Jul 26, 2011

DI MANAKAH RAMAI MELAYU

Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Jul 21, 2011

10 Hadiah Yang Dilupakan Untuk Yang Tersayang.

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar:
Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih:
Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota:
Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa:
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian:
Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan:
Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian:
Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan:
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah:
Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa:
Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Jul 20, 2011

7 Ayat Cinta

Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. Bismillahhirrahmannirrahim;
Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah;
Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah;
Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah;
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwataillahbillah;
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah;
Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah;
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.

Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Jul 19, 2011

DOA UNTUK AKU DAN KAMU

Ya Allah,

Aku bersyukur pada-Mu

Bersyukur atas nikmat yang Kau berikan padaku

Kau pelihara diriku,imanku dan agamaku

Ketika diriku sedang leka dengan dosa pada-Mu

Ketika diriku leka dengan keindahan yang sementara itu

Ya Allah

Aku hanyalah hamba-Mu

Hamba yang senantiasa menzalimi diri

Hamba yang kufur pada nikmat-Mu

Hamba yang mengikut hawa nafsu

Ya Allah

Aku mohon pada-Mu

Kembalikanlah kemanisan iman dalam diriku

Kemanisan yang pernah Kau berikan padaku

Kemanisan yang telah Engkau ambil dariku

Atas kejahilanku yang berulang kali kulakukan

Ya Allah

Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang

Lindungilah aku,payungilah aku dengan sayap para malaikat-Mu

Peliharalah pandanganku Ya Allah

Peliharalah hatiku Ya Rabbi

Peliharalah diriku Ya Rahim

Ya Allah

Penuhilah hatiku dengan cinta dan rindu

Cinta dan rindu pada-Mu dan Rasul-Mu

Cinta dan rindu pada bisikan kalam-Mu

Cinta dan rindu pada kematian

Ya Allah

Andai aku ditakdirkan mati

Matikanlah aku dalam iman

Matikanlah aku dalam Islam

Matikanlah aku ketika aku bersujud pada-Mu

Dan matikanlah aku di dalam rumah-Mu

Ya Allah

Terimalah taubatku ini

Kerana aku

Aku takut dengan azab-Mu

Aku takut dengan panasnya api neraka-Mu

Mana mungkin dapat aku menahan sakitnya azab-Mu

Aku takut Ya Allah

Jul 14, 2011

Penyelesaian Kecurian Durian


Durian udah berbunga !!!.. Igauan taukeh durian tentang kecurian buah durian kembali menjelma.

Ini ada satu cara mudah dan tak memerlukan banyak belanja, cuma kreativi menyerlahkan caranya. Modal dawai dan sedikit gaya penggubahan bentuk.

Jika dipandang dari jauh waktu malam ni mau demam !!!!!...... 




Jul 8, 2011

63 PETUA BAHAGIA DR FADZILAH KAMSAH

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi. Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya..
51. Seimbangkan hubungan dari segi: (a) Mental, pendidikan dan ilmu (b) Emosi (c) Fizikal dan ekonomi (d) Sosial (e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza: (a) Pendapat atau pandangan (b) Hobi (c) Kegemaran (d) Makanan (e) Cita rasa (f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif. 62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun..
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

Jul 6, 2011

Samsung Galaxy Tab 10.1



Baru2 ni aku sambaq Samsung Galaxy Tab. Memang best giler. Takat Ipad 2 tu tak leh la nak lawan. Galaxy Tab ni merupakan satu complete package yang diingini masa kini.Semua application dan multimidea ada, tak seperti lain2 tablet pada masa kini. Tak rugi membeli.

Samsung menggumumkan akan mengeluarkan Samsung Galaxy tab 10.1 tak lama lagi.Mengguna sistem android honeycomb 3.0. Malas la nak komen korang tengok je la video tu... Jiwa panas baru beli dah kuar yang baru huhuhuhu... apa2 pun tabik kat Samsung Galaxy Tab.

Yang paling aku suka Galaxy Tab ni sambung kat TV tengok movie kat youtube. Dia punya connection memang laju giler hampir takde buffer. Tak yah lagi merugikan duit ke pagung wayang atau melanggan movie berbayar di TV tu..