Jan 7, 2009

Mengubah saiz teks dlm pelayar web

Anda yg mengalami kesukaran membaca teks dalam sesuatu mukasurat web sehingga terasa seperti hendak memakai cermin mata, tak perlu berbuat demikian sebenarnya. Anda yang menggunakan pelayar Internet Explorer ataupun Firefox,boleh menambahkan saiz teks dengan cepat hanya dgn menekan kekunci Control tanpa dilepaskan sambil kekunci bertanda + pada papan Numeric ditekan sekejap. Sebaliknya jika saiz teks mahu dikecilkan pula, tekan kekunci - pula. Mudah dan tentu sekali cepat.

Senang je kan !!..


Jan 6, 2009

Sekolah Time Setat

Penggal pertama persekolahan telah bermula, takde la peluang nak bangun lewat dah. Rutin bz dan kelam kabut aku pun dah bermula hari ni. hehehehehehe
Tahun ni Mira dah darjah 3 dan putera aku yang encem macam aku baru je masuk darjah 1. Tengok depa bersiap pagi tadi aku rasakan diri ni dah semakin tua. Cepat sangat rasanya masa berlalu.

IMAGE_097 IMAGE_096
Anak2 aku bersekolah sessi petang. Pagi aku masukkan anak aku ke Sekolah Agama Rakyat. Pelajaran Agama sangat penting masa ni. Kelas bermula dari pukul 8 hingga 10:45 pagi.
IMAGE_105 IMAGE_106
Sesiapa yang nampak 2 orang budak ni berpakaian seragam memasuki premises terutama Cyber Cafe waktu sekolah jangan teragak2 bagitau aku!!

Masuk je kereta, "Ayah duit banje mana ?" .. Aduhhh !! budak2 zaman sekarang ni duit je di ingatnya. Aku hulurkan sorang seringgit. "Ayah mana cukup!!" (saja nak test anak aku). Betul jugak kata anak aku, zaman sekarang ni Seringgit apa dapat. "Ayah dulu sekolah Opah bagi Ayah 40 sen je tau!! cukuplah tu". Aku hulur lagi Seringgit sorang. Mewah tol budak2 sekarang ni, tak macam aku dulu nak mintak sekupang kat mak pun takut. Dalam kereta fikiran aku melayang, teringgat masa aku bersekolah dulu. Mak bagi belanja 40 sen jer tapi cukup bagi aku membeli makanan kat kantin. Sekarang ni jangan harap laa,, Air sirap pun dah 40 sen.

IMAGE_107

"Ayah balik le.. tak payah tunggu kakak.. Ayah pergi tengok adik" ..

IMAGE_121


Ni dia class Isyraf..
1 BESTARI.. Sekarang dah tak guna cam dulu .. 1 Hijau , 1 Biru ke . Pemilihan nama class pun dah dikomersialkan.
IMAGE_119

Aku suruh Isyraf duduk depan sekali. Biar senang cikgu nak monitor.. Jangan ikut ayahnya kat class duduk belakang sekali..
Pas usha class dia apa yang patut aku balik.

IMAGE_125
Waktu rehat Isyraf, terpaksa datang balik ke sekolah. Ibunya risau sangat kot dia tak dapat makan.
Aku kata kat Ibunya nak beli kan dia "KFC or pizza ke?" hehehehhehee

Jan 5, 2009

E-book

Aku nak share 2 e-book ni..

1. Games People Play
The Psychology Of Human Relationship


folder_with_file




2. Hardcore Windows XP

folder_with_file

Jan 4, 2009

Acces Block website

you

Penyelesainya :-

Problem ni selalu jadik kat Opis. Pihak pengurusan dah block website favourite kita tu, cuba try website ni. Moga2 dengan ni anda boleh acces dan meneruskan kegiatan anda tu..


Works trough an encrypted connection (SSL)
- Support connections to secure websites (HTTPS Sites)
- Hides the real client IP providing an anonymous connection
- Support Cookies, support cookie editing, and custom cookie creation!
- Support Posting (Post, Get, & Query Post)
- Support of Uploads!
- We do not log URLs or other navigation information
- Support all kind of files (Html, Swf, Pdf, Zip, Rar, etc...)
- Clean Design: No ADS, Banners or surfing console, you will see as you are surfing the web directly

Jan 3, 2009

Kellie's Castle

2537284220_6a49014dbc index.php
13b444376c606ef0 321125144_150b6f8bc8
inderx.php 3112693474_3accf4b0e0

Sejarah
Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah. Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker.
William Kellie Smith berasal dari sebuah kampung bernama Kellas di bahagian timur laut Scotland. Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 ketika berusia 20 tahun. Semasa di Pulau Pinang, beliau berkenalan dengan Alma Baker, seorang kontraktor di Kinta. Beliau kemudiannya berjaya di Batu Gajah sebagai pengusaha ladang getah Kellas Estate, Kinta Kellas Estate, dan lombong bijih timah Kinta Kellas Dredging Company.
Di zaman kegemilanganny a, hartawan Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupabentuk sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras. Bangunan yang mempunyai 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan dengan lift iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua, akan dibina sebuah padang tenis dengan lantai simen. Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.
Apabila Perang Dunia Pertama tamat, sejenis wabak Spanish Flu merebak dari Eropah ke Asia, sampai Tanah Melayu dan juga Ladang Kellas. Ramai pekerja ladang dijangkiti wabak itu meninggal dunia. Ketua pekerja meminta Kellie Smith membina sebuah kuil supaya mereka boleh mendoakan keselamatan pekerja dari wabak tersebut. Kellie Smith fasih bertutur bahasa Tamil dan Melayu. Beliau mengarahkan semua tukang yang sedang membina Kellas House supaya membina sebuah kuil baru di kawasan ladang berhampiran dengan jalan raya. Di bumbung kuil itu terdapat sebaris patung dewa Hindu dan di tengah-tengah barisan tersebut terdapat sebuah patung yang memakai pakaian pengurus ladang bangsa Eropah dengan topi putih. Kuil tersebut masih digunakan oleh pekerja Ladang Kinta Kellas hingga ke hari ini.
Walau bagaimanapun bangunan Kellas House tidak dapat disiapkan pembinaannya apabila Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun. Sungguhpun Kellas House atau Kellie's Castle itu hanya seperti bangunan dalam keadaan 'sedang dibina', namun keunikannya menjadi salah satu tarikan pengunjung ke Batu Gajah kini.Istana ini dibuka kepada kunjungan awam dari jam 8.30 pagi - 7.00 petang (setiap hari). Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
No. Tel. - 05-3668198
No. Faks - 05-3668199


Bayaran masuk aku dah lupa .. kena tanya kat Sandora Kellie Castle ni dekat ngan umah dia... hehehhehee

Lagenda ikan Tapah

Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja.






Asal Yang Empunya Cerita

Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun.


Bermulanya Kisah

Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan.


Si Kaduk

Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya.


Ayam

Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani.

Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam.


Pertarungan Ayam

Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah:

Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata

Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya
Dan di pihak Sultan pula:

Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah.

Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.


Kekalahan

Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.

Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.


Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.

Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan.


Sumpah

Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:

Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya.

Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.


Tebus

Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.

Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah.

Setelah segala nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa. Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis

Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.

Sekarang Emas Kerongsang Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan.

Aku dapat cite ni dari Sedi di Komuniti Silverian (forum orang Perak)

Jan 2, 2009

Azam Berazam

"Krasz apa azam ko tahun ni aarr ?" aku benggang dah nak jawab soalan2 ni. Tiap2 tahun soalan ni dapat rating paling popular.. Jumpa member , kat Facebook, kat myspace soalan ni je la dia orang tanya.. Apa la yang baguih dengan azam aku tu ? Aku tak tau la ... kot2 azam aku tiap2 tahun unik gamaknya. Jadi aku jawab "Azam aku tahun ni tak nak buat azam".

Tapi dalam hati aku bertekad .....
tahun ni ahli keluarga aku kan bertambah ( bukan tambah orang umah daa), Wife aku dijangka bersalin pada 14/2 ni (tarikh apa tu yer) anak yang ke-3. Aku sedar aku dah semakin lanjut umur. Tekad aku nak beri penuh perhatian pada keluarga, bimbing anak2 aku menjadi umat Islam yang sempurna dan berjaya dalam hidupnya. Tekad (bukan azam yer) aku menjayakan jaya hidup kaum keluarga aku.!!!

Selamat Tahun Baru pada semua penggunjung blog aku ni.. Maaf dipinta kalau ada salah silap...

Ronda2 Pekan

Dua teknologi permotoran bertemu !!

DSC00561 DSC00499
Bangga tengok rakyat Malaysia pakai kereta Ferrari. Geram oooo!!!!
Ntah dapat ke idak aku pakai kereta ni ??
Kat Bandar Ipoh masih ada lagi kereta lembu digunakan. Siapa follow belakang gerenti angin punya... hehehhehee

Jan 1, 2009

Tips Anti-Phishing

Phishing ni satu bentuk jenayah penipuan bagi mencuri maklumat peribadi terutama sekali data perbankan. Banyak dilakukan menerusi emel yang menghendaki pengguna membuka laman web yang menyerupai laman web perbankan. Laman web ini direka khas untuk mencuri data perbankan kita.

Tips mengelak anti-phishing

1. Anda harus tau pihak perbankan tidak akan menghubungi kita menerusi emel untuk meminta kata laluan.

2. Pastikan bila mengakses ke laman web perbankan itu adalah milik institusi perbankan yang disahkan dengan cara memastikan terdapatnya ikon "padlock" di sebelah bawah kanan anda. Dan pastikan juga setiap laman web perbankan url nya "https://".

3. Semak penyata bank anda selalu dan pastikan setiap transaksi adalah betul.

4.
Install perisian Anti-Phishing seperti Panda Internet Security. Beli la software yang original, jangan la guna yang lanun..

5. Jangan mengakses laman perbankan di Cyber Cafe.