Dec 10, 2009

Kampar

Kampar

Pekan Kampar merupakan sebuah pekan di negeri Perak yang terletak kira-kira 40 km dari Bandar Ipoh dan 16km dari Pekan Tapah dan merupakan tempat persinggahan bagi perjalanan antara utara dan selatan dan juga merupakan Bandar yang terakhir sekali di Daerah Kinta, kerana ke selatannya ialah Daerah Batang Padang dan Hilir Perak. Pekan utaranya pula ialah Gopeng dan selatannya pula ialah pekan Tapah. Apabila disebut Kampar memberi pengertian Bandar Kampar dan kawasan-kawasan sekitarnya dalam lingkungan 10-20 batu persegi. Penerokaan dan petempatan awal Kampar mempunyai kaitan dengan penemuan bijih timah itu sendiri, maka tidak hairan jika ada pendapat yang mengatakan Kampar dibangunkan di atas bijih timah dan sehingga kini bijih timah masih dilombong meskipun kepesatannya mulai berkurangan akibat kemerosotan pasaran timah.



Adalah dipercayai personality yang bertanggungjawab memajukan pada peringkat awalnya petempatan tersebut ialah Ngah Jabor atau Mohamed Jabor bin Bardot (1859-1921). Kajian mengenainya dalam ‘The Identity of Ngah Jabor dan Mohamed Jabor bin Bardot (1859-1921) oleh Dato Mohd. Hashim bin Sam Abdul Latif dalam Journal of Malaysia Branch Royal Asiatic Society (JMBRAS) Vo. 53 menyatakan beliau adalah salah seorang yang bertanggung jawab membunuh Residen Inggeris di Perak, J.W.W. Birch. Selian daripada pembesar-pembesar Melayu seperti Dato’ Maharajalela, Dato Sagor, Raja Abdullah dan lain-lain. Sementara yang lain-lain itu telah dihukum, Ngah Jabor berjaya menghilangkan diri.

Antara tahun 1876 sehingga 1886 kemungkinan Ngah Jabor menghilangkan diri untuk betapa/menuntut ilmu bagi memperlengkapkan diri. Raja Idris yang kemudian menjadi Sultan Perak ke-28 (1887-1916) menjadi hakim perbicaraan tersebut.

Raja Idris (Dris) adalah saudara sesusu kepada Ngah Jabor kerana semasa bayinya, Ngah Jabor menyusu kepada ibu Raja Idris, Ken Uda. Ini menjadi amalan biasa bagi keluarga Diraja menyusukan anaknya kepada orang lain terutama dari golongan orang-orang kenamaan. Meraka adalah sebaya dan dilahirkan di kampung yang sama, kampung Kuala Dipang. Kerana itulah Ngah Jabor bebas dari hukuman. Beliau menghilangkan diri dan sebelas tahun kemudian, 1886, muncul kembali (pembunuhan Birch pada 2hb November 1875), kali ini dengan identity baharu iaitu Mohamed Jabor. Kemungkinan pada masa menyepikan diri itu beliau telah membuka penempatan baru di Kampar untuk mengelakkan diri dari pengetahuan pihak British.
Pada 1893, Sultan Idris, Mohd Jabor bin Bardot dan Haji Abdul Rahman adalah pelombong-pelombong Melayu pertama di kawasan ini. Apabila Daerah Kampar dibuka dengan rasmi untuk pajakan lombong, Mohd Jabor memiliki lombong-lombong dengan pajakan lombong yang bernombor ML 882 bertarikh 18hb November 1894, seluas 22 ekar dengan pekerja seramai 167 orang. Pada tahun yang sama juga ia telah memiliki dua pajakan lombong melibatkan keluasan 55 ekar dan 10 ekar; di mana keseluruhannya berjumlah 90 ekar. Daripada keluasan tanah tersebut, Mohamed Jabor menjalankan kegiatan pelombongan sehingga tahun 1910.
Menurut kajian Encik Chye Kooi Loong pula pada 1886 seorang pemimpin Melayu yang berkaliber dan dinamik bernama Imam Prang Jabor adalah bertanggungjawab membuka perkampungan Melayu di hilir Sungai Keranji berdekatan pasar lama Kampar. Perkampungan asal ini dikenali sebagai Mambang Diawan sempena nama Gunung Mambang Diawan yang tingginya 1,455 kaki yang bermakna ‘Fairies among the cloud’
Apabila didapati daerah lembah kinta termasuk Kampar kaya dengan bijih timah hasil kajian oleh jurutera perlombongan Peranchis menjadikan Kampar satu penempatan yang untuk untuk diterokai.

Imam Prang Jabor menggalakkan para pengikutnya melombong dengna cara mengorek lubang-lubang kecil di kaki-kaki bukit dan mendulangnya di tebing-tebing sungai. Di samping itu, Imam Prang Jabor memberitahu pihak pentadbiran British isitu J.B.M. Leech sebagai Pegawai Daerah dan Majistret di Kinta. J.B.M. Leech kagum dengan keterangan tersebut seterusnya mengajak Maxwell seorang kadet M.C.S. dan Bramforth seorang juruukur melawat ke tempat di mana aktiviti perlombongan itu dijalankan.

Seterusnya, JBM Leech memilih satu kawasan di tebing kanan Sungai Keranji untuk ke tapak lot kedai. Bermula dari sinilah usaha-usaha perlombongan telah giat dijalankan dengan kehadiran pelombong Cina dan Eropah. Tapak kedai telah dijual dengan harga $25 sekeping.

Bandar Kampar bermula dengan nama Kampung Batang Tonggang yang lokasinya pada hari ini ialah di kawasna yang meluputi Jalan Masjid daripada simpang di Jalan Gopeng hingga ke Kampung Changkat (Kampung Masjid) yang wujud sekarang. Kampung ini yang terletak betul-betul di lereng Gunung Bmelaka adalah bersempadan dengan Gospel Hall yang ada sekarang ini di sebelah utara dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan © Public Girls’ di sebelah selatan.

Mengapa namanya Batang Tonggang? Sumber lisan menyatakan terdapat banyak anak sungai di kawsan ini yang merupakan punca tenaga asli dalam kegiatan melampan ini. Batang-batang kayu digunakan sebagai titi menyeberangi anak-anak sungai ini dan dari situlah wujudnya istilah ‘menonggang’ atau ‘meniti’ batang-batang kayu ini. Ada juga titi yang ‘tertonggang’ (terjatuh hujungnya) ke dalam air.

Akan tetapi, mengikut seorang pegawai Inggeris, George Maxwell menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Diawan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka. Sebanarnya ia bermula dengan sekumpulan pelombong bijih timah yang telah bekerja keras sepanjang hari dan apabila mereka berehat, mereka ternampak bidadari di awan-awan kerana keletihan mereka, oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nama Batang Tonggang kemudian menjadi Mambang DiAwan dan seterusnya ditukar kepada nama sekarang.

Akhir sekali perlu dijelaskan kewujudan nama Sungai Kampar kerana darinyalah nama bandar ini dipakai sekarang. Sumber lisan menerangkan sungai ini menjadi lebuhraya pedagang-pedagang dari bandar Kampar di Pulau Sumatera. Pergerakan penduduk tempatan di kepulauan Melayu memang tidak dapat dinafikan dalam sejarah. Kerana itu jugalah terdapat ramai orang dari Sumatera dan Pulau Jawa di kampung-kampung di sekitar Bandar ini. Memang menjadi kebiasaanlah wujudnya nama satu-satu tempat itu dari nama sungai yang berdekatan.

Cara asal nama Kampar diambil tidak dipersetujui oleh beberapa penduduk. Terdapat cerita mengenai seorang Sultan Perak yang dating ke Kuala Dipang bersama sida-sida baginda untuk berkelah. Semasa berenang dan memancing di Sungai Kuala Dipang, mereka mendapati banyak mati kerana keracunan ‘tuba’ di sungai tersebut. Baginda dan pengikut-pengikut baginda ternampak selonggol kapor tetapi memanggilnya kampar tetapi kemudian cara sebutannya menjadi Kampar.







Inilah Sekolah Aku , Sekolah Rendah dan Menengah Anglo Chinese School (ACS). Sekolah rendah dan menengah dipisah kan oleh jalan raya. Dulu kalau budak2 melayu yang bersekolah sini dah dikira hebat la.. sekarang ntah la.. ACS ni sekolah yang terbaik la kat Kampar. Sebelah sekolah aku ni ada sekolah cina Pei Yuan. Kira musuh tradisi sekolah ACS. Dalam sukan ke apa2 je mesti nak berlawan.


Stesen Bas Kampar. Ada beberapa bas menjalankan perkidmatan. Kinta Bus beroperasi dari Kampar ke Ipoh, Kampar ke Malim Nawar dan Kampar ke Sahom. Kamta Bus pulak dari Kampar ke Tapah dan Kampar ke Mambang Diawan, lagi satu aku dah lupa bus tu beroperasi Kampar ke Teluk Intan. Dalam banyak2 bus berhenti2 dalam Malaysia ni Kinta Bus adalah salah satu bus yang memberikan perkhidmatan pada yang terbaik. Leh dikatakan aku membesar dalam bus ni dari sekolah menengah sampai la aku kawin tiap2 hari aku pasti jadi penumpang setia. selalu nya aku naik bas ni free je sebab....................


Restoran Mahsuri. Ni la tempat lepak aku masa nak nunggu bas balik sekolah. Dulu femes giler restoran ni, skrg ni ntah la aku pun dah lama tak masuk. Yang best restoran ni sebab tiap2 tempat duduknya ada penghadang jadik orang tak leh la nampak.


Ni la Bazar Kampar. Masa kecik2 dulu kat sini la kami bershopping raya ke ataupun masa nak bukak sekolah. Murah giler harganye. Sekarang aku nengok dah banyak kedai dah tutup , sedih rasanye.


KFC Kampar. Banyak kenangan aku kat sini. Dulu cuma satu tingkat je, sekarang dah 2 tingkat. Maju beno dah.


Pagung Wayang Princess. Satu2nya panggung wayang yang ada. Sekarang dah jadi kedai perabut.


Tu la dia kedai ais kacang paling femes.. Balik kampung je aku mesti nak pekena dulu.


Antara tempat menarik di Kampar. Tempat nya menarik cantik air nya sejuk. Nak berkelah kat sini berhati2.
Aku pun dah lama tak kesini.



Sekarang Kampar dah banyak berubah. Kampar dah pesat menbangun. Banyak tempat2 aku melepak dulu dah tak ada. Kampar kan terus maju......

8 comments:

Anonymous said...

duk kampar ke encik?

sharamli said...

kedai perabut tu maju x

said...

mata tertumpu pada KFC

hehhehehe

Cikgu Kecik said...

wah! macam belajar subjek Sejarah aje. besh2.

Lady Nass said...

ini link sy. www.ladynass.com

LUVLYDIYANA said...

lepas ni promote tempat i plak..hehe

Anonymous said...

oohoii.... KAMPAR ku yg terchenta
minggu dpn nk blk kampor... mau cari popia mee kari apam balik laksa pak din..wuuu meriah makan haha..
dlu2 m'besar di kuarters TNB Kampar (dulu2 LLN) sekolah ACS rendah/menengah. KFC tuu..ishhh kumpul duit nk g lepak situ mase sekolah2 dlu hahaaa

Fleursaurora said...

Saya pergi makan di kedai pak din pagi td.. Pekerjanya yg tukang kira makanan ( bayar ) kurang beradab.. Saya dtg secara sopan kepadanya untuk mnta dia ambil order.. " kak nak order boleh? Dh lama duduk td ".. Dia dngn marah2 dtg " haa ! Mana duduk? " time ambil order pun dia ckp " cepattt cepatt " .. I dont think she was supposed to do that when she serves the customer.. No brainer..