JARANG DAH DAPAT.....
Update Blog
Dulu hari2 aku update blog, sehari mau 2 -3 entry tapi sekarang ni... Bukan aku tak de idea, bukan aku tak de lagi kenangan aku nak dikongsi, bukan aku malas nak update.
- kerana masa terhad dah bagi aku nak mengonline kan diri.
- Balik kerja letih, dapat bantal trus lelap.
- Kalau online pun bukak Facebook jap. (Farmville punya pasal)
Lawat Blog Kengkawan
Mintak Maaf la semua. Banyak entry anda aku dah ketinggalan. Insyaallah ada masa nanti akan ku skodeng blog uol's semua.
- pada kapten awat blog hang dah private aku nak skodeng tak dapat.
Lepak Kedai Mamak
Kawan2 pun dah macam2 hal. Kena ikat la, yang kena tukar tempat kerja. Macam2 alasan.
Nengok TV (cite peberet aku)
Rumah aku mengamalkan sistem demokrasi. Selalunya undian memilih rancangan berpihak pada pihak lawan. Depa bertiga aku sorang. Baik tak payah undi kan. Hari Jumaat malam kol 9 "Nur Kasih" aku pegang remote tv pun tak boleh.
Bersukan
Kecederaan lama datang balik. Doktor kasi frist last warning. Cari sukan yang tak mencabar, takat kuor peluh dah la katanya.
- Hasrol ko book je.. Aku trun jugak. Tak peduli.
Bercuti
Sejak orang umah aku mengandung sampai baby dah 8 bulan la, langsung tak de peluang. Kang aku pi sorang2 kang....
Makan
Orang umah dah control. Peberet aku semua mengemukkan katanya. Minggu pas 2 hari dia pi kursus aku bantai makan puas2.
Membaca
Bukan jarang langsung takda. Bukan minat aku. Takat pagi2 baca paper pree kedai mamak. memo2 opis rajin la aku.
Shopping (beli barang sendri)
Asal je aku sarung seluor jeans je, anak2 dah melompat. Terpaksa la bawak. Last2 barang aku nak beli ntah kemana barang anak2 aku yang dibeli.
Belanja Kengkawan
Lagi le.. Pas Raya Puasa ni aku masih lagi dalam "Healing Process"
Kelab Air Guirtar
Rasanya berkubur dah kot. Aku takda bebudak lain semua sepi
Main Game PS2
Pantang aku sentuh, anak2 mula la last2 joystik lekat kat tangan anak2. Aku jual - puas hati.
Balas/Forward Email
Email Opis pun dah tak larat.
- tapi email yang segarkan mata tu teruskan menghantar k.. hehehehhe
Tido Lena
Baru nak lena, Baby dah nangis, buat susu. Janji bangun ikut turn tapi aku hairan asyik turn aku je.
Berdating (ngan orang umah le)
Dah tak da dah!!! Askar2 gerenti akan mengikuti setiap langkah.
4 comments:
best nya main PS2
beli la tv lg..hahaha
mucuk pon da leka kt fesbuk ni..cafe kita lew..hak3
same la bro..masa sangat terhad
assalammualaikum
hati2 sikit ngan fesbook ni... ketagihan era modern
Post a Comment