Jul 3, 2009

Kenangan Super Kinta Ipoh

Super Kinta Department Store
Orang Ipoh yang sezaman ngan aku tentu tau Super Kinta. Pasaraya yang terfemes di sekitar tahun 80an hingga penghujung 90an. Masa tu takde Jaya Jusco, Giant dan Tesco kat Ipoh ni. Yang ada ni lah Super Kinta (yang terbesar) dan The Store. Pasaraya ni terletak di tingkat atas Pasar Besar Ipoh. Jadi ini lah tempat tumpuan masyarakat Ipoh bershopping, boleh dikatakan hari2 penuh je.
Di bahagian bawahnya pasar, ikan daging, sayur dan bahan2 memasak. Di sebelah wing kiri nya ada gerai makan, dulu leh la kata Food Court. Aku suka gak makan kat situ, tapi kena la tahan ngan bau2an dan panas yg membara. Makanan sedap dan extra murah. Di tingkat Satu terdapat gerai2 buah2an, kedai2 ubat2tan tradisional, Juga terdapat kedai buku, permainan dan perhiasan rumah. Time tu bila aku ke Super Kinta ni mesti singgah kat kedai Ah So jual makanan segera sebab nak beli rokok batang. Masa tu sebatang rokok baru 25 sen je. Di tingkat bawah nye pulak tempat menjual barang antik dan macam2 lagi yang seumpamanya.
Oh ye Di tingkat satu ada kedai menjual kaset, aku lupa nama kedainya. Kalau nak dapatkan kaset (masa tu takde CD ) sini lah tempatnya. Dan juga tempat 'Dubbing Lagu" pilihan.. Jeng Jeng hehehhehe
Sini jugak lah tempat orang berdating.. Ye lah kan mana lagi nak pi masa tuu...

Kenangan Aku di Super Kinta
Banyak kenangan aku. Kalau nak cite x habis2. Dari kecik sampai la aku nak kawin kat sini lah aku bershopping. Ikutkan beribu dah aku abis kat situ.

Aku nak cite satu kenangan ni yang paling aku tak leh nak lupa.. Aku kantoiii ngan awek aku..
Masa aku keje di sebuah Syarikat Telekomunikasi yang tertua dia Malaysia ni (sebelah Super Kinta je). Aku dok kat kaunter depan masa tu. Dekat time makan aku, awek member aku datang dia siap ambik nombor giliran lagi tu. Member lain paham so budget2 la time supaya nombor dia ke kaunter aku. Aku tekan nombor, dia datang.

"D (nama member aku) tinggalkan aku, dia blah ngan awek tambun".

Aku soh dia tunggu 10 minit lagi. Time lunch aku.

Mana lagi nak makan murah (time tu gaji aku RM450 je) ke Super Kinta. Masa makan dia cerita la apa berlaku, aku nasihat ala kadar je malas nak campur sangat. Kang tak pasal2 D tangan aku.
Pas makan dia ajak aku teman kan dia beli barang. Masa banyak lagi aku ikut kan je laa. Ke Super Kinta Department Store la.. Sampai kat department baju lelaki dia stop capai satu baju terus dia try kat badan aku. Kononnye dia nak beli baju bagi kat D. Tetiba je aku dengar awek jerit nama aku. Aku toleh nampak awek aku ngan kawan dia. Gigil pala lutut aku masa tu. Kantoii wehh. Nak buat cam mana, aku explain awek aku langsung tak nak dengar. Terus blah.
Jenuh la, berhari2 explain n memujuk baru la Ok. Naya aku.

Kan ke bagus masa tu ada HP. Leh buat Friend Finder.. Idak la kantoi .. hehehehhehhee

18 comments:

ibu_umairah said...

super kinta kiter tau tu...

ibu lahir d hosp.besar ipoh pd tahun82,coz ayah keje pegawai polis di kem ipoh!!!!tapi tak berapa lama ibu netap ipoh just 5 tahun je,pas tu pindah kulim kedah.....

ipoh sekarang dah top sangat tau!!!!
kalau g utara,tak lupa singgah ke bandar ipoh

Faizul said...

tu wife skang ke bro?

haruan tasek said...

awek tu jadi isteri ko sekarang nie ke?

Bapak said...

Bapak pun nak tanya cam Dude & Haruan Tasek, awek ko tu sekrang jadi wife ko ker?hehhe...

lagi satu, ofis ko dulu sekrg nie jadi apa? kompleks jual kain yang berdepan ngan yik fong ker?

Chenta said...

Yesss ! saya ingat . Kalu tak silap kat situ pun ada jual barang antik kan ... Tapi yang kat tepi sungai lagi besh !

kantoi ngan aweks . wah itu pun best. Lebih trajiss aweks tuh blah !

eh eh nak tanya , baju tuh dapat tak ??

Krasz bAtu said...

yer.. awek tu ibu pada anak2 ku
hhehhehehehe

Guru said...

terima kaseh ingatkan tentang super kinta... tpt beli baju raya dulu2...

sebelum super kinta ada, beli baju raya kat emporium ...tak ingat emporium apa, emporium perak rasanya..

lama jugak saya duk kat ipoh tu, kat FRU sg senam

Kapten Luffy said...

oh sekarang ni ko guna friend finder supaya tk kantoi dengan bini ke?

hehehe

Krasz bAtu said...

hahhahaha lawak tuuuuuu

Tukang cerita said...

hahahhaaaa......

aku pun, shopping kawen kat situ gak yeop...dolu2....

org umah aku kan org ipoh...
:)

Anonymous said...

dulu aku selalu outing kat situ~

Lady Libra said...

waaa!! super kinta!! dulu sy pnh keje cashier kat superkinta tu, ms tunggu spm.. best woo!! ms tu, rasa cam glamer je keje superkinta!! wakaka!!

razmag said...

bro nama kedai tu STUDIO 69 kot xpon 99. tp ada nama STUDIO la. bro lupa kedai songkok. nak raye je pegi sana. hihi

Anonymous said...

laksamana sakti

haha..cayalah bro..betol2 kenangan..
suka gak makan kat food court super kinta tu dulu2..pekena assam laksa & ABC..sekarang untie jual ABC tu jual kat food court tesco..

kedai backery dalam super kinta tu pulak bukak kat rainbow@uda ocean@GM@green town mall..

Unknown said...

Tesco mna ye

Anonymous said...

Super Kinta Department Store ni milik Eastern Smelting Berhad, hence juga milik Datok Keramat Holdings Bhd. Sekarang dah bankrup..huhu

Anonymous said...

Dato Keramat Holdings ni dulu punyala hebat sampai pernah jadi pemilik Studio James Bond tau.. di UK

Don@Ipoh said...

Studio 26 daa... hadiahkan AlFatihah kpd owner dia dulu...