Jul 27, 2009

Blurr

Lepas baik dari demam (walau pun bukan 100%) aku rasa blurr je..

Tadi kat Opis .. sejuk ketulang. Perasaan macam orang asing.

Malam ni lak bukak laptop, idea nak tulis blog ilang .. blurr jugak rasanya..

Korang penah ke rasa cam ni...??

Adakah pasal demam selama 5 hari aku MC telah men short circuit kan litar memory aku.. Hard disk aku penuh ? Ram yang telah di install tak penah di upgrade telah ketinggalan zaman ?, Grafik kad kurang lancar ?? Entah aku tak tahu...

Jul 24, 2009

Gabra Giler

"Ayah !! Jangan gerak kepala ... ada bende!!"

Gabra aku..

"Cepat buangkan !!! "

"Steady... 1 .. 2... 3 " Mira bagi arahan...

Memang aku tak gerak langsung kepala...

"Adoiiii !!!!! pe niiiii "

Sebenarnya bukan lah sakit tapi dah diselindungi perasaan gabra...

"Nah .. Ayah tengok" Mira menghulurkan ....

Laaaaaa anak ku niii . Aku menyambut...

"hahahahahha !!!" Mira Gelak.. Isyraf senyum.
"Ayah dah tua".

Sebenarnya , Uban yang ditarik oleh Mira. Aku ingat kan apa la berada atas kepala aku.

"Akak, nape cabut"

"Tak lawa Ayah.. ada putih atas kepala".

Mengikut kata salah sorang guru aku dulu.. Uban yang pertama jangan dicabut.. Uban yang pertama tu merupakan daya penarik kaum wanita. Entah la aku tak caya sangat tentang kata guru aku tu..

"Abis la Ayah Mira dah cabut.... nanti takde orang suka Ayah"..

"Lawak la tu bang, Mira cabut lagi Uban Ayah tuu, Ibu nampak ada lagi ..."

Aaaa ada lagi.. aduhaiiiii makin tua aku dah....

Takpe makin tua makin berisi.. Yang ini aku percaya kata2 Guru aku... hehhehhehee

Jul 23, 2009

Pixelpipe


Ramai kengkawan menanya aku bagaimana aku post entry menggunakan hp. Aku guna Pixelpipe. 2 entry bergambar yang sebelum ni aku post menggunakannya. Boleh post gambar dan serba sedikit text. Pixelpipe ni bukan saja terhad pada Blog malah pada semua sosial networking, picture hosting dan lain2 lagi. Caranya amat mudah. Install aplikasi pixelpipe selepas register (seperti biasa la). Dan kemudian anda terpaksa approve semua offline authorised supaya en3 anda dapat di post dalam masa nyata.

Setau aku semua hp berlandaskan Symbian v3 boleh menggunakan tanpa sebarang masalah.
Selamat mencuba.

Fun Fair

Fun Fair datang lagi ke tempat aku, tapi perasaan adanya Fun Fair tidak seperti 30 tahun yang lalu. 30 tahun yang lalu, seingat aku Fun Fair memang sangat2 di tunggu kedatangan nya di kampung atau bandar2 yang berhampiran. Dulu hanya ini lah hiburan penduduk berhibur, seisi keluarga akan datang bersuka ria, menghabis kan duit tapi berbaloi melihat anak2 bersuka ria. Malam hari nya konsert nyanyian artis2 ternama satu masa dulu menyerikan lagi malam sambil malam di hiasi dengan kilauan cahaya neon berbagai warna.

Tapi kini, pengusaha Fun Fair seakan menuju ke zaman kepupusan nya. Kanak2 tidak lagi suka ke Fun Fair, mereka lebih suka menghabiskan masa bermain di cyber cafe atau bagi keluarga yang berada membawa anak2 mereka ke Genting.

Aku sedih melihat nasib Fun Fair. Fun Fair, banyak sungguh memory aku bersama atuk tersayang. Atuk sanggup mengambil cuti semata2 aku mendesak nak ke sana. Atuk akan ikut saja kemahuan aku, Atuk akan belikan gula2 kapas dan kemudian nya akan sama2 naik dengan aku menaiki permainan yang ada. Yang aku tak boleh lupa ialah Atuk aku diharam kan bermain permainan menembak.. Mana tak nya Atuk aku penembak handalan.. Setiap kali Atuk tembak mesti akan dapat hadiah yang besar2. Syok sungguh masa tu.. Maka bermacam2 lah hadiah aku dapat.

"Mira malam kang kita pi nak " aku mengajak Mira. Aku ingin kenangan aku hidup kembali.

"Malam kang ada kelas ngaji Ayah", "Ayah hari tu dah janji nak bawak pi Genting". Mati ngan2 ku.

Menjelang tahun 2020 Fun Fair tak kan wujud lagi. Fun Fair akan menjadi satu bahan cerita bagi aku dan anda yang sezaman dengan aku menceritakan keseronokan ber Fun Fair. percayalah anda akan menjalani satu proses kepercayaan yang payah kerana cucu2 anda tidak dapat mengambarkan macam mana kah seronoknya perasaan anda.

Walau apa pun Fun Fair... Kenangan yang kau beri kan tetap segar di ingatan ku.

Jul 18, 2009

Keta Aku ILang

Penah tak merasa panik kehilangan kereta ??? Memang gabra giler kan......

Sebelum ni aku penah la hilang motor EX5 aku.. tapi time tu aku masih leh cool lagi. Hilang kereta memang aku panik. Dah la kereta tu Orang Umah aku punya..

Dalam kol 10 pagi aku kuor umah bersama Mira. Mula aku stop kat Car Wash RM2.00, hari ni malas aku nak cuci kereta. Sejak ada nye kedai cash wash ni aku dah jarang basuh kereta sendiri. Aku fikir kan rugi je aku basuh sendiri, antar kedai senang.. jimat air dan tenaga lagipun RM2 je.. mana nak dapat semurah nii..

RM2 tu cuci luar je, kalau nak cuci dalam lak harganya baru RM6, tapi aku harga kawan2 RM5 je ngan taukeh nye. Depa buat koje cepat, bersih dan amanah. Tgh Vakum, Mat Bangla tu jumpa duit 1 sen pun depa bagi kat aku....

Tak sampai 20 minit siap la kereta, mana taknya 1 kereta 4 mat bangla koje kan...

Nak antar kereta sini, nasihatkan datang awal.. kalau tak jawabnya tunggu turn sejam basuh kereta x sampai 20 minit.. Q panjang ooo hari2..



Siap kereta aku menuju ke Tesco.. Orang Umah aku soh beli barang2 dapur dan apa yang patut tok dia nak masak. Melilau aku cari parking.. Dalam 20 minit gak la aku dok usha2 parking kosong..

"Ayah !! tuuuuuuu cina nak kuor". Mira merangkap C0-pilot aku menujuk.. Nasib baik dapat, dalam hati aku dah nak balik je..

Aku sambaq------------>>>>>>
Murah .. RM20 je. Beli hadiah kat Abah aku. Kesian nengok sweater dia dah bulor.

Tengok list Orang Umah aku .. capai tak fikir apa brand ke janji barang nye sama dah... main senang.

Pas bayar aku basah tekak ngan Mira kat Restoran Pelita.

Tesco Ipoh ni ada 2 tempat parking, kat luar dan di berbumbung.. Aku suka park yang berbumbung tak la panas..

Seingat aku, aku park keta tak jauh dari pintu masuk tadi. Aittt mana pulak kereta aku ni..... Aku pun meround sambil menolak troli. Masa ni aku cool lagi, mungkin pintu masuk yang satu lagi kot. Cari2 tak de jugak....

"Ayah kereta kita hilang". Aku dengar Mira cakap cam ni , aku mula panik...
Alamak cam ne aku nak cakap kat Orang Umah kereta hilang??? teruk nii.. Melilau la aku mencari.. kesana kesini takde jugak...... Abissss aku..

Aku selok poket.. nak ambik hp, terasa kunci kereta.. Aku kuor kan.. Aku tekan remote ...

" Tu ayah keta kita".......

Laaa .. camne aku leh lupa niii.. Aku ingat kan tadi aku bawak kereta Wira aku... rupanya kereta kelisa. Buat penat aku cari.. camne la fikiran aku teringat kereta Wira tapi aku rasa takut Orang Umah tahu kereta kelisa dia hilang.....

"Mira apasal tak cakap tadi"..... "Akak ingat kan ayah saje nak bawak akak dalam troli ni round"
cess tak guna punya jawapan anak aku..

Balik umah, biasa laa Mira mesti antar laporan kat Mem. Kena gelak laaaa....

Jul 17, 2009

Palringo


Revolusi terkini dalam mobile chat. Palringo menawarkan multi platform chat seperti Yahoo, MSN, ICQ, AIM dan lain2 lagi. Yang best nya Facebook chat pun ada. Palringo ni pack dengan features seperti tengah chat tu boleh antar antar pic dan sent voice message. Di samping itu boleh join mana2 Group mengikut topik kesukaan atau buat sendiri group dan ajak kawan ber chat. Menarik ....
Secara automatiknya Palringo akan update location kita supaya kawan2 lain tau mana kita berada mengikut network towers seperti WIFi or GPS. (yang ni aku kuran senang)
Secara amnya Palringo adalah satu applikasi mobile chat ngan terkini dan canggih. Boleh lah ucapkan bye bye pada ebudy.


Jul 14, 2009

Anak Mike NolaK Anak TemaN

6.15 ptg. Loceng tamat persekolan berbunyi nyaring. Dari jauh aku lihat ke dua2 anak aku berlari. Macam ada yang tak kena pada Isyraf.

"Ayah ! Ayah ! Tadi kan ada budak tolak adik masa rehat, dia jatuh pas tu nangis. Ayah tengok baju dia". Mira mengadu sebaik saja aku mengangkat beg Isyraf.

Isyraf menampar badan kakak nya. Bocorkan rahsia la tuu...

"Isyraf ! Siapa buat ? Macam mana leh jatuh ?". Aku mula menjalankan edisi siasat version aku. Hati aku dah mula panas. Siapa lak yang berani membuli anak aku ni. Ibu bapa lain mula memandang kami. Aku tak peduli.
Isyraf hanya diam membisu

"Isyraf ! kenapa dia tolak Isyraf ?Israf lawan balik x ?". lantak lah apa orang lain nak kata. Anak aku kena buli takkan aku nak diam kan je. Tindakan membisu Isyraf membuat aku makin panas hati.

"Akak niiiii..................!!" Isyraf menarik baju Mira.

"Mira ! Siapa buat adik ?".

"Ayah, rileks ... akak dah kautim. Akak dah marah budak gemuk tu, dia kelas sebelah akak".

"Budak Gemuk"!!!. Badan besa mungkin sebab tu Isyraf takut nak lawan balik. Budak tu darjah 3, Isyraf baru darjah 1.

Tak boleh jadi nii..

"Akak tunjuk Ayah budak tu".

"Budak tu balik ikut pintu belakang".

Aku menarik tangan Isyraf...............

Dari jauh aku nampak seorang budak gemuk bersama seorang lelaki. Dalam hati aku, mesti budak ni. Mak ooii darjah 3 badan beso.. patut la Isyraf tak berani.

Budak lelaki tu menuding jari ke arah Mira. Sah ni budaknya dalam hati.

"Ayah budak tu".

Aku senyum. Lelaki tu pun ikut sama senyum.

"Alamak Yop (hanya bebudak kampung panggil aku Yop) anak kita gaduh le" Aireh menghulur tangan. Kami ketawa. Anak2 kami memandang kami kehairanan.

"Reh, Ate idak le teman tau anak mike ngaji ngan anak teman." aku mula bersuara.

"Teman pun idak tau Yop"

"Anak mike baya anak teman, darjah 3, 3 tahun ngaji baru ni teman nengok mike ngambil anak, mane rhoper ayah mike ni" Aku seronok jumpa member sekampung.

"Ate Yob ooi, mane buatnye, Yob bukan tak tau, teman koje mane... teman cuti le hari ni.. Orang umah teman soh nengok sekolah anak.. Udah 3 tahun bahru teman dapat nengok.. itu pun chupul2 je... bebudak udah balik teman baru sampai". Aireh bekerja di luar negara. Dah berapa tahun aku tak berjumpa dengan dia.

"Yang ni ape ke halnye.. Anak mike nolak anak teman, akak anak teman pulak nolak anak mike".
Hati aku yang membara dah sesejuk kutub Utara...........

"Alaa Yob, bebudak rhoper itu le, gaduh gaduh esok baik le dema tu, Yob dulu pun rhoper itu, Yob idak ingat ke Yob melestik kaki teman.".. gelak lagi "Parut kaki teman nii Yob ade lagi".

Aku teringat kisah aku melestik burung zaman kecik2 dulu.. Geram tak mengena, aku lestik kaki Aireh .... Hahahhahahahhaa

Aku ngan Aireh berbual ..... Kisah anak2 kami bergaduh tolak tepi..

Dulu aku suka membuli si Aireh, sekarang anak Aireh membalas tanpa mereka mengetahui Ayah dema kawan baik satu masa dulu... umpama roda.. perbuatan baik di balas baik.. jahat di balas ngan jahat.. tak semestinye orang yang sama akan membalas , tapi balasan tu tetap ada cuma dalam bentuk yang lain.
Aku bersyukur, dalam kisah anak kami bergaduh.. kami ditemukan kembali.. Tak sangka Aku ngan Aireh tinggal dalam satu taman.. Orang Umahnye selalu aku tengok, nasib baik aku tak penah mengumpat atau menakle ( " mane le laki dia .. Janda ke?") hehehehhee..

"Ayah, Cikgu kata cikgu nak jumpa" Dalam keta Isyaf baru nak bersuara. Isyraf tau hati aku dah sejuk baru dia berani bukak mulut.

"Cakap cikgu Udah settle".......