May 28, 2011

Perkahwinan

Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka...

May 25, 2011

Opah

Buat Semua Adik2 dan Sepupu dan Kaum Kerabat IBrahim Kulop Mohammad.
Dah lebih sebulan Opah tersayang meninggalkan kita. Sedih masih terasa di hati. Tapi apakan daya yang hidup mesti terus menerus mengisi ruang kosong dalam catitan malaikat Raqib dan Atib.Yob banyak menghabiskan masa bersama Opah, dari Yob sekolah rendah sampai lah Kahwen rumah Opah lah tempat Yob lepak hari2. Terlalu banyak kenangan bersama Opah. 

Yop tak boleh lupa sampai sekarang masa Yob kecik dulu kena sengat lipan ditengah malam, Opah berlari ke rumah Moyang. Kalau korang ingat masa dulu nak kerumah Moyang macam mana ?? Penuh ngan trill ooo... Opah tak tido sampai pagi jaga Yob. Masa Yob darjah 4 dapat result periksa, Yob takut sangat nak tunjuk kat Mak, maklum lah result penuh dakwat Merah jadi Yob soh Opah sign, Opah bukannya tau sangat membaca dan menulis masa tu, tapi Opah berjaya meniru sign Abah. Selamat Yob tok beberapa hari aje laa....

Opah sporting giler, ngan Opah Yob boleh cerita macam2, dah macam kawan je. Takde duit nak dating ngan Kak Sue, Opahlah tempat mengadu. Tapi satu sikap Opah ni (korang pun tau kan) bukan senang nak dapat duit, jadi Opah soh la Yob buat kerja macam2. 

Hari Khamis tu Yob dah rasa semacam sampai lah Yob dapat panggilan dari Abah. Call Kak Sue Yob pecut balik rumah Tok. Sampai sana memang berat sangat kaki nak melangkah masuk. Paksu datang kat Yob barulah ada kekuatan nak masuk kerumah. Yob dan Paksu lah banyak menguruskan hal2 pada hari tu. Sedih sangat masa tuuu...

Beberapa hari selepas Opah dikebumikan, Mak bercerita ngan Yob yang Tok mimpikan Opah. Kata Opah pada Tok

"Un (panggilan manja Opah pada Tok) sekarang tengah hujan lebat, deme semua basah, Awak sorang aje idak ni". (kome kena baca ikut stail Opah cakap baru effek berkesan)

Apa maksud kata2 tu ?? Talipon Yob kalau tak paham. Memang masa Yob angkat jenazah, Yob rasa jenazah sangat ringan, kata orang jenazah yang ringan kurang dosa manakala jenazah berat banyak dosa. Masa pengebumian pun tak ada satu perkara yang melewatkan berlaku dan juga Opah dikebumikan pada petang JUMAAT.

Dari Azmizan Hashri
1. Uweeeeng Uwengggg! Uweeeng!
- digunakan ketika bergurau dengan kanak-kanak/bayi.

2. Keluar seorang berjambak, keluar seorang berjambak.
- pasal rambut kot, juga fungsinya sama macam nombor 1. 

3. Maghhhhi, mari..mari..
- dilaungkan untuk memanggil ayam untuk makan, laungan agak panjang beberapa harkat.

4. Emmmm Alahai..
.- ketika berdepan dengan sayu/loneliness/sober/kehilangan

selama-lamanya akan merindui quote ini meskipun tidak akan diperdengarkan lagi.

No 2 tu maksudnya : lahir lagi seorang lelaki, lahir lagi lelaki - merefer pada keluarga Saadiah kerana cucu2nya bermula dari sini.

No  3 dan 4 tu ada stail dan tone tatkala di ucapkan. Tak bisa di tiru sesiapa. 

Al-Fatihah.

May 24, 2011

BERSANGKA BURUK PADA ALLAH.

8.10 mlm
Lokasi kedai mamak depan umah aku.


Selesai menghantar anak ke kelas Tiusyen akan menghala ke kedai mamak berdekatan. Masih ada satu setengah jam lagi sebelum habis kelas anak aku tu. Pada mulanya aku berfikir nak ke Kompleks Yik Foong untuk melihat2 Samsung Galaxy Tab terbaru, taukeh kedai tu hari ni je dah 4-5 kali asik call aku suruh datang.. "Kawan lu tarak beli tarak apa punya, mari datang tengok dulu". Begitulah ayat taukeh tu memujuk aku. Dia tau 90% kemungkinan aku pasti akan sambaq satu, lagipun aku tak penah menghampakan dia sebelum ini. Korang bayangkanlah tolak Iphone 3gs aku tu balance aku leh bayar bila ada duit, mana nak dapat offer camni. !!!!!!. Memikirkan aku hanya berkain pelikat, bertshirtkan baju pagoda dan duit ada RM5 di tangan(wallet tertinggal) aku matikan niat ke sana. Lagipun aku takde alasan yang sesuai nak di bagi pada orang rumah aku - napa aku tukar lagi handphone. ( jangan cari bala).

Aku membetulkan kain pelikat, ikat kemas2 (bukan apa aku lupa pakai seluar dalam) mahu pulak nanti terlurut kain... naya aku. Aku lihat Jenal duduk sendirian, Jenal sahabat baik aku sejak dari sekolah Tadika lagi. Aku perhatikan dia, dah macam orang bermasalah. Aku menghampiri dia.

"Nal ko ni pe hal ? " aku membuka bicara.
"Ko ada duit bak skit" Jenal memandang tepat muka aku. Aku ngan Jenal ni tiada istilah hutang. Aku ada duit aku bagi dan begitu juga dia sebaliknya. Tapi aku le yang selalu menanya duit dia.
"Aku ada 5 hengget je ni, ko pe hal ?" Sekali lagi aku menanya kali ni dengan suara agak tegas.
"Ko tau masalah aku kan.... lagi mau tanya " Jenal membalas ngan suara yang keras.

Aku tau masalah Jenal, dah sekian lama dia menghadapi berbagai2 masalah dan musibah menimpa dirinya. Aku pun hairan kenapa lah Jenal di timpa masalah satu demi satu serentak. Sebagai kawan aku pun turut terasa bahangnya, Kalau aku jadi dia mau mereng kepala agaknya.

"Tuhan tak adil pada aku Zul, ko tau aku jenis orang macam mana, aku tak tinggal sembahyang, aku puasa penuh, aku ikut semua suruhan agama tapi aku tetap terus menerus dapat musibah. Ko tengok kawan kita Alip tu, sembahyang tak, minum arak, pompuan jangan cakap la tapi Tuhan tetap bagi dia kesenangan dan kemewahan. Naik pangkat dan bergaji besar tapi aku ni..... "  kata2 Jenal terhenti...

Aku teringat balik 3 tahun lepas aku mengalami situasi begini. Rasa macam dah putus harapan dan berserah pada hari ke hari. Syukur aku di beri petunjuk dari Nya. Yang penting kalau dalam situasi begini pertama kali jangan BERSANGKA BURUK PADA ALLAH. Allah turunkan musibah sebagai tanda kasih sayangnya menguji sejauh mana keimanan kita. Allah akan melihat dan menilai jiwa kita. Pertolongan Allah datang dalam pelbagai cara cuma kita kadang2 terlepas pandang atau tidak menyedarinya.

3 tahun lepas aku jumpa seorang pakcik ni dalam kedai Game. Masa tu aku tengah tension sangat. Nak release tension konon aku pi kedai game ( nasib baik la masa tu aku release tension kat kedai game kalau di buat nya aku ambik...... ). Dah abis dekat 10 hengget aku lepak di satu koner, pakcik tu datang bagi aku sebatang rokok dengan air Mirinda. Aku ambik tanpa banyak soal. "Bla bla bla bla..........." sembang punya sembang Pakcik tu bukak satu cerita.....

"Ada seorang tua, dia ni seorang yang sangat warak. berbagai2 musibah dan dugaan di turunkan, Pakcik ni tempuhi dengan sabar, hinggalah satu hari diturunkan banjir. Pasukan menyelamat datang ke rumah Pakcik tu dan menyuruh dia berpindah tapi pakcik tu cakap Takpalah Allah akan tolong aku. Air makin naik kali ni Pasukan Penyelamat datang menaiki bot, Pakcik tu tetap juga enggan berpindah, Takpalah Allah akan tolong aku katanya. Akhirnya air sudah ke paras bumbung dan Pasukan Penyelamat datang dengan bantuan Helikopter tetapi Pakcik tu tetap tak mau berpindah, Takpalah Allah akan tolong aku. Akhirnya Pakcik tu mati kelemasan. Di Sana Pakcik tu menanya pada Tuhannya, Kenapa engkau tidak mahu menolong aku padahal aku tetap hatiku padamu. Jawab tuhan, Bukankah sudah aku hantar Pasukan Penyelamat menyelamat kan engkau, kemudianya aku hantar bot menyelamatkan kau, kau masih berdegil aku hantar Helicopter juga menyelamatkan kau.Janganlah kau bersangka Buruk padaku."

Aku ceritakan balik kisah ni pada Jenal, aku tau dia endah tak endah je mendengarnya. Tapi aku harap dia sedikit sebanyak dia dapat ilham dari cerita aku tu. Yang penting kalau kita dalam situasi yang tertekan jangan sesekali bersangka buruk pada Allah.

"Tapi Alip tu ...." Jenal bersuara setelah sekian lama menyepi.
"ko jangan peduli dia, Allah turunkan kesenangan pada dia supaya diri nya makin jauh dari Allah. Kesenangan buat dia makin lupa, kalau dia masih tak ingat suatu hari nanti disana bala dah pasti." Aku cuba menyedapkan hati Jenal.

Aku letak duit 5 hengget aku menuju ke pusat tiusyen.

May 20, 2011

Piung Cinta

Di alam cinta
Rindu mengejar masa
Pilu kan terasa
Menikam-nikam jiwa..
Di dalam cinta..
Cemburu kan bertakhta
Menguji-uji kita..menguji segala..
Kini aku terapung
Bagai lelayang..
Bertalikan rindu..kurun berpuluh..
Janji dulu dilafaz
Masih lekat tersimpan
Di dalam rongga nafas
Untuk di telan senang..
Engkau dan aku..
Dibuai asyik merindu
Dan kini dipertemu..pada janji dulu..
Engkau dan aku..
Singgah di taman kalbu
Nikmati keharuman..di laman keasyikan
Engkaulah kasih..engkau cahaya..
Engkaulah sahaja..engkau segala..
Tiada antara..tiada angkara..
Tiada derhaka..kau meruntun jiwa
Saling mempercaya..bunuh sangsi prasangka
Genggam kasih kita..hingga ke garisnya..
Cinta dan rindu..
Jika dipupus ia
Kita hilang syahdu..bermurung merana..
Cinta punya sakti..
Terapi untuk diri
Doa jadi teman..akan tenang nafasan..

May 19, 2011

Macgyver





Kisah Macgyver ni berkisar seorang lelaki yang dipanggil "Macgyer" ataupun "Mac" di kalangan kawan2 nya. Macgyer ni seorang yang unik, mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang sains dan pandai mengeplotasi barang2 di sekeliling untuk di jadikan alat yang tidak bersifat membunuh musuh dan menyelamatkan nyawa dalam masa yang terdesak. Senjata Macgyver cuma pisau Swiss Army dan dari situ tercipta lah bermacam2 alat yang tak pernah di fikir tercipta. Watak Macgyver ini dilakonkan oleh Richard Dean Anderson di bantu Peter Thornton sebagai ketua di Department of External Services (DXS) yang mana merupakan sahabat baik Macgyver.Tv series ini sangat popular di sekitar tahun 1985 hingga 1992. Tagline untuk siri ni "Always Prepare For Adventure".

Macgyver ni dulu zaman aku sekolah merupakan TV series yang paling popular. Asal main je di TV malam tu, esok paginya bebudak (jangan kata bebudak para2 cikgu) pasti akan berforum berkisar kisah malam tadi. Sanggup ponteng mengaji semata2 nak tengok cerita ni. Bagi anak2 yang malas belajar tu mak bapak mesti sound macam ni " Tak nak jadi pandai macam Macgyver ke". Kalau mis satu series mahu merana mendengar kawan2 bercerita.

Para produser di Hollywood tu tak terfikir ke nak sambung siri ni ???

May 18, 2011

Di Situ

Di situ ada air di situ ada ikan. Di situ ada kemahuan di situ ada rezeki. Di situ ada rezeki di situ ada pencari rezeki. Di situ ada pencari rezeki di situ ada punca rezeki. Di situ ada punca rezeki di situ ada cara mendapatkannya. Di situ ada cara mendapatkan nya di situ ada kerja. Di situ ada kerja di situ ada rezeki. Di situ ada rezeki di situ ada anugerah Allah. Di situ ada anugerah Allah di situ ada penganutnya. Di situ ada penganutnya di situ ada kepercayaan. Di situ ada kepercayaan di situ ada kejayaan. Di situ ada kejayaan di situ ada kepuasan. Di situ ada kepuasan di situ ada kenikmatan. Di situ ada kenikmatan di situ ada kesyukuran. Di situ ada kesyukuran di situ ada keredhaan. Di situ ada keredhaan di situ ada datangnya REZEKI.

May 2, 2011

Kenapa Aku Masih Di IPOH.


Dari aku lepas SPM sampai lah sekarang dah ramai kaum kerabat dan kawan2 aku asik menanya soalan ini. Aku pun tak paham la kenapa korang suka sangat aku keluar dari Bandar Ipoh. Bagi aku Bandar Ipoh ialah the best place on earth. Semua keperluan aku ada di sini. Bagi aku mereka sebenarnya tak mengerti IPOH. Aku penah merantau bekerja di luar Ipoh, Tapi keadaan nya tak sama. Jiwa aku kosong di sana.

Kata mereka “ Ko ni nak duduk bawah ketiak Mak”. Part ni korang paling silap dalam dunia masyarakat penyayang. Aku tak nak berjauhan dengan Mak aku sebab :-
-         Aku sayang Mak/Bapak aku.
Korang semua tak sayang Mak kot ?? sebab korang sanggup duduk berjauhan ngan Mak korang. Napa ?? Takut Mak korang control ke ?? Macam mana kalau mak korang demam/sakit ?? cukup ke sekadar menalipon menanya “ Mak dah makan ubat?”.
-         Masakkan Mak aku.
Yang ni reason aku paling kuat. Kalau di suruh Chef terkenal dunia lawan memasak ngan Mak aku. Dari bau masakan je Mak aku dah menang. Jadi bodohlah aku berjauhan dengan Mak. Pada aku Mak dan Isteriku adalah tukang masak paling hebat dalam dunia ni. Tak caya ?? Korang tengok la badan aku sekarang.
    
Kata mereka “ Kerja apa ko leh buat di IPOH ?”. Islam korang tak cukup kuat bagi aku. Rezeki datang dari ALLAH bukan dari mana tempat korang duduk. Korang tau kan Ulat yang dok dalam batu pun boleh hidup. Aku tak nafikan peluang pekerjaan di IPOH terhad. Tapi pada aku itu bukan alasan utama membuat korang merantau mencari kerja di luar IPOH, itu tandanya korang ni jenis PEMILIH. Perkerjaan itu mestilah halal, insyaallah ALLAH akan turunkan rezeki bagi kamu.

Kata mereka “Boring la IPOH tak Happening”. Aku tak perlukan satu Bandar yang penuh dengan hiburan seperti konsert artis2, kelab2 malam dan macam2 lagi bentuk hiburan yang melalaikan dan menghabiskan duit. Stail aku berhibur simple je bawak anak2 pergi padang permainan ataupun lawan Street Fighter (Sony Play Station) dah cukup menghiburkan. Nak tengok konsert artis2 kat Youtube malambak ada. Karoeke pun aku tak masuk, Kelab malam lagi la…

Kata aku pada mereka “IPOH tak Jem”. Sebut jem orang IPOH tentu ingat roti dan jem tu je, Istilah jem atau kesesakan jalan raya tak wujud di IPOH. Kita boleh memandu secara santai dan tak perlu tergesa2 seperti di bandar2 lain. Parking kereta senang. Yang aku tak tahan bila plet2 kereta dari luar yang masuk IPOH ni bila memandu sungguh kurang ajar!!.

Ikutkan banyak lagi sebab2nya tapi aku rasa cukup la takat ni, mata aku pun dah ngantuk sangat ni…… aku sambung la bila mood dtg balik..