Aug 31, 2008

Berpuasa

Insyaallah esok kita semua umat islam akan memulakan ibadah berpuasa selama sebulan.
Bulan yang penuh kerahmatan, Allah telah berjanji akan mengurniakan limpahan kurnianya pada sesiapa sahaja melakukan ibadah puasa ini dengan ikhlas. Hendak lah kita umat manusia takut kepada Nya.

Insyaallah

Lafaz Niat Puasa Sebulan
niat_puasa_sebulan

" Yang bermaksud, Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala "

Lafaz Niat Puasa Harian
niat_puasa_harian

"Yang bermaksud, Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala"

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
kedatangan haid atau nifas
Melahirkan anak atau keguguran
Gila walaupun sekejap
Mabuk ataupun pengsan sepanjang hari
Murtad atau keluar daripada agama Islam

PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA
Selalu berkumur-kumur
Merasa makanan dengan lidah
Berbekam kecuali perlu
Mengulum sesuatu.

-----------------------------------------------------------------------------------
Adakah Anda Tau :

Sabda Nabi S.A.W.: "Makan sahur adalah berkah, maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun salah seorang dari kamu hanya meminum seteguk air, kerana sesungguhnya Malaikat berselawat ke atas orang-orang yang bersahur." (Hadith Hasan riwayat Imam Ahmad)

-----------------------------------------------------------------------------------

Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..macam ini antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..kalau x bangun jugak
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia…kalau x bangun jugak
3. renjis air kat muka dia…sambil panggil nama dia…kalau x bangun jugak
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia…kalau x bangun jugak
5. tutup kipas/air cond..

tapi kalau still tak ada effect
1. jerit nama dia kuat kuat…kalau x bangun jugak
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit..kalau x bangun jugak
3. simbah air sebaldi…kalau boleh air rendam baju dalam korang..x bangun jugak
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam..x bangun jugak
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami! …x bangun jugak
6. jerit api! api! api!…x bangun jugak
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit…

tapi kalau still tak ada effect gak kannnn
1. pergi kat telinga dia…then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali…kalau masih x bangunnnn…
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

Tapi kalau still tak ada effect gak…ni je la cara terakhir
1. panggil je la orang masjid/surau untuk uruskan…kerana tuhan lebih menyayanginya

No comments: