Dengan bangga nya : Aku peminat setia siri Bercakap Dengan Jin.
Novel bersiri Bercakap Dengan Jin ini ditulis oleh penulis terkenal Tamar Jalis. Beliau menulis melalui pengalaman sebenar beliau bersama dengan datuknya. Novel ini dikategorikan seram. Cerita nya mengenai kejadian2 ilmu2 ghaib dan kebatinan dalam dunia melayu. Novel ini di tulis beliau dengan begitu baik, terperinci. Novel ini menceritakan bagaimana ilmu2 salah dituntut, baik buruk nya dan pengajaran dari peristiwa tersebut. Penulis kerap kali menyatakan hanya Ilmu ALLAH yang kekal dan selamat dunia akhirat. Kisah2 dalam cerita ni berlaku dalam Negeri Perak.
Aku rasa ramai di antara kawan2 semua tidak mengetahui kewujudan novel ini terutama yang lahir selepas 90an. Famous giler dulu ni. Aku zaman sekolah sanggup simpan duit semata2 nak beli novel ni. Kadang2 kongsi ngan kawan2 pas tu fotostat.Buat koleksi dan sampai sekarang aku hanya dapat sebahagian saja dalam bentuk Novel. Novel ini kemudian nya diterbitkan secara bulanan oleh majalah "Variasari".
Novel ini mempunyai 75 siri. Aku berani jamin kalau anda baca mesti kan terpaku berjam2 membacanya. Sekarang ni aku sedang menghimpun semula Novel ini. Harga Novel ini sebuah pun sekarang dah mahal giler. Dah jadi collectable item.