Apr 23, 2009

Aku Ayah Kaya

Perbualan di antara aku dan anak aku Isyraf(darjah satu) berlaku dalam keadaan yang agak tegang(bagi diri aku). Berkisar tentang ayah siapa lagi kaya. Aku sebagai ayah mesti lah nak kan hebat berlaka di mata anaknya. Tambah2 lagi anak tu anak lelaki. Kan ....

Isyraf : Ayah Ayah !! Ayah Daniel tuko keta Mercedes baru. Kaya Ayah dia.
Aku : Alaa Isyraf Ayah lagi kaya. Bape keta ayah ada ??
Isyra f : Wira ngan Kelisa . 2 !!
Aku : 2 dan 1 mana lagi beso ?
Isyraf : 2. Ayah kaya ayah ada 2 keta dia ada 1.

Aku gelak dalam hati. Cool skit hati aku.

Isyraf : Daniel kata Ayah dia dah beli kan Sony game PS3
Aku : Adik dah berapa ayah beli game tok adik ?
Isyraf : 3. Sony PS1, Sony PS2 dan Sony PSP
Aku : Jadi ??
Isyraf : Ayah ada 3 Sony game. Ayah menang.

Aku senyum lagi. Bergeliga sungguh otak aku. Isteri aku diam layan radio.

Isyraf : Tapi Umah dia ada orang gaji.
Aku : (adoiii.. diam kejap) Ayah nak tanya adik, apa sifat2 orang kaya ?
Isyraf : Kedekut ( tanpa berfikir panjang agaknya)
Aku : Pandai. Ayah tak nak ambik orang gaji sebab ayah kedekut. Ayah orang kaya.
Isyraf : (senyum) Ngan ibu pun Ayah kedekut.

Fuhhh !! Makin panas soalan dia.. Kang aku takde idea nak bangkang cakap anak aku ni.
Aku mesti cepat bertindak control suasana perbualan.

Aku : Ayah Daniel kurus ke gemuk ?
Isyraf : kurus tinggi
Aku : Ayah ?
Isyraf : Gemuk !!! Ayah kuat makan.
Aku : Ayah makan sebab ayah banyak duit. Ayah boleh beli banyak makan. sebab Ayah....
Isyraf : Kaya !! ( anak aku dah mula berconfiden ayah nya lebih kaya)
Aku : Ayah dia kurus sebab beli keta baru, nak makan duit dah takde.......

Aku mesti tambah satu lagi supaya Isyraf benar2 yakin Aku lah ayah yang terhebat.

Aku : Dia tinggal mana ?
Isyraf : Taman Golf

Aku sememang nya dah tau jawapan ini. (Taman Golf merupakan tempat tinggal org2 kaya Ipoh). Anak aku bukan tau pun Taman Golf tu tempat apa ...

AKU : Kita tinggal DEKAT DENGAN .........

Kali ni Mira kakaknya menjawab mendahului adiknya.

Mira : Dekat ngan Halaman Ampang MEWAH
Hehehehehe.. Umpan aku dah mengena....
AKU : Mewah maksudnya ? siapa pandai malam ni leh main Sony PS2
Isyraf : KAYA !!!!!!!!!!!!
Isyraf : Esok adik nak cakap ngan Daniel ... !!!!!!

Aku cuma bermanipulasi dan bermain dengan perkataan. Impaknya sungguh besar. Aku tau apa yang aku buat tu tak la elok sangat. Tapi Aku ni Ayah dia. Aku dah janji pada diri ku, Aku kan bagi yang terbaik pada anak2 aku.

Sememangnya jauh perbezaan aku dan ayah Daniel.

18 comments:

amirul said...

Salam Bro,
Hehehe...bapa kaki kelentong... menipu utk kebaikan? mungkin juga... apepun kebenaran akan terbongkar jua... apabila anak2 membesar kan? Mungkin masa itu mereka akan mengerti... :)

Krasz bAtu said...

yer bro.
mengerti apa yang aku buat

momentinlife said...

thats Good!
kdng2kan, benda2 mcm ni, bole pengaruhi pergaulan kanak2.. tapikan, kompom nnt anak ko pny ayat :
"daniel, ayah aku cakapkan.. ayah aku lagi kaya sebab......" =)

Faizul said...

hahaha.
gud parenting skill bro..
kena belajaq nih..

sharamli said...

ap pny ayah la...aja anak cmni..

Princess Belle said...

there is no right or wrong answer.
bergantung pada pandangan masing2.
but.. i like what u did.
tp cian adik.. huhu..

miss u yang..

sufian said...

ni dikira tipu sunat kot..hehe

Eyda Sheyda said...

aduhhhh lucu tul la..
ketawa sendri d ofis ni baca en3 ni.. hahahahahhaa
tipu owhhhhhhh~

IamYonna said...

huahuaa.. salah satu cara yang bagus mungkin :p
sampai mati kot ur son akan ingat ayat2 ko :p

Kapten Luffy said...

hahaha

aku suka cerita ni

tak tahan aku gelak

Tengku Puteri said...

salam ziarah...bestnyer entry ni...pndai ayh Isyraf guna psikologi je....

Anonymous said...

haha..
nasib baik bijak..
kehkehkeh..
ntah2 brapa la keter si Bapak Daniel tuh..

pjan said...

salam bro
ahhaha pandai bro manipulate budak2 ehh...

bro saya dah ada blog baru leh la lawat
http://pjans.net

Misshy Innz said...

hebat btl jwpn org kaya neyh
hehe ~~
seb bek la anak abg tuh drjh 1


^___^

joegrimjow said...

hahaha
stylo punya bapak
ku mahu idea camni jugak

dakpink@sazz said...

citer anak ngan ayah paling best!!

Farie Amrah said...

entri bez..
pandai psyco ank..

Anonymous said...

lebih kurang mcm jawapan bapak sy~ ahaha