Nov 30, 2009

Dilema Wanita Hari Ini


Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman…
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya…
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan…
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…
Bahkan akan semakin membengkok…
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…
Bila wanita menjadi derhaka… pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara….
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata…
Tapi binalah kepimpinan…
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya…
Jinakkan diri kepada allah…
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu…
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Nov 22, 2009

SaaT Aku Di TalKin Kan..


Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.”Mengucap sayang,,mengucap…….. Asyhaduallailahaillallah………” ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

“Bagaimana dengan keadaannya doktor?”Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. “Tenat”,jawab doktor dengan ringkas. “Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha”. Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah….. Tapi mataku…….semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. “Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah.”Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

“Tekanan darahnya amat rendah”. sayup sayap kedengaran
suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu…..aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. “Yassin……”.bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut…… Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

“Tolong ibu,tolonglah aku,
aku takut”.Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka
semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan “Panas,dahaga,haus,panas……..”.tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,”Nenek………..”. “Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini”.

“Ibu……”.
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
” Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan
islam, matilah dalam agama yahudi…..”.
Ayah…….kau datang ayah…….”.
“Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga”. “Nenek….ibu…..ayah……suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? “Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah……”.Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang.”Mari ikut kami”. manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya”Mari ikut kami”.cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang .”Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut…….!!!!!!”. Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. “Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah…….”.Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun…. Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah
yang amat busuk. “Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya……”.

“Assalamualaikum……”.
“Siapa yang memberi salam itu?”.
“Aku”.
“Kau siapa wahai pemuda???”.
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya……jijik,loya,aku rasa……..teramat loya melihatnya.

“Kau tak kenal aku?”.
“Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh
dan sejijik ini”.
“Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari”.
“Bohong!”.Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad
ini mendengarnya.
“Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini”.
“Akulah amalanmu yang keji……….”.

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

“Tolong….sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu…..malu…..malu……!!!!!!”.
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. “Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas….panas……..”. Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
“Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan”.Dan kini
baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku’,sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?”Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah
dan abang.Aku diusung setapak demi setapak”. “Al-Fatihah!”Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?”. Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. “Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!”. Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. “Perlahan-lahan”,aku terdengar suara tok imam memberitahu.”Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!”.Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

“Tanah apa ini?”.
“Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah”.
“Innalillahiwa innailaihi rajiuuun…….Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali”. Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.”Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar……..”.Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ……aku kini keseorangan.

“Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolonggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg ggggggg !!!!

-SIAPA YANG BOLEH TOLONG KITA KALAU KITA TIADA BEKALAN AMAL SOLEH SEWAKTU DI DUNIA-……

“SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK…DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT.”



Semoga ada yang insaf....

Nov 21, 2009

EBUDDY


eBuddy Mobile Messenger



Yahoo
ICQ
Facebook
Myspace
MSN
Google Talk
AIM







Send a picture, straight from your camera

Now you can take a cool picture with the camera on your phone, and send it directly in a chat to your friends! Just open a chat, click on Menuand choose Send Picture.Your friends can always view this picture, no matter what network or application they are on.


Set your avatar with your camera phoneWith eBuddy Mobile Messenger
 you can share all the cool things you do in an easy way. You can set your personal message and take a brand new display picture, directly from your phone's camera.




Always reach your friends
Want to talk to a buddy, but he just went offline? Just send an offline message straight from your mobile. eBuddy Mobile Messengersupports offline messaging. You can also receive offline messages. As soon as you login, you will get all the messages that were sent to you when you were offline.

Nov 18, 2009

Baru Ku Tahu

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang .



ahahhahahahaa.. aku tengah tension.. jadi aku surf net cari cite lawak.....

Nov 17, 2009

Simpan Fail/Folder Secara Rahsia


Perisian freeware ini boleh menyembunyikan sejumlah fail/folder yang tersimpan dalam PC anda. Boleh la menjamin keselamatan dan privacy anda tu. Menerusi perisian ini anda boleh tu menyorok fail/folder tertentu pada bila2 masa sahaja. Apabila perlu anda boleh unhide nya tanpa sebarang masalah. untuk jaminana keselamatan kata laluan diperlukan.



Nov 15, 2009

Basikal


Keputusan akhir tahun dah kuor..

Aku janji kalau Isyraf dapat nombor bawah dari 5, aku akan hadiahkan dia sesuatu. Alhamdulillah dia dapat no 2 dalam kelas. Jadi kena lah aku tunaikan janji.

{--- BASIKAL pilihan dia.

Tapi aku masih tak kuor sesen pun. Duit beli basikal tu Atok dia bagi. Aku cuma bagi persetujuan je. Aku tengah pikir apa la aku nak bagi............


Teringat aku masa aku kecik dulu. Aku ada mintak abah belikan basikal BMX. Time tu BMX tengah popular. Abah aku cakap "pakai je basikal mak kamu tu.. sama jugak kayuhnya". Tapi sekarang ni anak2 aku mintak je kat Atok dia, tak cakap apa.. terus hulur duit beli... Basikal tu basikal ke 3 Atoknya belikan.

Nov 11, 2009

Kena Curi.....


Waaaawaaaa !!!

Pagi ni baru aku sedar, CD player kesayangan aku kecurian !!! Tak Guna ... Siapa lah buat kerja tak bertamaddun...

Aku sayang sangat ngan CD player tu. Pioneer Limited Edition pulak tu, lebih dari setahun aku kumpul duit nak beli.. mana punya malaun senang2 jek curi. Anak Haram !!

Dah tu duit syiling 30 sen pun dia kebas. Yang aku heran Rayban original aku aku beli RM500 tak nak plak dia kebas... ko ingat aku beli pasar malam ke. BODOH !!!

Majlis Perpisahan

Isnin. 9NOV2009
4.30 petang.


Dari Kiri Ke Kanan
Pic 1. Nor tekun membalut hadiah.Siapa kacau time ni siap!!!!
Pic 2. Juadah Ekpress. Pizza
Pic 3. Jelitawan yang se awal menunggu tok makan pree (dari smlm khabarnya x makan)
Pic 4. Aku, ZZ, Vicky n KK ambil peluang bergambo.
Pic 5. Aku ngan Megat - akan adakah masa bergambo bersama lagi ??
Pic 6. Nor tekun menghafal ucapan menerusi iphone nye.
Pic 7. "Ni bile nak setat" ??. Peyot dah lapor
pic 8. Nor call para boses trun seberapa segera, bebudak dah bising.


 
Pic 1. Indrani mengambil tempat depan pizza senang nak capai.
Pic 2. Aku tak melepaskan peluang bergambo
Pic 3. At last baru la setat. Nor memulakan bicara majlis
Pic lain - sendri taksif la..


Dari Atas Kebawah
Pic 1. ZZ n Sahila khusyuk mendengar ucapan. (dalam kepala fikir benda lain)
Pic 2. Sahila sempat memberikan senyuman ayu
Pic 3. Megat baca doa ilangkan darah gemuruh sebelum memberi ucapan
Pic 4. Nor masih lagi bercakap.. Syok sangat dia dapat cakap lupa Megat dok usha "bila turn aku"
Pic 5. Siap tangan2 naik Megat berucap tu..
Pic 6. Ifa sibuk snap pic.. (pic aku)
Pic 7 n 8 berhubung kait. Megat tension dia dok berucap member lain tido.....



Pic 1. Masa yg paling Megat tunggu tiba- Hadiah collection kengkawan
Pic 2. Megat berdebar2 bukak tu.... aku nengok mengigil tangannya.
Pic 3. Tu diaaa.. Handphone oooo
Pic 4. Nokia E63 (hp yg di idam2kan)
Pic 5 n 6. Biasa la time makan ZZ mesti no 1.


Acara suap menyuap.. kenyang Megat semua pakat suap dia.


Apa lagiii.. acara memenuhkan memory kad hp pun bermula (banyak lagi pic.. x larat nak upload)...


Nov 9, 2009

Jarang Dah Dapat...

JARANG DAH DAPAT.....

Update Blog
Dulu hari2 aku update blog, sehari mau 2 -3 entry tapi sekarang ni... Bukan aku tak de idea, bukan aku tak de lagi kenangan aku nak dikongsi, bukan aku malas nak update.
- kerana masa terhad dah bagi aku nak mengonline kan diri.
- Balik kerja letih, dapat bantal trus lelap.
- Kalau online pun bukak Facebook jap. (Farmville punya pasal)

Lawat Blog Kengkawan
Mintak Maaf la semua. Banyak entry anda aku dah ketinggalan. Insyaallah ada masa nanti akan ku skodeng blog  uol's semua.
- pada kapten awat blog hang dah private aku nak skodeng tak dapat.

Lepak Kedai Mamak
Kawan2 pun dah macam2 hal. Kena ikat la, yang kena tukar tempat kerja. Macam2 alasan.

Nengok TV (cite peberet aku)
Rumah aku mengamalkan sistem demokrasi. Selalunya undian memilih rancangan berpihak pada pihak lawan. Depa bertiga aku sorang. Baik tak payah undi kan. Hari Jumaat malam kol 9 "Nur Kasih" aku pegang remote tv pun tak boleh.

Bersukan
Kecederaan lama datang balik. Doktor kasi frist last warning. Cari sukan yang tak mencabar, takat kuor peluh dah la katanya.
- Hasrol ko book je.. Aku trun jugak. Tak peduli.

Bercuti
Sejak orang umah aku mengandung sampai baby dah 8 bulan la, langsung tak de peluang. Kang aku pi sorang2 kang....

Makan
Orang umah dah control. Peberet aku semua mengemukkan katanya. Minggu pas 2 hari dia pi kursus aku bantai makan puas2.

Membaca
Bukan jarang langsung takda. Bukan minat aku. Takat pagi2 baca paper pree kedai mamak. memo2 opis rajin la aku.

Shopping (beli barang sendri)
Asal je aku sarung seluor jeans je, anak2 dah melompat. Terpaksa la bawak. Last2 barang aku nak beli ntah kemana barang anak2 aku yang dibeli.

Belanja Kengkawan
Lagi le.. Pas Raya Puasa ni aku masih lagi dalam "Healing Process"

Kelab Air Guirtar
Rasanya berkubur dah kot. Aku takda bebudak lain semua sepi

Main Game PS2
Pantang aku sentuh, anak2 mula la last2 joystik lekat kat tangan anak2. Aku jual - puas hati.

Balas/Forward Email
Email Opis pun dah tak larat.
- tapi email yang segarkan mata tu teruskan menghantar k.. hehehehhe

Tido Lena
Baru nak lena, Baby dah nangis, buat susu. Janji bangun ikut turn tapi aku hairan asyik turn aku je.

Berdating (ngan orang umah le)
Dah tak da dah!!! Askar2 gerenti akan mengikuti setiap langkah.

Nov 8, 2009

Layu

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Nov 7, 2009

Berubat Tanpa Ubat


PUSRATU
Cawangan Tronoh Perak

Berubat nak Makan Ubat Malas...

Ini jawapan dia. Aku pun tergolong dalam golongan di atas tu, bila dengar je bende ni kat Radio 3 Ipoh
terus la call buat appoitment.

Kos rawatan bergantung apa sakit yang nak di ubati. Boleh memilih untuk tinggal situ selama seminggu. Yang mana perkembangan anda akan di pantau 24 jam.

Nov 6, 2009

Indah Kah Malam Pertama Kita ??

Cuma nak berkongsi dan sekadar ingat mengingati sesama insan.
Thanks to Norulhidayu Md. Shuib


Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu...mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan kebaju Kita...
Bagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan.. . yang tlah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah tlah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu...mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan kebaju Kita...
Bagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan.. . yang tlah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah tlah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....


Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu...mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan kebaju Kita...
Bagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan.. . yang tlah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah tlah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu...."

Nov 1, 2009

Langkah ku Dan Langkah mu MR




Masa ni aku baru je bekerja. Boleh cari yang mana aku ??
Otak aku gagal mengingati saat gambar ini di ambil.
Staff2 yang banyak mendewakan kRaSz bAtU.

Dapat je result SPM, malam tu aku di hubungi oleh Mr Ong menyuruh aku membuat 2 pilihan kerja, Kerajaan atau pun Swasta. Pilih Kerajaan bermakna aku kena pack barang besoknya dan berangkat ke Johor, di sana aku dijamin dapat terus menerus kan karier yang amat aku minati. Yang satu lagi menawarkan aku tangga gaji yang lebih tinggi, aku dapat terus tinggal di Ipoh dan jaminan karier aku bergantung pada keadaan. Jawapan Mr Ong mahu kan esok. Terpikir aku nak sambung belajar tapi masa tu, tapi.....

Malam tu buntu fikiran aku, mana nak aku pilih ?? Mengenangkan umur aku untuk terus berjaya dalam bidang  aku minati makin tipis aku pilih untuk terus tinggal di Ipoh.(lagipun awek aku ada kat sini). 2 hari kemudian aku melaporkan diri. Mr Ong amat gembira dengan pilihan aku. Aku diberi kelonggaran waktu kerja pada mulanya, untuk aku terus menjalani latihan. Kemudiann atas sebab2 tertentu aku akhirnya menarik diri dan menumpukan perhatian pada keluarga baru ku.

Disini lah aku langkah ku bermula
Disini jua aku mula mengenali …


Megat






Aku anggap dah macam abg kandung. Senantiasa ada kala aku memerlukan pertolongan, senantiasa ada waktu mendengar aku meluahkan perasaan, senantiasa ada menghulur apa jua bantuan aku perlukan. Dari zama kita bujang sampai lah zaman skrg ni dah terlalu banyak kenangan bersama. Seingat aku kita tak pernah berbeza pendapat. Pemikiran intelektual kita sama.. selalunya Megat dapat membaca pikiran aku sebelum aku meluah kannya…..

Ingat lagi kita sama2 make up Yamaha 110ss kita. ??
Apa Megat buat aku pollow..

Pastu Megat bersusah payah mengurus kan pinjaman rumah dan kereta kancil aku.. Kesana kemari Megat.. Aku hanya tau sign je borang tuu…

Megat tukar kereta
Aku pollow 


Megat tukar lagi kereta
Aku ikut lagi… (Gat dah lama kita tak tuko kereta)

Megat beli second car
Aku ikut jugak..

Megat tukor tempat kerja
Tang ni aku tak ikut. Hehhehehe

Yang paling buat aku ketawa sendirian bila mengenangkan bila kawan2 kita menanya kita di mana kita menukar tayar atau pun bateri kereta ?? 
Jawap kita : Kami tak tukar tayar .. Kami beli je kereta baru !!
Angin kawan2 kita ngan jawapan tuuu...


Sebenarnya banyak kenangan .. tak mungkin dapat aku lupakan segala jasa2 mu Megat pada aku dan keluarga ku,

Aku doakan agar Megat akan terus berjaya disana dan jangan lah melupakan aku disini…

Langkah mu baru bermula…..


Disana pancaroba hidup berlainan dengan di sini... Tabah dan teruskan perjuangan
Megat Boleh !!


p/s : jgn la anggap en3 ni berbaur Gay. 
hehehe