Anda mungkin pernah mengalami situasi dimana program antispyware komputer anda memberitahu tentang kewujudan cookies dalam pelayar web anda. Merbahaya kah cookies tersebut? Utk pengetahuan anda, cookies bukannya sejenis perisian tetapi cuma fail teks yg kecil. Ia distorkan ke dalam komputer anda oleh sesuatu laman web yg anda pernah layari dgn tujuan utk menyimpan maklumat yg kemudiannya dibaca dan disunting. Kebanyakan cookies adalah selamat tetapi terdapat juga apa yg dipanggil sbg "tracking cookies" dihasilkan oleh pihak ke3 seperti rangkaian pengiklan utk mengetahui penggunaan internet anda. Cookies begini mungkin menceroboh hak2 sulit anda walaupun ia tidak mengancam keselamatan komputer.Jika anda merasakan cookies tersebut mengganggu ketenteraman anda, ubah saja "privacy settings" pelayar web anda supaya ia menolak kehadiran cookies.
1 comment:
menarik....tengkiu
Post a Comment