Sep 29, 2008

Selamat Hari Raya

kadraya

Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri pada semua kawan2. Maaf di pinta atas kelakuan yang menyinggung pada jiwa2 kawan2ku yang terasa. Tahun ni aku beraya di Kpg aku Kampung Nyior, Kampar. Anak2 aku dah tak sabar nak balik kampung, hari ni jer dah berpuluh kali tanya bila nak balik. Runsing aku dibuatnya. Hari raya pun yang paling seronok bebudak la kan.

Pada yang balik kampung, hati2 bila memandu. Biar lambat asal selamat. Pastikan rumah kome tu dah dikunci. Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

Sep 28, 2008

Kesian

cDSC00329

Malam tadi aku ngan family pi la last minute shopping kat Megoplex. Ramai bebeno orang malam tu. Kaum laki pakat tak pi terawih (termasuk la aku), meriah sungguh. Cadang pi sana nak beli tudung orang umah aku. Cari punya cari, rambang mata agaknya terlalu banyak pilihan anak2 aku dah setat la buat hal. Jadik aku belikan eskrim sorang satu. Mau lak dok diam anak2 aku makan eskrim baru senang hati nak shopping.

Sep 27, 2008

Duit Raya

Image915

Lenguh tangan aku memasukan duit raya dalam sampul raya hari ni. Aku seronok bagi duit raya ni pada bebudak sebab dia mengingatkan aku masa aku kecik2 dulu. Time tu mana ada sampul raya cam ni, dapat seringgit dah seronok sakan. Masa tu nilai seringgit besar tak macam sekarang ni. Bagi Seringgit mesti bebudak tu kata kita ni kedekut.

Sebenarnya pemberian duit raya ni hanya lah salah satu cara memeriahkan suasana raya. Bila tengok bebudak happy dapat duit raya dalam hati kita kan merasa puas.

Sep 25, 2008

Duit Raya

Image913

Minggu depan umat Islam dah menyambut Hari Raya, minggu ni minggu yang sibuk untuk umat Islam membuat persiapan terakhir. Aku kat Opis sibuk dengan orang ramai datang menukar duit raya. Laku macam goreng pisang panas. Time ni juga la kawan2 lama yang jarang2 menghubungi aku menampakkan muka, datang tukar duit raya dan ambik sampul raya.
Kome nak tukar duit raya cepat ler datang ke Opis aku ...

Sep 24, 2008

Teima Kasih Sue

Image911

Thanks sue kirim kad raya yang canggih tu, siap ngan duit raya lagik. Ingatkan tok abang hhehehheee.

Sep 23, 2008

Projek Mak

P9140008

P9140009

Ni la projek mak aku sekarang. Bulan puasa ni makin kuat dia berkebun. Sabtu Ahad je ada masa gerenti mengajak aku ke jalan Kuala Kangsar, recce pasu bunga la macam2 laaa.
Apa yang mak aku tanam gerenti menjadi. Mintak nak bawak balik rumah aku tak la dia nak bagi.

Sep 21, 2008

Kampung Nyior

P9140007

Ni la Umah mak aku kat Kampung Nyior. Ntah apa la kampung tu dipanggil kampung Nyior aku pun tak tau. Kampung ni kampung tersusun jadi rumah-rumah kampung ni tak la berterabur, berderet je rumah kampung tu. Penduduk kampung ni kebanyakan pesara kerajaan. Seingat aku la kampung ni dibukak 20 tahun yang lalu dan keluarga aku merupakan antara keluarga yang mula2 pindah. 100% penduduknya adalah orang melayu. Kampung ni jugak di kenali dengan nama Kampung Batu 20. Yang best kampung ni terletak dikaki pergunungan Titiwangsa. Waktu pagi sejuk bebeno, Nak mandi cukup lah malas.

Rumah mak aku ni pun dah beberapa kali upgrade dah. Dulu masa aku kecik2 dulu rumah papan je. Buruk bebeno kalau kome tengok. Masa tu hidup kami susah. Sekarang ni Aku ngan adik2 aku semua dah bekerja, So leh la kami tolong orang tua kami tu pulak.

Sep 20, 2008

Isyraf ZZZ

DSC00320

Anak aku ni kalau dah ngantuk tak kira tempat dia leh tido. Umurnya baru 6 tahun, dalam seminggu sehari je dia puasa, aku tak nak la paksa dia berpuasa kecil lagi. Semalam dia teringin nak buka puasa kat luor, Kesian aku bawa la, jadi kami pi la awal skit tak nak kelam kabut. Tapi sebelum pergi tu aku berkali2 pastikan agar episod memalukan tak berlaku lagi.

Sep 18, 2008

Stress

Pengurusan Stress Di Tempat kerja
Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu
kerja dan keseronokan bekerja. Walau bagaimanapun , suasana tempat kerja yang kurang menyenangkan boleh mendatangkan STRESS. Stress yang sedikit memang perlu di tempat kerja untuk meningkatkan produktiviti. Tetapi jika Stress yang berlebihan, ia boleh memberikan kesan negatif. Tambah merumitkan lagi bila masalah keluarga dan peribadi dibawa sekali.
Sedarkah anda apakah tanda-tanda stress ? Kegelisahan, hilang selera makan, merokok berlebihan dari kebiasaan, kerisauan yang berlebihan, mudah meradang, kelesuan, hilang tumpuan dan tiada motivasi, gangguan tidur serta berkelakuan agresif. Awas anda STRESS.

Mengatasi Stress
BERSIKAP REALISTIK TERHADAP PEKERJAAN ANDA
Sebagai seorang pekerja, anda harus mengakui kekuatan dan kelemahan diri. Demikian juga dengan sikap positif pada setiap masa terutama dalam melakukan kerja. Setiap tugasan yang dilakukan haruslah dengan cara terbaik dan menerapkan unsur-unsur keseronokan dalam bekerja.

RANCANG KERJA ANDA
Ia berkait dengan pengurusan masa yang bijak. Elak dari menangguhkan kerja yang diberikan dan lakukan mengikut keutamaan. Jika ia mampu diselesaikan di pejabat maka selesaikan lah secepat mungkin.

TINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN
Jangan terlalu emosi sewaktu mencari penyelesaian masalah, tanganinya secara rasional. Suatu penyelesaian kerja mesti dilakukan secara sistematik. Sebaimana anda melakukan kerja, peyelesaian masalah juga harus dilakukan mengikut keutamaan. Ia boleh dilakukan dengan menyeneraikan langkah-langkah penyelesaian untuk menanganinya. Langkah-langkah tersebut harus sesuai dengan masalah yang dialami dan ia mesti dilakukan dengan wajar.

BERSIKAP POSITIF TERHADAP PERUBAHAN DALAM KERJA
Sikap positif sememangnya penting dan harus diterapkan dalam diri bagi memudahkan menyesuaikan diri dalam apa jua situasi. Demikian juga dengan sikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku.
AMALKAN KOMUNIKASI BERKESAN DI TEMPAT KERJA
Ketegasan dalam menjalankan tugasan dan pelaksaan tanggungjawab amat penting. Akan tetapi ia haruslah dilakukan dengan bijaksana kerana dikhuatiri akan wujud salah faham dari kaca mata rakan sekerja. Barangkali anda akan dilabelkan garang oleh rakan sekerja, justeru itulah ketegasan harus dilakukan sebaik mungkin. Dalam meluahkan pendapat anda, lakukanya dalam terang dan jelas serta penuh ketegasan. Ia boleh melambangkan keperibadian anda. Dalam masa yang sama anda harus menghormati pendapat orang lain meskipun pendapat mereka agak kurang bernas atau matang.

TINGKATKAN SOKONGAN SOSIAL DI TEMPAT KERJA
Gunakan waktu terluang di pejabat untuk mengeratkan lagi ikatan persahabatan dengan rakan setugas. Kenali dengan lebih mendalam rakan setugas anda kerana melalui pendekatan ini akan mewujudkan satu persikitaran tempat kerja yang sihat. Anda juga harus mengenal pasti individu dan organisasi yang dapat menbmtu dalam menangani masalah. Tidak salah jika anda mahu berkongsi masalah , tapi pastikan rakan sekerja anda sedia mendengarnya. Demikian juga kesediaan anda membantu rakan yang lain dalam menyelesaikan masalah.

AMALKAN CARA HIDUP YANG SIHAT.
Mejaga kesihatan bukan sekadar secara zahir sahaja, tapi penjagaan secara kerohanian atau kebatinan juga penting. Pelajari cara terbaik untuk merehatkan diri, yakni fizikal dan mental. Tidur harus cukup, elak dari mengamalkan tidur lewat terutama waktu hari bekerja. Selalu melakukakn senaman kerana ia menaikan semangat seharian dan juga memberikan tenaga kental untuk menghadapi tugasan sehariaN. Bagi menghilangkan kebosanan dalam hidup adakan aktiviti atau hobi yang meyeronokkan. Demikian juga dengan pegangan agama dan nilai-nilai murni, ia harus dilakukan seteguh mungkin. Jauhilah diri anda dari gejala yang negatif.

Sep 17, 2008

Hari Malas Sedunia

Perak cuti hari ni. Cuti Nuzul Al-Quran. Pas sahur aku sambung selip, pukul 10.00 pagi baru bangun. Tu pun mira kejutkan aku, "Ayah pasang cite Wall-e". Aku layan cite tu, mula2 cite nya slow x de apa yang menarik cuma robot bernama Wall-e memunggah sampah dan mengumpul barang2. Kesedihan nya keseorangan di muka bumi. Sehinggalah munculnya Eve robot yang mencari kehidupan di muka bumi. Sebagai tanda persahabatan Wall-e telah menghadiahkan Eve tumbuhan hijau. Eve dengan pantas menghubungi pusat kawalannya, benda yang dicari telah ditemui. Bermula keseronakan cerita Wall-e.

Manusia dipaparkan bagaimana hidup tanpa bumi. Manusia sudah lupa bagaimana hendak menggunakan kaki untuk berjalan, 100% manusia bergantung pada teknologi. Wall-e menggubah semua ini.

Aku rasa baik kome semua tengok cite ni. Memang best dan kelakar giler.

walle_galleryteaser3a

Sep 16, 2008

Episod Memalukan

Image900

Hari ni aku bawak family aku bukak puasa kat luar. Kesian aku kat orang umah aku, tiap2 kali balik kerja kelam kabut dia menyiapkan juadah buka puasa. Jadi aku bawak family aku ke Pak Aziz Tomyam kat Tambun. Sampai sana pun lagi 10 minit nak berbuka, orang ramai lak tu. Aku ngan selamba masuk ke restoran, aku perasan kenapa ramai orang pandang aku. Segan lak rasanya. Kontrol Macho la konon. Aku dan family dok meja hujung, pas order aku notice orang dok asyik perhati aku pas tu gelak. Aku syak mesti ada yang tak kena ngan aku ni, aku tanya orang umah aku dia geleng kepala. Tiba2 anak aku yang kecik kata "Ayah napa ayah pakai selipar sebelah lain2". Baru la aku tau apa yang tak kena ngan aku. Malu betoi, aku sound anak aku "Makan cepat Ayah sakit perut".

Buat Sahabat Nora

Waktu2 begini Nora biasanya sudah ada online. Sudah semestinya aku disapa olehnya. Sudah seminggu Nora senyap. Terasa sungguh aku, tiada dia mengusik aku, tiada dia menanya itu ini pada ku. Senyapnya bukan saja aku rasa tapi kawan2 ku yang lain, Bondakiut(Gee), kathy, Umi, Miey dan ramai lagi terasa.

Aku dapat tau Nora sedang berjuang dalam meneruskan hidup. Cukuplah aku katakan Nora sakit. Nora, aku dan kawan2 nak Nora tau kami akan senantiasa mendoakan kesejahteraan dan amat berharap Nora tabah menempuhi dugaan Allah ini. Nyatakan pada kami sekiranya Nora perlukan bantuan. Nora kan kami tunggu di tempat biasa, adalah disitu bila Nora dah pulih kami kan gembira melihat kerlipan lampu mu.

Sep 15, 2008

Kad Raya

Image893

Terkejut aku hari ni. Aku dapat kad raya, dah bertahun aku tak terima kad raya melalui pos. Terkenang balik aku zaman dulu2. Dulu time nak raya camni sibuk la kita mengepos kad2 raya pada sanak saudara dan kawan2. Beratur kat pejabat pos beli stem. Sekarang dah senang, guna e-kad je click ala kadar tak sampai beberapa saat dah diterima. Tapi aku dapat rasakan terima kad melalui pos lagi syahdu, terasa susah payah orang yang menghantar tu.

Sep 14, 2008

Goreng Cempedak

Image885

Semalam aku balik kampung, Dah lama aku tak balik. Rindu ngan mak dan ayah aku. Anak2 aku la yang paling gembira bila balik kampung ni. Anak aku kalau dah jumpa ngan Opah dan Toknya, ayah dan ibunya pun dema lupakan. Mana taknya Opah dan Toknya ikut je cakap anak aku. Semua dema nak gerenti dapat. Berbuka hari tu mak aku masak la special semua makanan kegemaran aku ada. Bestnya. Dan mak aku tak lupakan cempedak goreng anak dara. Cempedak ni banyak Tok aku tanam. Kalau ikutkan time ia berbuah leh jual tapi tok aku ni tak nak jual dia sedekah je pada siapa yang datang rumah.

PENYAKIT DALAM BULAN PUASA

ULSER PEPTIC ATAU GASTRIK
Serangan gastrik atau ulcer peptic di mana berlakunya luka kecil pada bahagian usu. Selalunya di bahagian duodenum ataupun perut. Oleh kerana pertukaran jadual makan perut akan merasa pedih menjelang tengah hari.

Faktor-faktor penyebab.
Berlakunya ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser.
Disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori. Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini.

Tanda-tanda
• Mengalami sakit perut dan rasa tidak hadam. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut.
• Rasa pening kepala.
• Terasa sakit di bahagian ulu hati. Pesakit mengalami sendawa dan kentut yang kerap
• Muntah
• Badan terasa lemah dan lesu
• Najis menjadi hitam atau gelap bercamput dengan darah

Langkah-langkah pengawalan
• Berehat
• Lebih banyak mengambil makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis dan brokoli.
• Mengambil vitamin C 100mg untuk mengurangkan kandungan nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser perut.
• Menambahkan zink dalam pemakanan untuk proses penyembuhan
• Sentiasa mengamalkan pengambilan probiotik
• Pengambilan ubat-ubatan.

Sep 13, 2008

Susu Anak

Image881

Bulan2 puasa ni aku tengok botol susu anak aku menarik sungguh la. Macam ada tarikan tersendiri la pulak. Ni la dugaan di bulan puasa tengok susu anak pun leh terlior. hehehehehehe

Mamat Khalid

mamat khalid

Mamat Khalid ialah seorang penulis skrip dan pengarah filem yang terkenal di Malaysia. Beliau ialah adik kepada kartunis Datuk Lat. Sebelum menceburi bidang pembikinan filem, Mamat bekerja dalam jabatan kerajaan. Beliau mengakui dirinya peminat setia muzik rock, maka itulah yang mengilhamkan beliau untuk menulis dan mengarah filem Rock pada tahun 2005. Dalam ramai-ramai pengarah kat Malaysia ni, hanya Mamat khalid la yang paling saya respek. Kerana dia lah saya kembali menonton cerita-cerita melayu.
Semoga Mamat Khalid akan terus berjaya dalam menghasilkan filem-filem malaysia. Orang Perak memang hebat-hebat...

Sep 12, 2008

Pikom Pc Fair

Image876

Pikom Pc Fair 12 - 14 FEB 2008 Stadium Indera Mulia Ipoh.
Aku rasa kali ni kurang meriah skit kerana kurang penyertaan dari syarikat2 IT berbanding pada awal tahun ini. Walaupun di bulan puasa orang tetap ramai datang. Pada kali ini Opis aku mengambil bahagian. Merasa la jadik pak pacak kat situ.

Image878

Sep 11, 2008

HSBC Waktu Malam

hsbc

Ni la Opis aku. Terletak di Jalan Sultan Yussuff atau lebih dikenali pekan lama (Old Town). Opis aku dulu pada zaman penjajah Jepun dulu ni ialah ibu pejabat markas tentera Jepun. Bentuk luaran nya masih sama seperti waktu mula2 ia dibina cuma keadaan di dalamnya telah beberapa kali di ubahsuai.

Sep 9, 2008

Terkenang Masa Dulu2

Time bulan puasa ni aku teringat zaman aku kecik-kecik dulu. Kome ingat tak waktu petang je ada orang akan jerit AIS ! AIS ! (cara jerit ada iramanya). Ais tu pulak di selaputi dengan habuk kayu warna perang. Cakap nak berapa sen pas tu dia potong ais tu dengan gergaji. Mintak 20 sen pun dah cukup satu family. Zaman sekarang dah x de kan maklum la satu rumah 2-3 peti ais. Waktu dekat nak berbuka mak mesti soh anto kuih sepinggan kat jiran ni jiran tu. Pas tu pulak jiran kan balas, time buka je puasa tu dia bermacam-macam kiuh ada. Budaya exchange kiuh ni masih diamalkan ke ? Yang aku tau kat kampung2 masih ada lagi, kat bandar2 tak kot, lebih senang tunjuk je kuih kat Bazar ramadan. Lagi satu yang aku ingat masa nak raya, pas bukak puasa sibuk la pasang pancut terang benderang kampung. Dan yang paling best main meriam buluh. Lawan dengan kampung sebelah siapa punya meriam lagik power.

Sep 8, 2008

Yahoo One Search



Bagi pengemar Handphone bercirikan Symbian Operation, Yahoo telah mempekenalkan satu acces mudah untuk mencari maklumat menggunakan Yahoo One Search. Setelah di install ke Handphone anda hanya perlu menekan butang pensil di Handphone anda untuk mengacessnya dan Anda tidak lagi bersusah payah untuk ke menu handphone anda.

Buat masa ini applikasi ini hanya untuk Handphone Nokia N series dan E series. Model-model lain masih lagi dalam proses pembangunan.

Untuk keterangan lanjut sila lawati http://mobile.yahoo.com/onesearch/shortcut pada PC, atau http://m.yahoo.com/shortcut pada handphone anda.

Bertambah lah kecanggihan Handphone anda.

Resipi Asam Laksa

Paket Maggie : Assam Pedas Kari Kepala Ikan

Nenas --> dipotong BULAT

Ikan Kembong
Direbus --> Ambik Isi --> tulang and kepala nya dikisar and ambik air
tulang tu

OR

Boleh guna Ikan Sardin dalam Tin.. Sos Nyer dibuang

Daun Kesum & Daun Pudina

Laksa Plastik

Bahan yang DI Kisar:

Lengkuas
Bawang Besar
Cili Padi
Cili kering
Bunga Kantan
Belacan
Petis / Otak Udang
Nenas

Cara memasak:-

Tumiskan Paket Maggie tadi tanpa minyak and masukkan bahan2 yang telah
dikisar tadi

Tambahkan air and stock tulang Ikan.

Biarkan melegak and masukkan isi ikan + daun kelsum + nenas yang dipotong
bulat + daun pudina + sedikit gula & garam.

Biar kan selama 20 minit and lepas tu sedia untuk dimakan

Aku MC

Hari ni aku MC. Dah 3 hari aku demam dan dah 3 hari juga aku ponteng puasa. Memang sayang aku tinggalkan puasa tu tapi aku ikut nasihat doctor "puasa tu boleh diganti tapi nyawa tak boleh diganti". Ada kebenaran kata-kata doktor berbangsa India ni. Hari ni baru lah aku dapat bangun menatap laptop aku. 3 hari aku hanya terbaring di rumah. Tak penah aku dapat demam yang macam ni. Mungkin tuhan nak menduga tahap keimanan aku padaNya.

Sep 4, 2008

Sep 3, 2008

Menu bukak Puasa Juadah Tunjuk

Image861

aku beli kat Pasar Ramadan Ipoh Jaya kat kedai Makcik ni

DSC00284

beli banyak juadah makcik kasi sambal udang petai free. Baik sungguh makcik ni.

Pas berbuka aku ke The Store. Nak cari baju melayu anak aku. Yang dicari tak dapat , budak tu pulak dapat lagi baju raya. Susah skit nak cari baju anak laki aku ni badan kecik tapi makan kuat jugak.

DSC00202

DSC00204

Si kakaknya tunjuk perasaan tak dapat anak patung babydoll. Bukan aku x nak beli, dia nak satu set harga je Seratus lebih. Lari budget raya aku wehh. Last-last pujuk dia ngan eskrim.

Mengeteh

DSC00286

Lokasi - Ipoh Jaya depan Stesen Minyak Esso
Tempat aku selalu mengeteh. Bulan puasa ni taukeh nya buat ranovation la pulak kena la kami cari pot baru.

Kaunter Tutup

Pernah tak ni terjadi pada kome semua. Selepas beratur panjang tiba je time nak di layan terpampang notis ni.. Apa perasaan kome ?

DSC00220

Sep 2, 2008

Ikan Bakar Tasik Raban

Image848

Lokasi
Parking keta Stadium Ipoh. Gerai memula sekali. Kena datang cepat kalau tak kena beratur panjang la jawabnya. Harga x mahal. Memang best jamin puas hati.

Image850

Pas kena ikan bakar kena lak cendol
fuhhhhhhh !!!! nasib baik terawih x miss
hhehehehee

Sep 1, 2008

Menu bukak Puasa

Image842

Ni le menu bukak posa aku hari ni. Ikan Talipia favourite aku. Pantang nampak sure aku beli tak kira masak apa.

Pas maghrib aku pi terawih. Kelebihan berterawih berjemaah pada malam ke-2 ni Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).


DSC00264

Sony Ericsson W660i

Charger Handphone aku rosak. Ake setat motor menghala ke Greentown Mall. Sampai sana aku letak motor sebelah scooter bike warna pink. Dalam hati sah ni mesti pompuan punya. Aku round la kedai-kedai HP. Aku jumpa ngan bro selalu aku ambik HP.. "bro ni charger wa tak da la... lu tunggu sikijam." Aku lepak nengok2 HP. Tak sampai 5 minit dia datang bawak satu HP Sonyericsson baru. "Bro lu tengok ni HP, lu kasi wa lu punya HP wa cari charger tok lu". Tak sampai 5 minit dia datang balik "bro ni macam lu tambah rm250 ni HP baru lu punya"!!. Wow offer bagus ni.. Aku pun fikir2 tawar menawar.. last swipe RM250 credit card aku. Cehhh datang nak beli charger , HP baru yang aku beli..

Image846

Usha main Layang-layang

Semalam aku melepakkan diri kat Padang Polo. Cadang nak kena Laksa top power. Sampai sana terus aku ke lokasi biasa akak laksa tu.. tup tup dia x jual pulak . Aissehhh kena tunggu sebulan la baru dapat rasa laksa tu. Frust nyaris tak tonggeng. Aku beli roti eskrim sebagai pengubat luka.

Image837

Fuhhhh layan. Aku dok kat kerusi sumbangan Menteri Besor terdahulu. Terpesona aku ngan gelagat bother ni mengajar anaknya main layang-layang.

P8300016

P8300013

Image838