Feb 7, 2011

Bye My Old Pren





Berakhirnya hayat dan bakti mu padaku. Masa aku beli PC ni kira dia lah yang top dan termahal dalam kelasnya. Itu 10 tahun yang dulu la. Zaman tu broadband masih takda lagi, aku pakai dial up je. Pastu dah entah beberapa kali le aku upgrade. Mau beribu jugak la duit aku melayang.

PC ni la aku banyak habiskan masa. Aku beli masa tu, aku baru je kahwen. Orang rumah aku masa tu pulak kerja shif jadi masa dia kerja aku tinggal sorang aku layan la game. Korang nak tau tak, PC ni la sahabat baik aku tatkala keseorangan di rumah.

Dulu setakat nak ajak aku challenge game Half Life or Warcraft kalau tak cukup ilmu di dada jangan la memandai nak lawan aku. Selok belok setiap inci penjuru game Half Life aku hafal la. Aku le Sniper yang paling digeruni. Berebut bebudak nak gang ngan aku.

Tapi sekarang ni kat umah aku je dah ada 3 laptop. Aku semakin melupakannya. Sampaikan anak aku tanya "Ayah apa bende besar gedabak ni?".

AkU sayangkan PC ni tapi aku nak menupgrade perlu modal yang besar yang mana lebih baik aku beli yang baru. Game2 yang ada sekarang pun dah tak compatable lagi. Orang Rumah aku pun dah bising menyemak je katanya. Selama ni aku buat sound trouble tapi hari ni aku terpaksa jual pada Maniam Botol.

Bye my old pren.

3 comments:

azza_irah said...

penuh nostalgia dedulunya cara kita on9..
bunyi dial up smpi skrg masih terngiang di telingaa...tapi nk on9 nya psal..tetap sabar menunggu...

Anonymous said...

ingat masa pakai dial up dulu2..chat guna mirc.hehe

Anonymous said...

ROAD TOUR FROM THE FACEBLOG.
SERTAI KOMUNITI KAMI DAN ENJOY PELBAGAI AKTIVITI MENARIK UNTUK BLOGGER DISINI.

MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI:
http://the-faceblog.blogspot.com