"Bang singgah kedai ubat Wai Kom"
Aku tanpa banyak soal stop kereta depan kedai cina. Aku malas nak turun.
"Ayang beli kan abg 100 plus. Aku hulurkan note RM20 dua keping.
"Mana cukup banyak barang nak beli" Ayang aku
"Pakai duit Ayang dulu, gaji bayor"
"Mira n Isyraf p follow Ibu tolong bawa barang, Ayang cepat skit ambik baby".
Aku tukar channel radio dari Era ke Sinar. Anak2 aku ada, takde can nak dengar Sinar. Aku lebih meminati lagu2 retro zaman aku. Rock Kapak !!!
Aku mengelamun menghayati lagu Penantian - Black Rose, banyak kenangan aku lagu ni.
Sebuah kereta buatan Malaysia yang sama brand dan kaler parking sebelah aku. Seorang awek bertudung cun meluru keluor ke kedai ubat cina. Aku perhati kan kereta tu.. sebijik la dia make-up keta ngan aku. Cuma sport rim aku lagi power dari dia.(nak sedap kan ati aku)
Aku belek2 hp nokia aku. Tiba2 pintu kereta aku dibuka, aku tanpa menoleh masuk gear reverse,
Ya Allah !! Siapa Awak ?? Mana suami saya ?? Pencuri !!!!! Perempuan tu menjerit dan memukul aku dengan handbag nya. Aku terperanjat dan sakit di muka.
Aku pegang tangan nya. Pintu kereta aku dibuka oleh seorang lelaki....
"Imah, awak giler ke ? Naik kereta orang .... "
Perempuan yang aku anggap cun tadi aku lihat sekarang kelihatan hodohnya.
Dia mula menyedari dia dah naik silap kereta.. Tanpa sepatah kata dia keluor dari kereta aku lalu menuju ke keretanya di sebelah kereta aku. Terlupa dia barang2 dia beli di kedai tadi masih ada dalam kereta aku.
Lelaki suaminya cuma mengangkat tangan tanda maaf. Aku tak puas hati. Aku keluor dari kereta. Aku bukak pintu kereta nya. Aku mahu kan dia memohon maaf kerana memukul aku tanpa sebab. Perempuan tu dah merah padam muka nya, kedengaran suaminya memarahi sikap kebodohannya.
"Abang sekarang macam mana ni , bibir saya dah berdarah". Sikap baran jalan raya zaman merempit aku timbul kembali
"Mintak maaf banyak2 , Isteri saya buat silap. Dia ingat kereta Encik kereta dia, kan kereta kita sama je brand, kaler pun sama". Suami nya mengarahkan isteri nya memohon maaf.
"Ok saya maaf kan". bibir dan pipi aku masih berdenyut dek pukulan handbagnya.
Suami nya memecut kereta. Mungkin malu sebab dah ramai orang menonton drama swasta tadi.
Aku masuk ke kereta aku. Anak2 aku dan isteri aku sampai.
"Abang ni make up sapa ?? Dompet siapa ni ?? Baru Ayang pi kejap Abang dah buat Hal ", "Berani Abg".. Berselerak barang2 dalam handbag perempuan tadi dalam kereta aku.
Adoiii Aku baru je lepas satu bala, datang lagi satu bala... Ayang aku dah naik angin.
Aku explain .. aku tunjuk bibir aku yang berdarah. Baru lah Ayang aku puas hati. Timbul rasa sayang dia , lap bibir aku dan kasi kiss lagik. Mula la ayang aku tak puas hati ngan perempuan tu,
"Pukul laki aku.. siap ko perempuan"..
"Dah la jangan bising2...dah settle".
Aku tunggu, aku tau perempuan tu pasti datang balik claim barang2 dan dompet dia. Namun dah 10 minit masih tak kelihatan , aku beredar lagi pun aku nak cepat ambik baby aku.