Jul 2, 2010

Ada Gunanya Facebook

Dalam perjalanan balik, Isteri aku menalifon. Dia istiharkan "Hari Malas Sedunia" dia. Paham benar aku kenapa. Aku pun fikir lah apa nak dibeli bagi family aku makan malam ni. Payah jugak memikirnya, selalunya tugas ni Isteri aku yang settle kan tiap2 hari. Kami anak beranak tau siap je, Makan apa yang ada.

Sampai kedai aku cari port hujung, niat di hati takda la kengkawan nampak. Dah jumpa kang mau berjam bersembang. Order apa yang patut. Aku kuorkan kamera DSLR baru beli, belek2 tengok gambar2 yang baru aku ambik tadi. Dalam hati puas juga tak sangka terror juga. (puji diri sendiri.). Ada la juga kengkawan aku menyuruh mengambil gambarnya. Aku tak la charge depa apa2 pun, cukup lah belanja makan, tapi kadang2 aku pulak kena bayar makan depa (kes shoot photo awek hehheheh). 

Aku perhati keadaan sekeliling, 4 orang anak dara di hadapan aku. 2 orang tu gelak ketawa menghadap laptop screen paparan atas biru biasa ku lihat - Facebook. Seorang tekun menghadap screen kecik bersms ngan boypren kot, seorang lagi bertudung memandang tepat ke arah aku senyum. Berdetup hati. Aku buat selambe, mungkin senyum kat mamat Bangla tepi aku mengelap meja.Aku tak kenal siapa pun dari mereka tu.

Aku ambik kamera tukar lense jauh. Aku halakan pada awek2 tu, Aku zoom nampak paparan laptop siap ngan ID Facebook budak tu. Senyum dalam hati. Tiba2 awek bertudung membuat aksi "peace".Kawan2 nye menoleh pada aku terus serentak senyum. Aku snap. Sporting awek ni.

Buat muka2 malu, masukkan kamera dalam beg. Aku menghabiskan kopi ais, bayar makanan aku bungkus, aku berjalan melalui budak2 tu.(Bukan takde jalan lain sengaja je). Awek bertudung bangun ...............

"Pak Yob"!!!! Awek bertudung senyum terus berdiri. 

Ceh siap panggil Pak Yob lak tu, siapa pulak ni dalam hati.. 

"Tak ingat acik ke". Dia ketawa menutup mulut. seronok benar dia jumpa aku agaknya.

Aku cuba fikir siapa la awek bertudung manis ni.

Pendek cerita... Awek bertudung tu ada pertalian keluarga. Bukan la kelurga dekat,moyang kami adik beradik. Bila ayahnye bertukar kerja di KL jadi makin jauh terputus hubungan. 

Dia ingat aku sebab masa dia kecik bila time raya berkumpul dulu2 dan juga dari Facebook. Tak sangka lak dia ada dlm pren list aku. Siapa kata Facebook tak mendatangkan kebaikan. Hubungan keluarga boleh bertaut kembali. Tapi nasib baik la aku tak ngorat awek tu kalau tak nahas... hahahhahahaa

Acik: Sorry Pak Yop bukan tak kenal tapi masa dulu Pak yop dukung acik kecik lagi. Sekarang Acik dah beso lawa lak tu..Kirim salam kat Mak Ayah k...

Jun 20, 2010

Aku Menukar Dan Ditukarkan nya Aku

Aku ni jenis yang rajin menukar. Macam2 lah yang aku suka tukar. Tukar ini tukar itu but within budget la. Kalau tak mampos. Tapi ada satu je yang tak berani aku nak tukar !!!!!

Dah lama aku bercadang nak menukar layout blog aku ni. Tiap kali aku cuba ada je yang tak berkenan di hati. Last2 aku dapat juga tukar kepada design yang lebih simple... tapi banyak kerja2 pengubahsuai aku perlu buat..
nanti la..

Aku suka tukar menukar HP. Selalunya jual yang lama ambik yang baru tambah la skit duit. Kali ni aku nak kan Iphone. Jenuh la aku fikirkan macam mana aku nak penuhi nafsu tukar hp. Buat budget planning tak leh jalan. Tapi tu la kan kalau kita berbuat baik sesama insan pasti akan di balas baik. Hamba Allah sorang ni hadiahkan aku Iphone.

Orang rumah aku suka sangat mengambil gambar anak2. Dah bermacam2 digital camera aku sambaq. Pakai tak sampai setahun tukar lain. Biasa lah aku jual yang lama ambik yang baru. Kali ni selepas aku diracun kawan2 aku ambik camera DSLR. Puas hati ...

Awal bulan 6. Si Wira kesayangan aku buat hal. Berbunyi macam kapal laut enjin nye. Ikut kata pomen banyak kena repair. Dapat sebut harga gelap rasa dunia. Nasib baik ada kawan baik, bagi cadangan "Tukar aje Keta". Fikir punya fikir betul juga katanya.. duit tak keluar banyak. Jual keta lama ada untung pulak. Jadi tukar kereta baru.

Motor penting bagi aku. Seingat aku la dah 5 kali aku tukar motor. Kes yang sama macam kereta aku.. Tapi yang ni aku ambik motor second hand. Orang rumah tak bagi tukar motor cc besar. Takut perangai zaman bujang aku datang kembali la tu.

Sekarang ni planning TV lak. TV yang aku pakai ni pun dah melebihi usia perkahwinan aku. Nak merasa TV nipis screen besar skit. Kali ni aku tak tukar tambah TV. Sayang TV lama aku ni.

Minggu lepas Boss aku memanggil aku ke bilik nya. Risau gak apa halnya..  kena sound layan Facebook ke dalam hati.. gabra hati aku melangkah ke biliknya. Rupa2nya aku ditukar ke bahagian lain. Reporting semua ke KL tapi aku masih di tempatkan di Ipoh. Suasana kerja yang baru. Siok gak boss baru aku di KL aku di sini, duduk sorang2 dalam bilik pulak tu. Aku di tukar kan kerja !!!!

Alamak baru teringat.. Orang rumah aku sound soh tukar langsir. Dah berapa kali Raya aku dapat idea bagi alasan. Kali ni otak jam la.. Kasi idea leh ?????

Jun 9, 2010

Ayah Marah ke TaK ??

Dalam perjalanan menuju ke satu destinasi yang pasti.
Mira dan Isyraf bersembang secara berbisik tapi aku masih dpt mendengar..

"Adik nak tengok Ayah tak marah bende Ayah selalu marah". Mira menarik tangan Isyaf, aku menyeling melalui cermin pandang belakang.

Isyraf diam.

"Tengok ni" Mira berkata sambil membuka tin minuman 100 plus.

Tiba2..... Aku terkejut. Isteri menjerit "Akak !!!!!!!!"...

Mira dengan sengaja menumpahkan minuman 100 plus di dalam kereta.. Mira tau aku cukup pantang makan dan minum dalam kereta. Aku tak suka.......

Tapiii......

Hari tu aku langsung tak merasa marah walau sedikit pun.. Aku rileks sungguh.. Dalam hati lantak laaa......

Sebenarnya aku sekeluarga dalam perjalanan untuk mengambil kereta BARU aku dan juga menyerahkan kereta lama aku tu......

Mira anak yang benar2 paham perangai aku... Ayah sayang Akak...

May 26, 2010

Umpat Pahala

Mungkin apa yg aku nak cakap ni kejam n sadis pada pemikiran yg masih lagi tertutup. Jadi buka minda dan pahami isi tersirat.

Benci aku dengan kata2 umpatan orang pada si anu pada si polan. Tak usah lah dikira sama ada yg di umpat tu bersalah atau tidak. Ketahui lah kamu setiap umpatan kamu padanya merupakan pahala pada dirinya. Amal ibadat kamu, pahala kamu akan diberikan pada orang yg kamu umpat oleh Allah. Hentikan kerja bodoh tu, fikir lah kamu tiap2 hari sembahyang , bersedekah dan membuat amal kebajikan tapi kamu masih lagi mengumpat orang atas sebab2 remeh. Cukup lah !!!!

Masih nak lagi mengumpat ??? Nak memenuhi nafsu mengata orang ?? Aku ada orang yang paling layak di umpat dalam dunia ni. Umpatan berserta kata2 kamu akan membawa orang ini masuk syurga!!! Pahala kamu yg di kerja akan di berikan kepada nya ... Kamu akan dikenang sebagai orang paling berjasa dalam keluarga...

Siapa orang itu ?? Dia berada hampir dan orang paling rapat dengan mu.. Umpat lah dia biar pahala kamu beralih pada nya..

Berjasa lah kamu....

Siapa dia ??????

May 17, 2010

Hadiah hari Ibu N Anniversary Aku

"Ayah !! soalan !!" tetiba Mira memanggil aku sambil mengonyangkan bahuku. Aku tika tu ralit melihat cite "The Pacific".
Aku cuma mengangguk.

"Kenapa mother day ngan anniversari ayah ngan ibu satu hari ". 
"Ermm.. " mood aku pada kaca tv. " Napa akak tanya ?"
"Ye la ibu kata kena bagi 3 hadiah !!" , "2 tok ibu dan 1 tok ayah".
"Betul la kata ibu tu" Aku mula berminat ngan soalan anak aku ni.. " Mana hadiah ayah ?"
"Akak tengah pokai la Ayah" dengan nada kesian.
"Aiittt duit belanja Ayah bagi tak simpan ke" 
"Tak cukup Ayah bagi ciput je" pandai lak Mira berkata ikut stail aku.
"Duit tabung ada kan".
"Ada tapi Ayah dah pinjam" aduhhhh wrong question asking.
"Ok Ok tahun ni tak payah bagi hadiah". Aku cuba cover malu tadi.
"Ibu.... kata tu" Mira macam ambil kesempatan.. Aku tau benar perangai anak aku ni. 
" Ayah settle laa". Terpaksa aku ....

May 12, 2010

Majlis Makan Malam Yop & Yong Muka Buku Anak Perak (MBAP) & I ♥ MANJUNG Community Group


2 Group popular di Facebook bergabung mengadakan Majlis Makan Malam Yop & Yong Muka Buku Anak Perak (MBAP) & I ♥ MANJUNG Community Group
Tarikh : 3 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00-11.00 malam
Lokasi : Virgo Batik Resort, Teluk Batik Perak (VBR)
Yuran : RM65 sahaja
BANYAK AKTIVITI MENARIK YANG DISEDIAKAN.
TEMPAT TERHAD,SILA BUAT TEMPAHAN SECEPAT MUNGKIN !!
Untu...k Keterangan lanjut Sila Klik Link Di bawah:
http://www.facebook.com/event.php?eid=115696468454832


Bagi warga Perak yang belum lagi menjadi ahli sila berbuat demikian di Facebook

Pastikan jadi satu malam yang tak kan dilupakan.

May 9, 2010

Aniversari 12 Tahun

Hari ni cukup le 12 tahun aku mendirikan rumahtangga. Tak sangka begitu cepat
rasa masa berlalu. Alhamdulillah takat ni kami dikurniakan 3 orang cahaya mata. Mira 10 tahun, 
Isyraf 8 tahun dan Liya setahun lebih. Wife maintain satu n selamanya. Dah semakin tua
rasa diri ku.

MIRA
- Darjah 4
- Defender pada Isyraf kat sekolah. Buli Isyraf siap la kakak nya sound budak tu. 
- CNN pada Ibunya pasal aktivti luar aku.
- Study malas skit tapi alhamdulillah Otak geliga. Exam bawah 10 terbaik.
- Semua yang aku suka makan dia suka
- Paling rapat ngan aku, asyik ngikut mana aku pergi ( Ibunye suruh kot)
- Tak kedekut duit. Ujung bulan "Mira Ayah pinjam duit boleh....."
- Rajin tolong jaga Liya. 
- Pandai ambik hati aku kalau nak kan sesuatu. 
- Peminat cerita/drama melayu.
- Tido lambat bangun awal  ( serupa macam aku)
- Peminat bende2 gadget.

ISYRAF
- Darjah 2
- kat rumah paling garang. Kat sekolah kena buli skit ngadu pada kakak
- Tak suka barang permainan kanak2. Dari umur 2 tahun buku dan pena aje yang dia nak.
- Bab belajar aku tabik spring. Exam no 1 je dalam kelas.
- Rapat dengan Ibunya. Ngan aku lawan wrestling selalu.
- Bab duit kedekut skit. Pandai berjimat. Kengkadang dia jadi "Bank" kakaknya.
- Makan. Paling senang. Nasi putih ngan ikan keli. Sarapan pun nak nasi satu hari tak makan nasi lemah dia.
  makanan lain dia tak suka.
- Suruh tolong kerja rumah ikut mood.
- Peminat semua jenis berbentuk Realiti.
- Payah nak bangun pagi hari sabtu n ahad. Hari persekolahan automatik dia bangun (hairan aku)


LIYA
-  Setahun 3 bulan
-  Pantang aku dekat ngan Ibunye. Baru peluk skit dah merengget dia. risau kot dia dapat adik
-  Alhamdulillah berkat kesabaran dan tiap2 minggu buat Fisio, Liya dah OK
-  Pantang nampak makanan semua dia nak.
-  Alarm Clock waktu pagi. 6 pagi gerenti bangun mula la mengacau tido ku.


ISTERIKU
- Umur ..... ( rahsia katanya)
- dari zaman sekolah ramai peminat. tu pasal aku kawin cepat.
- Tengah angan2 kereta Suzuki Swift. (Pengsan aku)
- Tak leh komen banyak ... ( Dia tau nahas aku.. tido kat sofa laa)

Tu la serba sedikit tentang famili aku ni..

May 4, 2010

Sawang

Nasib baik lum lagi bersawang blog aku nii..
sorry fren kebizian melanda skrg niii

Insyaallah akan kembali sedikit masa lagiiiiii