Awang datang dari kampung
Dari kampung dia datang
Mendapat kerja kilang
Pergi pagi pulang petang
Tak kisah biasalah
Tak kisah biasalah
Awang berambut panjang
Panjangnya rambut Awang
Anting-anting di telinga kiri
Tattoo sauh di telinga kanan
Tak kisah biasalah
Tak kisah biasalah
Awang suka sendiri
‘makwe boleh cintan tadak’
Tiba malam mesti ke padang
Tengok orang lalu lalang
Dunia cerita ada senang
Falsafah hidup dan pegangan
Semua sudah ada dalam
Lagu Sodom…metallica
Kepala terantuk tiang baru teringat pesan
Limah yang anak Satu agar pulang cukup bulan
Tak kisah biasalah
Tak kisah biasalah
Alamat di sub-urbun haram
Sebumbung mat indon padang
Hidup sentiasa tak tenang
Selisih terjumpa jembalang kota
Hati2 Kala Melangkah. Pastikan Langkah Itu Dimulakan Dengan Langkah Kanan. Melangkahlah Ke Depan, Tinggalkan Kenangan Langkah DiBelakang....
Feb 15, 2011
Feb 7, 2011
Bye My Old Pren
Berakhirnya hayat dan bakti mu padaku. Masa aku beli PC ni kira dia lah yang top dan termahal dalam kelasnya. Itu 10 tahun yang dulu la. Zaman tu broadband masih takda lagi, aku pakai dial up je. Pastu dah entah beberapa kali le aku upgrade. Mau beribu jugak la duit aku melayang.
PC ni la aku banyak habiskan masa. Aku beli masa tu, aku baru je kahwen. Orang rumah aku masa tu pulak kerja shif jadi masa dia kerja aku tinggal sorang aku layan la game. Korang nak tau tak, PC ni la sahabat baik aku tatkala keseorangan di rumah.
Dulu setakat nak ajak aku challenge game Half Life or Warcraft kalau tak cukup ilmu di dada jangan la memandai nak lawan aku. Selok belok setiap inci penjuru game Half Life aku hafal la. Aku le Sniper yang paling digeruni. Berebut bebudak nak gang ngan aku.
Tapi sekarang ni kat umah aku je dah ada 3 laptop. Aku semakin melupakannya. Sampaikan anak aku tanya "Ayah apa bende besar gedabak ni?".
AkU sayangkan PC ni tapi aku nak menupgrade perlu modal yang besar yang mana lebih baik aku beli yang baru. Game2 yang ada sekarang pun dah tak compatable lagi. Orang Rumah aku pun dah bising menyemak je katanya. Selama ni aku buat sound trouble tapi hari ni aku terpaksa jual pada Maniam Botol.
Bye my old pren.
Feb 6, 2011
AKU TAKKAN BISING
Malam buta sunyi sepi
Ada bayi menangis
Terfikir aku fikir
Laluku memikir
Kenapa apa mahunya
Laparkah atau dahaga
Kenapa apa mahunya
Laparkah atau dahaga
Lalu anjing lalu menyalak
Macam ada hantu
Seram sejuk meremang
Akan bulu romaku
Kenapa apa maksudnya
Kita sama-sama tahu sudah
Kenapa apa maksudnya
Kita sama-sama tahu sudah
Disini ada orang suka membebel
Siang malam pagi petang
Tak henti-henti
Kenapa apa sebabnya
Entah apa-apa entah
Dini hari aku masih menyanyi
Kata orang
Aku sendiri
Yang tak sedar diri
Maafkan aku kawan
Maafkan aku
Wahai makhluk tuhan
Maafkan aku kawan
Maafkan aku
Wahai makhluk tuhan
Oklah aku takkan bising
Oklah aku takkan bising
Oklah aku takkan bising
2 Tahun Laa - 5/2/2011
Hari ni Befday Liya 2 tahun. Syukur alhamdulillah.
Berkat kesabaran kami Liya berjaya mengharungi rintangan, Liya tabah menghadapi dugaan tiap2 minggu sessi fisioterapi. Liya dah boleh berlari sampai kan aku dah letih nak main kejar2. Liya dah mula pandai berkata2 sampaikan aku geli hati mendengar dia mengajuk kata2 aku.
Aku bagi gelaran "Si Kecil Yang Memikat Ayah". Segala tindak tanduk Liya menghiburkan. Masa aku nak memarahi Liya, Liya pandai membuat aksi2 yang menyejutkan kembali hati. Boleh dikatakan sekarang ni dia lah Queen dalam umah, segala kehendak dituruti sampaikan kakak dan abang tunduk.
SELAMAT HARI JADI ANAKKU.. Semoga cepat membesar dan menjadi insan berguna.
Subscribe to:
Posts (Atom)