tag:blogger.com,1999:blog-83783586084097631192024-03-05T12:52:38.371+08:00kRaSz bAtUHati2 Kala Melangkah. Pastikan Langkah Itu Dimulakan Dengan Langkah Kanan. Melangkahlah Ke Depan, Tinggalkan
Kenangan Langkah DiBelakang....Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.comBlogger453125tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-36921665533685755292012-12-23T20:39:00.001+08:002012-12-23T20:39:03.493+08:00Capati
Seumur hidupku tak pernah aku melihat orang begitu ramai orang sanggup beratur dan menunggu untuk makan capati.. Hanya di Capati Simpang Pulai fenomena ini berlaku.

Jadi hari ni aku try order la... Fuhhh memang sedap giler kena pulak capati ngan kari ikan. ... Terbaek.. Nasi lemak di kedai tu pun sedap.. Isyraf anak aku makan 3 bungkus!!!!!.

Alamak aku lupa ambik gambar2 kat sana.

Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-45933530173608393412012-02-20T22:36:00.001+08:002012-02-20T22:36:34.217+08:00Mengenali Musuh: Yahudi, Bani Israel atau Zionisme?Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionist, kita
perlu memahami perbezaan Istilah yang biasanya merujuk kepada mereka.
Perkara ini penting bagi memestikan kita berhadapan dengan musuh yang
sebenarnya, dan tidak meletakkan permusuhan itu kepada yang bukan musuh.

Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka, seperti berikut:

1. Israel

Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. Ada yang
menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan
Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani
Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut
Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru,
ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa
mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti. Ada juga
yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak
menggunakan perkataan Israel sebagai nama negara haram mereka, kerana
Israel itu adalah nama nabi, pemimpin orang yang beriman.

Ada juga pendapat lain yang menyatakan perkataan Israel itu bermaksud
‘kamu mengalahkan Tuhan’, dengan merujuk kepada kisah mengarut mereka
apabila Ya’qub mengalahkan Tuhan bernama Yahwu di dalam satu sengketa.

2. Yahudi

Ada beberapa pendapat mengenai istilah Yahudi ini.
Ada yang menyatakan ianya merujuk kepada anak keempat nabi Ya’qub yang
bernama Yahuza. Raja Nebuchadnezzar II adalah pemimpin kerajaan Babylon
yang mengalahkan kuasa bangsa Yahudi ini yang ketika itu dikenali dengan
nama Kerajaan Yahuza.

Ada yang berpendapat Yahudi itu merujuk kepada pengikut nabi Allah
Musa. Bagi yang percaya dengan kitab Taurat dan Zabur, serta Kitab
Talmud yang dikarang-karut oleh Hakham (pendita) mereka, mereka
dipanggil Yahudi. Semua yang lahir daripada ibu atau bapa berbangsa
Yahudi, dianggap Yahudi oleh mereka.

Pendapat lain menyatakan yang Yahudi itu merujuk kepada keluarga Hud,
yang merupakan pecahan daripada keturunan Ibrahim. Sebahagian keturunan
Ibrahim percaya dengan seruan Musa yang akhirnya mereka ini menganggap
ianya sebagai agama baru. Ibrahim mempunyai keturunan yang ramai,
daripada anaknya Ismail lahirnya keturunan Arab dan nabi Muhammad,
sementara daripada anaknya Ishaq lahirnya bangsa Yahudi ini.

Banyak kajian mendapati yang perkataan Yahudi ini banyak merujuk
kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah
diseleweng. Ini bermakna, Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama,
dan bukannya sinonim dengan bangsa.

Sebahagian ulamak menyatakan yang di dalam al-Quran, apabila Allah
ingin menceritakan kisah jahat bangsa Yahudi ini, Allah banyak menggelar
mereka dengan perkataan Yahudi. Dan apabila Allah ingin menceritakan
mengenai kisah bangsa ini yang beriman dengan Tuhan mereka, maka Allah
akan gunakan perkataan Bani Israel. Saya dapati yang pandangan ini tidak
tepat seluruhnya, kerana ada juga ayat di mana Allah menggunakan
perkataan Bani Israel merujuk kepada bangsa berkenaan yang mengingkari
ajaran Tuhan, seperti dalam surah al-Ma’idah ayat 78:

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ
دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا
يَعْتَدُونَ (٧٨)

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di
dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa
Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu
menceroboh.

Walaupun ayat di atas menggunakan istilah min bani Israel - sebahagian daripada
bani Israel – merujuk kepada bangsa Yahudi yang kufur, akan tetapi
Allah tetap menggelar mereka sebagai bani Israel. Saya bersetuju
sekiranya dikatakan kebanyakan ayat dalam al-Quran yang melaknat bangsa
Yahudi menggunakan kalimah Yahudi, tetapi tidak semua.

3. Hebrew

Di dalam bahasa Arab, ianya dikenali dengan perkataan Ibrani. Asal
perkataannya bermaksud menyeberang, kerana orang Yahudi mengikut sejarah
dikenali sebagai bangsa yang berpindah-randah dan menyeberangi sungai.
Contohnya, nabi Allah Ya’qub menyeberangi Sungai Furat, dan juga nabi
Allah Yusuf dan nabi Allah Ibrahim A.S, semuanya terkenal dengan kisah
berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Sebahagian golongan sekular bangsa ini lebih menggelar diri mereka
dengan istilah Hebrew, kerana bagi mereka Hebrew adalah nama lama
sebelum lahirnya agama Yahudi.

4. Zionisme

Propaganda Zionist untuk membina Temple of Solomon di atas runtuhan al-Aqsa

Zionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion, merujuk kepada
tapak paling suci di dalam agama Yahudi. Mereka percaya di Bukit Zion
itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/Kuil Sulaiman). Tapak
itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah)
yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa.

Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh
orang berbangsa Yahudi. Ianya merupakan sebuah ideologi politik sempit
berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan
sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin.
Ditubuhkan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland. Dalam persidangan
pertama mereka pada tahun penubuhannya, Theodor Herzl telah dilantik
sebagai pemimpin pertama pergerakan tersebut. Modus operandi utama
pergerakan ini ialah membawa masuk bangsa-bangsa Yahudi dari seluruh
dunia terutamanya dari Amerika dan Eropah Timur, masuk ke dalam negara
Palestin. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara, seperti merampas
tanah dan juga perjanjian politik dengan kuasa penjajah, bagi
membolehkan mereka menguasai seinci demi seinci tanah Palestin. Mereka
berusaha untuk menzioniskan atau mengyahudikan identiti kawasan
berkenaan, lalu mengubah demografi tanah suci tersebut. Kajian mengenai
perubahan demografi di Palestin hasil rancangan licik mereka boleh dicapai di sini.

MENGENALI MUSUH SEBENAR

Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh
alam. Sebahagian orientalis dan musuh Islam cuma mewujudkan imej yang
kandungan al-Quran itu menganjur permusuhan mutlak kepada orang Yahudi
dan non-Muslim yang lain. Lalu mereka datangkanlah beberapa potong ayat
atau tafsiran ayat al-Quran, seperti ayat ketujuh daripada surah
al-Fatihah yang menyatakan bahawa orang yang dimurkai itu merujuk kepada
Yahudi, dan orang yang sesat itu merujuk kepada penganut Kristian.

Adalah tidak tepat kalau kita masuk ke dalam jerat musuh ini.
Sekiranya diperhatikan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, maka kita akan
dapati bahawa Islam tidak pernah mengajar kita bermusuh secara mutlak
kepada non-Muslim termasuklah juga bangsa Yahudi. Nabi sendiri pernah
berkahwin dengan Safiyyah binti Huyai, seorang puteri kepada pemimpin
Yahudi di Madinah. Islam juga membenarkan kita makan daging sembelihan
Yahudi, menggambarkan betapa rapatnya hubungan kita dengan mereka.
Selain itu, wanita mereka juga boleh dinikahi. Islam juga menganjurkan
kita melakukan urus niaga perdagangan dengan mereka, sehinggakan ada
satu bab khusus di dalam Sahih Bukhari bertajuk ‘Bab Berurusniaga Dengan
Musyrik dan Yahudi’.

Yang
menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan. Yang
menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memandang hina bangsa
selain Yahudi yang dipanggil Goyem oleh mereka. Yang menjadi musuh kita,
ialah bangsa Yahudi yang merampas tanah milik orang Palestin
termasuklah tanah waqaf seinci demi seinci demi cita-cita politik
mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang menghalalkan
pertumpahan darah orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang tua yang
tidak berdosa demi haloba perjuangan mereka.

Itulah
yang diperjuangkan oleh pergerakan Zionisme. Kini, simbol Zionisme itu
disemat erat di dalam bendera negara haram Israel. Bukan semua Yahudi
bersama-sama dengan Zionisme. Ramai juga yang menentang Zionisme
terutamanya daripada kumpulan orthodox mereka. Dan bukan semua yang
Zionisme itu adalah berbangsa Yahudi. Di dalam artikel akan datang, saya
akan dedahkah bangsa selain Yahudi yang menjadi pendokong pergerakan
Zionisme, termasuklah daripada orang Islam itu sendiri.
Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-12917668246516648192012-02-02T00:27:00.002+08:002012-02-02T00:27:33.511+08:00Kisah Pensil Dan Pemadam

Kisah Pensil & Pemadam

PENSEL : Saya minta maaf.

PEMADAM : Untuk apa?Awak tak buat salah pun dengan saya.

PENSEL
: Saya minta maaf disebabkan saya,awak cedera.Setiap kali saya buat
silap,awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya.Tapi
setiap kali awak memadamkan kesilapan saya,awak kehilangan sebahagiaan
dari diri awak,awak menjadi semakin kecil.

PEMADAM :
Takpe,saya langsung tidak kisah tentangnya kerana... saya dibuat untuk
membetulkan kesilapan yang awak dah buat.Walaupun suatu hari nanti saya
tahu bahawa saya pasti akan hilang,saya bangga dengan kerja saya ni.Jadi
jangan la risau sebab saya benci tengok awak bersedih...

PENGAJARAN:
'Ingatlah,ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai pemadam diatas
dan kita sebagai pensel.Mereka sentiasa berada disisi kita,membetulkan
segala kesilapan yang kita lakukan.Kadang-kadang mereka terluka,akan
menjadi kecil(tua) dan akhirnya hilang(meninggal dunia).Jagalah ibu anda
dan balaslah jasa mereka dengan kebaikan'.

Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-21137188606257968772011-12-20T19:58:00.001+08:002011-12-20T19:58:40.648+08:00Aku Bersama Blog
Makin jauh aku, makin kurang aku meluangkan masa untuk aku berblog. Kepada Rakan blog aku akan kembali sedikit masa lagi

Published with Blogger-droid v2.0.2
Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-89873228742079803382011-10-15T17:48:00.001+08:002011-10-15T17:49:00.724+08:00GADIS BERTUDUNG PUTIHWajah seri yang memukau
Pesona kau dipandang
Tersenyum dan terkhayal sejenak
Matamu gemilang
Bagaikan ada syurga
Di dalamnya

Aku ingin bersama
Memilik sebuah kota
Bersamamu aku diyakinkan
Ku berada di tengah-tengah
Persimpangan tak ke mana

Bawalah ku pergi
Ke mana saja
Bawalah ku lari
Dari sengsara
Manalah berhenti
Di situ terhenti
Mana kembara terselit kita

Capai tanganku
Kita berganding berdua
Genggam tanganku kita nyanyikan
Lagu yang seiramaKrasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-44023735739740968422011-10-10T09:30:00.000+08:002011-10-10T09:30:00.817+08:00Cara2 melajukan Internet Connection.

Aku dah cuba dan memang berkesan, baru lah berdesup laju connection. Buat download pun laju dah.
Pastikan cara korang buat tu ikut turutan dan DNS server tu korang leh google. Sesuai untuk semua broadband di Malaysia.

Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-28812874926106409052011-10-09T23:10:00.000+08:002011-10-09T23:11:46.514+08:00Ahli Terbaru Family Krasz

Alhamdulillah isteri ku selamat bersalin anak lelaki pada 6 haribulan October jam 11.10 malam.

Dah 4 orang anak aku menunjukkan aku makin tua tapi masih lagi berhati muda. hehhehe

Syukur pada Allah semuanya selamat.

Nama nya masih lagi pemilihan. seperti biasa Atok aku akan membuat keputusan dari short listed nama tu..

Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-28481080019499263882011-10-02T23:41:00.001+08:002011-10-02T23:41:26.089+08:00Anak Bagi Beg Dabai (Dompet)Orang Perak menanggil wallet tu dabai.

Secara hormatnya dompet kesayangan aku telah menamatkan tugas nya selama hampir 20 tahun. Dompet aku berkhidmat dalam keadaan sungguh ekstrem pada tiap2 hujung bulan demi memenuhi kehendak aku. Keadaannya usah dibayangkan sekarang.. copak copek. kesian dan mengharu kan hati yang melihat. Tapi yang lebih mengharukan aku......

Satu pagi di hari lahir ku yang aku sendiri tak ingat. Dua insan kecil melompat ke katil lantas menyanyikan lagu yang telah lama tiada sesiapa sudi menyanyikan pada diriku. Aku yang pada mulanya menjerit dengan nada marah terpaku bila ......

"Ayah, Selamat hari Lahir yang ke......" serentak anak2 aku berkata. Aku masih lagi terpaku terkedu.

"Bak sini Adik bagi Ayah" Isyraf merampas satu bungkusan lalu menghulurkan pada ku.

Aku membuka perlahan2, Isteri bersama Si kecil memerhati lagak aku. Maklum la dah lama sangat aku tak menerima hadiah jadi kertas pembalut tu aku buka penuh berhati2. Aku selak kad kecil.....

"Ayah !! Adik dan Kakak share belikan beg duit ni....bla bla bla ......harap Ayah suka". Perggh sungguh la menyayat hati aku rasa. Si kecil menghampiri dan menghulurkan aku wallet lama aku...

"Akak kesian tengok Ayah, dah koyak rabak be duit Ayah... Akak ngan Ibu beli masa sale ni".. Lantak lah beli masa sale ke, semurah mana harganye aku tak kisah.. yg penting pemberian tu, memang aku tangkap syahdu giler la.. The best befday gift la yg aku dpt.....

Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-10423754369811296052011-09-29T00:13:00.000+08:002011-10-09T23:48:58.964+08:00AEON CREDIT PengangguAku bukan suka sanggat buat entry memburukkan seseorang ataupun mana2 jua badan2 berdaftar, tapi kesabaran aku telah dicabar sepenuhnya...

Rintihan....

"Hallo Ini En Sunny ke, saya dari AEON Credit. En sudah........ ?" Tanpa ucap selamat aku di terpa soalan yang aku sendiri tak tau hujung pangkal.

Gampang !! dalam hati aku, call aku pepagi buta membebel tak tentu pasal.

Lantas aku menyatakan dalam nada yang paling baik, aku bukan Sunny. Petang juga dengan nada yang baik aku sekali lagi menafikan aku ni bukan Sunny. Dah masuk 4-5 bulan setiap pagi dan petang aku menerima panggilan seumpama dan dah letih aku menafikan dengan nada yang baik, makin hari aku jadi makin kurang ajar. AEON Credit yang menjadikan aku sedemikian.

Aku hairan satu organisasi sebesar AEON Credit boleh menidakkan kebenaran yang nombor telefon aku guna dah sekian lama berdaftar atas nama AZIZUL. Beratus kali aku menerangkan hal2 yang sebenarnya tapi bagi AEON Credit umpama menuang air di daun keladi. Aku tetap di anggap SUNNY.

Betapa terdesaknya mereka dalam memunggut hutang dan menunjukkan betapa bodohnye dan rakusnya mereka pada mula2 memberi hutang. Kenapa pada mula lagi korang tak check nombor telefon tu ?? Korang makan komisen la tu.. BODOH !!!!

Wahai AEON CREDIT yang sungguh kurang ajar...

- Pertama baiki lah bahasa pemungut2 hutang anda. Tidak berbudi bahasa. Aku rasa korang ambik ah long yang telah bersara sebagai pemungut hutang kot.

- Guna lah system yang up to date supaya anda dapat merekodkan ulasan2 caller sebelum dan tau apa berlaku sebelum membuat panggilan. Korang masih pakai system buku 555 ke pasal tu la collection korang hampeh.

Dengarlah rintihan aku ni, aku dah tak larat lagi nak menjawab panggilan dari anda. Fahami lah aku bukan Sunny dan aku tak pernah pun berhutang dengan AEON Credit. Aku beli barang CASH. Maafkan lah aku sekiranya bahasa aku kejam kerana korang lah aku jadi BEGINI.

Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-3542026906744766352011-09-14T23:41:00.000+08:002011-10-09T23:49:16.385+08:00Nuju Vs SantauTerpulang pada budi bicara pembaca.Pengalaman aku, aku share bersama, ambil iktibar....

Cuma jangan balas kejahatan manusia dengan kejahatan hadiahkan dia ucapan terima kasih kerna pahala teranaya menjadi milik anda.

Asal maju sahaja satu perniagaan kedai makan kaum Melayu pasti akan berdepan perasaan iri hati saingan nya. Maka jalan pintas yang difikirkan yang mampu berdaya saing ialah menggunakan jalan yang ditegah oleh Agama Islam. Apa salahnya korang para pekedai fikir satu cara yang dapat menarik minat pelanggan datang menikmati hidangan di kedai anda seperti menurunkan harga atau masak dengan lebih sedap lagi, ni tidak main antar je bende tu kasi lingkup saingan.

Aku tak nak cerita pasal Santau kerana korang mesti dah tau sangat tentang bende ni kan. Jadi aku cerita pasal Nuju ni. Nuju (gelaran tempat aku) ni versi baik skit la dari Santau. Yang kene abis kuat akan menderita sakit perut, loya, cirit birit dan lemah seluruh anggota badan. Versi ni rasanya dah kurang sangat orang buat kerana efek dia ciput je dan secara random. Satu hidangan tu mungkin seorang dua je akan kene tapi effeknye orang akan membawa cerita yang tak elok pada kedai makan berkenaan.

Orang dulu2 gunakan Nuju ni bila dia sakit hati bila seseorang yang diminati tu jatuh ke tangan pada orang lain. Nuju digunakan sebagai medium untuk membalas dendam pada Tuan Rumah supaya orang mengata makanan masa kenduri kahwin tu tak elok dan mendatangkan sakit. Nuju amat senang dilaksanakan kerana hanya perlu meletakakan satu biji sebesar saiz buah kanta ke dalam makanan berkenaan.

Kalau terkena Nuju kalau anda ke Klinik pastinya sakit ini akan digelar FOOD POISONING. Hanya yang arif akan dapat membezakan Nuju dan keracunan makanan ni. Keracunan makanan kene ubat sains sehari dua baik lah tapi Nuju ni kena lah skit extra rawatan nya supaya cepat baik.

Sakitnya susah nak digambarkan, setiap makanan yang masuk akan rasa perit dan perut mula panas dan anda sepatutnya bersedia lari ke bilik air, muntah tapi takde apa yang keluar - angin. sakit kala muntah tu tak boleh nak cakap la. Tulang belakang anda akan rasa sangat lenguh, kaki menggigil, badan sejuk kejap panas. Tidur pastinya tak kan lena.

Selalunya kalau dibiarkan dalam seminggu lebih boleh baik. Tapi kalau tau cara merawatnya cepat lah baik.

Alhamdulillah aku beransur sembuh.

Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-78161930835779008452011-08-03T10:03:00.002+08:002011-08-03T10:03:00.566+08:00Kenapa Aku Malas Sembahyang
Apasal la aku malas sembahyang,

Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang

Bukan ke lebih beruntung daripada tiang

Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang

Kerja dah best keluarga pun dah senang

Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang

Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.

Apasal la aku malas sembahyang

Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,

Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang

Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang

Main bola aku sanggup sampai petang

Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang

Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang

Aku kena ingat umur kita bukannya panjang

Pagi kita sihat petang boleh kejang

Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang

Siksa neraka cuba la aku bayang

Perjalanan akhirat memang terlalu panjang

Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang

Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-82436801233023617392011-07-26T10:44:00.000+08:002011-07-26T10:44:00.124+08:00DI MANAKAH RAMAI MELAYUPastinya di Kelantan dan Terengganu

Dan juga di pasar malam dan pasar minggu

Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu

Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu

Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu

Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu

Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu

Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu

Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru

Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu

Terkenal dengan budaya malas dan lesu

Berlepak buang masa tak jemu-jemu

Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu

Tengok telenovela dari Filipina dan Peru

Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu

Sambil makan junk food, kuaci dan muruku

Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru

Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu

Mana tak gendut berpenyakit selalu

Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu

Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku

Atau di perpustakaan dan majlis ilmu

Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu

Ada tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa melayu jadi begitu

Nak salahkan siapa ibubapa atau guru

Pemimpin negara atau raja dulu-dulu

Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu

Nak harap Kerajaan saja membantu

Terutama sekali kontraktor kelas satu

Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu

pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu

Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu

Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju

BOleh! dengan beberapa syarat tertentu

Pertama dengan banyak menguasai ilmu

Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku

AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu

tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantuKrasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-46379267545400886702011-07-21T09:21:00.000+08:002011-07-21T09:21:00.152+08:0010 Hadiah Yang Dilupakan Untuk Yang Tersayang.Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar:

Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih:

Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota:

Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa:

Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian:

Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan:

Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian:

Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan:

Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah:

Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa:

Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-44960889566971838632011-07-20T23:30:00.000+08:002011-07-20T23:30:57.991+08:007 Ayat CintaSabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. Bismillahhirrahmannirrahim;

Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah;

Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah;

Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah;

Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwataillahbillah;

Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah;

Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah;

Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-

banyaknya.

Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah.Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-13155935715573927572011-07-19T23:55:00.002+08:002011-07-19T23:55:44.690+08:00DOA UNTUK AKU DAN KAMUYa Allah,

Aku bersyukur pada-Mu

Bersyukur atas nikmat yang Kau berikan padaku

Kau pelihara diriku,imanku dan agamaku

Ketika diriku sedang leka dengan dosa pada-Mu

Ketika diriku leka dengan keindahan yang sementara itu

Ya Allah

Aku hanyalah hamba-Mu

Hamba yang senantiasa menzalimi diri

Hamba yang kufur pada nikmat-Mu

Hamba yang mengikut hawa nafsu

Ya Allah

Aku mohon pada-Mu

Kembalikanlah kemanisan iman dalam diriku

Kemanisan yang pernah Kau berikan padaku

Kemanisan yang telah Engkau ambil dariku

Atas kejahilanku yang berulang kali kulakukan

Ya Allah

Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang

Lindungilah aku,payungilah aku dengan sayap para malaikat-Mu

Peliharalah pandanganku Ya Allah

Peliharalah hatiku Ya Rabbi

Peliharalah diriku Ya Rahim

Ya Allah

Penuhilah hatiku dengan cinta dan rindu

Cinta dan rindu pada-Mu dan Rasul-Mu

Cinta dan rindu pada bisikan kalam-Mu

Cinta dan rindu pada kematian

Ya Allah

Andai aku ditakdirkan mati

Matikanlah aku dalam iman

Matikanlah aku dalam Islam

Matikanlah aku ketika aku bersujud pada-Mu

Dan matikanlah aku di dalam rumah-Mu

Ya Allah

Terimalah taubatku ini

Kerana aku

Aku takut dengan azab-Mu

Aku takut dengan panasnya api neraka-Mu

Mana mungkin dapat aku menahan sakitnya azab-Mu

Aku takut Ya AllahKrasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-73762069611563322032011-07-14T00:12:00.001+08:002011-07-14T00:12:21.992+08:00Penyelesaian Kecurian Durian

Durian udah berbunga !!!.. Igauan taukeh durian tentang kecurian buah durian kembali menjelma.

Ini ada satu cara mudah dan tak memerlukan banyak belanja, cuma kreativi menyerlahkan caranya. Modal dawai dan sedikit gaya penggubahan bentuk.

Jika dipandang dari jauh waktu malam ni mau demam !!!!!......

Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-3675316010994557512011-07-08T01:13:00.000+08:002011-07-08T01:13:34.806+08:0063 PETUA BAHAGIA DR FADZILAH KAMSAHTanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi. Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya..

51. Seimbangkan hubungan dari segi: (a) Mental, pendidikan dan ilmu (b) Emosi (c) Fizikal dan ekonomi (d) Sosial (e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza: (a) Pendapat atau pandangan (b) Hobi (c) Kegemaran (d) Makanan (e) Cita rasa (f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif. 62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun..

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.tKrasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-31643369826816550122011-07-06T13:39:00.000+08:002011-07-06T13:39:13.142+08:00Samsung Galaxy Tab 10.1

Baru2 ni aku sambaq Samsung Galaxy Tab. Memang best giler. Takat Ipad 2 tu tak leh la nak lawan. Galaxy Tab ni merupakan satu complete package yang diingini masa kini.Semua application dan multimidea ada, tak seperti lain2 tablet pada masa kini. Tak rugi membeli.

Samsung menggumumkan akan mengeluarkan Samsung Galaxy tab 10.1 tak lama lagi.Mengguna sistem android honeycomb 3.0. Malas la nak komen korang tengok je la video tu... Jiwa panas baru beli dah kuar yang baru huhuhuhu... apa2 pun tabik kat Samsung Galaxy Tab.

Yang paling aku suka Galaxy Tab ni sambung kat TV tengok movie kat youtube. Dia punya connection memang laju giler hampir takde buffer. Tak yah lagi merugikan duit ke pagung wayang atau melanggan movie berbayar di TV tu..

Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-69487276534794212792011-06-29T23:28:00.003+08:002011-06-29T23:28:42.914+08:00AKU TETAP AKUSiapa bilang
Aku takut
Siapa bilang
Aku hanyut

Walau tinggi manapun
Aku tetap aku
Walau kecil manapun
Aku tetap berani

Pesan mama
Pesan papa
Usah lupa
Awal mula diriku

Siapa bilang
Aku semput
Siapa bilang
Aku kalut

Walau sukar manapun
Aku tetap aku
Walau getir manapun
Aku tetap di sini

Aku pun tahu
Engkau bagai dedalu
Yang selalu
Lupakan diri
Kau lupakan bumi

Dia pun tahu
Engkau memang penakut
Lempar batu
Sembunyi tangan
Kau kaki pengecut …
Pengecut…

Aku pun tahu
Engkau bagai dedalu
Yang selalu
Lupakan diri
Kau lupakan bumi

Dia pun tahu
Engkau memang penakut
Lempar batu
Sembunyi tangan
Kau kaki pengecut …

Siapa bilang
Aku semput
Siapa bilang
Aku kalut

Walau sukar manapun
Aku tetap aku
Walau getir manapun
Aku tetap di sini…
Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-37797098182446093852011-06-28T14:11:00.000+08:002011-06-28T14:11:48.215+08:00Anakku Kini Artis vs Hari Lahir Ku..Atas sebab2 hak cipta aku mengambil keputusan untuk tidak memaparkan hasil seni beliau kerana aku bimbang ia akan di muat turun oleh lanun2 cetak rompak negara.

Anakku Liya yang baru berusia 2 tahun 4 bulan sudah bergelar artis. Bukan artis rakaman atau pun pelakon. Liya memilih bidang seni lukis abstract art. Liya memilih dinding rumah, sofa, meja kerusi malah laptop aku pun dijadikan sebagai medium untuk dia merealisasikan dan menonjolkan bakatnya. Dah puas aku bagi kertas lukisan tapi bagi dia agaknya tak mencabar. Walaupun aku merasa gembira tapi dalam hati masih terasa derita. Selalu sangat aku terpaksa mengelap dinding2 rumah yang dipenuhi lukisan2 yang memukau mata. Nasib baik la aku beli cat mahal haritu... cuma perlu ambik air dan lap. Tapi aku sangat kehairanan kerana seminggu dua ni Orang Rumah aku tak lagi memarahi Liya bahkan dah menggalakkan lagi. Dibelinya pulak kaler2 baru....

Akhirnya sempena Hari Lahir aku yang ke ...... ( sorry calculator rosak ) aku bersetuju untuk menghadiahkan orang rumah aku satu pakej renovation rumah secara menyeluruh. Ada ke patut orang sambut harijadi bagi hadiah... ????? huhuhuhu....

Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-3999743807333201852011-06-19T23:46:00.001+08:002011-10-09T23:50:59.174+08:00Loudtalks - Blackberry

Fenomena terkini yang menghangatkan pengguna2 Blackberry masa kini. Laudtalk ialah satu program internet berupa walkie-talkie PTT (push to talk). Program ini amat senang di gunakan dah penerimaan suara amatlah jelas.

Anda terlebih dahulu mesti mendownload program ini menerusi Blackberry anda di Loudtalks. Anda seperti biasa dikehendaki Register dahulu sebelum dapat menggunakannya. Selepas itu adalah lebih baik anda set satu kekunci untuk PTT ni supaya senang untuk berbual.

Anda boleh bersembang secara one to one atau pun secara berkumpulan.

Program ini memerlukan broadband connection ataupun WIFI.

Menggunakan hanya sedikit data (90kb per minit)

Boleh digunakan untuk menghubungi kawan2 serata dunia

Yang penting program ini adalah FREE

Anda juga boleh menggunakan PC untuk bersembang.

Sila add saya : kraszbatu dan channel yang hanggat : kamceng klip. Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-6914087058425460512011-06-05T23:43:00.000+08:002011-06-05T23:43:30.967+08:00Itulah kRaSz bAtUTerima kasih seteru bersekutu, keranamu aku bertambah mutu, tetapi kebelakangan ini aku tepu idea memblog kosong dah berdebu.

Ramai bertanya aku "Krasz batu" nama apa ??? Pelik sangat ...

Hahahaha aku pun makin pelik ngan diri aku sendiri, merasakan sedang mengalami satu transformasi yang aku sendiri makin tak dapat memahami.. Kengkadang aku merasakan aku nak mewujudkan diri di alam Francis Ford Capolla, Entah lah ataupun mungkin satu transformasi ke alam 40an. Meh aku cerita sikit tentang diri Krasz batu.

Lahir di Kuala Dipang pada tahun 1975 bulan june 28 harinya. Tapi ada warga tua yang menyatakan pada diri ku itu bukanlah tarikh sebenar kerana pada tahun 70an dan ditambah kedudukan lokasi Kuala Dipang yang agak terpencil, pada masa itu juga sudah menjadi kebiasa orang2 di sana agak lambat untuk membuat pendaftaran kelahiran. Lagipun seingat aku kehidupan keluarga aku selalu berpindah randah.

Mendapat banyak pendidikan tak formal dari Datuk dan Moyang pada usia sebelum memasuki institusi pendidikan formal. Banyak belajar mengenai kehidupan dari Datuk dan dari Moyang pembelajaran berkisar survival di dunia. Di hantar ke Tadika Kuala Dipang pada usia 6 tahun. Aku tak leh lupa makanan kat Tadika tu sampai sekarang, Roti Paun sapu planta tabur gula. Hari2 ni la makanan kat sana. Dapat sijil tamat belajar Tadika, Bapak aku menggunakan kuasa Veto yang dia ada antar aku ke Anglo Chinese School di Kampar. Biarpun aku(seingat aku) meronta2 nak sekolah di kampung. Oleh kerana sekolah ni majoritinya Cina jadi aku ngan beberapa kawan rapat menubuhan "Black Hawk" yang tujuan awalnya melindungi ahli2nya dari kena buli. Walaupun exam penilaian darjah 5 aku berjaya score tapi gagal lak masuk sekolah asrama penuh, aku sangat bersyukur masa tu jadi sambung la ke sekolah menengah Anglo Chinese School sampai Tingkatan 5. Tak sempat nak melanjutkan pelajaran sebab dah gatal nak bekerja. Tu serba ringkas zaman persekolahan aku.

Sekarang dah berkahwin dengan awek kelas sebelah masa sekolah dulu. Dah ada 3 cahaya mata, 2 pompuan lawa cam ibunya dan seorang teruna yang lebih ensem dari aku. Wife tetap maintain satu je. Sekarang menetap di Ipoh ( the best place on earth), bekerja jadi jaga duit orang ramai.

Krasz Tentang Cita2/Impian/Mimpi

Alhamdulillah cita2 yang aku tulis dalam kad laporan sekolah darjah 6 aku anggap dah tercapai. Segala impian untuk memiliki sesuatu pun aku dah berjaya capai tanpa banyak pertolongan sesiapa. Alhamdulillah dan syukur kepadaNya. Baru2 ni aku bermimpi dan aku merasakan betapa seronoknya kalau aku dapat merealisasikan mimpi tu. Aku bermimpi aku memandu pesawat Gundam dan bertempur dengan tentera Israel. Aku hancurkan mereka semua.

Krasz Tentang Makan/Minum

Prinsip aku tentang makan ni simple je - Janji Halal.Bertuah Orang Rumah aku dapat orang macam aku ni.

Aku paling suka Ikan Talapia. Tak kira lah masak apa, goreng pun jadik la. Ikan Talapia Masak Merah Datuk paling best !!. Rindu masakan Tok. Nescafe favourite aku tapi 4 orang dalam dunia ni saja yang boleh buat citarasa nescafe aku. Aku sendiri buat pun tak dapat rasa camtu, Aku pun pelik macam mana 4 orang tu buat ?? Masa aku bercinta2an ngan Orang Rumah dulu pun aku test soh dia buat nescafe. Nasib baik dia pass dengan jayanya.

Krasz Tentang Muzik/Movie

Sesiapa zaman remajanya 80an dan di awal 90an dah tentu irama Rock jadi pilihan. Aku pun begitu sampai sekarang ni genre muzik lain tak dapat aku terima sangat, takat layan dengar je la. Wings dan Search paling aku minat. Album "Jerangkung Dalam Almari" dan "Bazooka Panaka" dah berpuluh kali aku cetak rompak bagi kegunaan sendiri. Aku tension lagu "Awang Spanar" aku layan. "Gadisku" aku guna pakai ngorat orang Rumah aku. "Satelit Puaka" aku tujukan pada orang tak reti bahasa.

Aku paling minat Steven Seagal sehingga aku percaya dia telah mendaki Gunung Everest sehelai sepinggang.

Krasz Tentang Politik

Buat masa ni lebih senang mengamalkan dasar berkecuali. Tak menyokong mana2 pihak dan lebih kepada penyokong gaya daun lalang ( melentuk ke sana ke mari kala di tiup angin ). Bagi aku baik di perintah mengikut sistem Khalifah Islam dari mengamalkan dasar demokrasi. Tak ke Pelik para pemimpin kutuk mengutuk sesama sendiri dan orang macam tu pulak direlakan jadi pemimpin ???. Roket paling aku anti.Nyah kau dari Tanah Melayu.

Krasz Tentang Fesyen

Bab paling aku lemah. Nasib baik aku mempunyai penasihat fesyen. Lebih suka ber-tshirt ngan berseluar Jean. Kaler tak suka yang terang2, suram2 dah memandai.

Krasz Tentang Gadjet.

Paling aku minat tentang dunia gadget ni. Tapi cuma terbahagi pada 2 benda je. Handphone dan Camera DSLR. Aku bertuah dapat Orang Rumah yang sama berminat dalam gadget ni, Jarang la dia membebel aku selalu tukar menukar handphone. Sekarang ni tengah aim nak sambaq Samsung Galaxy Tab.

Krasz Tentang Auto

Minat sangat ngan motor.Kira aku anggap diri aku ni Bikers. Cuma perbezaan Bikers sejati dengan Bikers gaya aku ni ialah Bikers tak penah pakai jam dan tak ambil peduli pasal waktu, aku lak terpaksa peduli waktu kalau tak nahas.

Krasz Tentang Social Networking.

Sila la add Facebook aku.

YM = kraszbatu

BBM pin = 235EAA4A

nak no tepon mintak le yer....

Tu la serba sedikit tentang diri aku. (ngantukkkkk ) - nanti aku sambung lagiiiiiiiiiiiiiiii.Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-21323562151409916132011-05-28T12:58:00.001+08:002011-05-28T12:58:13.982+08:00PerkahwinanPada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka...Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-26152525099740889842011-05-25T15:16:00.000+08:002011-05-25T15:16:14.955+08:00Opah
Buat Semua Adik2 dan Sepupu dan Kaum Kerabat IBrahim Kulop Mohammad.

Dah lebih sebulan Opah tersayang meninggalkan kita. Sedih masih terasa di hati. Tapi apakan daya yang hidup mesti terus menerus mengisi ruang kosong dalam catitan malaikat Raqib dan Atib.Yob banyak menghabiskan masa bersama Opah, dari Yob sekolah rendah sampai lah Kahwen rumah Opah lah tempat Yob lepak hari2. Terlalu banyak kenangan bersama Opah.

Yop tak boleh lupa sampai sekarang masa Yob kecik dulu kena sengat lipan ditengah malam, Opah berlari ke rumah Moyang. Kalau korang ingat masa dulu nak kerumah Moyang macam mana ?? Penuh ngan trill ooo... Opah tak tido sampai pagi jaga Yob. Masa Yob darjah 4 dapat result periksa, Yob takut sangat nak tunjuk kat Mak, maklum lah result penuh dakwat Merah jadi Yob soh Opah sign, Opah bukannya tau sangat membaca dan menulis masa tu, tapi Opah berjaya meniru sign Abah. Selamat Yob tok beberapa hari aje laa....

Opah sporting giler, ngan Opah Yob boleh cerita macam2, dah macam kawan je. Takde duit nak dating ngan Kak Sue, Opahlah tempat mengadu. Tapi satu sikap Opah ni (korang pun tau kan) bukan senang nak dapat duit, jadi Opah soh la Yob buat kerja macam2.

Hari Khamis tu Yob dah rasa semacam sampai lah Yob dapat panggilan dari Abah. Call Kak Sue Yob pecut balik rumah Tok. Sampai sana memang berat sangat kaki nak melangkah masuk. Paksu datang kat Yob barulah ada kekuatan nak masuk kerumah. Yob dan Paksu lah banyak menguruskan hal2 pada hari tu. Sedih sangat masa tuuu...

Beberapa hari selepas Opah dikebumikan, Mak bercerita ngan Yob yang Tok mimpikan Opah. Kata Opah pada Tok

"Un (panggilan manja Opah pada Tok) sekarang tengah hujan lebat, deme semua basah, Awak sorang aje idak ni". (kome kena baca ikut stail Opah cakap baru effek berkesan)

Apa maksud kata2 tu ?? Talipon Yob kalau tak paham. Memang masa Yob angkat jenazah, Yob rasa jenazah sangat ringan, kata orang jenazah yang ringan kurang dosa manakala jenazah berat banyak dosa. Masa pengebumian pun tak ada satu perkara yang melewatkan berlaku dan juga Opah dikebumikan pada petang JUMAAT.

Dari Azmizan Hashri

1. Uweeeeng Uwengggg! Uweeeng!

- digunakan ketika bergurau dengan kanak-kanak/bayi.

2. Keluar seorang berjambak, keluar seorang berjambak.

- pasal rambut kot, juga fungsinya sama macam nombor 1.

3. Maghhhhi, mari..mari..

- dilaungkan untuk memanggil ayam untuk makan, laungan agak panjang beberapa harkat.

4. Emmmm Alahai..

.- ketika berdepan dengan sayu/loneliness/sober/kehilangan

selama-lamanya akan merindui quote ini meskipun tidak akan diperdengarkan lagi.

No 2 tu maksudnya : lahir lagi seorang lelaki, lahir lagi lelaki - merefer pada keluarga Saadiah kerana cucu2nya bermula dari sini.

No 3 dan 4 tu ada stail dan tone tatkala di ucapkan. Tak bisa di tiru sesiapa.

Al-Fatihah.
Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8378358608409763119.post-68328770692865667522011-05-24T10:02:00.004+08:002011-05-24T10:02:00.604+08:00BERSANGKA BURUK PADA ALLAH.8.10 mlm

Lokasi kedai mamak depan umah aku.

Selesai menghantar anak ke kelas Tiusyen akan menghala ke kedai mamak berdekatan. Masih ada satu setengah jam lagi sebelum habis kelas anak aku tu. Pada mulanya aku berfikir nak ke Kompleks Yik Foong untuk melihat2 Samsung Galaxy Tab terbaru, taukeh kedai tu hari ni je dah 4-5 kali asik call aku suruh datang.. "Kawan lu tarak beli tarak apa punya, mari datang tengok dulu". Begitulah ayat taukeh tu memujuk aku. Dia tau 90% kemungkinan aku pasti akan sambaq satu, lagipun aku tak penah menghampakan dia sebelum ini. Korang bayangkanlah tolak Iphone 3gs aku tu balance aku leh bayar bila ada duit, mana nak dapat offer camni. !!!!!!. Memikirkan aku hanya berkain pelikat, bertshirtkan baju pagoda dan duit ada RM5 di tangan(wallet tertinggal) aku matikan niat ke sana. Lagipun aku takde alasan yang sesuai nak di bagi pada orang rumah aku - napa aku tukar lagi handphone. ( jangan cari bala).

Aku membetulkan kain pelikat, ikat kemas2 (bukan apa aku lupa pakai seluar dalam) mahu pulak nanti terlurut kain... naya aku. Aku lihat Jenal duduk sendirian, Jenal sahabat baik aku sejak dari sekolah Tadika lagi. Aku perhatikan dia, dah macam orang bermasalah. Aku menghampiri dia.

"Nal ko ni pe hal ? " aku membuka bicara.

"Ko ada duit bak skit" Jenal memandang tepat muka aku. Aku ngan Jenal ni tiada istilah hutang. Aku ada duit aku bagi dan begitu juga dia sebaliknya. Tapi aku le yang selalu menanya duit dia.

"Aku ada 5 hengget je ni, ko pe hal ?" Sekali lagi aku menanya kali ni dengan suara agak tegas.

"Ko tau masalah aku kan.... lagi mau tanya " Jenal membalas ngan suara yang keras.

Aku tau masalah Jenal, dah sekian lama dia menghadapi berbagai2 masalah dan musibah menimpa dirinya. Aku pun hairan kenapa lah Jenal di timpa masalah satu demi satu serentak. Sebagai kawan aku pun turut terasa bahangnya, Kalau aku jadi dia mau mereng kepala agaknya.

"Tuhan tak adil pada aku Zul, ko tau aku jenis orang macam mana, aku tak tinggal sembahyang, aku puasa penuh, aku ikut semua suruhan agama tapi aku tetap terus menerus dapat musibah. Ko tengok kawan kita Alip tu, sembahyang tak, minum arak, pompuan jangan cakap la tapi Tuhan tetap bagi dia kesenangan dan kemewahan. Naik pangkat dan bergaji besar tapi aku ni..... " kata2 Jenal terhenti...

Aku teringat balik 3 tahun lepas aku mengalami situasi begini. Rasa macam dah putus harapan dan berserah pada hari ke hari. Syukur aku di beri petunjuk dari Nya. Yang penting kalau dalam situasi begini pertama kali jangan BERSANGKA BURUK PADA ALLAH. Allah turunkan musibah sebagai tanda kasih sayangnya menguji sejauh mana keimanan kita. Allah akan melihat dan menilai jiwa kita. Pertolongan Allah datang dalam pelbagai cara cuma kita kadang2 terlepas pandang atau tidak menyedarinya.

3 tahun lepas aku jumpa seorang pakcik ni dalam kedai Game. Masa tu aku tengah tension sangat. Nak release tension konon aku pi kedai game ( nasib baik la masa tu aku release tension kat kedai game kalau di buat nya aku ambik...... ). Dah abis dekat 10 hengget aku lepak di satu koner, pakcik tu datang bagi aku sebatang rokok dengan air Mirinda. Aku ambik tanpa banyak soal. "Bla bla bla bla..........." sembang punya sembang Pakcik tu bukak satu cerita.....

"Ada seorang tua, dia ni seorang yang sangat warak. berbagai2 musibah dan dugaan di turunkan, Pakcik ni tempuhi dengan sabar, hinggalah satu hari diturunkan banjir. Pasukan menyelamat datang ke rumah Pakcik tu dan menyuruh dia berpindah tapi pakcik tu cakap Takpalah Allah akan tolong aku. Air makin naik kali ni Pasukan Penyelamat datang menaiki bot, Pakcik tu tetap juga enggan berpindah, Takpalah Allah akan tolong aku katanya. Akhirnya air sudah ke paras bumbung dan Pasukan Penyelamat datang dengan bantuan Helikopter tetapi Pakcik tu tetap tak mau berpindah, Takpalah Allah akan tolong aku. Akhirnya Pakcik tu mati kelemasan. Di Sana Pakcik tu menanya pada Tuhannya, Kenapa engkau tidak mahu menolong aku padahal aku tetap hatiku padamu. Jawab tuhan, Bukankah sudah aku hantar Pasukan Penyelamat menyelamat kan engkau, kemudianya aku hantar bot menyelamatkan kau, kau masih berdegil aku hantar Helicopter juga menyelamatkan kau.Janganlah kau bersangka Buruk padaku."

Aku ceritakan balik kisah ni pada Jenal, aku tau dia endah tak endah je mendengarnya. Tapi aku harap dia sedikit sebanyak dia dapat ilham dari cerita aku tu. Yang penting kalau kita dalam situasi yang tertekan jangan sesekali bersangka buruk pada Allah.

"Tapi Alip tu ...." Jenal bersuara setelah sekian lama menyepi.

"ko jangan peduli dia, Allah turunkan kesenangan pada dia supaya diri nya makin jauh dari Allah. Kesenangan buat dia makin lupa, kalau dia masih tak ingat suatu hari nanti disana bala dah pasti." Aku cuba menyedapkan hati Jenal.

Aku letak duit 5 hengget aku menuju ke pusat tiusyen.Krasz bAtuhttp://www.blogger.com/profile/05661625967120579804noreply@blogger.com1