Malam ni aku ngan beberapa orang kawan melepak di sebuah restoran mamak baru berhampiran rumah aku. Kami bercadang untuk menubuhkan satu group dan membina lama web bagi peminat2 Air Guitar Perak. Aku dan seorang kawan baik aku singgah dulu di kedai hadiah, beli sebuah jam. Kami kongsi RM5 sorang. Suruh Ahmoi tu bungkus baik2 dan kawan aku sibuk menulis kad mengikut apa yang aku suruh. Tulisan dia lebih cantik dari aku.
Sampai sana tak ramai lagi kawan2 lain. Biasa lah Janji Malaysia. Janji kol 8 , 8 lebih tak tentu sampai lagi. Orang yang nak di bagi hadiah ada di situ, baguslah tak ramai kawan, bagi kat dia tak la nanti bising2. Hulurkan hadiah tu. Senyum je dia.
Aku suruh dia bacakan kad.
Tertulis :-
"Terima kasih wahai kawan duniaku. Moga dengan umpatan dan fitnah yang
dilemparkan ke atas aku dan Madi oleh kau menjadi satu pahala yang dapat
menyelamatkan kami dari api neraka".
Kad tu dilemparkan pada Madi. Kenal benar dia ngan tulisan Madi. Aku mengambil kad tu lalu memasukkan kembali ke dalam kotak hadiah. Madi menyiku lengan aku. "Itu lah ko, soh aku tulis". hahahahhaha aku tau ni akan berlaku.
"Bro, rileks la, aku ngan Madi ko cakap macam2 pada kawan2 lain, tak pulak kami melatah. Kami ok je". Aku bersuara ngan nada yang sengaja aku tinggikan.
"Dah ! nak join kami, ikut cara kami". Madi menyambung ayat aku. Tak guna Madi dia leh baca fikiran aku, apa yang aku nak cakapkan. Kali ni aku pulak menyiku Madi.
Orang itu senyum dibuat2. Madi menghulur tangan. Kami sedia memaafkan kerana kami memikirkan kami bertiga dah mengenali antara satu sama lain sejak di sekolah tadika lagi. Masing2 tau dan arif perangai masing2.
Kawan2 lain yang dari tadi tercegat kehairanan mula nak menyibuk. Aku dan Madi tamatkan saja drama sebabak tadi dengan bo layan je pertanyaan kawan2 lain.
Tips :
"Barang siapa yg terkena umpatan dan fitnah, hendak lah dia menghadiahkan sesuatu pada si penfitnah kerna di sana nanti fitnah dan umpatan nya keatas diri mu merupakan satu pahala yg akan menyelamatkan diri mu dari api neraka .berterima kasih padanya .." kata2 uztad kami masih lagi kami ingati.
14 comments:
yes...1st...
~insya'Allah, mudah2an...berdiam lbih baik dr melakukan ape2...lbih bnyk yg kta dpt bile kta berdiam...~lelaki ni sng skit nk bergaul smula...tpi kalo perempuan ni payah skit...cerewetnye, keras kpalanye,xnk mgalahnye...mcm2 daaa...tpi xsume perempuan mcm tuh...
itulah yang sebenarnya. tomahan cacian fitnah adalah pahala bagi si penerima
macam tu yer
baik cuba ni
tenkiu kamo~ cuk try wat..hahaha..genti panas jek owang tuh, muahahaha
wah,,ilmu yg berguna
bleh praktikkan
kena fitnah?? apa kes? (hehe..abaikan soalan tu..sj menyebok aje, wakaka..)
bagus org cam tu. itu je ubat nye..biar meraka sedar..
Bravo ! Bravo !
Bestlah ... saya suka cara neh !
Saya tak suka kalu org dah buat kita, pastu kita pun cam orang bodoh buat tak tahu .. owhh please !!
Balas dendam ??
TIDAK .. kita balas cara bijak pandai , halus dan berhemah... yang penting guna dan akal fikiran .
Ada sesiapa berani ?? silakan.. en Krasz adaaaaaa... hik hik hik
hahaha..ooo..camni pun bole ka :p
oo!
boleh try neh.
:)
Bagus juga ngan tips yang diberi.. TQ for sharing yer..
hahahaaaa.......
:)
selalu jadi mangsa fitnah..geram pun ada..kadang2 tak dapat nak kawal perasaan bila difitnah..naper ntah suka sgt saya nih jadi bahan fitnah orang..cemburu kut!since dari sekolah lg..apa pun sabar jer la..tuhan lebih tahu
fitnah ni besar dosanya
Post a Comment