Oct 29, 2008

Gmail Configuration

Penggunaan Gmail sebagai email semakin bertambah. Gmail boleh diconfigurasi dengan Microsoft Outlook. Setting ni aku dapat masa tengah boring2 kat Opis. Surf punya surf masuk satu blog (dah lupa la blog apa).

Berikut adalah cara-cara nak setting akaun gmail.com di Microsoft Outlook.

Login ke akaun gmail anda.Klik setting,klik tab “forwarding and pop”. Dalam bahagian POP Download, buat pilihan dalam ruangan 1 iaitu “Enable POP for all mail (even mail that’s already been downloaded) “kemudian klik “save changes”.

Configuration Microsoft Outlook

Buka Microsoft Outlook 2003.
Click the ‘Tools’ dan pilih ‘E-mail Accounts.’
Klik ‘Add a new e-mail account,’ dan klik ‘Next.’
Pilih ‘POP3′ as your server type by clicking the radio button, dan klik ‘Next.’
Penuhkan maklumat yang dikehendaki:
Your Name: Nama yang akan ditayangkan ‘From:’ bila menghantar email
Email Address: Masukkan alamat penuh gmail anda (abc@gmail.com)
Server Information
Incoming mail server (POP3): pop.gmail.com
Outgoing mail server (SMTP): smtp.gmail.com
Login Information
User Name: Enter your Gmail username (including ‘@gmail.com’)
Password: Enter your Gmail password
Click ‘More Settings.,’ and then click the ‘Outgoing Server’ tab.
Check the box next to ‘My outgoing server (SMTP) requires authentication,’
and select ‘Use same settings as my incoming mail server.’
Click the ‘Advanced’ tab, and check the box next to ‘This server requires an
encrypted connection (SSL)’ under ‘Incoming Server (POP3).’
Check the box next to ‘This server requires an encrypted connection (SSL)
under ‘Outgoing Server (SMTP),’ and enter ‘465′ in the box next to ‘Outgoing
server (SMTP):.’
Click ‘OK.’
Click ‘Test Account Settings.’ After receiving ‘Congratulations! All tests
completed successfully,’ click ‘Close.’
Click ‘Next,’ and then click ‘Finish'

Oct 28, 2008

IP Address Computer

Tentu masih ramai lagi yang tidak mengetahui cara-cara untuk melihat ip komputer yang menggunakan dhcp dan statik ip.Statik ip adalah disetting secara manual manakala dhcp secara automatik server akan memberi ip kepada komputer(akan berubah-rubah).Alamat ip amat penting bagi mereka yang ingin sharing data dan printer tanpa alamat ip komputer tidak dapat berhubung antara satu sama lain.Cara yang paling senang adalah menggunakan command prompt.Apa yang perlu anda lakukan:

  • Start
  • Run - taip cmd atau command
  • taip ipconfig /all - untuk melihat semua maklumat
  • taip ipconfig /renew - perbaharui ip anda yang menggunakan dhcp
  • taip ipconfig /? - untuk melihat tentang semua command tentang ipconfig


Oct 27, 2008

Transfer Big File

trfbigfile

Nak menghantar sesuatu fail yang besar pada kawan kadang2 satu masalah. Nasib baik ada TransferBigFile ni. Kawan anda diberi masa 5 hari tok download file tu. Pas tu file tu akan didelete.

Shortcut keys

Kadang2 kita memerlukan sesuatu tugasan tu dilakukan dengan pantas dan kita sering kali terlupa windows ada menyediakan beberapa shortcut keys. Di bawah ini adalah antara shortcut key yang boleh membantu mempercepatkan kerja.

CTRL + E : Mengalihkan teks ke posisi tengah
CTRL + R : Mengalihkan teks ke posisi kanan
CTRL + O : Membuka sesuatu fail
CTRL + P : Print
CTRL + A : Memilih semua(text, fail, dll)
CTRL + S : Simpan(save)
CTRL + F : Melakukan carian
CTRL + G : Pergi ke muka surat seterusnya
CTRL + H : Melakukan tindanan terhadap text
CTRL + K : Meletakkan hyperlink
CTRL + Z : Kembali ke keadaan sebelum
CTRL + X : Kerat(cut) sesuatu(text, gambar, fail dll)
CTRL + C : Membuat salinan(copy)
CTRL + V : Tampal(paste)
CTRL + B : Bold perkataan
CTRL + N : Memulakan muka baru

Oct 26, 2008

Online Virus Scan

scan

Free Utility based on Dr.Web Anti-Virus scanner di mana dapat menolong anda scan dengan cepat pc anda tanpa perlu install Dr.Web Anti-Virus. File anti-virus nya di update setiap hari.

Mp3, Youtube Downloader

flingtea

Tak payah nak susah2 nak install software, anda sekarang boleh download mp3, video ataupun apa saja dengan Feelintea. Caranya amat mudah, copy link contohnya dari youtube, kemudian click button GET. Kemudian anda akan link untuk download.

Oct 25, 2008

Pertandingan Mewarna Takasima

DSC00418

DSC00422

DSC00435

DSC00437

Pagi ni aku bawa anak2 aku ke Pertandingan Mewarna Takasima di Greentown Ipoh. Seronok anak2 aku masuk pertandingan tu. Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori, di bawah 12 tahun dan di bawah 8 tahun. Walaupun anak2 aku tak menang, cuma dapat hadiah saguhati je tapi depa berdua sangat gembira.


Oct 24, 2008

Hari ni masuk hari kelima aku tak bekerja. MC. Pagi tadi dalam kereta anak aku tanya satu soalan yang buat aku sampai sekarang tergelak bila memikirkannya.
"Ayah kalau kapal karam apa yang timbul ?:" Jenuh aku pikirkan jawapannya. Akhirnya aku mengalah. "Nak tau jawapan Ayah kena belanja MCD petang karang". Aku angguk je kepala. Anak aku ketawa" Jeng ! Jeng ! Yang timbul MASALAH la Ayah". Cehhhh terkena aku, pandai budak 8 tahun nii. Takpa..

Pas antar anak ke sekolah aku terus ke JPJ Ipoh renew lesen. Kali akhir aku masuk sini masa nak ambik test. Dah berkurun lama tu. Jam baru pukul 7.50 pagi mungkin tak bukak la kot kaunternya. Aku park kereta. Lepak bedek2 hp tunggu kol 8.00.
Orang agak ramai masa tu aku punya nombor 2012. mau berkurun aku nunggu ni. Tak aku sangka, tak sampai 10 minit nombor aku dah dipanggil. Wahhh cepat nya.. Syabas JPJ ipoh staff..
terharu ngan layanan mesra dan cepat kome.

Oct 23, 2008

Sending Long Web Address

snipurl

Nak berkongsi website yang best ngan kengkawan, emailkan dia addressnya. Tapi terlalu panjang dan kemungkinan akan di break oleh email editor anda. Terjadi la broken link kawan anda tak dapat la bukak website tu. Snipurl jalan penyelesaian, copy adderess tu dan kemudian klick kat Snip It. Selesai masalah.

Oct 22, 2008

G.ho.st

ghost

Online Operating System telah lama berlegar di alam internet, tapi tak satu pun yang berbaloi.
G.ho.st menampilkan satu kelainan dan boleh diacces menerusi handphone!! Menawarkan 5GB storage, 3GB email account, media player, office suite (word n excell) dan banyak lagi. Yang best boleh acces file anda semasa di opis.
Apa tunggu lagi sign up dan jangan lupa letak la nama krasz sebagai referral yer.

Artweaver

artweaver

Alternative to Photoshop.

Tak dinafikan Adobe Photoshop dah kira macam bapak dalam image editor. Artweaver image editor ni mampu melakukan banyak tugasan seperti Adobe Photoshop. Tambah pula Artweaver ni percuma. Cuba la dulu baru tau.

Donwload Artweaver.

Samsung i780

samsung-i780

Band Tri Band (GSM 900/1800/1900 MHz)
Network & Data EDGE Class 10, HSDPA
Operation System Windows Mobile™ OS (v6.0, PPC)
Browser HTML, WAP 2.0 Bundle with Opera
JAVA™ MIDP 2.0
SAR value 1 W/kg
Size Weight 120g
Dimension(HxWxD) 115.9 x 61.3 x 12.9mm
Display External Technology 65k Colour TFT
Resolution 320 x 320
Size 2.55"
Battery Standard Type Li-ion
Talk time up to 9 hours
Standby up to 380 hours
Capacity 1480mAh
User Interface Input Device QWERTY Keypad, Optical Mouse
Camera Camera Resolution 2.0 Megapixel
Digital / Optical Zoom Digital Zoom
Brightness Brightness (X6)
Shot mode self shot, single/multi/mosaic shot
Photo effects Photo effects
Photo quality settings Photo quality settings
Video Player (WMV / MPEG4 / 3GPP / H.263 / H.264)
Video recording Video Recording (MPEG4 / 3GPP / H.263)
Video messaging Yes
Video Streaming Yes
Video telephony Yes
Video wallpaper No
Music & Sound Music Player (MP3 / ACC / ACC+ / WMA / ASF)
Poly Ringtones 40 Polyphonic Ringtones
MP3 Ringtone Yes
DRM OMA DRM
3D sound technology No
Music Library Yes
Fun & Entertainment Embedded JAVA™ Games No
JAVA™ Download Yes
Embedded Wallpaper Yes
PodCasting Yes
FM Radio No
Business & Office (PowerPoint, Excel, Word)
Offline Mode Yes
File Explorer Yes
Voice memo & Voice mail Yes
Messaging SMS / EMS / MMS Yes/No/Yes
Predictive Text Input T9 Yes
Email (POP3 / SMTP / IMAP4), Push Email (Microsoft)
Cell broadcast Yes
vCard / vCalendar Yes
Instant Messaging Yes (Windows Live Messenger)
Connectivity Bluetooth
USB USB 2.0
WAP Yes
Internet HTML Browser Yes
Outlook Sync Yes
WIFI Yes
AGPS Yes
PC Sync Application Yes
Memory 120MB User Memory
SMS Up to memory size
Phone book entries Up to memory size
External Memory up to 16GB
Personal Information Management CalendarYes
Scheduler Yes
To do list Yes
Clock Yes
Worldtime Yes
Alarm Yes
Currency converter Yes
Converter Yes
Calculator Yes
Memo book Yes
Call functions Speakerphone Yes
Video Caller ID Yes
Call Cost / Call Time Yes
Multiparty Yes
Dialed/missed/received calls Yes
Further Informations Touch Screen Yes


Bila la aku dapat merasa pakai ni.. dah berkurun lama aku simpan duit. Tak jugak cukup2. Kang aku hayun jer kredit kad aku... hahahahhahhaa

Oct 21, 2008

Wobzip

wobzip

Unzip file anda secara online. Wobzip support hampir
kesemua format. Untuk keterangan lanjut free kan diri anda
tok ke websitenya yer.
Dah 5 hari aku demam, teruk aku demam kali.
Baru hari ini aku mampu bangun. Aku nak ucapkan berbanyak2
terima kasih pada kawan2 yang tak putus2 menghantar sms. Sorry la
pada yang tak sempat aku balas sms tu. Kredit abis hehehehehe.
Petang ni aku kena pi check darah. Risau jugak hati ni.
Aku takut Jarum. Area tempat aku ni tgh banyak kes demam denggi.
Harap2 aku tak la kena demam tu. Doa2 kan lah cepat sembuh yer
kengkawan.

Oct 16, 2008

Minyak Turun Cukai Pintu Naik 500%

Pagi tadi, waktu aku tgh sarapan sambil
baca paper utusan. Terkejut aku bila baca ni. Mak ooiii 500%
naik.... mau pengsan ni. Tapi x leh nak kata gak sebelum
kita tau butiran lanjut. Kejap tu jugak aku call member kat MBI,
tak angkat call la pulak.

IPOH 15 Okt. – Penduduk di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor di sini terkejut apabila menerima notis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang bercadang menaikkan cukai pintu hartanah di kawasan itu 500 peratus bermula November ini.

Sambil melahirkan rasa marah dan kesal, mereka memberitahu, cadangan kenaikan cukai taksiran MBI itu tidak munasabah dan tidak masuk akal.

Seorang penduduk, Shahruzzaman Abd. Halim, berkata, beliau yang baru dua tahun mendiami rumah banglo yang dibelinya di Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang selama ini hanya dikenakan cukai pintu sebanyak RM108.80 setahun semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) berkuasa di Perak.

Menurut beliau, kadar cukai tersebut naik mendadak pada tahun ini selepas MBI mengeluarkan notis mencadangkannya membayar cukai taksiran sebanyak RM691.20 setahun.

“Pada 15 September lalu, MBI telah menghantar notis kepada saya memaklumkan bahawa mereka akan meminda nilai tahunan harta atau cukai pintu ke atas rumah saya yang beralamat di Lot PT 186990, 13 Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Chemor.

sumber dari Utusan.


Tonzr

tonzr

Nak edit Mp3 jadik ringtone, kerja susah tu. Tonzr adalah
pencarian free rintone. Masukkan nama artis (artis barat, artis malaysia
tak masuk book lagi) click Find Ringtone!. Keluar list lagu artis berkenaan
Yang best leh dengar lagu tu dulu sebelum nak download. Nak best lagik, service ni
FREE. hehehehhehee

Oct 15, 2008

Can You Run It

run it

Kebanyakan Laptop dan Pc yang lama tak support untuk
bermain game yang terkini. Beli game balik rumah install, tepuk dahi
pc anda tak support. Kesian. Jadi sebelum beli game tu check website ni
Canyourunit. Ia akan menganalisa pc anda samaada boleh support atau tidak
game tu. Ikut arahan dan tunggu dalam masa 2-3 minit. Senang je, kan dah jimat
duit.
Jam dah pukul 1.30 pagi mata belum lagi
bagi signal nak lelap. Nak layan TV malas rasanya.
Kang bising terjaga pulak anak2 aku. Satu hal lagi nak
menidorkan dia. Baru aku teringat aku belum lagi gosok baju
sekolah dia. Buat sok pagi je la pas sembahyang subuh. Tu pun kalau
tak miss sembahyang subuh hehhehee.

Dah semakin tua aku rasa diri ni. Radio Era dah muak,
Sinar dan light n Easy jadi pilihan. Sport Car dah aku tak minat,
sembang ngan kawan kereta2 keluarga jadik topik. Kawan2 aku pun
semua dah bekeluarga dah jarang kami keluar lepak kat kedai mamak.
Betul la aku dah rasakan perubahan pada diri ni. Surf internet pun asyik mencari
bahan2 yang boleh mendatangkan manafat.

Kat Opis hari ni kawan aku kata aku dah berubah
dah takde jokes (tambah 18sx jokes), dan tak bikin kecoh kat
opis. datang kerja buat kerja cukup masa blah. Dia ketok kepala aku
"Krasz where are U" ? "What Happen To U" . Adoii sakit laaa
Prihatin betul dia. Aku tak jawab apa2. Petang tu boss aku panggil
dia pun rasa aku dah berubah. Dia risau sebab 2 hari pas aku ada Penilaian Kerja.
Dia sound aku benda2 yang aku buat dia tak suka. Mungkin dia ingat aku kecik hati.
"No la Boss I just in the middle of transform to new me" aku jawab. Dia tak puas hati,
So esok dia ajak lunch. Nak suruh aku luahkan perasaan la tu. "OK boss lunch at 1 and
On you". Dapat makan free esok. hehehhehehe

Betul kah aku dah berubah ? Entah la .....

Online Video Converter

movavi

Malas nak install video converter ? Movavi boleh menyelesaikan
masalah anda yang tak seberapa tu. Load file anda, pilih output format
yang dikehendaki pas tu tunggu je la kat email anda. Makan masa la skit tapi
berbaloi. Pas tu boleh lah di transfer ke Handphone atau kemana2 saja yang anda suka.
Yang penting service ni Free.

Oct 14, 2008

QuranFlash

Untitled

Baca Quran secara online. Walau di mana sahaja kita berada.
QuranFlash. Selepas anda click Enter page akan load dan memaparkan
ayat2 Al-Quran. Yang bestnya kita seakan2 membaca Al-Quran melalui kitab.

Definr

definr

Definr adalah kamus secara online, dari bahasa English ke Bahasa
English. Web ni memberi maksud perkataan dengan sungguh pantas, ia juga
memberi contoh2 ayat.

Oct 13, 2008

PhotoFun

PhotoFun_9e61

Anda suka mengedit gambar ? Photofunia ada satu website yang
menawarkan satu perkhidmatan percuma. Anda hanya perlu pilih mana
satu effect yang anda suka, click pada effect mana yang anda suka, upload gambar
anda. Pas tu save gambar tersebut. Kemudian anda boleh la post ke myspace, friendster
atau email pada kawan2.
Balik kerja, aku terus bawak anak aku ke klinik. Mira demam,
hari ni pun tak ke sekolah. Sampai di klinik, ramai orang menunggu
giliran. Musim demam agaknya.

Image958

Budak2 bila dah lama menunggu mula la terasa bosan. Mula la tak mau duduk diam. Yang aku hairannya, kata demam tapi boleh berlari2 dalam klinik. Hilang rsa demam tu.





Image960

Kesian tengok Mira. Tadi berlari tak ingat dia demam. Nak makan nasi pun dah tak larat.
Tu pun jenuh paksa suruh makan.

Oct 12, 2008

Tosei Torpedo

DSC00354

Terletak di pekan lama Ipoh. Sebelah Sungai Kinta. Dulu area
ni dipanggil Lock in , tempat orang menjual barang2 antik pada setiap
pagi Ahad. Sekarang dah dipindah kan ke tempat lain. Sebagai gantinya tempat
ini dah dimajukan. Ada taman permainan kanak2, screen besar, free wifi dan juga free swimming pool. Dengan
adanya Restoran Nasmir ni baru la hidup kala malam di pekan lama ni. Yang best lepak
dan makan kat restoran 24 jam ni, semua ada masakan mamak, thai dan western semua ada.
Service pun ok, cepat dan extra special (kena ulang beberapa kali order sebab waitress ni
orang bangla.). Anak2 aku suka beno datang sini. Mandi kat swimming pool tu, aku lak lepak
online sambil perhati anak2 aku mandi.


Image069

Ini dia hidangan istimewa restoran ni. Tosei Torpedo. Takat 6 orang dewasa
lum tentu boleh habiskan ni. Harga jangan risau tak mahal. Kalau datang
ke Ipoh singgah la ke restoran ni dan order Tosei Torpedo. Sedap.

Oct 11, 2008

Privnote

Nak hantar email atau note dan selepas si penerima
membaca email tu akan self destruct macam cerita Mission
Impossible? Pas tu lak secara percuma. Ini dia Privnote , Cara
menggunakannya senang je. Anda hanya perlu menulis apa yang terlintas
di fikiran pas tu klick Create note, copy linknya ke email anda. Selepas penerima
membacanya note tu akan musnah tanpa meninggalkan kesan. Amat sesuai bila nak
sent email kat boss, marah2 dia tanpa ada tinggal bukti.
Selamat mencuba. Risiko tanggung sendiri.

Oct 9, 2008

DSC00326

DSC00326

Pagi ni sampai ke opis terkejut aku tengok
banyak betul burung merpati, mana datang ngan
tiba-tiba je. Aku sampai awal kol 7.30 pagikat Opis seperti biasa, nak
masuk pun bukan ada orang lagik. Selalunya aku akan lepak kat kedai mamak
Restoran Ipoh Padang. Jadi aku lepak memerhati burung merpati tu makan. Terhibur
rasa hati.

Pas breakfast aku masuk opis, bukak la email opis, tu dia 243 mail
masuk. Mau setengah hari aku nak clearkan ni. Pukul 8.45 pagi baru sorang
dua member opis sampai. Boss aku cuti ker, dalam hati dah terasa seronok. Ngan tetiba
aku disapa "Good Morning" , alamak boss dah sampai, punah harapan nak enjoy hari ni.
Sabar je la.



Oct 8, 2008

Raya@Ida House

PA040238

Thanks Ida menjemput kami sekeluarga beraya. Suka
sangat ngan bihun goreng tu. lupa lak nak snap pic bihun tu.

Pas kenyang , sessi foto shoot.




PA040239

PA040241

Group photo

Kerja Pas Raya

Image914

Semalam aku setat kerja, seminggu aku cuti
beraya. Melambak kerja aku kat opis tu. Aku ingatkan
aku cuti member aku ganti rupa2nya dia ambik MC, bertuah
punya member. Hari aku ambik cuti nak balas dendam (jahat lak
aku rasa).

Oct 6, 2008

Masih Bercuti Raya

Hari ni aku masih bercuti. Takde plan apa2 pun
lepak je kat rumah. Boring jugak dok rumah seorang2 ni.
Nak keluor paham2 je la pas raya ni, poket dah kering. Kadang2
aku hairan jugak kenapa la time nak raya jer mesti dapat gaji awal.
Sekarang baru aku rasa bahana gaji awal ni. Nasib badan.

Oct 5, 2008

Tunang Adik Ipar

Semalam adik ipar aku Suria bertunang. Dah besar Suria rupanya. Dah nak kawin. Tunangnya orang Ipoh jugak. Entah kat mana depa kenal segan aku nak tanya.

Punya la ramai orang datang. Tunang cum open house. Rombongan dari belah lelaki pun ramai dah macam hari kahwin la pulak. Kelam kabut la kejap kami. Alhamdulillah semuanya berjalan ngan lancar.

PA040146

PA040204

Duit Raya

PA010013

PA010017

Anak2 aku ngan bangganya tunjuk duit raya. Zaman aku dulu seringgit dua je orang kasi. Bebudak sekarang bertuah. Paling kurang RM10, bagi seringgit kang masam muka.

PA010035

Hamper raya pemberian Datuk Ong Ka Chuan.