Aku bukan suka sanggat buat entry memburukkan seseorang ataupun mana2 jua badan2 berdaftar, tapi kesabaran aku telah dicabar sepenuhnya...
Rintihan....
"Hallo Ini En Sunny ke, saya dari AEON Credit. En sudah........ ?" Tanpa ucap selamat aku di terpa soalan yang aku sendiri tak tau hujung pangkal.
Gampang !! dalam hati aku, call aku pepagi buta membebel tak tentu pasal.
Lantas aku menyatakan dalam nada yang paling baik, aku bukan Sunny. Petang juga dengan nada yang baik aku sekali lagi menafikan aku ni bukan Sunny. Dah masuk 4-5 bulan setiap pagi dan petang aku menerima panggilan seumpama dan dah letih aku menafikan dengan nada yang baik, makin hari aku jadi makin kurang ajar. AEON Credit yang menjadikan aku sedemikian.
Aku hairan satu organisasi sebesar AEON Credit boleh menidakkan kebenaran yang nombor telefon aku guna dah sekian lama berdaftar atas nama AZIZUL. Beratus kali aku menerangkan hal2 yang sebenarnya tapi bagi AEON Credit umpama menuang air di daun keladi. Aku tetap di anggap SUNNY.
Betapa terdesaknya mereka dalam memunggut hutang dan menunjukkan betapa bodohnye dan rakusnya mereka pada mula2 memberi hutang. Kenapa pada mula lagi korang tak check nombor telefon tu ?? Korang makan komisen la tu.. BODOH !!!!
Wahai AEON CREDIT yang sungguh kurang ajar...
- Pertama baiki lah bahasa pemungut2 hutang anda. Tidak berbudi bahasa. Aku rasa korang ambik ah long yang telah bersara sebagai pemungut hutang kot.
- Guna lah system yang up to date supaya anda dapat merekodkan ulasan2 caller sebelum dan tau apa berlaku sebelum membuat panggilan. Korang masih pakai system buku 555 ke pasal tu la collection korang hampeh.
Dengarlah rintihan aku ni, aku dah tak larat lagi nak menjawab panggilan dari anda. Fahami lah aku bukan Sunny dan aku tak pernah pun berhutang dengan AEON Credit. Aku beli barang CASH. Maafkan lah aku sekiranya bahasa aku kejam kerana korang lah aku jadi BEGINI.
2 comments:
terbaik ni abang...saya pun pengguna kad kredit AEON yang menyesal tak sudah ni...
memang hampeh Aeon,
sabar azizul, jaga kesihatan, baru nak sihat tu...
Post a Comment