May 12, 2009

Hari ni Bukan Hari Guru Tapi....

Seorang lelaki cina tua tersenyum dari jauh menghampiri kaunter aku. Wajah yang amat ku kenali dan amat rapat pada satu masa dulu. Aku disapa nya dengan penuh hormat. Aku membalas dengan perasaan terperanjat, malu dan rasa bersalah bersarang dalam hati. Aku selesaikan secepat mungkin transaksi nya lalu aku berjanji akan berkunjung ke rumahnya. Lekali cina itu adalah seorang yang tak pernah jemu mendidik aku.

Serba sedikit mengenai Cikgu Tan
Seorang yang tegas, ada ketika nya kelakar. Orang nya rendah, bercermin mata dan hampir2 botak kepalanya. Beliau bukan cikgu yang mengajar di sekolah aku. Aku mengenali nya dari satu pertandingan sukan antara sekolah2.

Tahun 1992
Tingkatan 3 aku masa tu. Tahun peperiksaan SRP. Tahun ini jugalah aku terlalu sibuk dengan latihan dan pertandingan sukan. Selalu sangat aku tak kesekolah time ni. Kalau aku ke sekolah pun hanya beberapa jam sahaja, dalam pukul 12 tengah hari aku dah berangkat ke Ipoh (jauhnya sejam perjalanan) untuk latihan. Masa ni aku nak ponteng sekolah ke , apa2 ke , takde cikgu yang akan menanya/melarang aku. Aku ada lesen besor. Aku harapan sekolah mengharumkan nama sekolah. Guru Besar sokong aku 100%. Glamour aku masa tu.

Cikgu Tan menyuruh aku datang ke kelas tiusyen nya. Aku tak nak. Sebab nya, lokasi rumah nya berada dalam kem cina. Orang2 kat sini panggil tempat tu "Kandang" sempena penempatan semula orang2 cina masa zaman komunis. Tapi sekarang dah diberi nama baru "Jeram". Komersial lah skit. Bangsa2 lain memang seram nak masuk ke kawasan ni.

Cikgu datang ke rumah aku. Bersemuka dengan naib presiden rumah (mak aku). Mereka bermesyuarat, aku pasang telinga. "Saadiah awak nak bayar ke tak nak yuran tiusyen tu lu punya pasal, Zul kena datang cikgu punya kelas tiusyen". Agaknya Cikgu Tan risau dengan pelajaran aku.

Macam2 la alasan aku kasi kat mak aku. Mak aku buat donno je. Korang bayangkan lah budak 15 tahun dengan jadual harian yang ketat. Aku tak de kehidupan !!!! No time rest ....
6.00am - Latihan
7.15am - Kuor umah ke Sekolah Menengah
12.00pm - Ke Latihan di Ipoh
3.00pm - Latihan tamat bergegas pulang
7.30pm - kelas tiusyen
10.30pm - baru nampak batang idung aku kat umah.
Dengan kuasa Veto pada mak aku, Aku akur ................ tapi aku takut nak masuk kem depa !!!

Cikgu Tan ni pulak hanya mengambil kaum cina saja belajar dikelas nya. Jadi lah aku seorang Alien. Masalah bahasa masalah aku yang utama. Cikgu mengajar dalam bahasa mandarin, yang kemudian dia akan transalate secara individu pada aku selepas dia memberi latihan pada pelajar lain. Kadang aku sedar, ada pelajar lain iri hati. Well !! ... aku nak buat camne , bukan aku nak , aku dijemput datang belajar. Dalam sebulan lebih akhirnya kebanyakkan pelajar dapat menerima aku dan menjadi kawan baik aku.
Aku terus belajar di kelas tiusyen nya sampai lah aku Tingkatan 5. Aku dapat result cemerlang dalam SPM dengan bantuan Cikgu Tan.

DR M ada mengatakan "melayu mudah lupa". Aku akuinya. Lepas aku bekerja tak sekali pun aku datang menjenguh Cikgu Tan. Aku sibuk dengan kehidupan yang aku sibukkan. Hari ni aku sedar.. seorang cina yang langsung takde pertalian saudara begitu ambil berat tentang aku. Aku melupakan jasa2 nya. Walaupun hari ini bukan Hari Guru, aku ucapkan "Terima kasih cikgu, jasamu tak terbalas, duit yang penah cikgu hulurkan kira halal lah yer"... ehehhehehehe

p/s : pas ni aku cerita aku ditumbuk budak cina kem tu.

10 comments:

joegrimjow said...

balas la balik

-kene ingt yg dew lgi yg xelok

Kapten Luffy said...

jenguk2 lah dia bila free :)

Munirah Abd said...

ayah selalu citer..
budak2x yg dah berjaya ni jarang dah nak tegur2x bila berselisih atau mencari cikgu utk bertanya khabar..
yg tegur atau mencari selalunya budak2x yg byk mendatangkan masalah masa di sekolah dulu..kenapa eh?? sibuk ke?? dah shy2x cat ngan cikgu ker? hehhee

if selisih tegur2x lah dia..dan cuba2x lah carik dia jika free..jika umor dia panjang ajak dia g minum2x ke..hehehhe

Tukang cerita said...

hah.
teman byk anak murid cam hang ni yeop...

dah bjaya, lupa kat cikgu...

hahaaaaa.....

gi la jenguk2 dia yeop!!!

:)

AniS GalaXy said...

uikksss
melayu mudah mudah layak utk org lain je...hehehe
sye melayu kuat mkn..kikiki

gi ler jenguk cikgu tan 2.
nnti dia suh kamoo byr blk dit yg dia hulurkan baru tau..

Eyda Sheyda said...

baca en3 ni.. aku ingat plak cikgu matematik aku masa darjah 1.. dia mati2 suru aku ikut kelas tambahan tp aku x mau.. tp last2 atas arahan pengetua aku akur.. tp dr cikgu itulah aku bijak matematik smpai skrg n baru2 ni aku jumpa cikgu 2 sbb dia buka kedai buku.. dia mau nangis taw tgk aku skrg.. aku pun ckit lagi ikut nanges.. hahahaha pas 2 aku bawa dia mkn pizza sebelah kedai.. happy sungguh dia.. hehehe

bestnya jumpa cikgu lama..

Anonymous said...

sedey kan kalau jumpa anak murid cam nie....tak apa ada masa lagi nak tebus rasa terkilan cikgu...

Mama Eqalicha said...

Jengok2la cikgu Tan tu..

Sure dier hepi...

Jgn luper bwk limau skali :)

Idalara said...

wah!akhirnya krazbatu dah jadi melayu tak mudah lupa lagi..mng patut jasa guru dikenang..sbb gurulah kita jadi mcmni..bukan mudah nak cari guru bukan bangsa kita yg mcm cikgu krazbatu..Selama Hari guru buat cikgu Tan.

qaseh said...

masa jumpa dia kat kaunter tu...
u tegur ke tak? ada tak bagi tau dia yg u anak murid dia? iskkk kalau tak tegur, cian cikgu tan.

I pun mengajar. If student buat cam tu kat I sure terkilan.

tapi tak apa, seorang guru dia tak mengharapkan balasan sbb dah tugas dia memberi ilmu dan berkorban untuk kebahagiaan orang lain.

sayang kat semua cikgu2 yang pernah mendidik.