Terima kasih seteru bersekutu, keranamu aku bertambah mutu, tetapi kebelakangan ini aku tepu idea memblog kosong dah berdebu. 
Ramai bertanya aku "Krasz batu" nama apa ??? Pelik sangat ...
Hahahaha  aku pun makin pelik ngan diri aku sendiri, merasakan sedang mengalami  satu transformasi yang aku sendiri makin tak dapat memahami.. Kengkadang  aku merasakan aku nak mewujudkan diri di alam Francis Ford Capolla,  Entah lah ataupun mungkin satu transformasi ke alam 40an. Meh aku cerita  sikit tentang diri Krasz batu.
Lahir di Kuala Dipang  pada tahun 1975 bulan june 28 harinya. Tapi ada warga tua yang  menyatakan pada diri ku itu bukanlah tarikh sebenar kerana pada tahun  70an dan ditambah kedudukan lokasi Kuala Dipang yang agak terpencil,  pada masa itu juga sudah menjadi kebiasa orang2 di sana agak lambat  untuk membuat pendaftaran kelahiran. Lagipun seingat aku kehidupan  keluarga aku selalu berpindah randah.
Mendapat banyak  pendidikan tak formal dari Datuk dan Moyang pada usia sebelum memasuki  institusi pendidikan formal. Banyak belajar mengenai kehidupan dari  Datuk dan dari Moyang pembelajaran berkisar survival di dunia. Di hantar  ke Tadika Kuala Dipang pada usia 6 tahun. Aku tak leh lupa makanan kat  Tadika tu sampai sekarang, Roti Paun sapu planta tabur gula. Hari2 ni la  makanan kat sana. Dapat sijil tamat belajar Tadika, Bapak aku  menggunakan kuasa Veto yang dia ada antar aku ke Anglo Chinese School di  Kampar. Biarpun aku(seingat aku) meronta2 nak sekolah di kampung. Oleh  kerana sekolah ni majoritinya Cina jadi aku ngan beberapa kawan rapat  menubuhan "Black Hawk" yang tujuan awalnya melindungi ahli2nya dari kena  buli. Walaupun exam penilaian darjah 5 aku berjaya score tapi gagal lak  masuk sekolah asrama penuh, aku sangat bersyukur masa tu jadi sambung  la ke sekolah menengah Anglo Chinese School sampai Tingkatan 5. Tak  sempat nak melanjutkan pelajaran sebab dah gatal nak bekerja. Tu serba  ringkas zaman persekolahan aku.
Sekarang dah berkahwin  dengan awek kelas sebelah masa sekolah dulu. Dah ada 3 cahaya mata, 2  pompuan lawa cam ibunya dan seorang teruna yang lebih ensem dari aku.  Wife tetap maintain satu je. Sekarang menetap di Ipoh ( the best place  on earth), bekerja jadi jaga duit orang ramai.
Krasz Tentang Cita2/Impian/Mimpi
Alhamdulillah  cita2 yang aku tulis dalam kad laporan sekolah darjah 6 aku anggap dah  tercapai. Segala impian untuk memiliki sesuatu pun aku dah berjaya capai  tanpa banyak pertolongan sesiapa. Alhamdulillah dan syukur kepadaNya.  Baru2 ni aku bermimpi dan aku merasakan betapa seronoknya kalau aku  dapat merealisasikan mimpi tu. Aku bermimpi aku memandu pesawat Gundam  dan bertempur dengan tentera Israel. Aku hancurkan mereka semua.
Krasz Tentang Makan/Minum
Prinsip aku tentang makan ni simple je - Janji Halal.Bertuah Orang Rumah aku dapat orang macam aku ni.
Aku  paling suka Ikan Talapia. Tak kira lah masak apa, goreng pun jadik la.  Ikan Talapia Masak Merah Datuk paling best !!. Rindu masakan Tok.  Nescafe favourite aku tapi 4 orang dalam dunia ni saja yang boleh buat  citarasa nescafe aku. Aku sendiri buat pun tak dapat rasa camtu, Aku pun  pelik macam mana 4 orang tu buat ?? Masa aku bercinta2an ngan Orang  Rumah dulu pun aku test soh dia buat nescafe. Nasib baik dia pass dengan  jayanya. 
Krasz Tentang Muzik/Movie
Sesiapa  zaman remajanya 80an dan di awal 90an dah tentu irama Rock jadi  pilihan. Aku pun begitu sampai sekarang ni genre muzik lain tak dapat  aku terima sangat, takat layan dengar je la. Wings dan Search paling aku  minat. Album "Jerangkung Dalam Almari" dan "Bazooka Panaka" dah  berpuluh kali aku cetak rompak bagi kegunaan sendiri. Aku tension lagu  "Awang Spanar" aku layan. "Gadisku" aku guna pakai ngorat orang Rumah  aku. "Satelit Puaka" aku tujukan pada orang tak reti bahasa.
Aku paling minat Steven Seagal sehingga aku percaya dia telah mendaki Gunung Everest sehelai sepinggang. 
Krasz Tentang Politik
Buat  masa ni lebih senang mengamalkan dasar berkecuali. Tak menyokong mana2  pihak dan lebih kepada penyokong gaya daun lalang ( melentuk ke sana ke  mari kala di tiup angin ). Bagi aku baik di perintah mengikut sistem  Khalifah Islam dari mengamalkan dasar demokrasi. Tak ke Pelik para  pemimpin kutuk mengutuk sesama sendiri dan orang macam tu pulak  direlakan jadi pemimpin ???. Roket paling aku anti.Nyah kau dari Tanah  Melayu.
Krasz Tentang Fesyen
Bab paling aku  lemah. Nasib baik aku mempunyai penasihat fesyen. Lebih suka ber-tshirt  ngan berseluar Jean. Kaler tak suka yang terang2, suram2 dah memandai. 
Krasz Tentang Gadjet.
Paling  aku minat tentang dunia gadget ni. Tapi cuma terbahagi pada 2 benda je.  Handphone dan Camera DSLR. Aku bertuah dapat Orang Rumah yang sama  berminat dalam gadget ni, Jarang la dia membebel aku selalu tukar  menukar handphone. Sekarang ni tengah aim nak sambaq Samsung Galaxy Tab. 
Krasz Tentang Auto
Minat sangat ngan  motor.Kira aku anggap diri aku ni Bikers. Cuma perbezaan Bikers sejati  dengan Bikers gaya aku ni ialah Bikers tak penah pakai jam dan tak ambil  peduli pasal waktu, aku lak terpaksa peduli waktu kalau tak nahas. 
Krasz Tentang Social Networking.
Sila la add Facebook aku.
YM = kraszbatu
BBM pin = 235EAA4A 
nak no tepon mintak le yer....
Tu la serba sedikit tentang diri aku. (ngantukkkkk )  - nanti aku sambung lagiiiiiiiiiiiiiiii.
nice info
ReplyDeletethanks for your information