Hati2 Kala Melangkah. Pastikan Langkah Itu Dimulakan Dengan Langkah Kanan. Melangkahlah Ke Depan, Tinggalkan Kenangan Langkah DiBelakang....
May 31, 2009
Atas Permintaan
Yang banyak menanya tu anak laki teman. Dia dah darjah satu tapi tetap maintain kecik bodynya. Encem macam ayahnya kan.. Hahahhahahahhaa. Katanya nak ikut jejak langkah aku masa muda2 dulu. Minat sangat ngan Motor dan helicopter. Jenuh la aku jugak bawak dia bergambo dalam helicopter tu.
Anak dara aku tu dah darjah 3. Pun minat ngan Motor. Si kakak nye kurang skit bercakap. ikut maknya. Dia ni la CNN mak nya.. Mana aku pi gerenti nak ikut.
May 29, 2009
Ovi Store
setempat bagi para pelanggannya mendapatkan content seperti applikasi, game, themes, ringtones dan lain2 lagi. Ovi Store boleh di acces melalui web dan juga hanphone.
Acces melalui handphone senang kerana anda tak perlu lagi memindah kan content yang anda download ke handphone, tapi anda haruslah install aplikasi nya terlebih dahulu.
Buat masa ni kebanyakan applikasi yang ditawarkan adalah percuma.
May 26, 2009
Lepak2@mamak
"Aduhhaaaii baru 7.30 pagi"....
"boss minum apa ?"
"Biasa"
"makan ?"
"Biasa" , "paper ada"?
"kidai ada"
Tak guna mamat Bangla ni pekena kan aku.
2 remaja berpakaian sekolah menengah masuk. Lagak Romeo dan Juliet. Duduk di meja sebelah.
Dalam hati aku tak pi sekolah ke budak ni. Gerenti ponteng ni.. aaghhhh lantak lah bukan adik aku. Ku perhatikan mereka lagi begitu asyik bersembang, roti canai dan teh tarik di kongsi bersama. Mereka OFF kan segala apa yang berlaku di sekeliling.
Dari aku mula2 masuk meja belakang aku ni la yang paling happening. Pada pemerhatian aku macam Lawyer. Topik disembangkan pasal Bolasepak MANU akan menentang BARCELONA.
Aku pun minat gak bola tapi tak la fanatik.
7.45 pagi
Hujan tiba2 turun. Sejuk aku off kan kipas. tindakan aku dijeling oleh seorang perempuan cina. Mungkin tak berapa suka kot. Mungkin juga dia skip mandi pagi. Hehhehehe
Aku menghabiskan minuman, niat di hati nak lelap sekejap di surau opis. Masih ada banyak masa lagi niii......................
May 25, 2009
Surat Derma
"kat Umah la ayah tengok " aku terus memandu kereta menghala ke Tambun.
"Surat apa tu ? , Mira baca kan".
" Memohon Sumbangan derma/khairat bagi membina bangunan baru sekolah" mira memulakan tajuk surat.
"Ok Ok cukup... Ayah bagi 10 hengget."
" Ayah tau tak kalau ayah bagi lebih 10 hengget dan secara iklas hati pahala Ayah akan dapat sampai Kiamat.. Ni bangunan Sekolah Agama Rakyat la Ayah " Isyraf mencelah...
Ada betul jugak kata2 anak aku sorang ni. Mana dia tau ni. Derma ke Jalan Allah lebih baik dan mulia yang mana pahala nya sampai ke kiamat kan mengalir....
"Ok ! Ayah bagi 50 hengget "...
"Yeahhhh !!!!! " Isyraf tersenyum riang...
Adakah anak aku ni tau secara sendiri atau di ajar cara2 memintak derma ????
May 22, 2009
Tag Dari Mucuk
1) Nyatakan siapakah yang telah mengedtag anda!
Mucuk , dah 2 kali tag aku.. pas ni aku nak tag mucuk
2) Letakkan gambar anda zaman kanak-kanak yang paling anda suka...Sebanyak yang anda suka,dan nyatakan umur anda di dalam foto itu
PIC 1
Seingat aku le pic ni masa aku berusia setahun lebih kot. Dalam tahun 1975 rasanya. Lum ada kamera bewarna lagik masa tu, aku rasa le. Time ni kenduri kawin mak sedara aku rasanye. Jenuh jugak la aku berebut ngan mak chu aku pasal pic ni..
PIC 2
Hahahhaha !! ni la rhope aku dulu.. aku tak pasti umor aku masa tu. Tapi time tu, mak aku kata tengah buas. Suka sangat mengigit.. hehehehe
PIC 3
Umo 3 tahun rasanya. Kali pertama dapat bergambar satu family. Time tu susah sangat nak jumpa ngan Abah. Dapat jumpa pun kejap2 je...
PIC 4
Ni masa aku umo 5 tahun. Aku ngan adik kesayangan aku. Asyik bergaduh tapi tak sampai 5 minit gerenti baik balik.
PIC 5
Ni masa aku darjah 5.
Aku tersembunyi skit dalam pic tuu.. Masa ni hari terakhir cikgu tu mengajar di sekolah.. sedih sangat aku masa tuu.
PIC 6
Ni masa aku tingkatan 3. Aku ngan Tapa kawan baik aku. Ni le satu2 pic kami berdua yang aku ada. kurus giler masa tu..
3) Senaraikan 5 kejadian menarik untuk dikongsikan sewaktu anda kecil (kemalangan, perkara memalukan dan sebagainya)
~ darjah satu / kena berdiri atas bangku terlupa bawak buku. Yang sebenarnya aku tinggalkan buku tu dalam bas.
~ darjah 3 aku frist time berjumpa ngan Misbun Sidek, Morten Frost and Yang Yang. Hari tu aku bertekad ngak jadi cam depa.
~ darjah 6 Aku diterima sebgai Skuad Thomas Uber Olimpik 98'.
~ Tingkatan 3 menjuarai kejuaraan pertama peringkat Negeri.
~ Tingkatan 5 terpaksa melupakan terus sukan yg aku minat disebabkan................
4) Apa nama panggilan anda sewaktu kecil..
Yob.. semua kawan2 rapat memanggil aku nama nii.
5) Tag 10 kawan blog anda... Pastikan mereka jawab!!
k r a s z b a t u
Jikalau nama2 anda bermula ngan huruf2 di atas , makna nya ada telah ditag .....
May 21, 2009
Kopi Janda N Sms Awek
"Abang cuba la ni sup ekor" dalam loghat Indon yang cuba di Malaysia kan nya.
"Bro, sup ekor aku makan malam jumaat ! tak sedap kalu Free ". aku cuba gertak agar dia meninggalkan aku dan segera menyiapkan order ku. Jeritan order aku dilaungkannya sambil berlalu pergi.
Aku mengelap muka ku, terasa cam nak bukak baju basah ni. Aku bagi signal ... aku mahu kan lebih tisu. Aku bangun .. aku pegang kocek belakang seluar ... Alamak !!!! Dompet aku tinggal dalam keta. Parah nii aku malas nak berhujan ke kereta. Tak pe aku duduk kejap mungkin sedikit masa lagi hujan setop.
Mata aku melilau melihat keadaan sekeliling. Terpandang iklan "KOPI JANDA"
Nak try ... "Boss Kopi itu satu" segan pulak aku nak cakap perkataan Janda tu. Nasib baik dia paham.
Aku capai Nokia E71 aku, bukak browser Skyfire.. Aku ke blog aku.. nak tengok siapa dtg mengunjung blog yang tak berapa fames ni. kat chatbox ada mesej dari Ikiqzana.. "sila la ambil award kt blog ye". Hehehhe aku senyum dapat award. Tiba2 bahu aku ditepuk ...
"Sms ngan awek " seorang lelaki melayu bersama dengan anak terunanya.
Belum sempat aku menjawab "oooiii kopi janda ke ni?" Dua kali aku tersenyum sinis.
Kami bersembang, kebanyakan menyentuh hal2 politik negeri Perak. Mungkin sebab dia tau salasilah keluarga aku yang banyak menceburi politik. Aku di tanya soalan bertalu , makin lama makin panas soalan nya. Aku banyak menjawab secara cover. Aku tak minat sangat dalam politik, aku tak macam bapa2 saudara aku tu.
Order aku siap.. Aku bangun sambil meraba poket wahal aku tau dompet aku dalam keta...
"Takpa Takpa , saya bayar " ni sudah bagus ..
"Teman ada mintak tanah kat kampung seberang tu... tolong2 la tengok2 kan permohonan teman tu". oohhh ni tujuan dia belanja aku...
Aku menghulurkan tangan.. mintak diri..
Dia hulur payung dan menyuruh anaknya follow aku ke kereta.
Alhamdulillah.
May 20, 2009
May 19, 2009
Kacang n Peanut
Bukak plastik cili sos, celup kopok lekor. Baru dua kunyah tetiba hujan turun rintik2.
Dalam hati "Aittt hari skit punya panas, ujan pulak". Teringat aku kata Opah. Ujan rintik2 tetiba waktu panas ada orang mati. Ye ke ? Mungkin jugak time2 ujan kakak tu x menjual. Pasti frust anak2 aku.
"Ayah lambat " Isyraf menyerit..
Aku punya la tercegat kat tiang depan sekolah leh anak aku sound aku lambat...
"Ayah kol 8.00 pagi la dah tunggu Adik kat sini"
"Jangan nak nipu, masuk neraka, Adik sekolah petang la "
Adooiiii aku terkena, alert sungguh anak aku ni.
"Akak mana ?" Isyraf hanya mengeleng kepala.
Dah kol 6.45 petang, aku menghala ke kedai paling mamak femes kat Taman Perumahan aku.
Aku order Nasi goreng Cina ngan Nasi Goreng Daging Merah bungkus. Anak2 aku tanpa di suruh order mil0 ais blend.
"Camne periksa hari ni ?"
Mira memaling muka, mengelak soalan aku... aku biarkan dulu.. aku beralih pada Isyraf.
"Kacang je Ayah!!".
"Kacang... Baik Ayah tunggu dapat no 3 lagi.. Ayah jual PS2..
"Mira !! camne "
"Peanut Butter"....
Fuhhh advance budak nii... Siap la korang nanti.
May 17, 2009
Hari Malas
Nasib baik orang umah aku paham, di biarnya aku lelap sampai kol 10 pagi. Bangun capai tuala buat apa yang patut dalam bilik air. Aku ber air guitar, terasa bagai di konsert masa tengah ujan. Air pancuran tiba2 stop, aku menjerit. Seingat aku tak penah miss duit air. Aku lari ke bilik anak, dengan harapan masih ada saki baki air di kolah. Alhamdulillah cukup tok aku.
Necsafe panas terhidang, aku hirup menambah kesegaran badan. Aku diperintah ke pasar. Mira dan Isyraf riang nak follow aku. "Jom". Keluar simpang umah, lihat pekerja2 lembaga air sidang sibuk.. Hari ahad depa kerja kes nak Overtime la ni.
"Ring!Ring" "Abg cancel, beli je makan apa2, tak leh masak, Liya meragam". urrghhhhh.. aku teringin makan sup kaki ayam.. cancel nampak gayanye.. frust tapi tak menonggeng.
"Anak2 nak makan apa?"
"Bantai la Ayah, MCD ke " Mira bagik cadangan bernas.
"MCD cikgu kata tak leh makan, orang jahat punya ..." isyraf menentang.
Aduhaiiii konflik pemakanan nii. Masuk gear, kaki tekan klach... aitttt takde klach laaa aku bawak keta wife aku, keta auto. Padah Otak kuat memikir makan. Hala ke Tesco.. sana banyak pilihan ....
"Ayah Pizza la Ayah" ..
Idea bernas. Bagi order then layan FB mobile. Mira n Isyraf berlari ke taman permainan.
Lama tak tibai pizza sedap gak. Langsung tak dapat merasa sup nya. Habis di tibai anak2 aku.
Bukak TV layan DVD.. cite Steven Seagal.... Actor kesukaan aku. Anak2 malas nak layan naik ke tingkat atas bersama wife. Ralit layan aku ter zzzzzzz................
sedar2 dah nak masuk maghrib...
Apa yang aku capai hari ni ?? Langsung x de perkara berfaedah selain memenuhi nafsu makan dan hiburan.
May 16, 2009
Teima Kasih CikGU
Dah nama Ayah !!.. kira2 duit dema tak cukup nak belikan hadiah anak2 aku nak. Aku paham sebab Hari Ibu baru je pas. Terpaksa la aku Top Up kan..Aku dulu nak kasi hadiah kat cikgu tak berani nak mintak Mak. Kurang modal jadi aku bagi je cikgu2 kad hand made aku. Aku rasa cikgu2 aku lebih menghargainya sebab aku berusaha decorate kad tu.
Betul tak cikgu2 ???Ni lah rhoper hadiah yang anak2 aku nak kasi kat cikgu2 nya. Seharian dok merengget soh bawak ke pasar raya. Aku suprise gak .. Tak sampai RM10 leh dpt hadian cam ni. Murah giler beb !! silap2 hadiah hari bapa nanti ni nanti agaknya budget camni la aku dapat .. aduhhh!!!!
Time aku dulu, aku penah hadiah kan cikgu pucuk betik, ulam2 pegaga dan lain2 ulam2 pree yang aku cari merata kampung. Aku bungkus ngan daun pisang, masuk dalam kotak, balut ngan kertas hadiah. Aku selamba kasi kat cikgu bisik "Bukak kat umah cikgu". Esoknya cikgu datang jumpa aku dan ucapkan terima kasih dan ni lah hadiah paling unik dan berharga, dia kata aku benar2 memahami selera dia. Time tu aku darjah 6.
GURU, KAWAN , ATOK KU.
Dalam ramai2 cikgu aku. Yang paling aku respek ialah Cikgu darah daging aku ni. DATUK aku. Kenapa ??
Datuk aku ni orang serba boleh, berpengetahuan luas, bijak, tenang tak mudah cepat marah. Survival hidup aku banyak bergantung ngan Atok. Atok banyak mengajar aku.
Walaupun Atok aku tak penah dapat menolong dalam belajar mata pelajaran sekolah, tapi Atok mengajar aku apa yang lebih penting dari subjek Matematik or Sains. Ilmu Dunia Dan Akhirat.
Ilmu Agam Islam yang jauh lebih penting dari subjek tu. Tanpa ilmu ni kalau korang pakar dalam sains dan matematik, just wait n see laa pe kan jadi. Semua pengajaran Atok aku guna dalam menempuhi kehidupan. Alhamdullilah segala ajaran nya amat berguna.
Guru, Kawan , Buah Hati ??
Masa aku Tingkatan satu, ada sorang cikgu pompuan cun mengajar kat kelas aku. Jadik guru kelas lak tu. Entah apa ke halnya , tiap kali berhadapan ngan cikgu ni pasti aku gagap la tak tentu hala .. selalu je nak mengelak jumpa. Last2 cikgu ni perasaan, dipanggilnya aku dan di beri kaunseling. Cikgu ni pandai langsung tak sentuh hal2 sensitif cuma dia bercerita pasal diri nya sewatu semuda aku. Pas kaunseling tu aku tak lagi segan..
Kalau satu hari cikgu ni tak masuk kelas, rasa raban teben dibuatnya. Bila satu hari aku nampak cikgu ni ngan satu mamat kat KFC, rasa berderai jantung, marah ....
Guru, Kawan N Lawan
Seorang cikgu mesti berfikiran positif dan mengutamakan hal2 dan kebajikan anak2 muridnya. Tapi memang ada cikgu yang berfikiran kelaut skit.
Time aku tingkatan 3. Sikit punya pasal cikgu ni memyimpan dendam kat aku. Aku berjaya mengalahkan anak murid kesayangan dia dalam kejohanan sukan di pusingan akhir. Aku time tu dah sedar, tak de masalah aku nak menewaskan budak tu, jadik aku nak menang bergaya.. aku mula eksyen dan sedikit menunjuk2 kot. Cikgu ni panas hati. Selalu je cari salah aku. Aku pena
h dirotan pasal aku tak bawak buku latihan.
Guru jenis ni tak professional dan memalukan profession perguruan. Aku harap cikgu2 takde murid favourite. Kalau ada jangan tunjuk sangat. Jaga hati dan perasaan murid lain.
Guru, Kawan N Rakan Kongsi Niaga
Boleh ke cikgu berniaga ??
Aku ngan sorang cikgu ni penah la berniaga kecil2 kat pasar, tu pun 2 kali je. Aku rajin gak mengikut cikgu ni memancing. satu hari tu punya lah banyak dapat ikan. Terus cikgu tu bagi idea jom jual kat pasar.. pakai guni je kami berdua mencangkung menjual. Ilmu berniaga dapat ku perolehi dari cikgu ni.
May 15, 2009
Aku Jawab Tag
yang ni dari Ms Aireen Mohd orang kampung teman ni wehhh...
Ate mike ni bile nak nengok kampung ? dehyon dah bunye.. bawak2 le menebas
weh !! hhhehehehhee....
1. If you can be animal, what will u be? Why?
aku rasa nak jadi cicak.. sebab aku rasa cicak ni hebat. Contohnya tak kira la lubang
Tu beso ke kecik ke dia tentu leh masuk.. Buaya harap lubang beso jer.. gitu juga ngan
Masalah kecik ke beso pasti leh settle.2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money? Alooooo..... aku koje bank. Berani toray lerr !!!
3. If you can teleport yourself anywhere in the world where do you want to be? Why?
beside u.. . HAHAHHAHAHAHHAHA
4. If you know that you are dying, what is the last meal that you want? Why?
dah nak jalan lagik mau makan... aku gerenti tak lalu nak soru.... makan kalimah2 Allah supaya senang sikit malaikat cabut nyawa
5. If you can only kill one person in this world, who is the person? Why?
Aku bengang betol sangat ngan si Sylar tu. Kejap baik kejap jahat. aku nak team up ngan Patreili Family kill this monster.
6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice? Why?
I go 4 more than 100 years .. coz i want to see how mankind berblog in that coming years
7. If you can date celebreties, who is that person? Why?
syhhhhhhhhhh… jangan bising .. kang mem aku tau sleep at sofa.
8. If you can only have 1 thing in this world, what sould that be? Why?
I want back my suzuki 150cc panther. terlalu banyak kenangan n darah tumpah bersama motor tuuuu.
9. If you have the opportunity to tag 7 of your friends, who are they? Why?
Yang ni dari Mucuk pulak. Siap ngan award. Tq Mucuk.
1- Copy Award Diatas Untuk Diletakkan Di Blog Anda..
Orait dah copy.. Mamak nescafe ais satu
2-Nyatakan 5 Fakta Menarik Tentang Si Pemberi Award Ini..
1. Cun ooooiii..
2. Gerenti wangi(x macam namanya Mucuk tu)
3. Baru je add aku kat Facebook
4. Glomour giler orgnye followers blog ramai tuu
5. Aku simpan.. Jumpa dia baru jawab.
3-Setiap Blogger Mestilah Menyatakan 10 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri Sebelum Memilih Penerima Award Seterusnya.
Hehehehhe bukak la Facebook aku tuuuu
4-Anda Perlu Memilih 10 Penerima Award Seterusnya Dan Describe Tentang Mereka..
Refer soalan no 9 di atas leh.... ehhehehhe
May 14, 2009
Award Pakcik Dot
award ni. Thank Very Much. Beso rasa ati.
Dan pada yang telah men tag aku tu
harap sabar, akan dijawab sedikit masa lagi.
Hari ni aku tak sihat. Rasa cam kena
demam urat, satu badan sakit2. Aku ambik
MC hari ni. Lepak umah layan DVD. Syok gak
tengok cite Mongul.
Bila anak2 balik sekolah, lega rasa badan..
diurut dan dipijak2 2 orang anak aku
tu.. Ni la guna nya anak
hehehehehhehehe
Zedge
May 12, 2009
Hari ni Bukan Hari Guru Tapi....
Serba sedikit mengenai Cikgu Tan
Seorang yang tegas, ada ketika nya kelakar. Orang nya rendah, bercermin mata dan hampir2 botak kepalanya. Beliau bukan cikgu yang mengajar di sekolah aku. Aku mengenali nya dari satu pertandingan sukan antara sekolah2.
Tahun 1992
Tingkatan 3 aku masa tu. Tahun peperiksaan SRP. Tahun ini jugalah aku terlalu sibuk dengan latihan dan pertandingan sukan. Selalu sangat aku tak kesekolah time ni. Kalau aku ke sekolah pun hanya beberapa jam sahaja, dalam pukul 12 tengah hari aku dah berangkat ke Ipoh (jauhnya sejam perjalanan) untuk latihan. Masa ni aku nak ponteng sekolah ke , apa2 ke , takde cikgu yang akan menanya/melarang aku. Aku ada lesen besor. Aku harapan sekolah mengharumkan nama sekolah. Guru Besar sokong aku 100%. Glamour aku masa tu.
Cikgu Tan menyuruh aku datang ke kelas tiusyen nya. Aku tak nak. Sebab nya, lokasi rumah nya berada dalam kem cina. Orang2 kat sini panggil tempat tu "Kandang" sempena penempatan semula orang2 cina masa zaman komunis. Tapi sekarang dah diberi nama baru "Jeram". Komersial lah skit. Bangsa2 lain memang seram nak masuk ke kawasan ni.
Cikgu datang ke rumah aku. Bersemuka dengan naib presiden rumah (mak aku). Mereka bermesyuarat, aku pasang telinga. "Saadiah awak nak bayar ke tak nak yuran tiusyen tu lu punya pasal, Zul kena datang cikgu punya kelas tiusyen". Agaknya Cikgu Tan risau dengan pelajaran aku.
Macam2 la alasan aku kasi kat mak aku. Mak aku buat donno je. Korang bayangkan lah budak 15 tahun dengan jadual harian yang ketat. Aku tak de kehidupan !!!! No time rest ....
6.00am - Latihan
7.15am - Kuor umah ke Sekolah Menengah
12.00pm - Ke Latihan di Ipoh
3.00pm - Latihan tamat bergegas pulang
7.30pm - kelas tiusyen
10.30pm - baru nampak batang idung aku kat umah.
Dengan kuasa Veto pada mak aku, Aku akur ................ tapi aku takut nak masuk kem depa !!!
Cikgu Tan ni pulak hanya mengambil kaum cina saja belajar dikelas nya. Jadi lah aku seorang Alien. Masalah bahasa masalah aku yang utama. Cikgu mengajar dalam bahasa mandarin, yang kemudian dia akan transalate secara individu pada aku selepas dia memberi latihan pada pelajar lain. Kadang aku sedar, ada pelajar lain iri hati. Well !! ... aku nak buat camne , bukan aku nak , aku dijemput datang belajar. Dalam sebulan lebih akhirnya kebanyakkan pelajar dapat menerima aku dan menjadi kawan baik aku.
Aku terus belajar di kelas tiusyen nya sampai lah aku Tingkatan 5. Aku dapat result cemerlang dalam SPM dengan bantuan Cikgu Tan.
DR M ada mengatakan "melayu mudah lupa". Aku akuinya. Lepas aku bekerja tak sekali pun aku datang menjenguh Cikgu Tan. Aku sibuk dengan kehidupan yang aku sibukkan. Hari ni aku sedar.. seorang cina yang langsung takde pertalian saudara begitu ambil berat tentang aku. Aku melupakan jasa2 nya. Walaupun hari ini bukan Hari Guru, aku ucapkan "Terima kasih cikgu, jasamu tak terbalas, duit yang penah cikgu hulurkan kira halal lah yer"... ehehhehehehe
p/s : pas ni aku cerita aku ditumbuk budak cina kem tu.
May 10, 2009
Hadiah Anak
Pagi2 aku dikejutkan suara anak2 aku melompat atas katil, Isyraf memeluk ibunya dan mira tersengih melompat tangan memegang sekotak hadiah. Aku masih terpingga2 mamai lagik. Jarang aku bangun awal pagi ahad.
Air mata ibunya meleleh, bukak hadiah.. JAM !!
dalam hati aku dapat hadiah lagi ... dah la semalam aku kasi Handpon. Aku hairan bila masa anak aku berdua ni pi beli JAM... (kena buat edisi siasat ni). Aku capai dua helai kertas dari tangan isteri aku.. Adooiiii anak aku ni kertas cam ni depa buat kad.. buat malu aku daa.. Tapi aku bangga gak sekurang2 nya depa berusaha buat untuk ibu kesayangan.. Aku nak tunggu lak Hari Bapa nanti... Ada tak hadiah ???.. hehehehhee
Hari ni aku dengan Beso ati kasi isteri cuti sehari dari melakukan kerja2 umah. Kami 3 beranak akan settle semua kerja.
Aku ke Tesco, aku shopping skit bekalan makanan. Aku cadang hari ni aku tak nak orang ganggu.. aku kan off handphone, lepak kat umah main PS2 , tgk DVD ngan family. The Day Just For Family Only.
Aku ingatkan senang buat kerja2 umah. Isteri aku hari ni jadik Mandur, bagi arahan apa kerja umah nak buat. Aku buat la semua tu, membasuh, mandikan baby, masak maggie, sidai kain weii macam2 lerr... Penat !!!!! Camne lah kaum isteri leh tahan.. Aku surrender, Esok aku akan bagi balik tugas2 ni kat Isteri/Ibu.
Mana Lak aku Park Kereta Niiii
Penah tak jadi kat korang ? pi ke pasar raya shopping n tengok wayang(buat wayang?) pas tu lupa kat mana park keta. Tempat parking nya punya la beso.. Aku ada satu penyelesaian mudah.
Ada Handphone A-GPS ? Intall Google Maps
Caranya :-
Korang akan nampak tanda star bila korang on program google maps ni dan korang boleh berjalan ke kereta berpandukannya.
Perlu di ingat pastikan korang ada broadband package kat tepon tu.. Kalau tak.......
Kalu nak pree pulak guna cara yang sama tapi kali ni hanya pada hanpon Nokia sahaja. Guna Nokia Maps.
Senang tak ? Shopping la sampai rabak !!!!
May 9, 2009
Hadiah Buat Isteri
Jenuh la aku pikir kan apa nak dihadiahkan pada Ulang Tahun ke 11 perkawinan kami. Takan aku nak tanya dia, apa hadiah dia nak.... !!!. Pikir punya pikir kol 8.30 malam semalam baru aku dapat jawapannya. Dah lebih 5 tahun isteri tak tuko hanpon dia. Asyik2 aku je yang menukor hanpon, so aku kelentong isteri aku nak kuor mengeteh ngan member. Aku ambik helmet ala German, aku setat motor aku pecut ke kedai Handphone. Ada lagi setengah jam lagi sebelum kedai tu tutup. Terpaksa la aku guna kan segala skill merempit zaman bujang. Aku cilok , aku potong zig zag rasa bergegar engin EX5 aku tu. Aku sampai, puas hati skill permotoran aku masih lagi hebat cam dulu.
Puas la aku bedek2 hanpon kat kedai tu, mana satu agaknya yang sesuai. Banyak sangat pilihan, last2 aku pilih model Nokia 6600 slide ni. Ia kecil, camera 3.2 megapixel, radio with RDS, 3G dan pack with features. Yang tak best pasal hanpon ni ialah harga nya ... Tak padan ngan kecik harga nya punya la beso.
Maka berswipe la kredit kad aku. Tapi hati aku puas.
May 7, 2009
Selamat UlangTahun Perkahwinan
Aduhaiiiii !! Hampir2 aku terlupa lagik 2 hari Ulang Tahun perkahwinan aku yang ke-11. Sungguh cepat masa berlalu. Tak sangka rhoper2nya dah 11 tahun aku kawin. Dalam usia 11 tahun ni, macam2 pahit manis aku tempoh bersama isteri. Alhamdulillah, kami berjaya menempuhinya dan ucapkan terima kasih tak terhingga pada semua sedara dan kawan2.
Macam mana aku......... isteri aku ?? Hehehehee. Kami ni satu sekolah, kelas pulak tu selang 2 pintu je. Hari2 berjumpa tapi idak le terfikir nak mengorat dia ni. Tapi entah macam mana pada satu hari tu aku betul2 tengah down, pas sekolah dia ngan kawan nye mengajak aku ke KFC tok tenangkan aku(gamaknya atau nak pau aku entahle).
Abis sekolah janji jumpa kat KFC, Aku ponteng aku punya latihan sukan, takde mood sangat. Hari lak masa tu ujan tengahari, aku kuor pintu sekolah aku tengok dia dok menunggu kawannye, aku tegur dia, aku ajak dia pi KFC dulu. Seribu macam alasan la dia kasi maklum la dia ni bukan senang nak di ayat. ramai bebudak dah try semua tak dilayan. Dek kerana bantuan cuaca kot, makin lebat ujan, dia yang berpayung aku idak. Akhirnya dia mengalah dan kami sama2 berpayung ke sana.(apa macam bibit2 romantik berputik tak) . Masa berpayung tu haram sepatah pun dia nak cakap ngan aku.
Sampai KFC, rhoper2nya kawan2 kami dah sampai dulu. Depa pun mula la mengusik kami. Tempat duduk kami pun dah di atur, kami duduk bertentangan. Bukak la buku, konon2 nak buat la study group tapi satu butir sembang pun takde pasal belajar. Dah lama bersembang, ujan pun dah stop maka nak balik le, aku dan kawan2 bangun, aku toleh belakang aku tengok air Coke aku banyak lagi, aku duduk balik aku hirup air coke , dia pun masa tu masih lagi duduk pun nak menghabiskan saki baki air. Time aku baik punya sedut Coke aku angkat sikit muka, aku nampak dia dok perhati aku. Kali ni aku pandang betul2 pada mata dia, masa tu aku rasa air Coke macam sirap orang kawin. Berdegup jantung aku, pandangan mata aku dibalas balik. Kami bagaikan terpukau terpaku kejap. Sekali lagi kami di usik kawan2..." Cinta sudah berputik ka ??"
Beberapa hari aku cuba gak nak mengelak bertemu ngan dia, tapi kan dah satu sekolah, mana boleh .. pusing2 pasti berjumpa. Akhirnya aku mengalah ngan perasaan aku, aku pi jumpa dia mintak nombor tepon. Punya lah bertahun kenal baru aku nak mintak nombor tepon. Pas beberapa bulan akhirnya kami declare kami couple.
Alamak !!!! aku lum lagi beli hadiah ulang tahun ni ?? apa aku nak kasi ??
Baru Beli
May 4, 2009
Aku Terkena Dia Terkena
Pagi2 ahad pas aku pekena nescafe top power isteri aku, aku tebas saki2 baki lalang yang tak tau malu menumpang tanah aku tanpa bayar sewa, aku ambik pasir aku kasi rata tanah. Aku bancuh simen lalu aku simenkan tanah tu..... HAHAHAHA baru puas hati aku.
Dalam 2 jam lebih aku bekerja teruk, baru je dapat seteguk dua lemonade, kawan baik aku datang ke rumah. Dia mengajak aku mengeteh kat kedai mamak depan, aku malas aku offer la saki baki lemonade wife aku buat, dengan penuh kehormat dia menolak ngan alasan tak rela meneguk sisa2 air liur aku, cehh !! Aku malas nak tuko pakaian, aku follow la dia ngan seluor pendek ade part2 terlekat simen, baju T MANU bertompok2 hitam dan berselipar jepun. Pada aku buat apa nak melawa bukan nak pi mengorat, kang anak aku nak mengikut payah lak nak bersembang. Wallet ngan Handphone aku tinggal malas nak bawa, orang ajak kena la belanja kan..
Kami pun bersembang la.. dah macam mengalahkan orang pompuan lak tu.. dia mengajak aku kesatu tempat. Aku dengan dressing hampeh ni bertanya nak kemana, leh la aku balik tuko baju dulu, dia soh aku follow je. Aku pun tak nak menghampakan dia aku follow. Follow punya follow dah masuk highway Kuala Lumpur. Aku ingatkan dia nak balik kampung. Aku diam kan je, entah macam mana agaknya mungkin aku keletihan menyimen tadi aku terlelap. Sedar2 aku dah kat Rawang. Mak ooiii aku rasakan kejap je aku lelap, member aku ni pulak sengeh je bila aku dah terjaga. Aku mula la bising(bukan apa aku risaukan isteri aku kat umah, kang sleep on the sofa). Baru la dia bagitau dia nak ke Lowyat cari barang2 komputer. Tension aku, aku capai handphone dia aku call wife aku cakap aku kena kidnap soh dia bayar wang tebusan kalau nak aku balik umah.
Sampai kat Lowyat, aku merangkap penasihat peribadi dia bagi la tau apa2 yang perlu nak upgrade PC. Pas beli apa yang patut, dengan penuh rasa tak malu aku mengharapkan balasan yang setimpal. Aku ajak dia menapak ke sebuah pasar raya berdekatan (aku lupa namanya) aku capai jeans ngan baju T. Dengan rasa terpaksa( aku tau) dia konon nak balas budi pun bayar la. Aku salin pakaian. Aku ambik lagi satu baju T tok wife aku pun soh dia bayar.
Sampai umah hari dah malam. Biasa lah kalau dah menghilang ngan tiba2 mesti la kena sound skit. Buat2 la sound trouble.
May 3, 2009
iphone vs p-phone. p-phone the best
Kenapa aku kata Public Phone lebih bagus dari iphone ?
1. Tak Payah Charge
2. Full Malaysia Coverage
3. Boleh kongsi ngan semua orang.
4. Cash. (tak perlu risau bil bulanan atau prepaid abis)
dll.
Aku banyak kenangan menggunakan public phone ni. Zaman aku bercinta dulu mana ada Handphone cam sekarang ni. Rumah mak aku dulu takde telepon. Tak mampu lagipun ayah aku rasa time tu guna telefon umah takde keperluan sangat. Selain berutus surat public phone ni la pengikat kasih. Banyak jasa public phone.
Kat Kampung aku cuma ada satu je public phone time tu. Bayangkan le betapa besarnya jasa public phone tu pada orang kampung aku. Waktu petang je berbaris mat2 dan minah2 cintan nak guna, sampaikan Tok Ketua terpaksa buat peraturan nak bergayut lelama lepas pukul 10.oo malam.
Public phone ni guna duit syiling 10, 20 dan 50 sen. Aku dah lupa jangkamasa berbual untuk 10 sen. Dah tu syiling bukan le senang nak dapat, kalau nak bergayut lama2 kena la kumpulkan syiling dulu. Dah macam emas syiling tu, beli barang kuor duit kertas baki dapat duit syiling aku simpan dalam uncang. Kadang2 sampai berat la poket aku, berjalan dengar bunyi syiling.
Bila dah dapat bergayut tu, hujan dan panas tak jadi hal, tak rasa sebab bila dengar suara awek kat telinga tu syok sangat. Sembang la berjam2 tak makan pun tak pe. Sembang malam2 lagi syok sebab sunyi dan tak de orang kacau. Time bergayut tu tangan mula la menconteng kat cover phone booth tu.
Seingat aku, dah beribu kot aku abis bergayut time bercintan ngan isteri aku ni dulu. Nasib baik dia jadi milik aku kalau tak........ hancus duit aku. hehhehehee
Tapi
Zaman dah berubah. Orang sekarang dah jarang guna public phone. Semua orang ada Handphone. Anak aku Mira tu yang umor nye 9 tahun pun dah 2 kali tuko handphone. Soh la dia sent sms, tak payah tengok hp pun dia leh buat. Aku rasa kalau aku bercinta zaman sekarang ni mesti tak best, takde kenangan sebabnya nak call awek senang sangat. Takde trill langsung.
Sekarang ni aku tengok public phone dah macam nyawa ikan. Orang dah kurang guna. Public phone pun dah tak banyak. Ada pun tempat2 yang strategik je. Apa la nasib ko Public Phone.......
May 1, 2009
Aku Buat Lawak Sengal
Aku menyuruh Isyraf mandi stail P.Ramlee. Nak cepat tanpa budak tu breakfast aku start motor EX5 menghantar dia ke kelas. Kelas nya start pukul 8.00 pagi. Aku soh dia peluk aku kuat2. Dengan pengalaman aku dulu sebagai mat motor aku berjaya sampai ke kelasnya 5 minit lepas pukul 8. Aku meminta maaf pada gurunya atas kelewatan aku.
Lega !!. Ada masa sejam setengah lagi sebelum Isyraf abis kelas. Biasa nya aku akan melepak bersama ngan kaum bapa yang menunggu anak sampai abis kelas di kedai mamak. Tapi kali ni aku mengambil keputusan untuk balik ke rumah sebab aku cam rasa tak sedap badan. Aku belum mandi !!.
Dengan sentimental value aku bawa motor ke gerai Kak Ani. Aku teringat pesan isteri malam tadi, soh beli nasi lemak dan kuih untuk sarapan pagi. Aku capai poket belakang, Alamak aku lupa bawak dompet. Nak cepat punya pasal la ni. Aku menghala pulang.
"Ring ! Ring ! (aku punya hp stail lama daa), aku stop motor bukak helmet. Aku jawab panggilan tu. Salah sorang kaum bapa yg call aku menanya napa aku tak lepak kedai mamak pagi ni, aku bagi la alasan yang boleh diterima akal. Habis berbual terus aku masuk gear satu continue perjalanan aku.
Sampai di traffic light, aku rasakan pemandu yang lain asyik merenung aku. Glamour kot aku ni atau sebab aku tak mandi pagi ni ... Hijau aku pecut motor.. kemudian beberapa kereta dan motor memyala kan lampu, biasanya ini tanda ada roadblock kat depan. Aku risau, maklum la aku tinggal dompet, aku ikut jalan lain. Walaupun jalan ni jauh tapi gerenti selamat dari Polis. Aku bawak motor slow2 kalau ada apa2 senang la nak cilok. Aku hairan kenapa kebanyakan motor asyik hon aku ??.. dan aku rasakan begitu nyaman je kepala aku ni.
Akhirnya aku sampai rumah. Park motor, aku angkat tangan nak bukak helmet. Aiittt kosong mana helmet aku ?? Laa rupanya ada dalam raga motor aku. Baru lah aku sedar kenapa orang asyik hon aku tadi rupa2nya aku tak pakai helmet. Nasib baik la aku tak di tahan Polis atas kesalahan paling lawak, ada helmet letak dalam raga tak nak pakai. Aku ketawa sendirian, ni mesti masa aku jawab call tadi aku lupa nak pakai helmet balik. Hhehehehhehehe
Lawak tak ???.... Malu akuuuuuu