Jan 25, 2011

MABUK 7 LAUTAN

YA ALLAH !! Kurniakan pintaan tulus pelayar ini restukalah keranamu menyuluh laluan penuh karang di balik gelora.

Demi nafas serta nyawa
Yang berlegar di nyali
Tak pernah ku naksir
Kikisan namamu
Pabila kelodan melintasi langit kirmizi
Aduhai ratu kosmik
Kau ku edan
Dan ku asyik

Kurniakan
Pintaan tulus pelayar ini
Restukanlah
Keranamu
Menyuluh laluan penuh karang
Di balik gelora

Sungguh
Aku tagih
Kama
Keramatmu
Kasihanlah

Ku yang mabuk 7 lautan
Mendamba sempadan kabut dua rasa
Tinggal membilang layang-layang
Sejak hilang jejak hari dan minda

Kurniakan
Pintaan tulus fakirmu
Restulah ratu
Kerana anggunmu
Pada ku yang sengsara

Sungguh
Aku rindu
Kama
Keramatmu
Restuilah
mi nafas serta nyawa Yang berlegar di nyali Tak pernah ku naksir Kikisan namamu Pabila kelodan melintasi langit kirmizi Aduhai ratu kosmik Kau ku edan Dan ku asyik Kurniakan Pintaan tulus pelayar ini Restukanlah Keranamu Menyuluh laluan penuh karang Di balik gelora Sungguh Aku tagih Kama Keramatmu Kasihanlah Ku yang mabuk 7 lautan Mendamba sempadan kabut dua rasa Tinggal membilang layang-layang Sejak hilang jejak hari dan minda Kurniakan Pintaan tulus fakirmu Restulah ratu Kerana anggunmu Pada ku yang sengsara Sungguh Aku rindu Kama Keramatmu Restuilah

Jan 20, 2011

Laki Jugak Kena !!!

Laki talipon,
> > Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
> > Bini jawab,
> > Takmau bang, bini awak diet...
> > Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
> > Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
> > Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....
> >
> >
> > Bila laki query balik,
> > Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
> >
> >
> > Bini jawab,
> > Memangla orang kata takmau apa-apa...
> > Tapi belikan jerla apa-apa....
> > Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
> >
> > Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?
> > -----------------------------------------------------------------
> >
> >
> > Laki talipon bini,
> > Petangni awak nak masak apa Yang?
> >
> >
> > Bini jawab,
> > Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
> > Balik keja ni Abang makan siap-siaplah
> >
> >
> > Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
> > Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
> > Sampai umah, sendawa bau kamben...
> > Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
> > Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
> > Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
> >
> > Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
> > Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
> > Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
> > Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?
> >
> > ----------------------------------------------------------------
> >
> > Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
> > Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
> > Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
> > Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
> >
> > Si laki punyala seronok weeiii....
> > Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
> >
> > Bila dah siap, kuar bilik...
> > Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
> > Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?
> >
> > ----------------------------------------------------------------
> > Bang, ujung mingguni balik kampung nak?
> >
> > Abang keja lah yang....
> >
> > Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
> > Pastu abang balik la KL balik
> >
> >
> > Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
> > Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
> >
> >
> > Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
> > Abang bila nak balik ambik kitorang bang?
> >
> >
> > ----------------------------------------------------------------
> > Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
> > Abang tak kesian bini abang ker...
> > Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
> > Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
> >
> > Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
> >
> > Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir
plak..
> > Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
> > Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
> > Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
> > kenapa spender ni awak lipat tiga?
> > kenapa? kenapa? kenapa?
> >
> > ---------------------------------------------------------------
> > Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
> > bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
> >
> > Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
> > Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...
> > pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
> > bukan ada org nk tengok ponnn...
> >
> > Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
> > Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
> > Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
> > kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...
> >
> > ----------------------------------------------------------
> >
> > Kesian lelaki... 

Jan 9, 2011

Marah ada Rasa Suka Pun Ada..

Dari jauh aku perhatikan dia, Dia cuma terpaku di situ. Aku dah mula jatuh hati. Aku mesti mengorak langkah. Mesti lakukan sesuatu sebelum si dia di sambar orang lain. Perlahan2 aku mendekati, Aku teliti setiap sudut tubuhnya, akhirnya aku angkat perlahan2, aku letakkan di lantai, aku sarung kaki ku kedalamnya, aduhhh sungguh selesa. 

"Cess pas diskaun RMXXX/= " hati aku sedikit keciwa. 
"Pedulikan, beli saja ko nak tunggu orang hadiahkan, ermmm sampai bila pun takda, swipe je kredit kad" - syaitan  memujuk.

Aku beli mengenangkan kasut kerja aku pun dari warna hitam dah jadi hitam belang putih. 

Nak jadi cerita baru beberapa kali aku memakainya DI CURI ORANG !!!!! TAK GUNA punya pencuri. Mangkuk Hayun... **%@^.......
Tapi aku masih boleh tersenyum mengenangkan betapa bodohnya Pencuri anak jin tu. Dah beberapa lama aku buat sound trouble ngan Orang Rumah aku, Aku dok pikirlah macam mana nak humban mesin basuh lama yang dah berbulan2 tersadai depan umah. Dengan mesin2 basuh rosak tu pun Pencuri tu angkut. Apa sangat la dia leh dapat dari Mesin Basuh tu..Yang aku hairankan sangat bila la masanya dia buat kerja ni..Lantak la yang penting, pemandangan menyakitkan mata dah hilang selama2nya. 

Walau camne pun aku nak ucapkanlah jugak terima kasih atas kebodohannya  menyelesaikan masalah aku. Cuma aku geram/sedih atas kehilangan kasut tu. Apa nak buat, sabar je lah. Kat sana nanti aku tuntutlaaa.


Jan 8, 2011

JERANGKUNG DALAM ALMARI

Apa ada dalam kamu 
Ada juga di dalam kami 
Apa ada dalam kami 
Ada juga di dalam kamu 
aku adalah aku adalah aku 

Apa ada dalam kamus 
Ada juga di dalam diri 
Apa ada dalam diri 
Ada juga di dalam kamus 
kami adalah kami adalah kami 

Maafkanlah kami 
Dalam generasi ini 
Tak faham 
Tak kenal 
Syair perahu 
Tunjang pujangga Melayu 

Apa ada dalam kamus 
Ada juga di dalam diri 
Apa ada dalam diri 
Ada juga di dalam kamus 

Maafkanlah kami 
Dalam generasi kami 
Menjerit... 
Meraung... 
Menjadi jiwa nafas dan nadi kami 

Maafkanlah kami 
Dalam generasi kami 
Menjerit... 
Meraung...

Jan 7, 2011

Orang Jalan = Walkman

Semalam sedang aku mengemas bilik stor aku, aku terpandang satu kotak. Aku ambik buang segala habuk2 dan sawang yang melekat.

"Apa tu Ayah ?". Mira bersuara kala aku sedang membuka kotak.
"Inilah Harta yang paling Ayah sayang, Walkman".
dengan sedikit bangga aku hulurkan pada Mira.
"Camne nak main?, CD masuk mana ?" Mira dah mula kehairanan.
"Pakai Kaset la"
"Kaset tu apa ?"

Laa bebudak sekarang ni Kaset pun dah tak tau. Yang mereka tau CD ataupun MP3 Player.


Seingat aku, aku beli Walkman ni 20 tahun dulu. ( WHAT !!!! 20 tahun dulu... wow rasa diri ni dah tua). Zaman dulu siapa ada Walkman kira hebatlah. Bukan senang nak beli lagipun harga nya mahal. Aku dulu nak beli pun jenuh lah bodek Datuk aku (bodek mak bapak gerenti tak dapat), campur ngan duit belanja sekolah  akhirnya dapat la.

Walkman ni la jadi peneman setia aku. Punyalah sayang kat Walkman ni, member2 nak pinjam kirim salam je la. Walkman ni jenis pakai Bateri AA, nak selalu beli bateri masalah lah pulak. Lagi satu dulu nak beli kaset Original mahal jadi aku dengar je dari kaset2 yang aku dubbingkan. Jimat la skit.

Esok aku nak ke kedai cari headphone. Harap2 boleh la guna lagi...

Nostalgia betul benda ni.

Jan 5, 2011

Insyaallah Akan Kembali...

2010 jarang sangat aku menulis blog ni. Bukan dek kerana tiada bahan nak dicoretkan tapi aku telah di bz kan ..
Terima kasih juga pada rakan2 blog yang rajin menanya khabar dan tak putus2 menyuruh aku kembali ke dunia blog.

Pagi sabtu 1.1.11 jiran sebelah rumah sms "P beli Kosmo". Aku balas "Pinjam.. kang dtg nak mandi". Dalam bilik "temenung" sambil2 tu aku bukak FB dr BB. Ada mesej dari Bro Azli  :-


Hhehheheheh..Muka kuor paper.. cepat2 mandi.. setat motor ....


Petang aku ke Teluk Intan ada kenduri kahwen. Aku kalau ke Teluk Intan tak sah  tak ke Ghulam Rasul, pekena ayam goreng mamak tu. Sedap melekat giler wehh.. Tengah syok2 makan anak aku Mira datang bisik "Ayah orang tu tengok ayah je dia baca Kosmo". 

Stop kat sini dulu... dah ngantuk