Mar 30, 2009

Kenduri Aqiqah Liya

Sabtu pas aku buat lah kenduri Aqiqah untuk anak aku Liya. Ingatkan nak buat kenduri tu secara sederhana je. Jemput orang sedara mara terdekat je.. buat budget dalam 50 orang makan. Entah macam mana sampai kan lebih 100 org datang semua orang kampung meluru2 datang...

P3280030 P3280032
Untuk tetamu.. tapi anak aku dah balun dulu Dihiasi oleh maknya secara spontan
P3280036 P3280062
Marhaban kumpulan paling Malatop tempat aku Bacaan Doa selamat.
P3280064 P3280069
Antara juadah hari tu. Yang paling dapat sambutan Kurma Kambing. Makan ! Makan ...
P3280075 P3280081
Atok (merangkap Ketua Kampung) aku layan sop kambing..
P3280088 P3280091
Boss ngan gaya anggun Aku ngan para2 boss aku..

Tips Elak Ngantuk Di Pejabat

Rasa mengantuk ketika di pejabat boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyang dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. Justeru ia perlu di elakkan dan bagi mengatasi masalah ini. terdapat beberapa tip yang boleh anda praktiskan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat.

1. Hampiri kawasan bercahaya.
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, caahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar sektika.

2. Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namin ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap ebrsolek. tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.

3. Wangian aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian arimaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai 'mint' dan lemon

4. Dengar Muzik

Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.

5. Senaman ringan

Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di sampi itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangin dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula

6. Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar..

Mar 28, 2009

Share internet Connection On Laptop via Wifi HP

Bagi yang ada WiFI enable HP, korang penah x fikir camne nak guna wifi connection tu kat laptop ? Aku buat research ngan terjumpa cara ni. Baru syok online idak la menatap screen kecik jer....

thanks to budingyun

FOR WINDOWS VISTA:

ON windows Vista Goto Control Panel from your Start Menu

1.Select Network and Internet



2.Then On the tasks pane on the left side Select Set up a network or Connection



3.Then select " Set up a wireless ad hoc (computer-to-computer) network "



4.When this Box opens up You just have to click Next (shown below) :


5.Next you have to give a Name to your Network in "Network Name" give it a name and thenselect "Security Type " as WEP (shown below)
Type a Password in " Security Key/ Passphrase" Check the "Save this network" if you wish to save the current network.



6.Once thenetwork is ready to use you should get a "Windows Recommendation"stating "Turn ON Internet Connection sharing" (shown below) Select thatoption and then you are done!

Once thenetwork is ready to use you should get a "Windows Recommendation"stating "Turn ON Internet Connection sharing" (shown below) Select thatoption and then you are done!

Mar 26, 2009

Aku , Awek Itu Dan Arwah

Waktu : 2.00 petang
Tempat : Restoran Ipoh Padang

Aku duduk sorang diri.. capai paper Star , sesekali menghirup nescafe ais.. lega rasanya
Terasa diriku diperhatikan.. mula timbul rasa tidak selesa. aku membetulkan tempat duduk aku. Kalau dia perhatikan aku lagi, aku kan tentang mata dia.. Tekaan aku betul , kali dia makin berani malah bertertawa ngan kawannya.. Aku kalah .. tak penah ada perempuan seberani ni nak lawan mata ngan aku.. Aku buat muka selamba angkat paper menutupi muka.

Awek Itu : Abang Zul kan ?
Aku menurunkan paper "Ya"
Awek Itu : Ingat Lin lagi x ?
Aku : Lin ? Linda Onn ? Aku cuba nak mengingati siapa dia...
Awek Itu : ni Lin ex arwah man rock 20
Aku : Lin .... buat pa kat sini ? lama ko ilang .. ko tapa kat mana ? pasal pa ko dah lain ..
Awek Itu : Pas arwah meninggal Lin henti kerja Lin balik kampung.. Sekrg Lin dpt kerja area sini.. Lain apanya abg Zul ..? dulu kan Lin x pakai tudung.
Aku : tu ler pasal Abg tak kenal... hehehehhehe

Kami bersembang ..

Awek Itu : Lin nak chow.. nanti Lin call.

Fikiran aku mula melayang pada arwah, kawan baik aku. kami berkawan sejak kecik.. Teringat kembali kenangan lama bersama.. Mata melihat paper fikiran melayang ke zaman sewaktu RX7 dan Panter menguasai jalan raya. Kami merempit bersama tapi rempit kami x sama ngan rempit bebudak sekarang.. rempit kami rempit bermoral.

Aku teringat hari arwah meninggal dunia...
Aku baru balik dari kerja, letih aku ikut jalan lain mengelak pot lepak kami. kalau jumpa geng kang entah pukul berapa baru balik umah. Hari dah maghrib perut keroncong aku membelok motor ku, terasa ada orang memanggil aku. Aku berhenti melihat ke belakang.. Man ghopernya
dia melambai mengarah aku datang ke arahnya. Aku pun membuat pusingan memaju motor ke arahnya.. sampai, Man tiada kat situ .. dalam hati macam mana dia leh ilang sekelip mata ??? Aku terpaku.. kedengaran bunyi motor Mie , kenal sangat aku bunyi motor dia.

Mie : ko dah tau cite Man ke ?
Aku : Aku nampak dia sini tadi .. dah lesap
Mie : ko biar betul .. Man accident petang tadi .... mie x menghabiskan kata2nya
Aku : Mie sumpah aku nampak dia ..
Mie : KRASZ ... Man dah meninggal accident !!!!!! Aku on the way ke rumah dia.
Aku tergamam ..

Siapa.. apa yang aku nampak aku x tau.. tapi aku pasti mata aku tak membohongi aku................

Menangi Sifat Marah

Dr Fadzillah Kamsan - Menangi Sifat Marah

Meh dengar ni ceramah motivasi camne nak kasi tangani sifat marah semulajadi dalam diri kita ni.
semoga dapat ler kontrol skit perasaan tu..

Mar 22, 2009

Zoom Malaysia


Boleh dikatakan tiap2 hari kita dengar lagu ni kat radio ataupun tv.. Aku minat lagu.. buat lah search akhirnya jumpa yang full version punya...

Download MP3
JOE FLIZZOW, NORYN AZIZ & KLG SQWAD - ZOOM MALAYSIA

Mar 20, 2009

Orait Semua !!!!

Ada kata ku keras kepala
Ada kata ku tak dengar kata
Adakala aku bengang juga
Tapi aku rileks saja
Bukan mereka buat ku kaya
Bukan mereka buat ku bahagia
Jangan sangka aku dlm diam
Teruskan biarkan aku dihentam
Zaman kita tidak sama
Selera berbeza- beza
Hanya terbuka kan lah dada
Terjawab lah hakikatnya
Kau bukan aku
Aku bukan engkau
Jadikan engkau buat kacau
Dunia luas biar sama puas
Tidak perlu kita tindas menindas
Tapi orait
Gua orait
Lu pun orait
Semua orait
Kita tak sama
tetap tidak sama
Hapuskan segala perangka
Hapuskan tuduhan dusta
Mungkin benar kau kata
Mungkin aku benar juga
Tak siapa tahu
Tak siapa mahu
Mengambil sikap terlaluan
ku bukan extrem
Cakap aku serupa bikin
Cuba bayang hari sebaik mungkin

Mar 18, 2009

Google Map With Latitude

Google Maps yang terbaru ni dengan kelebihan Latitude. Program ni membolehkan kita mengetahui di mana rakan kita berada dalam real time. Imej Satelitenya sungguh memuaskan. Kita boleh mengetahui kedudukan kita dengan atau tidak bantuan GPS, memandu ke satu tempat dengan tepat dan mendapat maklumat perniagaan.
Download secara terus dari HP : m.google.com/maps

Mar 16, 2009

Yellow Pages



Yellow Pages dalam bentuk digital. Senang la nak disimpan takde lagi la buku yellow pages yang tebal meyemakkan mata. File size lebih kurang 200MB dan sesuai untuk windows XP dan Vista.

Mar 5, 2009

Duit Belanja

Aku : Isyraf duit belanja hari ni beli apa ?
Isyraf : Adik beli nasi lemak 50 sen
Aku : Lagi beli apa ?
Isyraf : 50 sen lagi beli kopok lekor
Aku : Lagi Sehengget beli apa ?
Isyraf : Abis dah ..

Aku pun diam. Dalam hati mesti dia beli sesuatu ni.

Tiga hari aku tanya, jawapan yang sama dia bagi.. Aku mula la terasa angin dah masyuk..

Aku : Adik, duit belanja adik buat apa ? Hari2 ayah tanya. Abis adik cakap.
Isyraf : Ada laaa... Ayah niii
Aku : Adik cakap. Kalau tak esok takde belanja..
Isyraf : Lagi sehengget tu adik masuk Tabung Gaza la ayah...

Adooiii... terdiam aku kejap. Timbul rasa bangga dan menyesal buruk sangka kat anak aku...

Mar 1, 2009

Kenangan Bersama Dial Up

Korang ingat tak kenangan masa sebelum ada nya broadband. Kita semua guna dial up dari Telekom tu. Selain Telekom, Jaring ada gak offer dial up service. Aku nak cerita skit la kenangan aku ngan dial up ni.

Dial up connection ni tak la selaju ngan broadband sekarang. Lagipun dial up ni satu hala je bila kita dah online, call tak leh masuk. Charge nya pulak ikut masa kita online, 3 sen seminit. Kalau yang kaki online 24 jam tu mau la bilnya beratus2 ringgit. Tapi masa tu kira popular sangat la connection ni.

Korang ingat tak bila kita nak buat connection kita kena dial 1515, pastu kena tunggu lebih kurang 15 saat baru connection tu establish. Masa menunggu tu aku paling suka dengar bunyi modem 56k, music to my ears rasanya. Rindu kat bunyi tu...
Bila dah connet. Klick ler Browser yang ada masa tu Internet Explorer atau Netcape. Firefox atau Opera lum wujud lagi. Homepage yang popular masa tu MSN. Yahoo dan google masa tu masih baru. Nak menunggu page tu load pun makan masa. Dek kerana charge internet mengikut masa, so aku bukak la 2 – 4 browser sekali gus. Mula2 bukak email hotmail. Pas tu bukak la MIRC. Chatting masuk la channel Dalnet Kampung. Masa tu kalau sehari tak masuk MIRC rasa tak sah.

Kalau nak download lagu punya la seksa, maklum la dial up ni speednya cam kura2. Masa tu torrent mana ada lagi. Terpaksa la pakai download manager kalau tak berzaman la menunggu. Bayangkanlah kalau download MP3 yang sizenya 5MB ambik masa 15 minit ke 30 minit sebab speed paling tinggi pun 5bkps. Nak menunggu abis download sempat la makan, sembang2 kat MIRC dulu. Masa tu file .rm (realplayer) popular sebab sizenya kecik. Jakionline la popular sangat masa tu. Kemudian bila Kazaa wujud baru la orang sibuk download MP3.

Aku selalu online masa tu kat CC. Bila aku dah selalu sangat balik lambat, mak pun dah sound. Aku ambik loan beli Komputer, bayor bulan2 3 tahun. Masa tu harga komputer mahal giler. Pasal nak bertenet sanggup. Bukak akaun kat Tmnet , seingat aku masa tu kita kena charge RM24 setahun untuk yuran laluan. Charge penggunaan pulak 3sen seminit. Sejam dah RM1.80. Sehari mau 3 – 4 jam aku online. Sebulan dah berapa.... Maka bising la mak aku tiap2 bulan. Terpaksa la bertukar ke prepaid. Abis la duit gaji buat top up.

Lama Tak Update

Lama benar rasanya aku tak update blog ku ni. Sejak dok kat kampung menanti orang umah aku abis pantang, payah benar nak online. Malam ni aku lari kejap ke CC. Bertahun lama gak aku tak jejak kaki kat CC ni.
Bukak email .... Yahuuuuuuuuu !!!!! Duit masyukk.

images

Walaupun ciput je tapi aku syok sangat. Jadi lerrr . Berbaloi jugak rasanya berjaga malam berblog.