Mar 29, 2010

Membaca

Sedang aku menghadap tv sambil menghenjut buaian si kecil...

"Ayah tak nampak Ayah selalu membaca" isyraf menanya ...

Belum sempat aku menjawab tiba2 Mem bersuara dari dapur...

"Adik, Ayah kamu rajin membaca.... Facebook !!!!"....

Adoiiiiii..... aku diam je laaa.. bersuara kang gerenti sessi bahas akan bermula....

Mar 24, 2010

Ayah Cam Adik ke ??

Situasi malam tadi

Anak ku Isyraf 8 tahun dengan perasaan bangga sengih2 menunjukkan report kad ujian bulanan nya.

" Ermmmm bagus bagus cam ni la anak Ayah" Aku bangga.
"Ayah dulu sekolah cam adik ke periksa?" tiba2 Isyraf menanya.

Aduhhh soalan mengalahkan program tv realiti "Who's Want 2 Be Millionaire". Payah niii....

"Dahhh pi tunjuk kat Ibu". Aku bagi alasan.
"Adik tau"!!! Isyraf berlalu ketawa.

Pandai2 dia kenakan Ayah nya.....

Mar 20, 2010

Albert Mencapai Cita2Nya Part 3

Aku tahu ramai rakan2 kelas aku mengambil kesempatan atas sikap lurus bendul Albert, Albert memang terror bab2 melukis dan mewarna. Biasanya matapelajaran Pendidikan Seni adalah paling dibenci. Dah tu yang mengajar pulak hanya Guru Sandaran. Tension betul masa ni.

Lain pulak dengan Albert, masa ni la dia tunjuk dia terror. Jadi ramai antara kami ni (termasuklah aku) menyuruh Albert buatkan untuk kami. Aku respek cara Albert, dia buat tiap satu lukisan tu takde yang sama. Guru pun tak perasaan. Tapi kesian jugak tengok Albert kadang2 dia mengeluh set water colour dia cepat habis. Kami pulak suruh buat tak pulak nak bagi pinjam set water colour kami.

Satu hari aku suruh buatkan satu lukisan "Pemandangan Senja"....

"Boleh !! bagi aku 5 kupang... colour bagi". Serius Albert.
Terkejut aku. Kelu jugak la sekejap. Tak pernah Albert buat perangai camni.

"Bert, aku pun ko mintak duit?" . Dalam fikiran aku, mesti ada orang dah racun Albert. Dia bukan tau bende2 camni. Kena korek niiiiiiiiiiiiiiiii

Aku pujuk Albert, jenuh jugak aku tanya. Setiap kali aku tanya Albert bagi jawapan mengelak. Last2 Albert cerita A - Z. Tapi aku tak bagi perhatian sangat cakapnya.. yang aku nak tau "SIAPA ORANGNYE"...

"Minggu lepas balik sekolah dalam bas duduk sebeleh Ranee, Dia tegur aku dulu. Sembang2 ngan dia"...
cerita Albert dengan nada bangga. Meluat aku time tuuuu.

Tu dia orang yang aku cari!!!!. Ranee (bukan nama sebenar, Ranee ni awek selang 2 kelas. Ranee sekarang dah kawen dan menetap di Penang, ada dalam friend list Facebook aku. Sorry Ranee this is a bit of ur story).

Patut la aku selalu nampak Albert dan Ranee bersaing balik dari sekolah. Sah kuat racun dia !!.

"Zul, aku buat water colour aku cepat habis, my mamma bising oo".
"Weii Bert 3 kupang dah le, tapi aku nak hari ni jugak tau".
"Errmmm ok la" slow je suara Albert.
"Bert dia la soh ko charge kami kan".
"Tak, Tak ... dia kasi idea jugak".  Albert sengih.

Cess ko Albert dah pandai cover line pulak. Sah dah kena ayat syurga si Ranee Albert ni. Kalau rakan2 lain tau ni mau teruk Albert.

"Zul tolong aku beli befday kad tok Ranee". tiba2 Albert sound aku.
"Boleh, tapi aku charge ko sehengget". Siap ko Albert, rasanya Albert akan buat lukisan Free tok aku.
"Ok ! tapi colour bagi aku pinjam". kata Albert.
"Set, sok kita p beli" Yess aku happy sangat.

Dah pulak jadi satu hal aku nak mengarang ucapan befday Ranee. Takpa la jugak kan aku fikir boleh aku selitkan nama aku dalam kad tu nanti...

"Bert ko nak aku tulis apa .....?"

Mar 17, 2010

WAHAI DIRI

Wahai diri……
Apakah kamu mengira ada jarak antara kamu dan orang yang kamu cintai?
Sesungguhnya tidak ada, sama sekali tidak ada...!
Jarak adalah yang memisahkanmu dari Penciptamu, Pencipta orang yang kamu
cintai.
Jarak adalah yang memisahkanmu dengan Yang Maha Pengasih.

Wahai diri…..
Apakah kamu mengira ada jarak antara kamu dan harta yang kamu cintai?
Sesungguhnya tidak ada, sama sekali tidak ada...!
Jarak adalah yang memisahkanmu dari Pemberi harta yang kamu cintai.
Jarak adalah yang memisahkanmu dengan Yang Maha Pemberi.

Wahai diri….
Apakah kamu mengira ada jarak antara kamu dan dunia yang kamu kejar?
Sesungguhnya tidak ada, sama sekali tidak ada...!
Jarak adalah yang memisahkanmu dari Pemilik Bumi dan Langit.
Jarak adalah yang memisahkanmu dengan Yang Maha Pencipta.

Wahai diri…..
Takutlah akan Jarak...
Jarak yang akan mendekatkan dirimu dari Azab-NYA.
Jarak yang akan menjauhkan dirimu dari Ridha-NYA.
Jarak yang akan menyeretmu masuk ke Neraka-NYA.
Jarak yang akan menolakmu masuk ke Surga-NYA.

Wahai diri……
Takutlah akan Jarak yang sebenarnya...
Hilangkan Jarak itu hingga tak ada lagi Penghalang.
Penghalang antara diri yang Hina dengan Rabb yang Mahamulia.
Penghalang antara diri yang Kotor dengan Rabb yang Mahasuci.
Penghalang antara diri yang penuh Dosa dengan Rabb yang Maha Pengampun.
Penghalang antara diri yang penuh Kekurangan dengan Rabb yang
Mahasempurna.

Wahai diri……….
Hilangkanlah Jarak, singkaplah Penghalang...
Dari Jiwa, penuhilah dengan keikhlashan...
Dari Dunia, hindarilah dengan Zuhud...
Dari Syaithan, mohonlah pertolongan dari Rabb-mu...
Dari Hawa Nafsu, perangilah dengan kesungguhan...

Wahai diri……
Takutlah akan Jarak...!
Takutlah akan Jarak yang sebenarnya...!

Mar 10, 2010

Albert Mencapai Cita2Nya Part 2

Bulan ke-2 persekolahan, Guru kelas menukarkan tempat duduk aku jauh dari Albert. Aku cuba membantah tapi hanya berani takat menunjukkan riak muka sahaja. Albert dan beberapa rakan lain diarah duduk di belakang kelas, aku pula terpaksa berpindah duduk dihadapan meja cikgu sebelah pintu masuk kelas. Tempat yang amat lah aku tak suka.

                                        ~~~//~~~~

Satu pagi di hadapan pintu masuk sekolah(kami panggil gate beso), hari masih gelap aku melihat Albert tunduk sambil kaki nya menguis tanah. Kadang2 menendang angin lagaknya. Albert mencari sesuatu aku fikir.

"Cari apa ?". Aku menegur.
"2 kupang titik(jatuh)". Albert berkata lemah tanpa memandang aku.

Albert jarang ada duit belanja sekolah. Selalunya Albert membawa bekal.Duit yang ada pun hanya tambang sekolah. Time aku sekolah, 20 sen dah kira besar gak nilainya. Macam2 boleh dibeli di kantin sekolah. Nasib baik kalau main Tikam-Tikam kedai Uncle Tan belakang sekolah mau untung seringgit dua. Mana tak gelabah si Albert.

"Rileks la Bert". Tiba2 Ali Ta muncul menepuk bahu Albert.
"Tak boleh, nanti mau balik duit bas tak cukup". Tinggi suara Albert.
"Karang cari la, hari ni si Loh Panjang jaga, dia tak suka kan ko, mesti dia tulis nama ko". Aku berlalu meninggalkan Albert menuju ke Perhimpunan pagi.

ESOKNYA..

"Balik jalan kaki". sengih Albert.

Aku terlupa pasal Albert. Dia tak pulak nak mintak tolong atau nak meminjam duit. Itulah Albert segala kesusahan sendiri dia tanggung sendiri. Kesian Albert menapak balik, aku rasa ada dalam 10km la rumah dia.

Seperkara lagi aku tak penah lupa pasal Albert ni pasal jadual waktu pelajaran. Dah la tak tau membaca, menjadi satu masalah besar Albert untuk membawa buku pelajaran ke sekolah. Jadi Albert main hentam ikut suka hati dia. Selalu kena sound dek Guru.

Bila mula matapelajaran, rakan2 lain akan memandang Albert. Tunggu, tengok gelagat Albert. Ternanti2 buku teks apa yang akan Albert keluarkan. Selalunya memang salah. Matapelajaran Matematik Albert keluarkan bulu teks Sains. Kena gelak Albert. Guru kelas pun senyum.

Aku pun pening fikirkan idea macam mana nak tolong Albert. Memang payah nak tolong orang tak reti membaca. Aku refer pada Tok aku, Tok aku cakap "Setiap orang ada minat yang melekakan". Aku fikir2 ..

Yess !!! aku dapat idea. Malam tu aku buat Jadual Waktu khas tok Albert. Setiap matapelajaran aku tandakan dengan WARNA. Warna merah untuk Matematik dan kemudian nya aku lekatkan kertas merah pada buku teks Albert. Warna hijau untuk Sains dan lain2 lagi..

Albert memang suka mewarna.. Albert ada bakat dalam bab ni. selalunya matapelajaran Lukisan  bab mewarna Albert la buatkan untuk aku... Hahahahah dah pecah rahsia aku.. Sorry Cikgu !!!!!!

Bila mula matapelajaran Matematik, mata mula memandang Albert. Albert dengan gaya selamba garu2 kepala dan dengan pelahan keluarkan buku Matematik. Albert angkat tinggi buku teks Matematik, Albert tayang pada rakan2. Albert senyum .....

Sambung...........

Mar 8, 2010

Lastik

Lastik orang panggil.

Waktu zaman aku dulu, sebelum ada PS2,PSP, internet, facebook dll lagi. Lastik ni lah jadi permainan yang paling mencabar minda dan ketahanan mental.

Bangun tido je capai lastik sarung di kepala. Lepas sarapan terus kuor ke rumah member. Apa lagi aktiviti melastik burung takpun memancing ikan.

Aku rasa la bebudak dulu2 punya aktiviti lagi baik dari budak2 zaman sekarang ni. Budak2 dulu semua sihat2, mana taknya semua aktiviti kira mengeluarkan peluh dan ada yang menyumbangkan hasil pada keluarga. contoh memancing, Budak sekarang, bangun tido bukak laptop atau main PS2. Peluh langsung tak kuor, badan makin gemuk. Memang best masa dulu.

Mar 2, 2010

Albert Mencapai Cita2Nya

Buat sahabatku Albert.

Siapa Albert ??
Albert berketurunan India beragama Kristian. Tinggi dan berkulit gelap. Tinggal di sebuah estet di bandar Kampar. Albert buta huruf, tak tau membaca tetapi Albert boleh mengira matematik yang mudah sahaja. Seorang yang sangat pendiam tapi murah dengan senyuman.
Masa aku di Tingkatan 1, aku dan Albert satu kelas. Ditakdikan kami duduk sebelah menyebelah. Albert tua dari aku setahun.

Sedang aku duduk bersembang bersama jiran di satu pagi. Dari jauh kelihatan seorang lelaki India sibuk mengutip plastik hitam dari rumah ke rumah dan dicampak ke dalam lori sampah. Sampai di hadapan rumah aku,  lelaki itu cuba untuk mengelak pandangan mata ku. Tapi aku kenal ....

"Albert!!!!" aku memanggil dengan perasaan terkejut lalu menghulur tangan.
"Zul ?, tak payah salam, kotor". Albert membuka topi.

Teringat aku satu masa dulu..
Kerana tak tahu membaca, Albert sering dipermainkan oleh rakan2 sekelas. Rakan2 sekelas suka sangat mengusik Albert. Mereka akan menulis surat dan kemudian diserahkan pada Albert, Albert diberitahu surat tu datangnya dari Awek kelas sebelah. Seronok bernar Albert mendapat surat. Rakan2 lain akan menunggu Albert membuka dan membaca surat tersebut, lama Albert tenung surat tu akhirnya Albert lipat .. "Balik rumah baca". Maka kemudian berderai lah hilai tawa rakan2. Aku pun kadang2 tak dapat menahan ketawa walau dalam hati aku amat kesian kan Albert.

"Bak sini surat tu, aku baca kan". Aku menarik surat itu setelah rakan2 lain beredar.
"Mana boleh !!! Awek bagi ... rahsia la". Albert menarik kembali surat tersebut.

Aku pujuk2 Albert. Akhirnya dia mengalah. Isi surat tu "Albert Bodoh, Albert bangang, Albert tak tau baca buang masa datang sekolah...." dan bermacam2 lagi, panjang cerca hina mereka dalam surat tu. Apa yang aku baca lain apa yang keluar dari mulut aku, terpaksa aku mereka cipta ayat pada masa tu jugak. Aku tak nak Albert kecik hati, aku sembunyikan isi dalam surat itu. Lepas tu aku terus koyak surat itu..

"Bodoh!!!! pasal pa kau koyak surat aku???". Albert marah.
"lepas baca kena koyak sebab ada p/s kata lepas baca tolong koyak.!!" .. "Ko tak percaya nak ambik.. baca sendiri!!". Aku menghulur cebisan surat itu.
"You my pren" Albert tersengih. "Ko tolong aku balas surat ni". Albert betul2 mengharap aku.
"Ko tau tak kenapa orang panggil ko bodoh ??, aku nak balas pada siapa??? surat ni dari SECRET ADMIRE!!". Nasib baik alasan ni cepat datang pada kepala otak aku. Fuhh lega.

Betul ke tindakan aku ni ????

Ada lagi satu insiden yang benar2 menyentuh hati aku. Masa tu sessi persekolahan Tingkatan 1 baru saja bermula. Ketika itu hanya aku sahaja yang menyimpan rahsia terbesar Albert. Tiba waktu pelajaran Geografi, Cikgu menyuruh seorang lepas seorang membaca buku teks. Albert dah mula gelabah, tak lama lagi giliran dia.

"Aku baca slow2, kau ikut je ..Ok " Aku membisik pada Albert.Aku cadang nak menolong dia. Albert mengangguk setuju.

Bila sampai turn Albert, dia berdiri dan diam menanti aku membaca. Terlintas masa tu dalam fikiran aku nak permainkan Albert. Albert menendang kaki aku. Aku baca , Albert ikut dengan suara tersekat2. Tiba2 Cikgu menghampiri kami. Aku terpaksa mendiamkan diri, Albert diam dan mula buat stail cerita P.Ramlee membaca surat. Rakan2 lain ada yang ketawa melihat gelagat Albert.

"Baca kuat skit!!" Cikgu berdiri sebelah Albert. Time ni aku pun dah mula gabra. Albert diam merenung buku teks sesekali menjeling aku. Cikgu tau agaknya apa yang aku buat.

"Saya kata baca pasal apa awak diam ?" Suara Cikgu tinggi dan jarinya menunjuk buku teks.
"Baca!!" kali ni suara Cikgu makin tinggi. Cikgu menjeling aku.
"Zul, Albert reti baca ke tidak?". Aku bangun dengan perasaan serba salah.
"Tak". Aku jawab perlahan mengeleng kepala. Albert sekali lagi menendang kaki aku.

"Dah Tingkatan 1, awak masih lagi tak boleh membaca?, apa awak buat datang sekolah hari2?", Cikgu tutup buku teks dan menghempas depan Albert. Tiba2 aku melihat titisan air jatuh ke atas buku teks.
Cikgu mengangkat muka Albert, kelihatan mata Albert berair. Masa tu rakan2 lain diam melihat tiba2 ketawa berderai2. Aku yang masih berdiri diam tunduk, Albert diam membisu.

Sejak dari itu, satu sekolah kenal Albert, Ada cikgu memberi kelas tambahan pada Albert, Albert akhirnya hanya dapat mengeja dan menulis namanya sahaja. Albert kemudian nya ketinggalan dalam semua mata pelajaran. Tak buat kerja sekolah pun takda siapa yang akan menyoal dia. Semua Cikgu kenal siapa Albert.

Last sekali aku berjumpa Albert pada hari terakhir peperiksaan SRP. Kami bersalaman. Dia tahu dia dah sampai ke penghujung persekolahan. Selepas ini tiada lagi dia akan hadir ke sekolah.

Aku masih ingat kata2 Alber di pintu sekolah, walau dalam gelak ketawa kata2 tu di ucapkan tapi penuh dengan makna.. Baru hari ini aku paham maksudnya.

"Aku pasti akan mencapai cita2 aku... tapi korang ?"......

Tepukan Albert di bahu menyedarkan aku, "Dah lama saya tengok zul, tapi segan nak tegur..." kata Albert.
"Got to go Zul, lori sampah tak tunggu aku"...

Cita2 Albert bukan lah "Pemungut Sampah" tapi ketika itu dia hanya nampak masa depan dia gelap kerana dia tak tau membaca dan menulis. Sedih aku melihat Albert tersenyum melambai di belakang lori sampah.