Dec 30, 2009

Cuti2 Lagi

Hujung2 tahun ni, cuti masih berbaki aku bawak famili ke Terengganu. Lama gak tak datang ke Terengganu. Bertolak awal pagi aku mengikuti jalan Cameron Higlands. Jalan tu lebih dekat tapi sunyi, kiri kanan hutan je. Kalau malam gerenti aku tak kan lalu.






Sampai sana kami terus ke majlis perkahwinan. Yang menarik, aku suka sangat sebab rumah pengantin di tengah sawah padi. Terpaksa la park kereta jauh dan kemudian menyusuri denai ke rumah pengantin. Dah pukul 3 perut memang lapar giler. Bantai makan .. malu tolak tepi hhehheheh...


Pekena kopok lekor tepi Pantai Batu Berok memang layan. Cuaca baik pulak tu. Try la kopok lekor goreng tepung, best !! tempat aku tak de la jual. Tak sedar 3 trip ke kedai tu beli.. hehhehe

Dah sampai Terengganu, tak sah la kalau tak bershopping kat Pasar Payang kan. Kena pulak time aku datang tu hari Krimas, orang punya la ramai. Nak park keta payah, dah tu pulak Pasar Payang tak macam dulu harga dah mahal, nak tawar lelebih pun dah tak dilayan, maklum la orang ramai.


Esoknya adik aku bawak makan ke Haji Pok Long Seafood di Pantai Puteri. Siok makan situ, orang ramai kena beratur tunggu meja. Hidangan nye simple je , system layan diri, ambik je apa nak dan murah giler .

Yang baju merah tu la adik aku. Anak2 aku semua kamceng giler ngan Pak Ngah. Kalau adik aku ada, mula la anak2 mengada2.. nak dukung la.


Sebelum balik singgah shopping di Losong. Beli la buah tangan kat sedara n kengkawan. Sory la gang uol's order mulut je mana nak cekau duit, kalau hulur skit leh la banyak beli.. Lain kali bank in la skit. Seksa aku!!!

Balik aku ikut Grik sebab mak aku nak singgah di Bukit Bunga nak continue n perabis saki baki duit.

Dec 29, 2009

Potong !!!




Potong !! Bukan potong wayar seperti iklan yang tengah hangat sekarang ni.

Potong Kredit kad kerana :-

Pihak bank memaklumkan bahawa caj kad kredit sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan melalui bajet tempohari akan berkuatkuasa pada bulan Januari 2010 atau pada bulan sepatutnya kad kredit itu tamat. Contohnya, jika kad kredit anda tamat pada bulan April 2012, maka bermula April 2010 caj tersebut akan mula dikenakan. Bagi mereka yang tamat pada bulan Januari, maka akan membayarnya lebih awal sedikit lah.


RM50 hengget untuk kad Utama dan RM25 bagi kad tambahan.. bayangkan kalu ada 3-4 kad.. naya weh..


walaupun :-


Bagaimanapun, pengguna boleh menukarkan bayaran RM50.00 atau RM25.00 (kad tambahan) dengan mata ganjaran yang diberikan berdasarkan kepada pembelian runcit menggunakan kad kredit. Perkara tersebut bagaimanapun masih terikat dengan syarat, terma dan ianya juga bergantung kepada pihak bank pengeluar kad anda. 


Jadi hari ni aku pi la potong semua kad2 kredit aku yang ada. Cuma tinggal satu je. Kot sesak2 nanti ada gak kad kredit, nak meminjam ngan sedara paham2 je la kan. 
Nak cancel kad kredit pun satu hal, tiap2 bank aku pi semua memujuk aku supaya jangan potong. Dah tekad kan semangat lantak lah apa depa nak offer aku tetap Potong... 

Dec 20, 2009

Cuti2 - Cherating.

Cuti sekolah kali ni aku bawak family aku ke Cherating. Aku buat last minit planning je. Selalu buat plan tak menjadi. Malam tu aku soh wife aku packing barang. Sampai sana baru cari hotel. Tak da hotel kita balik. Tu je plan aku..

Pagi 8 pagi aku bertolak . Jalan ke sana pun bukan nye aku tau sangat. Malam tadi bukak google maps tgk serba sikit. Buat la sikit kajian Hotel2 kat sana.





Dalam kol 2.30 petang aku sampai Cherating. Hari hujan lak tu. Teringat kan Hotel aku tengok malam tadi aku bukak google maps hp aku aku terus menuju ke Suria Cherating Beach Resort. Ni kira Hotel budget la. Apa yang penting bagi aku, hotel tu mesti ada swimming pool. Melangkah je masuk kami disambut dengan penuh mesra. Semalam baru RM175 termasuk bfast untuk 2 orang. Budak hanya dikenakan RM5 seorang. Jadi aku pun bagi ayat2 syurga akhirnya anak2 aku dapat bfast free. hhehhehee. Biliknya kemas dan ada Wi fi lak tu, nyesal aku tak bawak laptop. Letak je barang2 dalam bilik, anak2 aku terus mengajak ke swimming pool, letih aku drive tak ilang lagik tu..

.
Tengah syok2 mandi  hujan lak. Malam tu kami makan di Naemah Ikan Bakar. Masakan nya sedap dan harganya murah sesangat. Sok pagi nya pas bfast anak2 aku mandi lagi swimming pool (tak puas smlm kot). Dapat swimming pool langsung mandi laut tak ingat dah. Aku la sorang2 je mandi laut. Boring.....


Kata orang kalau dah ke sana tak sah kalau tak kena kopok lekor.. Shopping la ala kadar bagi kat sedara.

Dec 19, 2009

Award



Thanks pada Pereka Cerita menganugerahkan award nii...

Dec 16, 2009

Black Rose




BLACK ROSE
(Rock)
BIODATA
PENYANYI
Ajin
Amir (Amiruddin Mat Aris; lahir 1968; pernah menyertai kumpulan Cinema)

GITAR
Jepp
Man (pernah menyertai kumpulan Etika)
Roslan

BASS
Mario (Azhar Osman)
DRAM
Ain (Shahrin)
PENCAPAIAN
Juara bulanan pertandingan Muzik-Muzik TV3, lagu Penantian (1991)
Bertanding dalam Anugerah Juara Lagu TV3, lagu Penantian (1991)



Aku memang cukup minat ngan lagu2 Rock Kapak. Dari dulu sampai sekarang minat aku tak pudar. Dalam banyak2 kumpulan aku minat ngan Kumpulan Black Rose, Search, Wings dll.

Seingat aku Black Rose ni popular dalam tahun 1991. Masa tu aku ting. 3 rasanya. Time ni irama Rock tengah popular. Sana sini lagu2 rock. Fun Fair gerenti ada kumpulan rock buat show. Best masa tu. Black Rose ni popular ngan lagu Penantian. Feeling abis layan lagu ni.





Dec 10, 2009

Kampar

Kampar

Pekan Kampar merupakan sebuah pekan di negeri Perak yang terletak kira-kira 40 km dari Bandar Ipoh dan 16km dari Pekan Tapah dan merupakan tempat persinggahan bagi perjalanan antara utara dan selatan dan juga merupakan Bandar yang terakhir sekali di Daerah Kinta, kerana ke selatannya ialah Daerah Batang Padang dan Hilir Perak. Pekan utaranya pula ialah Gopeng dan selatannya pula ialah pekan Tapah. Apabila disebut Kampar memberi pengertian Bandar Kampar dan kawasan-kawasan sekitarnya dalam lingkungan 10-20 batu persegi. Penerokaan dan petempatan awal Kampar mempunyai kaitan dengan penemuan bijih timah itu sendiri, maka tidak hairan jika ada pendapat yang mengatakan Kampar dibangunkan di atas bijih timah dan sehingga kini bijih timah masih dilombong meskipun kepesatannya mulai berkurangan akibat kemerosotan pasaran timah.



Adalah dipercayai personality yang bertanggungjawab memajukan pada peringkat awalnya petempatan tersebut ialah Ngah Jabor atau Mohamed Jabor bin Bardot (1859-1921). Kajian mengenainya dalam ‘The Identity of Ngah Jabor dan Mohamed Jabor bin Bardot (1859-1921) oleh Dato Mohd. Hashim bin Sam Abdul Latif dalam Journal of Malaysia Branch Royal Asiatic Society (JMBRAS) Vo. 53 menyatakan beliau adalah salah seorang yang bertanggung jawab membunuh Residen Inggeris di Perak, J.W.W. Birch. Selian daripada pembesar-pembesar Melayu seperti Dato’ Maharajalela, Dato Sagor, Raja Abdullah dan lain-lain. Sementara yang lain-lain itu telah dihukum, Ngah Jabor berjaya menghilangkan diri.

Antara tahun 1876 sehingga 1886 kemungkinan Ngah Jabor menghilangkan diri untuk betapa/menuntut ilmu bagi memperlengkapkan diri. Raja Idris yang kemudian menjadi Sultan Perak ke-28 (1887-1916) menjadi hakim perbicaraan tersebut.

Raja Idris (Dris) adalah saudara sesusu kepada Ngah Jabor kerana semasa bayinya, Ngah Jabor menyusu kepada ibu Raja Idris, Ken Uda. Ini menjadi amalan biasa bagi keluarga Diraja menyusukan anaknya kepada orang lain terutama dari golongan orang-orang kenamaan. Meraka adalah sebaya dan dilahirkan di kampung yang sama, kampung Kuala Dipang. Kerana itulah Ngah Jabor bebas dari hukuman. Beliau menghilangkan diri dan sebelas tahun kemudian, 1886, muncul kembali (pembunuhan Birch pada 2hb November 1875), kali ini dengan identity baharu iaitu Mohamed Jabor. Kemungkinan pada masa menyepikan diri itu beliau telah membuka penempatan baru di Kampar untuk mengelakkan diri dari pengetahuan pihak British.
Pada 1893, Sultan Idris, Mohd Jabor bin Bardot dan Haji Abdul Rahman adalah pelombong-pelombong Melayu pertama di kawasan ini. Apabila Daerah Kampar dibuka dengan rasmi untuk pajakan lombong, Mohd Jabor memiliki lombong-lombong dengan pajakan lombong yang bernombor ML 882 bertarikh 18hb November 1894, seluas 22 ekar dengan pekerja seramai 167 orang. Pada tahun yang sama juga ia telah memiliki dua pajakan lombong melibatkan keluasan 55 ekar dan 10 ekar; di mana keseluruhannya berjumlah 90 ekar. Daripada keluasan tanah tersebut, Mohamed Jabor menjalankan kegiatan pelombongan sehingga tahun 1910.
Menurut kajian Encik Chye Kooi Loong pula pada 1886 seorang pemimpin Melayu yang berkaliber dan dinamik bernama Imam Prang Jabor adalah bertanggungjawab membuka perkampungan Melayu di hilir Sungai Keranji berdekatan pasar lama Kampar. Perkampungan asal ini dikenali sebagai Mambang Diawan sempena nama Gunung Mambang Diawan yang tingginya 1,455 kaki yang bermakna ‘Fairies among the cloud’
Apabila didapati daerah lembah kinta termasuk Kampar kaya dengan bijih timah hasil kajian oleh jurutera perlombongan Peranchis menjadikan Kampar satu penempatan yang untuk untuk diterokai.

Imam Prang Jabor menggalakkan para pengikutnya melombong dengna cara mengorek lubang-lubang kecil di kaki-kaki bukit dan mendulangnya di tebing-tebing sungai. Di samping itu, Imam Prang Jabor memberitahu pihak pentadbiran British isitu J.B.M. Leech sebagai Pegawai Daerah dan Majistret di Kinta. J.B.M. Leech kagum dengan keterangan tersebut seterusnya mengajak Maxwell seorang kadet M.C.S. dan Bramforth seorang juruukur melawat ke tempat di mana aktiviti perlombongan itu dijalankan.

Seterusnya, JBM Leech memilih satu kawasan di tebing kanan Sungai Keranji untuk ke tapak lot kedai. Bermula dari sinilah usaha-usaha perlombongan telah giat dijalankan dengan kehadiran pelombong Cina dan Eropah. Tapak kedai telah dijual dengan harga $25 sekeping.

Bandar Kampar bermula dengan nama Kampung Batang Tonggang yang lokasinya pada hari ini ialah di kawasna yang meluputi Jalan Masjid daripada simpang di Jalan Gopeng hingga ke Kampung Changkat (Kampung Masjid) yang wujud sekarang. Kampung ini yang terletak betul-betul di lereng Gunung Bmelaka adalah bersempadan dengan Gospel Hall yang ada sekarang ini di sebelah utara dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan © Public Girls’ di sebelah selatan.

Mengapa namanya Batang Tonggang? Sumber lisan menyatakan terdapat banyak anak sungai di kawsan ini yang merupakan punca tenaga asli dalam kegiatan melampan ini. Batang-batang kayu digunakan sebagai titi menyeberangi anak-anak sungai ini dan dari situlah wujudnya istilah ‘menonggang’ atau ‘meniti’ batang-batang kayu ini. Ada juga titi yang ‘tertonggang’ (terjatuh hujungnya) ke dalam air.

Akan tetapi, mengikut seorang pegawai Inggeris, George Maxwell menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Diawan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka. Sebanarnya ia bermula dengan sekumpulan pelombong bijih timah yang telah bekerja keras sepanjang hari dan apabila mereka berehat, mereka ternampak bidadari di awan-awan kerana keletihan mereka, oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nama Batang Tonggang kemudian menjadi Mambang DiAwan dan seterusnya ditukar kepada nama sekarang.

Akhir sekali perlu dijelaskan kewujudan nama Sungai Kampar kerana darinyalah nama bandar ini dipakai sekarang. Sumber lisan menerangkan sungai ini menjadi lebuhraya pedagang-pedagang dari bandar Kampar di Pulau Sumatera. Pergerakan penduduk tempatan di kepulauan Melayu memang tidak dapat dinafikan dalam sejarah. Kerana itu jugalah terdapat ramai orang dari Sumatera dan Pulau Jawa di kampung-kampung di sekitar Bandar ini. Memang menjadi kebiasaanlah wujudnya nama satu-satu tempat itu dari nama sungai yang berdekatan.

Cara asal nama Kampar diambil tidak dipersetujui oleh beberapa penduduk. Terdapat cerita mengenai seorang Sultan Perak yang dating ke Kuala Dipang bersama sida-sida baginda untuk berkelah. Semasa berenang dan memancing di Sungai Kuala Dipang, mereka mendapati banyak mati kerana keracunan ‘tuba’ di sungai tersebut. Baginda dan pengikut-pengikut baginda ternampak selonggol kapor tetapi memanggilnya kampar tetapi kemudian cara sebutannya menjadi Kampar.







Inilah Sekolah Aku , Sekolah Rendah dan Menengah Anglo Chinese School (ACS). Sekolah rendah dan menengah dipisah kan oleh jalan raya. Dulu kalau budak2 melayu yang bersekolah sini dah dikira hebat la.. sekarang ntah la.. ACS ni sekolah yang terbaik la kat Kampar. Sebelah sekolah aku ni ada sekolah cina Pei Yuan. Kira musuh tradisi sekolah ACS. Dalam sukan ke apa2 je mesti nak berlawan.


Stesen Bas Kampar. Ada beberapa bas menjalankan perkidmatan. Kinta Bus beroperasi dari Kampar ke Ipoh, Kampar ke Malim Nawar dan Kampar ke Sahom. Kamta Bus pulak dari Kampar ke Tapah dan Kampar ke Mambang Diawan, lagi satu aku dah lupa bus tu beroperasi Kampar ke Teluk Intan. Dalam banyak2 bus berhenti2 dalam Malaysia ni Kinta Bus adalah salah satu bus yang memberikan perkhidmatan pada yang terbaik. Leh dikatakan aku membesar dalam bus ni dari sekolah menengah sampai la aku kawin tiap2 hari aku pasti jadi penumpang setia. selalu nya aku naik bas ni free je sebab....................


Restoran Mahsuri. Ni la tempat lepak aku masa nak nunggu bas balik sekolah. Dulu femes giler restoran ni, skrg ni ntah la aku pun dah lama tak masuk. Yang best restoran ni sebab tiap2 tempat duduknya ada penghadang jadik orang tak leh la nampak.


Ni la Bazar Kampar. Masa kecik2 dulu kat sini la kami bershopping raya ke ataupun masa nak bukak sekolah. Murah giler harganye. Sekarang aku nengok dah banyak kedai dah tutup , sedih rasanye.


KFC Kampar. Banyak kenangan aku kat sini. Dulu cuma satu tingkat je, sekarang dah 2 tingkat. Maju beno dah.


Pagung Wayang Princess. Satu2nya panggung wayang yang ada. Sekarang dah jadi kedai perabut.


Tu la dia kedai ais kacang paling femes.. Balik kampung je aku mesti nak pekena dulu.


Antara tempat menarik di Kampar. Tempat nya menarik cantik air nya sejuk. Nak berkelah kat sini berhati2.
Aku pun dah lama tak kesini.



Sekarang Kampar dah banyak berubah. Kampar dah pesat menbangun. Banyak tempat2 aku melepak dulu dah tak ada. Kampar kan terus maju......

Dec 6, 2009

Happy Family+Snap+Old Maid=Donkey ????


Masih ingat tak lagi main game kad ni ???

Aku belikan tok anak2 aku (aku pun gian gak naik main) semalam. Jenuh la jugak cari kedai yang masih menjual game ni. Tawas satu Ipoh la..... tapi berbaloi..

Time aku dulu game ni memang popular. Selalu nya kat akhir2 tahun pas abis exam ada je la bebudak bawak kesekolah. Time tu pun bukan belajar dah, ada masa nya cikgu pun join sekaki main.

Aku rasa bebudak sekarang ni tak tau pun game ni wujud agaknya.
Tak kan merasa agaknya syoknye main game kad2 ni. Main game kad ni ada baiknya sebabnya :-

- mengingatkan daya ingatan
- kena cakap dalam bahasa English lak tu (Happy Family)
- mengeratkan hubungan persahabatan dan kekeluaragaan

Aku paling syok main Donkey ni. Main dalam 3-4 orang. Kad2 akan dibahagi sama rata dan salah satu kad tu ada kad "Donkey" yang mana setiap pemain akan cuba mengelak dari mendapatkan ini. Setiap kad yang match akan dikeluarkan dari permainan sehingga lah kad yang terakhir "Donkey".Dia la yang kalah. Masa kad2 tu berpindah2 tangan memang seronok, penuh ngan gelak tawa.

Tadi kami sekeluarga main la game ni. Best !! Sampai sakit perut kami gelak anak beranak.

Kalau ada sapa2 nak join main ngan aku ... meh laa hahahhahahaha

Dec 1, 2009

Azam Aku Tercapai

"Ayah.. jap2 jgn gerak kepala"

Tersentak aku ketika mengelamun di hentian traffic light. Bonus minggu depan masyuk kepala dah memikir apa nak buat.....

"Akak nak kira berapa uban Ayah".

Adehhh !!! aku memandang cermin pandang belakang.. 1, 2, 3.... alamak dah lebih dari 3 helai.

"Ayah dah macam Atok" Anak2 ku berderai ketawa.

"Yang.. Inai kat umah ada lagi x ?".

Terasa cepat masa berlalu. Dah nak masuk tahun 2010 hanya tinggal kurang dari sebulan je lagi kan. Azam kawan2 ku yang membuat azam di awal tahun sudah ke tercapai, tengah nak mencapai atau dah melupakan azam itu ???

Azam aku dah tercapai.Azam aku simple je.Mencari sahabat baik aku AZAM. Kami berpisah di sekolah rendah dulu bila Azam berpindah. Sejak hari tu tak penah la berjumpa dengan dia. Khabar pun tak de. Akhirnya ketemu di Facebook. Tapi lum la dapat bersua muka lagi.. Azam jauh sangat merantau nye.
Azam ko bila nak balik ????......

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.