May 21, 2009

Kopi Janda N Sms Awek

Hari ni aku kembali ke kedai mamak semalam. Kesedapan masakan tukang masak dari siam yang dibawa masuk (semestinya secara halal) memaksa isteri aku berehat memasak lagi malam ni. Aku order menu yang sama cam semalam. Pelayan dari Indon suggest aku cuba menu yang lain. Aku mengeleng kepala. Aku takde mood nak mendengar cakapnya, baju aku basah hujan lebat, aku meminta tisu. Dia kembali bersama tisu dan list menu. Tak kenal jemu dan pandai mamat Indon ni buat marketing. Tercegat di sisi aku bersama kertas dan pen.
"Abang cuba la ni sup ekor" dalam loghat Indon yang cuba di Malaysia kan nya.
"Bro, sup ekor aku makan malam jumaat ! tak sedap kalu Free ". aku cuba gertak agar dia meninggalkan aku dan segera menyiapkan order ku. Jeritan order aku dilaungkannya sambil berlalu pergi.

Aku mengelap muka ku, terasa cam nak bukak baju basah ni. Aku bagi signal ... aku mahu kan lebih tisu. Aku bangun .. aku pegang kocek belakang seluar ... Alamak !!!! Dompet aku tinggal dalam keta. Parah nii aku malas nak berhujan ke kereta. Tak pe aku duduk kejap mungkin sedikit masa lagi hujan setop.
Mata aku melilau melihat keadaan sekeliling. Terpandang iklan "KOPI JANDA"
Nak try ... "Boss Kopi itu satu" segan pulak aku nak cakap perkataan Janda tu. Nasib baik dia paham.

Aku capai Nokia E71 aku, bukak browser Skyfire.. Aku ke blog aku.. nak tengok siapa dtg mengunjung blog yang tak berapa fames ni. kat chatbox ada mesej dari Ikiqzana.. "sila la ambil award kt blog ye". Hehehhe aku senyum dapat award. Tiba2 bahu aku ditepuk ...
"Sms ngan awek " seorang lelaki melayu bersama dengan anak terunanya.
Belum sempat aku menjawab "oooiii kopi janda ke ni?" Dua kali aku tersenyum sinis.

Kami bersembang, kebanyakan menyentuh hal2 politik negeri Perak. Mungkin sebab dia tau salasilah keluarga aku yang banyak menceburi politik. Aku di tanya soalan bertalu , makin lama makin panas soalan nya. Aku banyak menjawab secara cover. Aku tak minat sangat dalam politik, aku tak macam bapa2 saudara aku tu.

Order aku siap.. Aku bangun sambil meraba poket wahal aku tau dompet aku dalam keta...
"Takpa Takpa , saya bayar " ni sudah bagus ..
"Teman ada mintak tanah kat kampung seberang tu... tolong2 la tengok2 kan permohonan teman tu". oohhh ni tujuan dia belanja aku...

Aku menghulurkan tangan.. mintak diri..
Dia hulur payung dan menyuruh anaknya follow aku ke kereta.

Alhamdulillah.

14 comments:

joegrimjow said...

2 namanya taktik
ishh
rasuah kat mana2
truk btoi
kekeke

Krasz bAtu said...

takpe la
janji dpt pree

amirul said...

Salam bro,
Kalu free niat tak ikhlas... haram namanya... AKU BENCI RASUAH!

Kapten Luffy said...

mcm ORANG PENTING jer ni :P

Krasz bAtu said...

salam bro amirul
memang rasuah haram..
aku x anggap tu rasuah...
hehehhe

kapten
aku bukan orang penting..
selalu terpinggir

Misshy Innz said...

kalo bkn rasuah..
name nyer ape yew?
hurm2..
;)

Sufy said...

ehehe...kopi janda tuh tuk org janda je ke?ekekeke..gurau..malu2 plak sebut ek..

*oh..rupenye ade udang d sebali mee..haha

Mak Jemah said...

memang murah rezeki..huhu.kalo terima die belanja tapi x buat ape yg dia suruh, kire bukan rasuah

sufian said...

nak wat camne..dah makan baru tahu..ada udang di sebalik janda..

Rayta87 said...

halluu..pa kabo? hehe...jenguk la blog kita..anda telah DITAGGED!!! hahaha

unknown said...

mkn free mmg best
tp x de kena ngena dgn rasuah ok

Faizul said...

wahahaha.
adakah itu rasuah?

bro, kedai makan tu katne?

Faizul said...

sms awek?

Krasz bAtu said...

kedai tu kat area umah aku
taman seri ampang..