Nov 19, 2010

POLITIK 1SEMUT


Sedang Aku menikmati hirupan sup daging korban segar, mencangkung di bawah pokok jambu,
aku terpandang sekumpulan semut yang cuba melintasi pagar... 
Aku perhatikan gaya semut2 tu menyelesaikan masalah. Semut2 tu menggunakan diri mereka sebagai jambatan supaya semut2 lain dapat menyeberangi. Tiada rasa sakit hati walaupun semut2 lain memijak2 badan, kepala mereka. Sunnguh baik muafakat mereka.

Terfikir aku... Kenapa setiap parti2 politik kita tak mencontohi perangai semut. Bermuafakat menyelesaikan masalah rakyat bukan bermuafakat kutuk mengutuk keji mengeji satu sama lain. Tak penah dapat menyelesaikan satu masalah. 

Tapi..
Semut hanyalah semut, takkan jadi sandaran baik pada si Gajah2. 

Aku Tabik Semut2... Aman damai korang hidup dalam semangat 1semut.

Nov 16, 2010

TAK MENANGIS AIR MATA MELELEH JUA

Boss 1 : " Why u sitting in the dark?".
Aku     : "My eyes".
Boss 2  " Why what happen ?"
Boss 1  " U better see doktor now".

Sayang gak boss kat aku.

Aku merebahkan diri di sofa menunggu. Seluk poket aku keluarkan Blackberry bukak Facebook.
Ermm mesej Hari Raya Aidil Adha banyak. Aku jeling sekeliling seawal pagi pun dah ramai orang menunggu. 

Aku seluk poket mencari saputangan.. aku bangun meraba kesemua poket yang ada di pakaian seragam free aku.
Makcik sebelah menghulurkan tisu. Aku sambut ngan senyuman terima kasih. Aku sapu mata aku, aku tak menangis tapi air mata ku menderu keluar. Aku duduk,  Makcik tadi bangun beralih tempat. Di hadapan aku 2 orang ah moi senyum tawa memandang aku. Biarkan lah .. dalam hati aku " Aku jumpa doktor sakit aku nampak d badan, korang nampak sihat pe barang jumpa doktor ambik MC la tu ".... menyedapkan hati sendiri.

Nama aku dipanggil. Aku ketuk pintu Doktor.

"Good Morning Dato'" 
" Morning , seldom see u around now.. " Dato' Doktor menjawab tanpa memandang aku.
"Feel great Dato' but today aiiyaaaa...." aku tidak meneruskan kata2 ku.
"What happen ? " Baru Dato' memandang aku. " Tell me...".

Pagi ni seperti biasa bersama EX5 Honda Top Power aku jadi tunggang ke Opis. Tiba di persimpangan tiga secara tiba2 sebuah Vios hitam membelok dengan laju menuju tepat ke arah aku, tindakan pantas atas pengalaman beberapa tahun merempit zaman bujang,  aku masuk gear  satu ,  aku pecut EX5 aku ke kanan sebelah Kancil Putih, Vios hitam melanggar Kancil Putih. Dentuman kuat aku dengar, Aku terselamat tapi masalah aku belum selesai, Dek kerana minggu lepas aku menghantar motor kedai Ah Siong, aku suruh dia service, korek block kasi power. Aku tekan brek kaki dengan pantas, di depan aku Ah So tua membonceng basikal .Tapi gagal brek kaki motor aku tidak memberi kesan, Aku tekan brek tangan... Putus !!!! Motor aku masih  memecut dengan laju, aku berjaya mengelak menlanggari Ah So. Dua kali terselamat tiba2 .........................

"Dato this morning I escape 2 accident. I manage to ELAK 2 big things but Dato' this TINY flying insert, flying direct to my eye Dato'." Aku diam menunngu reaksi Dato'

Dato memeriksa mata aku... bla bla bla Dato' bagi syarahan.

Dato mengarahkan aku berehat di bilik sebelah. 

"Very Interesting Story... Never look down on small thing see what its make u now." 
"Look if that Car hits U, U think U will Cry ?"... " I think Better U cry now"  Dato ketawa.
" Take rest 1 days...."

Aku MC sehari ni.. tiada niat aku mengambil MC semata2 nak sambung cuti raya....ITULAH CRITA AKU 

Nov 6, 2010

Pengalaman iTU

Sehingga hari ini aku masih cuba memahami apa yang sebenarnya berlaku….


Khamis
Jam 4 petang tahun 1992

“Yop, bangun dah tu tido” Mak aku menjerit dari dapur.
“Pergi la tengok deghoyan tu “. Mak aku menyambung leteran mematikan niat aku untuk terus tidur. Hujan lebat tadi memang sungguh enak aku memalaskan diri.

Kerana enggan mendengar butiran lanjut leteran Mak, Aku bangun perlahan, dari ruang jendela aku melihat Banjaran Titiwangsa diliputi kabus. Aku memandang ke langit, awan berarak bersatukan dengan awan lain menuju ke arah barat, cahaya mentari kekuningan tiupan angin perlahan. Mengikut kata  Atuk waktu camni dalam pukul 4.30 petang, aku paling ke arah jam dinding pemberian awek sewaktu hari jadi ku yang ke 17. Tepat Jam 4.30 petang.

“Mak kunci motor mana ?” Aku tergesa2 memakai jeans lusuh, aku campak kain pelikat atas katil. Seakan ada benda tajam menyucuk peha aku, Aku raba perlahan2.. Oh kunci motor aku rupanya. Aku tersenyum sendirian.

“Yop minum le kopi ni dulu” Mak menghulurkan parang dan goreng pisang dlm Tupperware.
“Takpa lah Mak , Mak buat Nescafe Yop minum”. Aku tau kata2 aku tadi mesti buat Mak aku kecik hati. Niat aku Cuma nak bergurau ngan Maka aku. Aku hidupkan motor EX5 aku menghala ke kaki Banjaran Titiwangsa.

Aku mengambil beberapa daun semambu kering, beberapa ranting kayu aku buat unggun api menghalau nyamuk. Aku belah sebiji durian yang baru luruh. Aku lontor biji durian ke perdu buluh. Aku renung lama, aku teringat …….

“Yop kamu jangan memain lepas pokok buluh nun”. Kata Opah aku dulu masih aku ingati sampai sekarang. Aku turuti katanya tapi hari ni hati muda aku mula berdetik.



“Kenapa opah tak bagi aku kesana ?”, berdetik hati aku. perlahan aku bangun. Aku capai parang, aku sisipkan di pinggang. Aku hayun langkah perlahan, aku lihat beberapa biji durian yang baru luruh di bawah timbunan pohon renik, Aku biarkan saja tumpuan aku lebih pada pokok buluh.  

Jam menunjuk pukul 5 lebih. Masih awal lagi kata hati aku. Aku keluarkan parang aku cantas anak pokok getah, ujungnya aku tajam kan. Aku ambil keputusan untuk meninjau di seberang garis Opah aku benarkan.

Macam2 cerita aku dengar dari orang2 kampung. Tiba2 satu perasaan gelisah datang menghantui aku. Bulu roma aku naik sedikit demi sedikit. Tapi entah la jiwa penakut aku pada hari tu hilang. Apa yang menarik minat aku apa ada di depan sana. Aku berjalan perlahan2 menuruni batu2,  Aku melewati deretan pokok getah, terlihat kesan2 orang menorah pokok getah. Aku hanyunkan kayu getah lagak pemain golf pecah berderai cawan takungan getah itu. Aku toleh ke belakang pondok buruk menunggu durian sudah tak kelihatan. Aku rasakan dah jauh aku berjalan. Aku ambik keputusan untuk patah balik.

Baru beberapa langkah aku berjalan aku terdengar kokokan ayam hutan. Aku rasakan begitu hampir dengan aku. Akal aku mula berfikir ….

“Dapat sekor dua buat panggang best ni.” Aku keluarkan lastik dari pokok belakang, aku membongkok mengutip beberapa biji getah untuk di buat peluru. Aku pacak kan kayu getah ke tanah, jadikan penanda agar aku tak sesat dalam hutan. Aku membongkok perlahan2. 

Bersambung....