Showing posts with label Lepas 10sen. Show all posts
Showing posts with label Lepas 10sen. Show all posts

Aug 3, 2011

Kenapa Aku Malas Sembahyang

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang
Kerja dah best keluarga pun dah senang
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.

Apasal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang
Main bola aku sanggup sampai petang
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang
Siksa neraka cuba la aku bayang
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang


Jul 26, 2011

DI MANAKAH RAMAI MELAYU

Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

May 20, 2011

Piung Cinta

Di alam cinta
Rindu mengejar masa
Pilu kan terasa
Menikam-nikam jiwa..
Di dalam cinta..
Cemburu kan bertakhta
Menguji-uji kita..menguji segala..
Kini aku terapung
Bagai lelayang..
Bertalikan rindu..kurun berpuluh..
Janji dulu dilafaz
Masih lekat tersimpan
Di dalam rongga nafas
Untuk di telan senang..
Engkau dan aku..
Dibuai asyik merindu
Dan kini dipertemu..pada janji dulu..
Engkau dan aku..
Singgah di taman kalbu
Nikmati keharuman..di laman keasyikan
Engkaulah kasih..engkau cahaya..
Engkaulah sahaja..engkau segala..
Tiada antara..tiada angkara..
Tiada derhaka..kau meruntun jiwa
Saling mempercaya..bunuh sangsi prasangka
Genggam kasih kita..hingga ke garisnya..
Cinta dan rindu..
Jika dipupus ia
Kita hilang syahdu..bermurung merana..
Cinta punya sakti..
Terapi untuk diri
Doa jadi teman..akan tenang nafasan..

May 18, 2011

Di Situ

Di situ ada air di situ ada ikan. Di situ ada kemahuan di situ ada rezeki. Di situ ada rezeki di situ ada pencari rezeki. Di situ ada pencari rezeki di situ ada punca rezeki. Di situ ada punca rezeki di situ ada cara mendapatkannya. Di situ ada cara mendapatkan nya di situ ada kerja. Di situ ada kerja di situ ada rezeki. Di situ ada rezeki di situ ada anugerah Allah. Di situ ada anugerah Allah di situ ada penganutnya. Di situ ada penganutnya di situ ada kepercayaan. Di situ ada kepercayaan di situ ada kejayaan. Di situ ada kejayaan di situ ada kepuasan. Di situ ada kepuasan di situ ada kenikmatan. Di situ ada kenikmatan di situ ada kesyukuran. Di situ ada kesyukuran di situ ada keredhaan. Di situ ada keredhaan di situ ada datangnya REZEKI.

Feb 15, 2011

Awanh Trasher - Untuk ko Awang

Awang datang dari kampung
Dari kampung dia datang
Mendapat kerja kilang
Pergi pagi pulang petang
Tak kisah biasalah
Tak kisah biasalah

Awang berambut panjang
Panjangnya rambut Awang
Anting-anting di telinga kiri
Tattoo sauh di telinga kanan
Tak kisah biasalah
Tak kisah biasalah

Awang suka sendiri
‘makwe boleh cintan tadak’
Tiba malam mesti ke padang
Tengok orang lalu lalang

Dunia cerita ada senang
Falsafah hidup dan pegangan
Semua sudah ada dalam
Lagu Sodom…metallica

Kepala terantuk tiang baru teringat pesan
Limah yang anak Satu agar pulang cukup bulan
Tak kisah biasalah
Tak kisah biasalah

Alamat di sub-urbun haram
Sebumbung mat indon padang
Hidup sentiasa tak tenang
Selisih terjumpa jembalang kota

Feb 6, 2011

AKU TAKKAN BISING

Malam buta sunyi sepi
Ada bayi menangis
Terfikir aku fikir
Laluku memikir
Kenapa apa mahunya
Laparkah atau dahaga
Kenapa apa mahunya
Laparkah atau dahaga

Lalu anjing lalu menyalak
Macam ada hantu
Seram sejuk meremang
Akan bulu romaku
Kenapa apa maksudnya
Kita sama-sama tahu sudah
Kenapa apa maksudnya 
Kita sama-sama tahu sudah

Disini ada orang suka membebel
Siang malam pagi petang
Tak henti-henti
Kenapa apa sebabnya
Entah apa-apa entah 

Dini hari aku masih menyanyi
Kata orang
Aku sendiri
Yang tak sedar diri
Maafkan aku kawan
Maafkan aku
Wahai makhluk tuhan
Maafkan aku kawan
Maafkan aku
Wahai makhluk tuhan

Oklah aku takkan bising
Oklah aku takkan bising
Oklah aku takkan bising

Jan 25, 2011

MABUK 7 LAUTAN

YA ALLAH !! Kurniakan pintaan tulus pelayar ini restukalah keranamu menyuluh laluan penuh karang di balik gelora.

Demi nafas serta nyawa
Yang berlegar di nyali
Tak pernah ku naksir
Kikisan namamu
Pabila kelodan melintasi langit kirmizi
Aduhai ratu kosmik
Kau ku edan
Dan ku asyik

Kurniakan
Pintaan tulus pelayar ini
Restukanlah
Keranamu
Menyuluh laluan penuh karang
Di balik gelora

Sungguh
Aku tagih
Kama
Keramatmu
Kasihanlah

Ku yang mabuk 7 lautan
Mendamba sempadan kabut dua rasa
Tinggal membilang layang-layang
Sejak hilang jejak hari dan minda

Kurniakan
Pintaan tulus fakirmu
Restulah ratu
Kerana anggunmu
Pada ku yang sengsara

Sungguh
Aku rindu
Kama
Keramatmu
Restuilah
mi nafas serta nyawa Yang berlegar di nyali Tak pernah ku naksir Kikisan namamu Pabila kelodan melintasi langit kirmizi Aduhai ratu kosmik Kau ku edan Dan ku asyik Kurniakan Pintaan tulus pelayar ini Restukanlah Keranamu Menyuluh laluan penuh karang Di balik gelora Sungguh Aku tagih Kama Keramatmu Kasihanlah Ku yang mabuk 7 lautan Mendamba sempadan kabut dua rasa Tinggal membilang layang-layang Sejak hilang jejak hari dan minda Kurniakan Pintaan tulus fakirmu Restulah ratu Kerana anggunmu Pada ku yang sengsara Sungguh Aku rindu Kama Keramatmu Restuilah

Jan 20, 2011

Laki Jugak Kena !!!

Laki talipon,
> > Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
> > Bini jawab,
> > Takmau bang, bini awak diet...
> > Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
> > Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
> > Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....
> >
> >
> > Bila laki query balik,
> > Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
> >
> >
> > Bini jawab,
> > Memangla orang kata takmau apa-apa...
> > Tapi belikan jerla apa-apa....
> > Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
> >
> > Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?
> > -----------------------------------------------------------------
> >
> >
> > Laki talipon bini,
> > Petangni awak nak masak apa Yang?
> >
> >
> > Bini jawab,
> > Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
> > Balik keja ni Abang makan siap-siaplah
> >
> >
> > Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
> > Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
> > Sampai umah, sendawa bau kamben...
> > Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
> > Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
> > Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
> >
> > Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
> > Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
> > Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
> > Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?
> >
> > ----------------------------------------------------------------
> >
> > Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
> > Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
> > Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
> > Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
> >
> > Si laki punyala seronok weeiii....
> > Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
> >
> > Bila dah siap, kuar bilik...
> > Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
> > Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?
> >
> > ----------------------------------------------------------------
> > Bang, ujung mingguni balik kampung nak?
> >
> > Abang keja lah yang....
> >
> > Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
> > Pastu abang balik la KL balik
> >
> >
> > Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
> > Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
> >
> >
> > Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
> > Abang bila nak balik ambik kitorang bang?
> >
> >
> > ----------------------------------------------------------------
> > Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
> > Abang tak kesian bini abang ker...
> > Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
> > Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
> >
> > Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
> >
> > Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir
plak..
> > Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
> > Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
> > Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
> > kenapa spender ni awak lipat tiga?
> > kenapa? kenapa? kenapa?
> >
> > ---------------------------------------------------------------
> > Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
> > bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
> >
> > Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
> > Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...
> > pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
> > bukan ada org nk tengok ponnn...
> >
> > Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
> > Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
> > Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
> > kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...
> >
> > ----------------------------------------------------------
> >
> > Kesian lelaki... 

Jan 8, 2011

JERANGKUNG DALAM ALMARI

Apa ada dalam kamu 
Ada juga di dalam kami 
Apa ada dalam kami 
Ada juga di dalam kamu 
aku adalah aku adalah aku 

Apa ada dalam kamus 
Ada juga di dalam diri 
Apa ada dalam diri 
Ada juga di dalam kamus 
kami adalah kami adalah kami 

Maafkanlah kami 
Dalam generasi ini 
Tak faham 
Tak kenal 
Syair perahu 
Tunjang pujangga Melayu 

Apa ada dalam kamus 
Ada juga di dalam diri 
Apa ada dalam diri 
Ada juga di dalam kamus 

Maafkanlah kami 
Dalam generasi kami 
Menjerit... 
Meraung... 
Menjadi jiwa nafas dan nadi kami 

Maafkanlah kami 
Dalam generasi kami 
Menjerit... 
Meraung...

Mar 17, 2010

WAHAI DIRI

Wahai diri……
Apakah kamu mengira ada jarak antara kamu dan orang yang kamu cintai?
Sesungguhnya tidak ada, sama sekali tidak ada...!
Jarak adalah yang memisahkanmu dari Penciptamu, Pencipta orang yang kamu
cintai.
Jarak adalah yang memisahkanmu dengan Yang Maha Pengasih.

Wahai diri…..
Apakah kamu mengira ada jarak antara kamu dan harta yang kamu cintai?
Sesungguhnya tidak ada, sama sekali tidak ada...!
Jarak adalah yang memisahkanmu dari Pemberi harta yang kamu cintai.
Jarak adalah yang memisahkanmu dengan Yang Maha Pemberi.

Wahai diri….
Apakah kamu mengira ada jarak antara kamu dan dunia yang kamu kejar?
Sesungguhnya tidak ada, sama sekali tidak ada...!
Jarak adalah yang memisahkanmu dari Pemilik Bumi dan Langit.
Jarak adalah yang memisahkanmu dengan Yang Maha Pencipta.

Wahai diri…..
Takutlah akan Jarak...
Jarak yang akan mendekatkan dirimu dari Azab-NYA.
Jarak yang akan menjauhkan dirimu dari Ridha-NYA.
Jarak yang akan menyeretmu masuk ke Neraka-NYA.
Jarak yang akan menolakmu masuk ke Surga-NYA.

Wahai diri……
Takutlah akan Jarak yang sebenarnya...
Hilangkan Jarak itu hingga tak ada lagi Penghalang.
Penghalang antara diri yang Hina dengan Rabb yang Mahamulia.
Penghalang antara diri yang Kotor dengan Rabb yang Mahasuci.
Penghalang antara diri yang penuh Dosa dengan Rabb yang Maha Pengampun.
Penghalang antara diri yang penuh Kekurangan dengan Rabb yang
Mahasempurna.

Wahai diri……….
Hilangkanlah Jarak, singkaplah Penghalang...
Dari Jiwa, penuhilah dengan keikhlashan...
Dari Dunia, hindarilah dengan Zuhud...
Dari Syaithan, mohonlah pertolongan dari Rabb-mu...
Dari Hawa Nafsu, perangilah dengan kesungguhan...

Wahai diri……
Takutlah akan Jarak...!
Takutlah akan Jarak yang sebenarnya...!

Feb 26, 2010

Aint Got No Soul

hey, hey, hey, I mean, what can I say
tak tahulah apa dah jadi pada dunia today
aku di sini sebenarnya nak cerita-cerita
cerita pasal member gua
kerana duit lupa dunia
waktu baru berkenalan dia budak innocent
tersangat innocent
if you know what I'm sayin
sehinggalah satu hari dia cimpok dengan "pusher"
dia ikut jejaknye pasal nak cepat kaya
I got to admit, man
that he looked sharp
dengan rayban nya, 3-piece-suit nya
neck tie semuanya lengkap
awek keliling pinggang, ferari merah, condo mewah
tapi satu saja slack 'cause
he ain't got no soul, man
ain't got no soul


ha! ha! ada ke patut one day dia datang kat gua
dia belanja ku makan
nak bodek la kononnya
lepas makan dia tanya "do you want something nice?"
bila ku tanya apa dia
he showed me one packet of "ice"
"yo, home boy! apa la kamu nie?
ini bukannya sebarang, you know ice ice baby"
aku cakap pada dia aku tak main benda tu
dia pun dengan sedihnya terus blah rasa malu
sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga
dia kena kantoi sekarang lepak di pudu crime
doesn't pay until today I say
"yo, man! You ain't got no soul?
ain't got no soul"


inilah pengajaran di sebalik cerita
janganlah terlalu leka sampai agama terlupa
the best thing to do is don't get into this mess
or I'll be sayin
you ain't got no soul, boy!
ain't got no soul?
-raggamuffin-
hey, these are the words passed by my great granddaddy
hey, these are the words passed by my great dranddaddy if you want to be
a man don't chicken out
of your problems
don't take no drugs? it worsens situation
if you wanna be a man you gotta have a little soul
gotta have alittle patience so we'll have a healthy nation
these are the words passed by my great grandaddy, hey
ain't got no soul

Dec 16, 2009

Black Rose




BLACK ROSE
(Rock)
BIODATA
PENYANYI
Ajin
Amir (Amiruddin Mat Aris; lahir 1968; pernah menyertai kumpulan Cinema)

GITAR
Jepp
Man (pernah menyertai kumpulan Etika)
Roslan

BASS
Mario (Azhar Osman)
DRAM
Ain (Shahrin)
PENCAPAIAN
Juara bulanan pertandingan Muzik-Muzik TV3, lagu Penantian (1991)
Bertanding dalam Anugerah Juara Lagu TV3, lagu Penantian (1991)



Aku memang cukup minat ngan lagu2 Rock Kapak. Dari dulu sampai sekarang minat aku tak pudar. Dalam banyak2 kumpulan aku minat ngan Kumpulan Black Rose, Search, Wings dll.

Seingat aku Black Rose ni popular dalam tahun 1991. Masa tu aku ting. 3 rasanya. Time ni irama Rock tengah popular. Sana sini lagu2 rock. Fun Fair gerenti ada kumpulan rock buat show. Best masa tu. Black Rose ni popular ngan lagu Penantian. Feeling abis layan lagu ni.





Nov 18, 2009

Baru Ku Tahu

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang .



ahahhahahahaa.. aku tengah tension.. jadi aku surf net cari cite lawak.....

Nov 8, 2009

Layu

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Sep 13, 2009

Udah Setahun

Dah setahun lebih aku ber blog. Kejap je rasa masa. Dalam setahun ni aku rase semalam la yang teramai pelawat melawat blog aku.

Banyak pengalaman dan ramai kawan2 baru aku dapat. Terima kasih pada semua.

Kalau ada kata2 aku yang tak siok pada anda tu harap lah maaf. Aku menulis ikut sedap aku je. Tak nak selindung2 apa2.

Aug 1, 2009

Entry Yang Sangat Pendek

Assalammualaikum Semua

May 3, 2009

iphone vs p-phone. p-phone the best





Kenapa aku kata Public Phone lebih bagus dari iphone ?
1. Tak Payah Charge
2. Full Malaysia Coverage
3. Boleh kongsi ngan semua orang.
4. Cash. (tak perlu risau bil bulanan atau prepaid abis)
dll.
Aku banyak kenangan menggunakan public phone ni. Zaman aku bercinta dulu mana ada Handphone cam sekarang ni. Rumah mak aku dulu takde telepon. Tak mampu lagipun ayah aku rasa time tu guna telefon umah takde keperluan sangat. Selain berutus surat public phone ni la pengikat kasih. Banyak jasa public phone.
Kat Kampung aku cuma ada satu je public phone time tu. Bayangkan le betapa besarnya jasa public phone tu pada orang kampung aku. Waktu petang je berbaris mat2 dan minah2 cintan nak guna, sampaikan Tok Ketua terpaksa buat peraturan nak bergayut lelama lepas pukul 10.oo malam.
Public phone ni guna duit syiling 10, 20 dan 50 sen. Aku dah lupa jangkamasa berbual untuk 10 sen. Dah tu syiling bukan le senang nak dapat, kalau nak bergayut lama2 kena la kumpulkan syiling dulu. Dah macam emas syiling tu, beli barang kuor duit kertas baki dapat duit syiling aku simpan dalam uncang. Kadang2 sampai berat la poket aku, berjalan dengar bunyi syiling.
Bila dah dapat bergayut tu, hujan dan panas tak jadi hal, tak rasa sebab bila dengar suara awek kat telinga tu syok sangat. Sembang la berjam2 tak makan pun tak pe. Sembang malam2 lagi syok sebab sunyi dan tak de orang kacau. Time bergayut tu tangan mula la menconteng kat cover phone booth tu.
Seingat aku, dah beribu kot aku abis bergayut time bercintan ngan isteri aku ni dulu. Nasib baik dia jadi milik aku kalau tak........ hancus duit aku. hehhehehee
Tapi
Zaman dah berubah. Orang sekarang dah jarang guna public phone. Semua orang ada Handphone. Anak aku Mira tu yang umor nye 9 tahun pun dah 2 kali tuko handphone. Soh la dia sent sms, tak payah tengok hp pun dia leh buat. Aku rasa kalau aku bercinta zaman sekarang ni mesti tak best, takde kenangan sebabnya nak call awek senang sangat. Takde trill langsung.
Sekarang ni aku tengok public phone dah macam nyawa ikan. Orang dah kurang guna. Public phone pun dah tak banyak. Ada pun tempat2 yang strategik je. Apa la nasib ko Public Phone.......

Apr 29, 2009

Bank Haprak !!

Ramai di antara kita memiliki lebih dari satu kredit kad. Lebih banyak pegangan kredit kad bermakna risiko menanggung bebanan hutang bertambah. Menggunakan kredit sungguh mudah, “enjoy dulu sengsara kemudian”. Jadi terpulang lah pada si pemegang wang elektronik mengawal nafsu berbelanja.

Aku bukan nak buat kempen kredit kad. Aku nak share ketidak puasan hati aku pasal kredit kad. Semua bank di Malaysia ni menawarkan pekhidmatan yang sama. Cuma yang membezakan kad kredit sesuatu bank tu ialah service khidmat pelanggan nya.

Aku dah menggunakan kad kredit ni dekat 10 tahun. Dah banyak kredit kad bank2 kat Malaysia ni aku guna. Semua nya tak penah mendatangkan masalah pada diriku.


TAPI…..


Korang mesti penah mengalami pengalaman di offer oleh agent2 kad kredit sesebuah bank, sama ada di dalam bank tu sendiri, di pusat2 membeli belah , pesta2 atau di mana saja. Agent2 ni dah macam orang kuning DIGI ada saja di mana2 sahaja, kita sign je application nya dia bagi lah free gift. Kadang2 kita sign pun bukan kerana nak kan kredit kad tu tapi kita nak kan Free Giftnya.

Itu lah jadi nya babak panas aku dengan bank ini.

Tengah2 aku sibuk membayar di kaunter, wife dan anak2 aku dihampiri Agent bank ni. Taktiknya Agent ni mudah, pengaruh isteri bermakna suami no hal, gerenti sign. Tapi kali ni Wife aku menolak tawaran Agent tu tapi Agent ni bijak dia beralih pada anak2 aku dengan tawaran Free Gift nya. Kereta Remote control percuma !!!! Anak aku nak sangat kereta remote free tu. Aku ikut la kata anak aku, aku sign….

Aku dijanjikan oleh bank ni , yuran tahunan percuma selama 2 tahun, dengan syarat aku kena berbelanja sebanyak RM100 pada bulan pertama. Aku fikir2 tak jadi masalah sebab isi minyak kereta 2 kali dah boleh cecah seratus. Dua minggu, aku terima kad kredit bank berkenaan. Hari yang sama aku spent RM100 lebih make up kereta aku.


TAPI…


Aku terima penyata bank. Aku teliti dan aku di charge RM160 untuk yuran tahunan. Seingat aku yuran tahunan percuma jika aku spent minimum amout yang di syorkan. Aku call pusat khidmat pelanggannya. Pengalaman yang paling teruk aku pun bermula….

Dah la takde Tol free line macam lain2 bank. 5 minit aku call masih belum dapat cakap ngan manusia asyik2 mesin je bercakap, macam ni ranap la kredit aku. Akhirnya aku dapat bercakap, aku ceritakan masalah aku. Pihak bank berjanji dan mengaku ini adalah kesilapan teknikal. Aku puas hati.

Bulan kedua, dapat lagi penyata bank, masalah aku makin berat. Permintaan aku bulan lepas tak dilayan bahkan aku di charge Late Payment dan Overdue Interest. Aku call lagi, Lagi sekali aku terpaksa bercerita dari mula. Seperti biasa pihak bank berjanji akan membuat pembetulan dan menyuruh aku membuat pembayaran ke atas amout yang aku telah guna sahaja. Perkara ini berlanjutan selama 9 (sembilan) bulan. Bayangkan betapa frustnya aku dan pikirkan berapa puluh ringgit aku dah belanja hanya untuk settle satu masalah yang kecil tapi Pihak Bank cuba mengambil kesempatan dengan mengenakan berbagai2 charge.

Bank apa yang aku maksudkan ??


inilah nama bank haprak !!.

Aku tulis ni sebab aku rasa sungguh tak puas hati dengan layanan yang tak professional bank ni. Indah khabar dari rupa!!. Aku nak menjalankan tanggung jawab fardu kifayah agar orang lain lebih berhati2 memilih dan perkara ini tak terjadi pada mereka.

Aku dah berjanji pada diri aku, aku akan menjauhkan diri dari bank yang mencekik darah ni. Kalau ada Agent2 bank ni datang offer aku lagi siap lah dia !!

Apr 25, 2009

Temuduga Terbuka : Gerenti Dapat

Kekosongan Jawatan :
A. Ahli syurga
B. Ahli neraka
C. Ahli neraka sementara, kemudian akan dilantik Ahli syurga

Empat Ganjaran Lumayan :
A. Nikmat kubur
B. Pelindungan di Padang Mahsyar
C. Keselamatan meniti Titian Sirat
D. Syurga yang kekal abadi.

Tarikh Temuduga :
Bila2 masa secara adhoc bermula dari saat anda membaca iklan ini.

Lokasi Temuduga :
Di dalam kubur

Kelayakan :
A. Tak perlu bawa sijil2,
B. Tak perlu bawa pingat,
C. Tak perlu bawa wang, emas atau kad kredit
D. Tak perlu rupa paras cantik, hensem, seksi etc
Cuma perlu bawa dokumen asal : Iman dan Amal, sedekah jariah sebagai bahan sokongan

Panel/Penemuduga :
Mungkar dan Nakir

Enam soalan bocor :
1. Siapa tuhan anda ?
2. Apa agama anda ?
3. Siapa nabi anda ?
4. Apa kitab anda ?
5. Di mana kiblat anda ?
6. Siapa saudara anda?

Cara memohon :
Cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber datang kepada anda. Akan menjemput pada bila2 masa saja. Mungkin kejap lagi. Ia akan berlembut pada orang beriman dan garang pada orang paham2 je la.
Namanya Izrail.

Semoga berjaya.

Apr 5, 2009

AKU DAN BUKAN SENANG.....

Aku Bukan Senang ......

BUKAN SENANG nak puaskan hati semua org
BUKAN SENANG nak puaskan hati sendiri
BUKAN SENANG nak senang
BUKAN SENANG nak khusyuk dalam solat
BUKAN SENANG nak kaya
BUKAN SENANG nak kuruskan badan
BUKAN SENANG nak tahan kentot
BUKAN SENANG nak kena perli
BUKAN SENANG nak bagi orang ketawa
BUKAN SENANG nak ambik hati mentua
BUKAN SENANG nak jumpa kawan2 sekolah
BUKAN SENANG nak keluor malam (pas kawin)
BUKAN SENANG nak bayar hutang lama
BUKAN SENANG nak simpan duit gaji
BUKAN SENANG nak mintak hutang
BUKAN SENANG nak pinjam kan duit
BUKAN SENANG nak lupakan awek lama
BUKAN SENANG nak ikut isteri shopping
BUKAN SENANG nak tahan leteran isteri
BUKAN SENANG nak dapat tido siang
BUKAN SENANG nak lupakan motor Panther aku
BUKAN SENANG nak makan ubat
BUKAN SENANG nak tahan nafsu........ makan daa

Ikutkan banyak BUKAN SENANG yang aku nak senangkan.. Sekurang2nya banyak perkara diatas dah dapat aku senangkan. Alhamdulillah.

Korang pulak apa yang BUKAN SENANG bagi korang ?