Sehingga hari ini aku masih cuba memahami apa yang sebenarnya berlaku….
Khamis
Jam 4 petang tahun 1992
“Yop, bangun dah tu tido” Mak aku menjerit dari dapur.
“Pergi la tengok deghoyan tu “. Mak aku menyambung leteran mematikan niat aku untuk terus tidur. Hujan lebat tadi memang sungguh enak aku memalaskan diri.
Kerana enggan mendengar butiran lanjut leteran Mak, Aku bangun perlahan, dari ruang jendela aku melihat Banjaran Titiwangsa diliputi kabus. Aku memandang ke langit, awan berarak bersatukan dengan awan lain menuju ke arah barat, cahaya mentari kekuningan tiupan angin perlahan. Mengikut kata Atuk waktu camni dalam pukul 4.30 petang, aku paling ke arah jam dinding pemberian awek sewaktu hari jadi ku yang ke 17. Tepat Jam 4.30 petang.
“Mak kunci motor mana ?” Aku tergesa2 memakai jeans lusuh, aku campak kain pelikat atas katil. Seakan ada benda tajam menyucuk peha aku, Aku raba perlahan2.. Oh kunci motor aku rupanya. Aku tersenyum sendirian.
“Yop minum le kopi ni dulu” Mak menghulurkan parang dan goreng pisang dlm Tupperware.
“Takpa lah Mak , Mak buat Nescafe Yop minum”. Aku tau kata2 aku tadi mesti buat Mak aku kecik hati. Niat aku Cuma nak bergurau ngan Maka aku. Aku hidupkan motor EX5 aku menghala ke kaki Banjaran Titiwangsa.
Aku mengambil beberapa daun semambu kering, beberapa ranting kayu aku buat unggun api menghalau nyamuk. Aku belah sebiji durian yang baru luruh. Aku lontor biji durian ke perdu buluh. Aku renung lama, aku teringat …….
“Yop kamu jangan memain lepas pokok buluh nun”. Kata Opah aku dulu masih aku ingati sampai sekarang. Aku turuti katanya tapi hari ni hati muda aku mula berdetik.
“Kenapa opah tak bagi aku kesana ?”, berdetik hati aku. perlahan aku bangun. Aku capai parang, aku sisipkan di pinggang. Aku hayun langkah perlahan, aku lihat beberapa biji durian yang baru luruh di bawah timbunan pohon renik, Aku biarkan saja tumpuan aku lebih pada pokok buluh.
Jam menunjuk pukul 5 lebih. Masih awal lagi kata hati aku. Aku keluarkan parang aku cantas anak pokok getah, ujungnya aku tajam kan. Aku ambil keputusan untuk meninjau di seberang garis Opah aku benarkan.
Macam2 cerita aku dengar dari orang2 kampung. Tiba2 satu perasaan gelisah datang menghantui aku. Bulu roma aku naik sedikit demi sedikit. Tapi entah la jiwa penakut aku pada hari tu hilang. Apa yang menarik minat aku apa ada di depan sana. Aku berjalan perlahan2 menuruni batu2, Aku melewati deretan pokok getah, terlihat kesan2 orang menorah pokok getah. Aku hanyunkan kayu getah lagak pemain golf pecah berderai cawan takungan getah itu. Aku toleh ke belakang pondok buruk menunggu durian sudah tak kelihatan. Aku rasakan dah jauh aku berjalan. Aku ambik keputusan untuk patah balik.
Baru beberapa langkah aku berjalan aku terdengar kokokan ayam hutan. Aku rasakan begitu hampir dengan aku. Akal aku mula berfikir ….
“Dapat sekor dua buat panggang best ni.” Aku keluarkan lastik dari pokok belakang, aku membongkok mengutip beberapa biji getah untuk di buat peluru. Aku pacak kan kayu getah ke tanah, jadikan penanda agar aku tak sesat dalam hutan. Aku membongkok perlahan2.
Bersambung....
1 comment:
Yop... Kome ni bersambung manjang... potong stim saja... kekeke...
Post a Comment