Jul 13, 2009

Kopi Dan Anak Dara

Petang Sabtu lalu,
Tengah hari membawa ke petang ujan turun, plan nak basuh keta then pas tu bawak family meround pekan tergendala. Lepak nengok cite hindustan sekeluarga. Best pulak cite nya .. Layannnn..

"Ayah nak kopok". Adoii potong stim budak nii aku tgk syok nengok..
"Soh Ibu buat"
"Ibu tido". selalunya aku yang tido bile nengok cite hindustan ni, kali ni Orang Umah aku lak yang tido, mesti ngantuk semalam baby Liya meragam satu malam.. Nasib baik bukan turn aku jaga malam tadi.. hehhehehehe
"Iklan kang Ayah buat". Aku bagi alasan kot2 kang anak2 aku lupa.

"Ayah dah Iklan, Akak tolong ayah". Cess ingat lagi rupanya. Aku bangun, malas nak kejutkan Orang Umah aku tu..
"Takyah, Jaga Liya".

Sementara menunggu minyak panas, aku kembali ke ruang tamu. Aku tertarik ngan satu iklan ni :

Berlatar belakang tahun 60an, hitam putih. Seorang anak dara berkebaya ketat berpayung berjalan dengan lenggang lengguk yang mengiurkan. Seorang Pemuda menaiki Vespa lalu melewati anak dara sambil matanya begitu asyik memerhatikan anak dara berjalan. Dek kerana begitu terpesona, pemuda berkenaan tidak melihat jalan di hadapan lalu melanggar pokok kelapa. Pemuda itu jatuh terbaring (Vespa nya entah kemana) tanpa mengalami apa2 kecederaan. Anak dara kemudiannya menghulurkan secawan kopi pada pemuda yang masih lagi terbaring, pemuda berkenaan menyambut kopi dan kemudiannya mereka berjalan di tepi pantai berpegangan tangan (majik sungguh).

Yang aku musykil kan ialah apa hubungan KOPI DAN ORANG JATUH MOTOR ???...
Agaknya minum produk kopi syarikat tersebut jatuh motor gerenti takda apa2. Camni ramai lah mat2 rempit akan minum kopi ni.. Mungkin ini lah mesej yang hendak disampai kan oleh Iklan syarikat Kopi ini..

12 comments:

Taz Jaafar said...

tengok iklan nti tak pasal2 minyak kat dapur jd hitam. hehe

momentinlife said...

aha...
aku pn tpk ape jd minyak kt dapur tu...
kikiki

Chenta said...

hahahhaha sempat layan iklan ..

weiii dapur dah terbakor !

ezzati said...

aarlaa...minyak tu cmno? kopok apa cer?

Sufy said...

haha..iklan ni best..lawak pun adaa..huhu

ALoNa CintamaniszLite said...

Selalu menantikan iklan baru ketika menjelang Ramadhan dan Aidilfitri..hehe..

Psst; Suka tgk iklan hantu yg cuba menyakat sorang pemandu keta. Bila terkejut..pemandu tu brek emergency. Hantu tu pun tercampak ke luar. Pemandu tu pun blah!

Pastu, mak hantu tu marah kat anak hantu pasal dia tak pakai talipinggang keledar, ngeh2..

Ivy Metaga said...

hehehe....tapi mmg lucu, nape plak kasi kopi, nape bukan horlicks, milo, teh o hahahhaha..

sebab zaman2 dulu, kopi paling glemer kan kan kan...

Kapten Luffy said...

mungkin motifnya nak tekel lelaki guna ler kopi

haha

Faizul said...

halamak..aku tak minum kopi cemana nih..
takley nak tekel awek kat tepi jalan cenggini...;(

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

laa...ape jadi ngan kopok tu?

hidet said...

nak tunjuk kalau eksiden motor, minum kopi leh ilang sakit + dapat awek kot..hehe

Anonymous said...

betapa berkesannya minum kopi