung Galaxy tab 10.1 tak lama lagi.Mengguna sistem android honeycomb 3.0. Malas la nak komen korang tengok je la video tu... Jiwa panas baru beli dah kuar yang baru huhuhuhu... apa2 pun tabik kat Samsung Galaxy Tab.

Yang paling aku suka Galaxy Tab ni sambung kat TV tengok movie kat youtube. Dia punya connection memang laju giler hampir takde buffer. Tak yah lagi merugikan duit ke pagung wayang atau melanggan movie berbayar di TV tu..

Jun 29, 2011

AKU TETAP AKU

Siapa bilang
Aku takut
Siapa bilang
Aku hanyut

Walau tinggi manapun
Aku tetap aku
Walau kecil manapun
Aku tetap berani

Pesan mama
Pesan papa
Usah lupa
Awal mula diriku

Siapa bilang
Aku semput
Siapa bilang
Aku kalut

Walau sukar manapun
Aku tetap aku
Walau getir manapun
Aku tetap di sini

Aku pun tahu
Engkau bagai dedalu
Yang selalu
Lupakan diri
Kau lupakan bumi

Dia pun tahu
Engkau memang penakut
Lempar batu
Sembunyi tangan
Kau kaki pengecut …
Pengecut…

Aku pun tahu
Engkau bagai dedalu
Yang selalu
Lupakan diri
Kau lupakan bumi

Dia pun tahu
Engkau memang penakut
Lempar batu
Sembunyi tangan
Kau kaki pengecut …

Siapa bilang
Aku semput
Siapa bilang
Aku kalut

Walau sukar manapun
Aku tetap aku
Walau getir manapun
Aku tetap di sini…

Jun 28, 2011

Anakku Kini Artis vs Hari Lahir Ku..

Atas sebab2 hak cipta aku mengambil keputusan untuk tidak memaparkan hasil seni beliau kerana aku bimbang ia akan di muat turun oleh lanun2 cetak rompak negara.

Anakku Liya yang baru berusia 2 tahun 4 bulan sudah bergelar artis. Bukan artis rakaman atau pun pelakon. Liya memilih bidang seni lukis abstract art. Liya memilih dinding rumah, sofa, meja kerusi malah laptop aku pun dijadikan sebagai medium untuk dia merealisasikan dan menonjolkan bakatnya. Dah puas aku bagi kertas lukisan tapi bagi dia agaknya tak mencabar. Walaupun aku merasa gembira tapi dalam hati masih terasa derita. Selalu sangat aku terpaksa mengelap dinding2 rumah yang dipenuhi lukisan2 yang memukau mata. Nasib baik la aku beli cat mahal haritu... cuma perlu ambik air dan lap. Tapi aku sangat kehairanan kerana seminggu dua ni Orang Rumah aku tak lagi memarahi Liya bahkan dah menggalakkan lagi. Dibelinya pulak kaler2 baru....

Akhirnya sempena Hari Lahir aku yang ke ...... ( sorry calculator rosak ) aku bersetuju untuk menghadiahkan orang rumah aku satu pakej renovation rumah secara menyeluruh. Ada ke patut orang sambut harijadi bagi hadiah... ????? huhuhuhu....


Jun 19, 2011

Loudtalks - Blackberry

Fenomena terkini yang menghangatkan pengguna2 Blackberry masa kini. Laudtalk ialah satu program internet berupa walkie-talkie PTT (push to talk). Program ini amat senang di gunakan dah penerimaan suara amatlah jelas.

Anda terlebih dahulu mesti mendownload program ini menerusi Blackberry anda di Loudtalks. Anda seperti biasa dikehendaki Register dahulu sebelum dapat menggunakannya. Selepas itu adalah lebih baik anda set satu kekunci untuk PTT ni supaya senang untuk berbual.


  • Anda boleh bersembang secara one to one atau pun secara berkumpulan.
  • Program ini memerlukan broadband connection ataupun WIFI.
  • Menggunakan hanya sedikit data (90kb per minit)
  • Boleh digunakan untuk menghubungi kawan2 serata dunia
  • Yang penting program ini adalah FREE
  • Anda juga boleh menggunakan PC untuk bersembang.
Sila add saya : kraszbatu dan channel yang hanggat : kamceng klip.

Jun 5, 2011

Itulah kRaSz bAtU

Terima kasih seteru bersekutu, keranamu aku bertambah mutu, tetapi kebelakangan ini aku tepu idea memblog kosong dah berdebu.

Ramai bertanya aku "Krasz batu" nama apa ??? Pelik sangat ...

Hahahaha aku pun makin pelik ngan diri aku sendiri, merasakan sedang mengalami satu transformasi yang aku sendiri makin tak dapat memahami.. Kengkadang aku merasakan aku nak mewujudkan diri di alam Francis Ford Capolla, Entah lah ataupun mungkin satu transformasi ke alam 40an. Meh aku cerita sikit tentang diri Krasz batu.

Lahir di Kuala Dipang pada tahun 1975 bulan june 28 harinya. Tapi ada warga tua yang menyatakan pada diri ku itu bukanlah tarikh sebenar kerana pada tahun 70an dan ditambah kedudukan lokasi Kuala Dipang yang agak terpencil, pada masa itu juga sudah menjadi kebiasa orang2 di sana agak lambat untuk membuat pendaftaran kelahiran. Lagipun seingat aku kehidupan keluarga aku selalu berpindah randah.

Mendapat banyak pendidikan tak formal dari Datuk dan Moyang pada usia sebelum memasuki institusi pendidikan formal. Banyak belajar mengenai kehidupan dari Datuk dan dari Moyang pembelajaran berkisar survival di dunia. Di hantar ke Tadika Kuala Dipang pada usia 6 tahun. Aku tak leh lupa makanan kat Tadika tu sampai sekarang, Roti Paun sapu planta tabur gula. Hari2 ni la makanan kat sana. Dapat sijil tamat belajar Tadika, Bapak aku menggunakan kuasa Veto yang dia ada antar aku ke Anglo Chinese School di Kampar. Biarpun aku(seingat aku) meronta2 nak sekolah di kampung. Oleh kerana sekolah ni majoritinya Cina jadi aku ngan beberapa kawan rapat menubuhan "Black Hawk" yang tujuan awalnya melindungi ahli2nya dari kena buli. Walaupun exam penilaian darjah 5 aku berjaya score tapi gagal lak masuk sekolah asrama penuh, aku sangat bersyukur masa tu jadi sambung la ke sekolah menengah Anglo Chinese School sampai Tingkatan 5. Tak sempat nak melanjutkan pelajaran sebab dah gatal nak bekerja. Tu serba ringkas zaman persekolahan aku.

Sekarang dah berkahwin dengan awek kelas sebelah masa sekolah dulu. Dah ada 3 cahaya mata, 2 pompuan lawa cam ibunya dan seorang teruna yang lebih ensem dari aku. Wife tetap maintain satu je. Sekarang menetap di Ipoh ( the best place on earth), bekerja jadi jaga duit orang ramai.

Krasz Tentang Cita2/Impian/Mimpi
Alhamdulillah cita2 yang aku tulis dalam kad laporan sekolah darjah 6 aku anggap dah tercapai. Segala impian untuk memiliki sesuatu pun aku dah berjaya capai tanpa banyak pertolongan sesiapa. Alhamdulillah dan syukur kepadaNya. Baru2 ni aku bermimpi dan aku merasakan betapa seronoknya kalau aku dapat merealisasikan mimpi tu. Aku bermimpi aku memandu pesawat Gundam dan bertempur dengan tentera Israel. Aku hancurkan mereka semua.


Krasz Tentang Makan/Minum
Prinsip aku tentang makan ni simple je - Janji Halal.Bertuah Orang Rumah aku dapat orang macam aku ni.
Aku paling suka Ikan Talapia. Tak kira lah masak apa, goreng pun jadik la. Ikan Talapia Masak Merah Datuk paling best !!. Rindu masakan Tok. Nescafe favourite aku tapi 4 orang dalam dunia ni saja yang boleh buat citarasa nescafe aku. Aku sendiri buat pun tak dapat rasa camtu, Aku pun pelik macam mana 4 orang tu buat ?? Masa aku bercinta2an ngan Orang Rumah dulu pun aku test soh dia buat nescafe. Nasib baik dia pass dengan jayanya.

Krasz Tentang Muzik/Movie
Sesiapa zaman remajanya 80an dan di awal 90an dah tentu irama Rock jadi pilihan. Aku pun begitu sampai sekarang ni genre muzik lain tak dapat aku terima sangat, takat layan dengar je la. Wings dan Search paling aku minat. Album "Jerangkung Dalam Almari" dan "Bazooka Panaka" dah berpuluh kali aku cetak rompak bagi kegunaan sendiri. Aku tension lagu "Awang Spanar" aku layan. "Gadisku" aku guna pakai ngorat orang Rumah aku. "Satelit Puaka" aku tujukan pada orang tak reti bahasa.
Aku paling minat Steven Seagal sehingga aku percaya dia telah mendaki Gunung Everest sehelai sepinggang.

Krasz Tentang Politik
Buat masa ni lebih senang mengamalkan dasar berkecuali. Tak menyokong mana2 pihak dan lebih kepada penyokong gaya daun lalang ( melentuk ke sana ke mari kala di tiup angin ). Bagi aku baik di perintah mengikut sistem Khalifah Islam dari mengamalkan dasar demokrasi. Tak ke Pelik para pemimpin kutuk mengutuk sesama sendiri dan orang macam tu pulak direlakan jadi pemimpin ???. Roket paling aku anti.Nyah kau dari Tanah Melayu.


Krasz Tentang Fesyen
Bab paling aku lemah. Nasib baik aku mempunyai penasihat fesyen. Lebih suka ber-tshirt ngan berseluar Jean. Kaler tak suka yang terang2, suram2 dah memandai.

Krasz Tentang Gadjet.
Paling aku minat tentang dunia gadget ni. Tapi cuma terbahagi pada 2 benda je. Handphone dan Camera DSLR. Aku bertuah dapat Orang Rumah yang sama berminat dalam gadget ni, Jarang la dia membebel aku selalu tukar menukar handphone. Sekarang ni tengah aim nak sambaq Samsung Galaxy Tab.


Krasz Tentang Auto
Minat sangat ngan motor.Kira aku anggap diri aku ni Bikers. Cuma perbezaan Bikers sejati dengan Bikers gaya aku ni ialah Bikers tak penah pakai jam dan tak ambil peduli pasal waktu, aku lak terpaksa peduli waktu kalau tak nahas.




Krasz Tentang Social Networking.
Sila la add Facebook aku.
YM = kraszbatu
BBM pin = 235EAA4A
nak no tepon mintak le yer....

Tu la serba sedikit tentang diri aku. (ngantukkkkk )  - nanti aku sambung lagiiiiiiiiiiiiiiii.

May 28, 2011

Perkahwinan

Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka...

May 25, 2011

Opah

Buat Semua Adik2 dan Sepupu dan Kaum Kerabat IBrahim Kulop Mohammad.
Dah lebih sebulan Opah tersayang meninggalkan kita. Sedih masih terasa di hati. Tapi apakan daya yang hidup mesti terus menerus mengisi ruang kosong dalam catitan malaikat Raqib dan Atib.Yob banyak menghabiskan masa bersama Opah, dari Yob sekolah rendah sampai lah Kahwen rumah Opah lah tempat Yob lepak hari2. Terlalu banyak kenangan bersama Opah. 

Yop tak boleh lupa sampai sekarang masa Yob kecik dulu kena sengat lipan ditengah malam, Opah berlari ke rumah Moyang. Kalau korang ingat masa dulu nak kerumah Moyang macam mana ?? Penuh ngan trill ooo... Opah tak tido sampai pagi jaga Yob. Masa Yob darjah 4 dapat result periksa, Yob takut sangat nak tunjuk kat Mak, maklum lah result penuh dakwat Merah jadi Yob soh Opah sign, Opah bukannya tau sangat membaca dan menulis masa tu, tapi Opah berjaya meniru sign Abah. Selamat Yob tok beberapa hari aje laa....

Opah sporting giler, ngan Opah Yob boleh cerita macam2, dah macam kawan je. Takde duit nak dating ngan Kak Sue, Opahlah tempat mengadu. Tapi satu sikap Opah ni (korang pun tau kan) bukan senang nak dapat duit, jadi Opah soh la Yob buat kerja macam2. 

Hari Khamis tu Yob dah rasa semacam sampai lah Yob dapat panggilan dari Abah. Call Kak Sue Yob pecut balik rumah Tok. Sampai sana memang berat sangat kaki nak melangkah masuk. Paksu datang kat Yob barulah ada kekuatan nak masuk kerumah. Yob dan Paksu lah banyak menguruskan hal2 pada hari tu. Sedih sangat masa tuuu...

Beberapa hari selepas Opah dikebumikan, Mak bercerita ngan Yob yang Tok mimpikan Opah. Kata Opah pada Tok

"Un (panggilan manja Opah pada Tok) sekarang tengah hujan lebat, deme semua basah, Awak sorang aje idak ni". (kome kena baca ikut stail Opah cakap baru effek berkesan)

Apa maksud kata2 tu ?? Talipon Yob kalau tak paham. Memang masa Yob angkat jenazah, Yob rasa jenazah sangat ringan, kata orang jenazah yang ringan kurang dosa manakala jenazah berat banyak dosa. Masa pengebumian pun tak ada satu perkara yang melewatkan berlaku dan juga Opah dikebumikan pada petang JUMAAT.

Dari Azmizan Hashri
1. Uweeeeng Uwengggg! Uweeeng!
- digunakan ketika bergurau dengan kanak-kanak/bayi.

2. Keluar seorang berjambak, keluar seorang berjambak.
- pasal rambut kot, juga fungsinya sama macam nombor 1. 

3. Maghhhhi, mari..mari..
- dilaungkan untuk memanggil ayam untuk makan, laungan agak panjang beberapa harkat.

4. Emmmm Alahai..
.- ketika berdepan dengan sayu/loneliness/sober/kehilangan

selama-lamanya akan merindui quote ini meskipun tidak akan diperdengarkan lagi.

No 2 tu maksudnya : lahir lagi seorang lelaki, lahir lagi lelaki - merefer pada keluarga Saadiah kerana cucu2nya bermula dari sini.

No  3 dan 4 tu ada stail dan tone tatkala di ucapkan. Tak bisa di tiru sesiapa. 

Al-Fatihah.

May 24, 2011

BERSANGKA BURUK PADA ALLAH.

8.10 mlm
Lokasi kedai mamak depan umah aku.


Selesai menghantar anak ke kelas Tiusyen akan menghala ke kedai mamak berdekatan. Masih ada satu setengah jam lagi sebelum habis kelas anak aku tu. Pada mulanya aku berfikir nak ke Kompleks Yik Foong untuk melihat2 Samsung Galaxy Tab terbaru, taukeh kedai tu hari ni je dah 4-5 kali asik call aku suruh datang.. "Kawan lu tarak beli tarak apa punya, mari datang tengok dulu". Begitulah ayat taukeh tu memujuk aku. Dia tau 90% kemungkinan aku pasti akan sambaq satu, lagipun aku tak penah menghampakan dia sebelum ini. Korang bayangkanlah tolak Iphone 3gs aku tu balance aku leh bayar bila ada duit, mana nak dapat offer camni. !!!!!!. Memikirkan aku hanya berkain pelikat, bertshirtkan baju pagoda dan duit ada RM5 di tangan(wallet tertinggal) aku matikan niat ke sana. Lagipun aku takde alasan yang sesuai nak di bagi pada orang rumah aku - napa aku tukar lagi handphone. ( jangan cari bala).

Aku membetulkan kain pelikat, ikat kemas2 (bukan apa aku lupa pakai seluar dalam) mahu pulak nanti terlurut kain... naya aku. Aku lihat Jenal duduk sendirian, Jenal sahabat baik aku sejak dari sekolah Tadika lagi. Aku perhatikan dia, dah macam orang bermasalah. Aku menghampiri dia.

"Nal ko ni pe hal ? " aku membuka bicara.
"Ko ada duit bak skit" Jenal memandang tepat muka aku. Aku ngan Jenal ni tiada istilah hutang. Aku ada duit aku bagi dan begitu juga dia sebaliknya. Tapi aku le yang selalu menanya duit dia.
"Aku ada 5 hengget je ni, ko pe hal ?" Sekali lagi aku menanya kali ni dengan suara agak tegas.
"Ko tau masalah aku kan.... lagi mau tanya " Jenal membalas ngan suara yang keras.

Aku tau masalah Jenal, dah sekian lama dia menghadapi berbagai2 masalah dan musibah menimpa dirinya. Aku pun hairan kenapa lah Jenal di timpa masalah satu demi satu serentak. Sebagai kawan aku pun turut terasa bahangnya, Kalau aku jadi dia mau mereng kepala agaknya.

"Tuhan tak adil pada aku Zul, ko tau aku jenis orang macam mana, aku tak tinggal sembahyang, aku puasa penuh, aku ikut semua suruhan agama tapi aku tetap terus menerus dapat musibah. Ko tengok kawan kita Alip tu, sembahyang tak, minum arak, pompuan jangan cakap la tapi Tuhan tetap bagi dia kesenangan dan kemewahan. Naik pangkat dan bergaji besar tapi aku ni..... "  kata2 Jenal terhenti...

Aku teringat balik 3 tahun lepas aku mengalami situasi begini. Rasa macam dah putus harapan dan berserah pada hari ke hari. Syukur aku di beri petunjuk dari Nya. Yang penting kalau dalam situasi begini pertama kali jangan BERSANGKA BURUK PADA ALLAH. Allah turunkan musibah sebagai tanda kasih sayangnya menguji sejauh mana keimanan kita. Allah akan melihat dan menilai jiwa kita. Pertolongan Allah datang dalam pelbagai cara cuma kita kadang2 terlepas pandang atau tidak menyedarinya.

3 tahun lepas aku jumpa seorang pakcik ni dalam kedai Game. Masa tu aku tengah tension sangat. Nak release tension konon aku pi kedai game ( nasib baik la masa tu aku release tension kat kedai game kalau di buat nya aku ambik...... ). Dah abis dekat 10 hengget aku lepak di satu koner, pakcik tu datang bagi aku sebatang rokok dengan air Mirinda. Aku ambik tanpa banyak soal. "Bla bla bla bla..........." sembang punya sembang Pakcik tu bukak satu cerita.....

"Ada seorang tua, dia ni seorang yang sangat warak. berbagai2 musibah dan dugaan di turunkan, Pakcik ni tempuhi dengan sabar, hinggalah satu hari diturunkan banjir. Pasukan menyelamat datang ke rumah Pakcik tu dan menyuruh dia berpindah tapi pakcik tu cakap Takpalah Allah akan tolong aku. Air makin naik kali ni Pasukan Penyelamat datang menaiki bot, Pakcik tu tetap juga enggan berpindah, Takpalah Allah akan tolong aku katanya. Akhirnya air sudah ke paras bumbung dan Pasukan Penyelamat datang dengan bantuan Helikopter tetapi Pakcik tu tetap tak mau berpindah, Takpalah Allah akan tolong aku. Akhirnya Pakcik tu mati kelemasan. Di Sana Pakcik tu menanya pada Tuhannya, Kenapa engkau tidak mahu menolong aku padahal aku tetap hatiku padamu. Jawab tuhan, Bukankah sudah aku hantar Pasukan Penyelamat menyelamat kan engkau, kemudianya aku hantar bot menyelamatkan kau, kau masih berdegil aku hantar Helicopter juga menyelamatkan kau.Janganlah kau bersangka Buruk padaku."

Aku ceritakan balik kisah ni pada Jenal, aku tau dia endah tak endah je mendengarnya. Tapi aku harap dia sedikit sebanyak dia dapat ilham dari cerita aku tu. Yang penting kalau kita dalam situasi yang tertekan jangan sesekali bersangka buruk pada Allah.

"Tapi Alip tu ...." Jenal bersuara setelah sekian lama menyepi.
"ko jangan peduli dia, Allah turunkan kesenangan pada dia supaya diri nya makin jauh dari Allah. Kesenangan buat dia makin lupa, kalau dia masih tak ingat suatu hari nanti disana bala dah pasti." Aku cuba menyedapkan hati Jenal.

Aku letak duit 5 hengget aku menuju ke pusat tiusyen.

May 20, 2011

Piung Cinta

Di alam cinta
Rindu mengejar masa
Pilu kan terasa
Menikam-nikam jiwa..
Di dalam cinta..
Cemburu kan bertakhta
Menguji-uji kita..menguji segala..
Kini aku terapung
Bagai lelayang..
Bertalikan rindu..kurun berpuluh..
Janji dulu dilafaz
Masih lekat tersimpan
Di dalam rongga nafas
Untuk di telan senang..
Engkau dan aku..
Dibuai asyik merindu
Dan kini dipertemu..pada janji dulu..
Engkau dan aku..
Singgah di taman kalbu
Nikmati keharuman..di laman keasyikan
Engkaulah kasih..engkau cahaya..
Engkaulah sahaja..engkau segala..
Tiada antara..tiada angkara..
Tiada derhaka..kau meruntun jiwa
Saling mempercaya..bunuh sangsi prasangka
Genggam kasih kita..hingga ke garisnya..
Cinta dan rindu..
Jika dipupus ia
Kita hilang syahdu..bermurung merana..
Cinta punya sakti..
Terapi untuk diri
Doa jadi teman..akan tenang nafasan..

May 19, 2011

Macgyver





Kisah Macgyver ni berkisar seorang lelaki yang dipanggil "Macgyer" ataupun "Mac" di kalangan kawan2 nya. Macgyer ni seorang yang unik, mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang sains dan pandai mengeplotasi barang2 di sekeliling untuk di jadikan alat yang tidak bersifat membunuh musuh dan menyelamatkan nyawa dalam masa yang terdesak. Senjata Macgyver cuma pisau Swiss Army dan dari situ tercipta lah bermacam2 alat yang tak pernah di fikir tercipta. Watak Macgyver ini dilakonkan oleh Richard Dean Anderson di bantu Peter Thornton sebagai ketua di Department of External Services (DXS) yang mana merupakan sahabat baik Macgyver.Tv series ini sangat popular di sekitar tahun 1985 hingga 1992. Tagline untuk siri ni "Always Prepare For Adventure".

Macgyver ni dulu zaman aku sekolah merupakan TV series yang paling popular. Asal main je di TV malam tu, esok paginya bebudak (jangan kata bebudak para2 cikgu) pasti akan berforum berkisar kisah malam tadi. Sanggup ponteng mengaji semata2 nak tengok cerita ni. Bagi anak2 yang malas belajar tu mak bapak mesti sound macam ni " Tak nak jadi pandai macam Macgyver ke". Kalau mis satu series mahu merana mendengar kawan2 bercerita.

Para produser di Hollywood tu tak terfikir ke nak sambung siri ni ???

May 18, 2011

Di Situ

Di situ ada air di situ ada ikan. Di situ ada kemahuan di situ ada rezeki. Di situ ada rezeki di situ ada pencari rezeki. Di situ ada pencari rezeki di situ ada punca rezeki. Di situ ada punca rezeki di situ ada cara mendapatkannya. Di situ ada cara mendapatkan nya di situ ada kerja. Di situ ada kerja di situ ada rezeki. Di situ ada rezeki di situ ada anugerah Allah. Di situ ada anugerah Allah di situ ada penganutnya. Di situ ada penganutnya di situ ada kepercayaan. Di situ ada kepercayaan di situ ada kejayaan. Di situ ada kejayaan di situ ada kepuasan. Di situ ada kepuasan di situ ada kenikmatan. Di situ ada kenikmatan di situ ada kesyukuran. Di situ ada kesyukuran di situ ada keredhaan. Di situ ada keredhaan di situ ada datangnya REZEKI.

May 2, 2011

Kenapa Aku Masih Di IPOH.


Dari aku lepas SPM sampai lah sekarang dah ramai kaum kerabat dan kawan2 aku asik menanya soalan ini. Aku pun tak paham la kenapa korang suka sangat aku keluar dari Bandar Ipoh. Bagi aku Bandar Ipoh ialah the best place on earth. Semua keperluan aku ada di sini. Bagi aku mereka sebenarnya tak mengerti IPOH. Aku penah merantau bekerja di luar Ipoh, Tapi keadaan nya tak sama. Jiwa aku kosong di sana.

Kata mereka “ Ko ni nak duduk bawah ketiak Mak”. Part ni korang paling silap dalam dunia masyarakat penyayang. Aku tak nak berjauhan dengan Mak aku sebab :-
-         Aku sayang Mak/Bapak aku.
Korang semua tak sayang Mak kot ?? sebab korang sanggup duduk berjauhan ngan Mak korang. Napa ?? Takut Mak korang control ke ?? Macam mana kalau mak korang demam/sakit ?? cukup ke sekadar menalipon menanya “ Mak dah makan ubat?”.
-         Masakkan Mak aku.
Yang ni reason aku paling kuat. Kalau di suruh Chef terkenal dunia lawan memasak ngan Mak aku. Dari bau masakan je Mak aku dah menang. Jadi bodohlah aku berjauhan dengan Mak. Pada aku Mak dan Isteriku adalah tukang masak paling hebat dalam dunia ni. Tak caya ?? Korang tengok la badan aku sekarang.
    
Kata mereka “ Kerja apa ko leh buat di IPOH ?”. Islam korang tak cukup kuat bagi aku. Rezeki datang dari ALLAH bukan dari mana tempat korang duduk. Korang tau kan Ulat yang dok dalam batu pun boleh hidup. Aku tak nafikan peluang pekerjaan di IPOH terhad. Tapi pada aku itu bukan alasan utama membuat korang merantau mencari kerja di luar IPOH, itu tandanya korang ni jenis PEMILIH. Perkerjaan itu mestilah halal, insyaallah ALLAH akan turunkan rezeki bagi kamu.

Kata mereka “Boring la IPOH tak Happening”. Aku tak perlukan satu Bandar yang penuh dengan hiburan seperti konsert artis2, kelab2 malam dan macam2 lagi bentuk hiburan yang melalaikan dan menghabiskan duit. Stail aku berhibur simple je bawak anak2 pergi padang permainan ataupun lawan Street Fighter (Sony Play Station) dah cukup menghiburkan. Nak tengok konsert artis2 kat Youtube malambak ada. Karoeke pun aku tak masuk, Kelab malam lagi la…

Kata aku pada mereka “IPOH tak Jem”. Sebut jem orang IPOH tentu ingat roti dan jem tu je, Istilah jem atau kesesakan jalan raya tak wujud di IPOH. Kita boleh memandu secara santai dan tak perlu tergesa2 seperti di bandar2 lain. Parking kereta senang. Yang aku tak tahan bila plet2 kereta dari luar yang masuk IPOH ni bila memandu sungguh kurang ajar!!.

Ikutkan banyak lagi sebab2nya tapi aku rasa cukup la takat ni, mata aku pun dah ngantuk sangat ni…… aku sambung la bila mood dtg balik..

Apr 29, 2011

Tips : Kuruskan Badan Tanpa Ubat2an

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini 
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS


Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN 

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARI
 

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing 

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat 

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam 

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

Apr 25, 2011

Sekiranya Adolf Hitler Hidup Pastinya Aku akan Bersongkol Dengannya.

Asal Usul Yahudi

Kita pernah dengar bagaimana keganasan Israel di bumi Palestin, tidak kira tua atau muda saudara kita, tidak kira lelaki atau wanita saudara kita, dikencam begitu hina. Antara ceritanya adalah Wujudnya kaum yahudi dan sejarah kehidupannya, tertubuhnya Pergerakan Zionis dan Pencerobohan dibumi Palestin. Semoga segala cerita ini akan membuka minda kita dan memberi iktibar pada kehidupan kita tentang asal usul kaum Yahudi.

Asal-usul kaum yang laknat.

Pada masa ini ramai orang yang beranggapan bahawa Hebrew, Bani Israel dan Yahudi itu adalah sama sahaja. Tapi sebenarnya, setiap satu dari yang disebutkan itu adalah berbeza. Hebrew merupakan satu bahasa dan bukan rumpun bangsa. Bahasa Hebrew digunakan oleh puak nomad Semitic yang tinggal di Timur Mediterranean sebelum tahun 1300 sebelum Masihi.

Bani Israel pula adalah merupakan satu rumpun bangsa yang sememangnya pernah wujud dalam sejarah manusia. Manakala Yahudi pula adalah satu kumpulan manusia yang telah mengamalkan peradaban Hebrew dan Bani Israel.

Orang-orang Yahudi sebenarnya tergolong dari berbagai-bagai rumpun bangsa dan bukan satu bangsa yang tulen. Ia merupakan tidak lebih daripada sekumpulan komuniti manusia yang berjaya memelihara identity mereka selama 1900 tahun. Iaitu dari tarikh musnahnya wilayah kekuasaan Rom yang dikenali sebagai Judea dalam tahun 135 Masihi sehinggalah penubuhan Negara Israel dalam tahun 1948. Dalam tahun 1970, Parlimen Israel telah meluluskan satu undang-undang yang mentafsirkan Yahudi sebagai seorang yang dilahirkan daripada seorang ibu Yahudi. Satu tafsiran yang tidak mempunyai erti langsung. Apa yang telah mengekalkan perpaduan mereka ini ialah keteguhan mereka dalam memegang dan mengeamalkan agama yang dikenali sebagai Judaisme.

Orang-orang Yahudi mengabadikan diri mereka yang begitu mendalam dan bersungguh-sungguh terhadap ilmu pengetahuan. Kepada mereka, mempelajari ilmu pengetahuan adalah satu-satunya amalan keagamaan yang mesti dilakukan di dalam apa jua keadaan sekalipun. Bagaimanapun, rata-rata, Yahudi adalah orang yang tidak sepatutnya diberi muka di atas bumi ini. Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka telah dengan mudah tunduk kepada tekanan-tekanan dan desakan Yahudi. Bagaimanakah hanya sekumpulan komuniti manusia boleh diberikan sebuah Negara. Negara itu pula adalah sebuah Negara milik orang lain.

Yahudi tidak dikehendaki walau di mana-mana pun. Di antara tahun 132 hingga 135 Yahudi telah diharamkan memasuki Jerusalem. Sesiapa sahaja di kalangan mereka yang melanggar perintah itu akan dihukum bunuh. Dalam kurun ke-enam pula, orang-orang Yahudi yang merempat di Sepanyol telah diletakkan ke satu taraf kedudukan yang paling hina sekali. Semasa kebangkitan agama Kristian di Eropah, ramai orang Yahudi telah dibunuh di atas tuduhan telah menyebabkan kematian Nabi Isa. Dalam zaman Perang Salib yang berlaku di antara kurun Masihi yang ke-11 hingga kurun Masihi yang ke-13, ramai lagi orang Yahudi yang telah dibunuh. Dalam tahun 1215, majlis Gereja Roman Katholik telah mengarahkan supaya semua orang Yahudi memakai tanda pengenalan. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Khalifah Omar semasa beliau memerintah Baghdad. Dalam tahun 1920 pula, Raja Edward I, iaitu Raja England ketika itu, telah menghalau Yahudi dari bumi England. Perbuatan ini dituruti pula oleh Raja Perancis, Charles IV

Dalam abad yang ke-14 dalam satu era yang dipanggil 'Black Death', pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi menjadi sebagai satu perkara biasa sahaja. Sepanyol menghalau penduduk-penduduk Yahudi dari Negara mereka dalam tahun 1494. Portugal pula berbuat demikian dalam tahun 1497. Sejarah juga telah membuktikan bahawa orang-orang Yahudi ini telah merempat dari satu tempat ke satu tempat. Ada di antara mereka telah lari ke Turki. Nasib baiklah ketika itu Turki adalah sebuah Negara Islam yang diperintah oleh Constantinople. Islam adalah satu-satunya agama yang sangat bertoleransi. Selain dari Turki, mereka juga lari ke Rusia dan Poland. Dalam tahun 1648 terdapat kira-kira setengah juta Yahudi di Poland. Tapi tidak lama kemudian, di sekitar tahun 1648 hingga 1658, di bawah pemerintahan Bogdani Chmielnicki, sebilangan besar dari mereka telah dibunuh dan harta mereka dimusnahkan.

Selepas tahun 1650, satu era baru muncul pula di Eropah Barat berikutan dengan Reformasi Puak Protestan. Dalam era itu orang-orang Yahudi telah digalakkan pula berhijrah ke tanah jajahan British yang baru, iaitu Amerika. Dalam tahun 1791, Majlis Kebangsaan Perancis membenarkan kemasukan orang-orang Yahudi ke Negara itu. Ini dilakukan sebagai memenuhi konsep demokratik Revolusi Perancis. Namun begitu, tidak beberapa lama kemudian, Napoleon I telah membantah keras dasar itu. Sementara kedatangan orang-orang Yahudi disambut baik di Eropah Barat, Eropah Timur pula mengamalkan dasar yang berlawanan. Rusia dan Poland telah mengamalkan dasar pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi. Pembunuhan ini samalah seperti apa yang telah berlaku di Eropah Barat satu ketika dahulu.

Apabila Poland Timur menjadi sebuah tanah jajahan Rusia di antara tahun-tahun 1772 hingga 1796, orang-orang Yahudi yang masih ramai lagi hidup di situ telah dikenakan sekatan-sekatan yang hebat. Mereka juga hilang hak untuk menuntut ilmu dan berniaga. Mereka tidak dibenarkan tinggal di luar tempat-tempat yang tertentu. Bukan itu sahaja, malah Kerajaan Rusia telah menggalakkan serta membiayai pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai. Peristiwa inilah yang dikenali sebagai 'pogrom', iaitu pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai di zaman moden. Ia berlaku dalam tahun 1881 berikutan terbunuhnya Czar Alexander II.

Kemudian dalam tahun 1903 dan tahun1905, ekoran dari kegagalan Revolusi Rusia, berlaku sekali lagi pogrom. Pogrom kali ini hebat dan berlaku di 600 buah kampung orang-orang Yahudi. Mereka dicincang hidup-hidup sementara harta benda mereka serta rumah-rumah mereka dibakar. Pogrom yang mengorbankan beratus-ratus ribu orang Yahudi pula berlaku semasa Perang Saudara Rusia akibat dari Revolusi Bolshevik dalam tahun 1917. Dalam tahun 1938, pogrom juga telah berlaku di Jerman. Dan pogrom yang terbesar sekali yang pernah berlaku dalam sejarah ialah pogrom yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua di mana seramai enam juta orang-orang Yahudi telah dibunuh secara sistematik dalam apa yang dinamakan oleh Kerajaan Jerman sebagai 'penyelesaian terakhir kepada masalah orang-orang Yahudi'.

Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.

Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.

Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran

Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.

Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam

Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .

Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.

Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.

Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam

Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.

Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.

Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.

Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .

Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.

Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja.

Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:

1. Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.
2. Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.
3. Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.
4. Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.
5. Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.
6. Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.
7. Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.
8. Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.
9. Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.
10. Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.

Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

Mengapa Yahudi Ditindas?

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.

Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.

Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan ****. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.

Disebut dalam Talmud lagi:

* Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut.
* Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain.
* Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi.
* Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.

Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi

Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.

Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

Apr 21, 2011

Jenis2 Hantu Dan Cara Menewaskan Hantu

Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya.
Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak
pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.
Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.


Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh  kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.Â


Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.


Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.


Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu


Hantu Ponteng
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu nengok e-mail..macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja ... .. gurau-gurau aje,,jangan mareee...

Angkat Tangan Macam Saya.

Isnin ( senayan kata org Perak )
Tepat jam 5:45 petang waktu Ipoh Barat.
Tarikh : 18 haribulan Empat tahun ini.

Kita flash back ke tarikh 17 haribulan tahun ini jugak time lepas isyak.

"Yop moh le ngeteh, ape d rhonjang dok rhomah" Lan Rxz memanggil mengajak ke kedai Jande ujung kampung. Aku mengikat ketat kain pelikat aku naik motor RXZnya.

"Lorr yop tutup pulak kedei jande, ape kate kite ke rhomah Drani dulu boleh ngajak die naik ke Cameron Highland" Lan RXZ membuat cadangan gila.
"Kamu gile Lan memalam naik Cameron, teman udah le makai kain pelikat duit pulak tak mandang, sekupang pun tak de" Aku berdalih bukan kerana tak nak pergi tapi risau di FIRE dek orang rumah aku. Lebih pukul 12 malam aku balik siap laa aku...

"Assalammualaikum, Drani ooi Drani" aku bersama Lan bersahut2 memberi salam.

Waalaikummussalam " suara perempuan menyahut dari belakang kami.

Aku memaling kepala perlahan2. Tika itu paras aderalin aku naik memuncak. Otak memberi arahan pada kaki agar cepat berlari tapi aku kaku, aku lihat Lan cabut langkah seribu, Aku kuatkan semangat aku angkat kain pelikat tinggi2 aku hayun langkah. Beberapa langkah kemudian aku terjatuh tersadung batang cakul. Muka tesembam ke tanah, darah (skit je) keluar dari mulut kerana terhantuk batu. Aku bangun perlahan2 di bantu oleh perempuan itu.

"Makcik ooii ngape makai telekung, teman ingatkan ......., kecut teman". Aku mengelap darah.
"Makcik baru balik dari suro, Yop ni pun lemah benor semangatnye"...

Itu yang buat aku ber MC ... Itulah Flash back teman..( pinjam ayat dari filem........kome tau kan).

Anak sekolah, Orang Rumah aku bekerja, cukup sunyi aku rasakan tinggal seorang. Nengok TV boring tak de langsung cerita yang menarik minat aku. Jam baru pukul 5 lebih aku ambik keputusan keluar rumah menuju ke sekolah anak, kot2 ada member2 datang awal boleh la bergebang sementara menunggu anak keluar sekolah.

Sampai di sekolah, tak seorang pun ahli kaum bapa sampai. Aku park EX5 tepi pondok pak guard. Aku membetulkan kedudukan supaya membolehkan aku nampak dari jauh kelas anak teruna aku. Cikgu sedang rancak berceramah, sesekali kedengaran suara tawa kelas.

Aku lihat seorang demi seorang mengangkat tangan tapi berbeza caranya. Alahai gaya si Ucop Wilca dalam filem Hantu Kak Limah Balik Kampung.!!!!

Satu Kelas tu mengangkat tangan berpusing, Cikgu yang tadi nampak serius dah mula ketawa. Aku apa lagi ketawa sampai keluar air mata... Begitu hebatnya penangan Mamat Khalid...

Apr 12, 2011

Aku boroi ?

Harap dpt menjawab byk persoalan yg di tanya... Aku runcing jawab dahhhhhhh



Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya.. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.


Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak.



Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan.



Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas.



Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.


Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang卬amun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.


Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.



Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi. Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.


Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air …. isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.



Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.


Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri.. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.



Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.


Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

Mar 2, 2011

SOCIALSCOPE - Blackberry


Bagi pengguna Blackberry tentu akan menyukai applikasi Socialscope ini. Socialscope ini mengambungkan Twitter, Facebook, Foursquare, Flickr dalam satu applikasi mudah. Ini bermakna dengan Socialscope anda dapat mengakses kesemua rangkain social pada satu masa, dan juga anda dapat mengupdate status, upload gambar dan video secara serentak ke semua rangkaian social anda. Anda juga dapat melayari Facebook membuat komen seperti applikasi Facebook for Blackberry dan menerima notification di layar Blackberry anda. 

Selepas applikasi di download, anda terlebih dahulu di kehendaki register dan kemudiannya satu code acces akan dihantar ke email anda. Aktifkan code tersebut dan masukkan segala butiran Twitter, Facebook dan lain2 dan akan sudah sedia mengunakannya. 

Saya dah menggunakan applikasi ini hampir sebulan dan mendapati ianya lagi mudah dan menyeronakkan. Lagi hebat dari UbberTwitter. 

Download dan Aktifkan sekarang.

Feb 15, 2011

Awanh Trasher - Untuk ko Awang

Awang datang dari kampung
Dari kampung dia datang
Mendapat kerja kilang
Pergi pagi pulang petang
Tak kisah biasalah
Tak kisah biasalah

Awang berambut panjang
Panjangnya rambut Awang
Anting-anting di telinga kiri
Tattoo sauh di telinga kanan
Tak kisah biasalah
Tak kisah biasalah

Awang suka sendiri
‘makwe boleh cintan tadak’
Tiba malam mesti ke padang
Tengok orang lalu lalang

Dunia cerita ada senang
Falsafah hidup dan pegangan
Semua sudah ada dalam
Lagu Sodom…metallica

Kepala terantuk tiang baru teringat pesan
Limah yang anak Satu agar pulang cukup bulan
Tak kisah biasalah
Tak kisah biasalah

Alamat di sub-urbun haram
Sebumbung mat indon padang
Hidup sentiasa tak tenang
Selisih terjumpa jembalang kota