Oct 29, 2009

Meeting Siok Sekali

Meeting selalu tension, jarang yang dapat bersenda gurau bila ada kehadiran Boss..
Kali ni best (ayat bodek boss)






Pic 1. Sementara menunggu diff kehormat
Pic 2. Boss letih berdiri dek menunggu
Pic 3. Ah Moi tu layan FB kot
Pic 4. Main Game aci nyorok lama sangat nunggu
Pic5.  Eyta(baju ijau) pantang nampak camera
Pic6.  T-shirt pree
Pic7.  Khusyuk dengor Boss bagi ceramah
Pic 8  Gat dengan aksinya.


Pic 1. Nor (baju putih) - menung.. apa la yg dipikir kannya
Pic 2. Ucapan oleh Peter membentangkan hal ehwal club
Pic 3. Khairul (baju merah) tgh layan Facebook - Boss angin je nengok
Pic 4. Para Jelitawan berposing





Pic 1. Megat sibuk arrange T-shirt. awal2 x nak buat.
Pic 2. Boss mengaudit sambil mencompem dia punya ada
Pic 3. Gauri selaku penerima pertama Tshirt pree
Pic 4. Drebar Taxi khairul pun dapat




Pic 1. Fifi sibuk soh aku snap pic (bukan senang nak dpt bergambo ngan boss encem)
Pic 2. Zenet malu berlalu pantas tanpa sempat aku snap
pic 3. Eyta bab bergambo serah je pada dia
Pic 4. Aku hehehehhee
Pic 5. Nor - Rugi Boss tunduk malu la pulak



Pic 1. Boss pun dapat gak. Cam tak sabo nak bukak jee
Pic 2. Megat punya senyum macam dapat duit
pic 3 Sahila happy sampai kan report kerja pun dia bawak



Pic 1. Elly - segan ngan Boss posing jauh jee
Pic 2. KFC - hidangan ala kadar budget ciput
Pic 3. Sessi melantak pun bermula
Pic 4. Nor - senyum dalam hati cepat laa aku nak makan
Pic 5. Gauri n Fatimah - Gauri ambik berkat pengantin baru
Pic 4, 5 n 7 - ambik cepat sebelum kehabisan



Pic 1. Gauri - Uikks dah tinggal tulang je
Pic 2. Eyta - Kan aku dah cakap dia ni pantang nengok camera
Pic 3 n 4. Gauri n aku melaram .....

Oct 22, 2009

Aku Ngan Motor Besar

Seseorang yang tak dikenali mahupun langsung mempunyai ikatan kekeluarga boleh menjadi seorang sahabat yang baik. 

Tahun 1996 penghujung
Puas menunggu member2 di bus stop depan kampung, tak seorang pun muncul. Aku dan Tapa buat plan pekena teh tarik ngan murtabak di Rahman Restoran di Ipoh.

"Pa jum cekik Roti Nan" aku memecah kan kesunyian sambil merampas kunci motor dia.
"Ko Giler Krasz !!" Ipoh jauh le" Tapa merampas kembali kuncinya kembali.
"Ala Pa 45 minit je lagipun bile lagi nak run in motor ko" Aku memujuknya, motor baru nya Yamaha RXZ baru 2 hari kuor kedai.. 
"Aku.... " Tapa dalam keadaan serba salah. Sepanjang aku berkawan ngan dia, tak pernah dia menghampakan permintaan aku.
"Ko ni banyak sangat alasan, sok2 aku tak nak teman ko ke...... "
"Ya lah ko banjer , aku support minyak" Tapa memotong cakap aku. 

Setiba nya kami di Gopeng, kami berselisih ngan beberapa budak klip motor, mereka memberi isyarat ada roadblock di pekan Gopeng. 

"Krasz polis depan" Tapa menunjuk dengan jarinya
"Takut apa , kita semua cukup" Aku takde mood nak patah balik.

Tiba2 seorang brader bermotor besar ala2 Harley Davidson menahan motor kami. 

"Dik tolong abg, lesen abg dah mati, bawak motor abg lepaskan polis depan tu boleh ?" 

Bagi aku ni peluang keemasan, merasa lah aku bawak motor besar....

"Krasz ko lesen 250cc je, aku bawak" Tapa menghancurkan harapan aku.

Aku bawak motor Tapa, brader tu bonceng ngan aku. 

Dah agak jauh melepasi Polis, Kami stop kat Simpang Pulai. Brader tu beria2 sangat nak belanja kami makan.

Brader tu nasihatkan kami jangan mudah percaya dengan orang yang tak dikenali. Kerana..........

"Apa kata kalau tu Motor curi, ko bawak gerenti kena tahan, siapa yang kena ... ?? " " Atau ada dadah ke ?? Mati ko ". 

Memang betul kata Brader tu. 


Oct 19, 2009

Trajedi Oktober





Jalan2 ngan family aku ke Expo Pelancaran 1Malaysia di Stadium Indera Mulia Ipoh. Orang Umah aku bawak anak2 masuk dulu, aku ngan baby dok dalam kereta. Seperti biasa boring nunggu aku bukak la Facebook, pasang Sinar FM. Sekali kuor lagu "Trajedi Oktober" permintaan sms dari Jemi Kampar. Aku rasa kenal sangat ngan nama ni. Kata DJ lagu ditujukan pada geng2 Panther dengan ucapan bla bla bla.........
Sah aku di include dalam list tu......


Teringat lah balik kenangan aku bulan Oktober tahun 1996, 13 tahun yang lalu...


<-- gelak aku nengok pic retro aku nii
(Aku copy paste balik dari Aku, Bersumpah Dan Suzuki Panther)
Tak tahan ngan perli ngan member klip motor aku hari2, aku jual Yamaha SS 110cc dan aku top up skit cash aku sambaq Suzuki Panther 150cc scond hand. Tiap2 minggu ada saje la projek permotoran kami. Cakap je kemana sampai la kami, nak minum petang pun kami leh ke Penang. Pekena rojak ngan teh tarik pas tu balik rumah. Time tu minyak punya la murah, RM5 dah penuh tank Panther aku. Lagipun masa tu tak de lagi internet cam sekarang ni. Boring dok umah


Selalu la kami berkonvoi, seronok sangat rasa macam Bikers la pulak. Cuma bezanya Bikers tak pernah pakai jam tangan, kami terpaksa pakai. Hehhehee

Sekali lagi aku kena perli ngan member2, kali ni lagik power perlinya. Nak berdarah rasa telinga menahannya. Fikir2 balik ada betul cakap member2 aku tu, mana taknya dema bengang ngan aku sebab time tiap kali berkonvoi aku gerenti last sekali sampai. Harapkan motor je ranggi ala2 Mat Cintan tapi power takde. Aku ajak member aku pi la Kedai Ah Sie modified koborater, korek block dan macam2 lagi la nak kasi power.

Lepas maghrib, kami melepak depan kampung. Dah macam JKKK (Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung). Kami plan nak ke Lumut. Masing2 time ni nak bawak awek. Masa tu pulak awek aku tak dapat pi, ada urgent matters katanya(sebenarnya tak dapat approval keluar). Potong stim aku betul. Member aku suruh aku angkut awek sorang ni. Aku tak setuju. Aku cakap aku sanggup pi Lone Ranjer pun tak pe, tak kan ada perempuan lain leh bonceng motor aku. "Kalau aku bawak perempuan lain naik motor aku, esoknya aku jatuh motor". Aku ni jenis setia. (heheehhe lalalala). Tetiba ayat tu terpancul dari mulut aku.

Malam tu jugak aku antar la Mak aku ke rumah Opah aku sebab malam tu Opah aku tinggal sorang.

Pagi esoknya, aku keluar awal ke Opis. Sampai ke Simpang Batu Gajah, sebuah kereta tiba2 menghimpit aku, aku elak ke tepi tapi entah dari mana datangnya anjing kurap ni, aku tak sempat nak elak. Tergolek jatuh !!!! nasib baik tak masuk longkong. Nasib aku baik tak de anggota badan yang patah cuma luka2 je. Tapi sakit giler !!!! Tak guna punya anjing. Tapi best gak dapat la MC sebulan. Claim Socso pun dapat.

Kat Hospital aku teringat kata2 malam tadi " "Kalau aku bawak perempuan lain, aku jatuh motor". Cakap kita kadang2 ni macam sumpah Tuhan nak tunjuk kekuasannya senang je. Tu baru je aku bawak Mak aku, kalau aku bawak awek lain dah tentu lagi parah aku jatuh.

Sebulan pas tu aku jual motor tu.. Motor yang baru ni aku siang2 lagi aku cakap kat member2 semua "Motor ni open sesiapa pun boleh naik". Alhamdulilah sampai sekarang aku tak lagi jatuh motor walaupun aku bawak............. Hehehehhehehehe
 
Abis lagu.. aku senyum. Off Facebook aku nengok budak2 motor. Sekarang depa dah tak main lagi motor Suzuki Panther dan Yamaha RXZ , semua pakai jenis ala2 cub. Dah jauh berlalu rasa zaman aku........

Oct 16, 2009

Facebook RM1


Perkhidmatan yang pertama seumpamanya di tawarkan oleh Celcom. Unlimited sms dari Hp ke Facebook dengan hanya RM1 untuk seminggu.

<------ HP ni je aku guna. Mana ada 3G lak tu.
Perkhidmatan ni sesuai la pada yang ber FB tapi takde kemudahan broadband dan juga yang selalu ber FB kat opis bila malam senyap jee(tenet pree).

Bagaimana ??

Mudah saja caranya. Hantar 'F" ke 32665 dan tunggu kod pengesahan dari Celcom. Then pi ke Facebook via PC masukkan kod berkenaan. Kemudian buat la sedikit setting di Mobile setting, boleh la set kawan mana yang nak kita terima notification dan on/off mana2 yang tak nak.


Ini perkhidmatan FB yang ditawarkan------>


Cara2 guna  ------>

Oct 14, 2009

Naya !!!


Isnin
Jam 7.15 malam..

Ambik anak sekolah, aku terus memecut ke KMM Tomyam yang berhampiran Simpang Pulai. Aku memang suka sangat makan kat kedai ni. Murah dan sedap.

Macam biasa aku order la makanan tok 4 orang. Tapau. Sementara menunggu aku on9 Facebook.

Ake teringatkan pesan orang umah soh menelipon tukang paip. Name kad nya aku ingat simpan dalam wallet. Aku seluk poket... tiba2 menyelinap rasa darah... wallet aku tinggal kat umah. Bala ni, cam ne nak bayor makanan tu....

Aku panggil anak2 aku yg tengah main ngan anak taukeh kedai..

"Mira duit belanja ada balance ? Isyraf ada ?"

"Akak ada 3 kupang je "
"Adik seringgit je"

"Bak ayah pinjam".. "sok2 ayah bayo"
"Ayah selalu cakap cam tu, takde nye bayo"..

Aku call boss aku yang memang dok area tu.. malu tapi aku tebalkan je muka.(bukan x biasa). Hp dia off pulak dah.. Teruk aku nii..

Aku ke kereta. cari kot2 ada duit syiling ke apa ke... jenuh la aku selongkar drawer keta.. Nasib aku baik, jumpa satu sampul raya. Aku bukak... Alhamdulillah ada RM10. (ni mesti anak aku yang kecik punya), campur ngan duit syiling campur duit anak aku dapat lah aku dalam RM18.

"Yop siap dah"
"bape ?"
"17 setengah "

Fuhhhh !!! lega aku...............

Balik umah si CNN tak sempat bukak kasut terus cerita pada ibunya..................................

Oct 13, 2009

Serlah Kreativiti


Banyak free time ?? meh cuba Sploder serlah kan kreativiti anda, Bina permainan Flash sendri.Tanpa perlu download extra software dan kemahiran pengkomputeran yg tinggi. Semua dah ada dalam tu..

Walaupun masih dalam versi BETA, tapi tak banyak website yang sebegini kan...Pastikan anda mempunyai Macromedia Flash yang terkini.

Anda kemudiannya boleh publish game tersebut. Mungkin leh buat duit !!!!!

Oct 12, 2009

Macam ni pun ada ka ??

11.30 malam..

On laptop, sementara menunggu loading, aku ke dapur. Buat milo 3 in 1. Ambik saki baki kuih raya yang tinggal serbuk. Time ujung2 raya yang tinggal serbuk la sedap.

Anak2 dah terbungkang tido atas sofa. Time cuti ni aku kasi can tido lambat. Aku off kan tv, bentang tilam aku angkat budak berdua tu.

Fuhh !!! hirupan pertama sungguh menyegarkan badan. Di bookmark klick "Kerja" (sebenarnya Facebook, saja je aku letak nama "kerja". Kang takut kena selongkar). Terpapar log in.. wow sungguh cepat. Semenjak aku beralih kasih pada W1MAX ni memang siok. Sungguh laju giler.
Aku bukak lagi satu browser, URL "Blogspot", lama dah aku rasakan tak meng update blog aku tu. Kot2 dah bersawang. Di Facebook, ada satu inbox dari Mat Labu (identiti sengaja dirahsiakan).

Kandungan nya :-

Assalammualaikum bro..
Thanks approve (awat lambat sangat nak approve???)

Skodeng profile bro.. tengok ada ramai kawan2 aku ngan bro. bro curi/add ka ???

Blaa Blaa Blaa.......

AIITTT !!!! Mat Labu niiii .....................
Apa perasaan korang dapat mesej cam ni ?? Pelik la aku perangai Mat Labu ni.

Sebab nya aku lambat nak approve si Mat Labu ni sebab dia letak gambo avatar dia "LIVERPOOL". (aku dah la anti Liverpool). Aku ni jenis kalu yang add aku letak pic meraban teben memang la lambat skit la aku bagi kelulusan tu. Last2 aku approve kan jugak kerana aku nengokkan ada 26 orang "mutual pren".

Sejak bila la pulak aku jadi pencuri kawan dia nii ?? Agaknya dia tak paham makna "Mutual Friend" kot..

Aku pun balas :-

Waalaikummusallam bro Labu...

Lawan ngan Chealsea hari tu sapa menang ?? aku mis game tuu ??

Selamat Hari Raya.

Malas aku nak tulis pepanjang ngan orang cam nii..

Oct 8, 2009

Buat Watermark Secara Online



Salah satu cara kita menjaga hasil seni kita. Buat lah watermark pada setiap gambar tu. Menyusahkan lah pada
sesiapa yang nak mencopy hasil seni kita.
Roflbot menyediakan perkhidmatan ini secara online percuma. Amat mudah hendak menggunakannya. Gambar boleh di upload dari file sendiri ataupun dari web.

Oct 7, 2009

Guna Facebook Dengan Lebih Laju



Bagi yang mempunyai kelajuan tenet yang agak perlahan tu boleh la mencuba facebooklite ni.
Walaupun ia nya hanya mempunyai ciri2 aplikasi facebook yang basic sahaja tapi cukup lah untuk melepas kan gian kala line tenet slow.

Oct 5, 2009

Jalan2 Cari Makan

Dah 3 hari aku MC, baru hari ni lah aku gagahkan diri bangun menghirup udara luar rumah. 72 jam berbaring, hanya dapat berjalan terhenjut2 dalam rumah satu pengalaman yang tak nak aku ulangi lagi dah.

Ada kaki baik jalan, ada duit enjoy la ala kadar.. dah terbaring macam aku baru lah macam2 nak buat, tapi hanya boleh mengenangkan je laa..

Hari ni befday Wife aku, pas ambik anak sekolah kami terus ke Restoran Rasamas, selalunya kami akan kesini kalau ada satu2 agenda. Suka ngan Restoran ni, makanan sedap, murah dan mesra.Restoran ni terletak di Tesco Pasir Puteh.










Oct 2, 2009

Insan Yang Terpilih

Pukul 8.30 malam

"Dah tu nengok TV, pi melancor (belajar)" Aku mengarahkan anak2 aku. Sejak raya asyik main dan nengok TV je..

"alaa Ayah jap lagi dah nak abis dah cite ". Mira bersuara.

"Raya dah abis". "Nanti nak periksa". Aku bangun menutup TV
"Ayah rasa sebulan la" Isyraf pulak bersuara.

"Mira laparlah". Mira bangun dengan muka masam.

"Abang beli burger " Orang umah aku menyuruh.

Aku tuko baju. Capai kunci motor aku menghala ke gerai burger depan stesen minyak.

"Bro, burger daging biasa 1, hotdog lipat roti bulat 2". Aku duduk di bangku sebelah seorang lelaki melayu agak berumur rasanya.

"Assalammualaikum" Aku disapa olehnya.
"Waalaikumusallam" Aku menyambut salamnya.

"Banyak beli, orang umah tak masak ke ?" Dia menanya.

Aku soalan cam ni tak berapa suka nak jawab. Takkan le aku beli burger bermakna orang umah aku tak masak. Soalan sungguh tak membina minda. Aku senyum je.

"Nama aku Harun, tapi orang biasa panggil Pak Ron". "Awak ni macam biasa nampak".
"Saya Zul". "Ipoh pun bekan beso".

"Pak Ron tgk Zul ni macam tak sihat je".
"Banyak makan lemang kot". Sememang nya aku merasa lemah2 badan malam tu.
"Pak Ron boleh la mengurut, idak la kata pandai sangat".

Aku pun berbual la sementara aku menunggu burger aku siap.

Katanya aku boleh jadi antara "insan yang terpilih".....

Maksud "insan yang terpilih" dia ialah bukan semua orang boleh beristeri lebih dari satu. Berapa ramai orang kat dunia ni macam tu ??.. Rupa2 nya Pak Ron ni seorang tukang urut yang mengurut di bahagian sulit lelaki. Boleh kasi extra power katanya.

"Bang burger siap"..

Pak Ron memberi kad nama dia. Menyuruh aku call dia. Aku ambik je simpan dlm dompet.