Mar 2, 2010

Albert Mencapai Cita2Nya

Buat sahabatku Albert.

Siapa Albert ??
Albert berketurunan India beragama Kristian. Tinggi dan berkulit gelap. Tinggal di sebuah estet di bandar Kampar. Albert buta huruf, tak tau membaca tetapi Albert boleh mengira matematik yang mudah sahaja. Seorang yang sangat pendiam tapi murah dengan senyuman.
Masa aku di Tingkatan 1, aku dan Albert satu kelas. Ditakdikan kami duduk sebelah menyebelah. Albert tua dari aku setahun.

Sedang aku duduk bersembang bersama jiran di satu pagi. Dari jauh kelihatan seorang lelaki India sibuk mengutip plastik hitam dari rumah ke rumah dan dicampak ke dalam lori sampah. Sampai di hadapan rumah aku,  lelaki itu cuba untuk mengelak pandangan mata ku. Tapi aku kenal ....

"Albert!!!!" aku memanggil dengan perasaan terkejut lalu menghulur tangan.
"Zul ?, tak payah salam, kotor". Albert membuka topi.

Teringat aku satu masa dulu..
Kerana tak tahu membaca, Albert sering dipermainkan oleh rakan2 sekelas. Rakan2 sekelas suka sangat mengusik Albert. Mereka akan menulis surat dan kemudian diserahkan pada Albert, Albert diberitahu surat tu datangnya dari Awek kelas sebelah. Seronok bernar Albert mendapat surat. Rakan2 lain akan menunggu Albert membuka dan membaca surat tersebut, lama Albert tenung surat tu akhirnya Albert lipat .. "Balik rumah baca". Maka kemudian berderai lah hilai tawa rakan2. Aku pun kadang2 tak dapat menahan ketawa walau dalam hati aku amat kesian kan Albert.

"Bak sini surat tu, aku baca kan". Aku menarik surat itu setelah rakan2 lain beredar.
"Mana boleh !!! Awek bagi ... rahsia la". Albert menarik kembali surat tersebut.

Aku pujuk2 Albert. Akhirnya dia mengalah. Isi surat tu "Albert Bodoh, Albert bangang, Albert tak tau baca buang masa datang sekolah...." dan bermacam2 lagi, panjang cerca hina mereka dalam surat tu. Apa yang aku baca lain apa yang keluar dari mulut aku, terpaksa aku mereka cipta ayat pada masa tu jugak. Aku tak nak Albert kecik hati, aku sembunyikan isi dalam surat itu. Lepas tu aku terus koyak surat itu..

"Bodoh!!!! pasal pa kau koyak surat aku???". Albert marah.
"lepas baca kena koyak sebab ada p/s kata lepas baca tolong koyak.!!" .. "Ko tak percaya nak ambik.. baca sendiri!!". Aku menghulur cebisan surat itu.
"You my pren" Albert tersengih. "Ko tolong aku balas surat ni". Albert betul2 mengharap aku.
"Ko tau tak kenapa orang panggil ko bodoh ??, aku nak balas pada siapa??? surat ni dari SECRET ADMIRE!!". Nasib baik alasan ni cepat datang pada kepala otak aku. Fuhh lega.

Betul ke tindakan aku ni ????

Ada lagi satu insiden yang benar2 menyentuh hati aku. Masa tu sessi persekolahan Tingkatan 1 baru saja bermula. Ketika itu hanya aku sahaja yang menyimpan rahsia terbesar Albert. Tiba waktu pelajaran Geografi, Cikgu menyuruh seorang lepas seorang membaca buku teks. Albert dah mula gelabah, tak lama lagi giliran dia.

"Aku baca slow2, kau ikut je ..Ok " Aku membisik pada Albert.Aku cadang nak menolong dia. Albert mengangguk setuju.

Bila sampai turn Albert, dia berdiri dan diam menanti aku membaca. Terlintas masa tu dalam fikiran aku nak permainkan Albert. Albert menendang kaki aku. Aku baca , Albert ikut dengan suara tersekat2. Tiba2 Cikgu menghampiri kami. Aku terpaksa mendiamkan diri, Albert diam dan mula buat stail cerita P.Ramlee membaca surat. Rakan2 lain ada yang ketawa melihat gelagat Albert.

"Baca kuat skit!!" Cikgu berdiri sebelah Albert. Time ni aku pun dah mula gabra. Albert diam merenung buku teks sesekali menjeling aku. Cikgu tau agaknya apa yang aku buat.

"Saya kata baca pasal apa awak diam ?" Suara Cikgu tinggi dan jarinya menunjuk buku teks.
"Baca!!" kali ni suara Cikgu makin tinggi. Cikgu menjeling aku.
"Zul, Albert reti baca ke tidak?". Aku bangun dengan perasaan serba salah.
"Tak". Aku jawab perlahan mengeleng kepala. Albert sekali lagi menendang kaki aku.

"Dah Tingkatan 1, awak masih lagi tak boleh membaca?, apa awak buat datang sekolah hari2?", Cikgu tutup buku teks dan menghempas depan Albert. Tiba2 aku melihat titisan air jatuh ke atas buku teks.
Cikgu mengangkat muka Albert, kelihatan mata Albert berair. Masa tu rakan2 lain diam melihat tiba2 ketawa berderai2. Aku yang masih berdiri diam tunduk, Albert diam membisu.

Sejak dari itu, satu sekolah kenal Albert, Ada cikgu memberi kelas tambahan pada Albert, Albert akhirnya hanya dapat mengeja dan menulis namanya sahaja. Albert kemudian nya ketinggalan dalam semua mata pelajaran. Tak buat kerja sekolah pun takda siapa yang akan menyoal dia. Semua Cikgu kenal siapa Albert.

Last sekali aku berjumpa Albert pada hari terakhir peperiksaan SRP. Kami bersalaman. Dia tahu dia dah sampai ke penghujung persekolahan. Selepas ini tiada lagi dia akan hadir ke sekolah.

Aku masih ingat kata2 Alber di pintu sekolah, walau dalam gelak ketawa kata2 tu di ucapkan tapi penuh dengan makna.. Baru hari ini aku paham maksudnya.

"Aku pasti akan mencapai cita2 aku... tapi korang ?"......

Tepukan Albert di bahu menyedarkan aku, "Dah lama saya tengok zul, tapi segan nak tegur..." kata Albert.
"Got to go Zul, lori sampah tak tunggu aku"...

Cita2 Albert bukan lah "Pemungut Sampah" tapi ketika itu dia hanya nampak masa depan dia gelap kerana dia tak tau membaca dan menulis. Sedih aku melihat Albert tersenyum melambai di belakang lori sampah.

4 comments:

athirah_trah said...

speechless....sbb sedih sggt baca
(T_T)

.o r k e d. said...

aer mta bgenang.mcm dlm tv pnye cerita.huhuuh

sharamli said...

sedih dgn cite albert..
tapi sekurang2nya dia bekerja...

Anonymous said...

sedih...

tapi gembira sbb dia wat keje yg halal jgk..berguna utk masyarakat