Aug 4, 2009

Permainan Masa Aku Kecik Dulu

Bebudak zaman sekarang memang hidup mewah. Nak apa2 je cakap je kat mak bapak. Mak bapak dek kerana sayang ikut kan aje kehendak anak tu. Tak macam bebudak dulu, nak mintak sekupang mak bapak pun takut. Mak bapak jeling dah kecut perut.

Tapi bebudak dulu memang kreatif dalam mencipta permainan. Tak perlu banyak modal pun.Guna apa yang ada depan mata. Budak sekarang nak alat permainan mesti kena beli.

Pakai tak lama .Harga lak beratus2. Beribu pun ada.

Permainan dulu pulak semua jenis menyihatkan badan, main gerenti kuor peluh, baju kotor, Mak pulak angin je. Tapi esok main lagi hehhehe. Sekarang pulak permainan semua stail duduk depan screen. Mana nak sihat badan lak tambah gemuk.

Aku teringat la zaman aku kecik2 dulu banyak la permainan yang aku suka main. Permainan tu pulak main waktu petang selepas abis ngaji. Yang best bila budak kampong seberang datang.. fuhhh lawan wehhhh kampong mana lagik best.

Senapang askar2.

Permainan ni budak lelaki je yang minat. Senapang kami buat sendiri, cari kayu yang tak pakai lagi tu kami buatlah senapang. Pas tu ikat ujung nya ngan getah. Peluru lak pakai suratkhabar lama yang telah direndam. Buat bulat. Kena tak sakit. Tapi kadang2 tu kami pakai gak buah (apa dah aku dah lupa). Yang ni kena sakit oooo

Polis Sentri.

Satu group jadi polis satu lagi jadi pencuri. Nak undi siapa jadi polis ke pencuri ke so kenalah semua letak kaki dalam bentuk bulatan. Seorang akan menyanyi (aku x ingat lagu nya). Then main la kejar2.

Aci Nyorok

Seorang akan menutup mata sambil mengira dan yang lain2 akan bersembunyi. Permainan ni pulak kalau main waktu senja mak bapak cukup marah. Kang tak pasal2 kena sorok dek orang bunian.

Main Penutup Botol.

Penutup botol Coke, Pepsi dll di bawahnya ada selapis platik yang kadang2 memang cantik hiasannya. Jenuh la kami mencarinya kat kedai2 kampung. Cungkil penutup botol tu pelan. Main la secara tiup2. Pemenang akan dikira sekiranya Pelapik dia berada di atas lawan.

Main Tepuk Daun Terup.

Seonok gak ni main .. kalau lawan tu pompuan . heheheh ambik kesempatan ..

Sekiranya daun terup tu jatuh terbalik kira kalah laa..

Baling Selipas.

2 team. Satu jadi pembaling dan satu lagi jaga. Selipas tu akan didirikan macam pyramid. Macam2 gaya le nak membaling bagi jatuh selipar tu. Bila dah jatuh cepat2 lari kalau tidak kena baling ngan selipar tu.. sambil lari tu kena jugak atur strategi untuk dirikan balik pyramid tu. Baru kira menang.

Main Guli.

Macam2 bentuk weh.. cantik2. Buat bulatan .. letak la pertaruhan dalam bulatan tu.

Pas tu kena baling dari jauh. Yang keluar dari bulatan kira dia punya. Yang menang penuh la guli dalam tin Milo

Cup Tiang.

Sorang kira monyet la..berlari rebut tiang siapa dapat dulu.

Zero Point

Getah akan dipegang dari satu ujung ke satu ujung. Seorang akan berada di tengah sambil melompat. Ada la lagu yg depa nyanyikan. Budak laki time ni la nak nunjuk kat budak pompuan betapa hebatnya dia. Kalau budak pompuan yang melompat, budak laki dok tunggu kot2 kain terselak… hehehhee

Galah Panjang

Yang ni memang best main kat court badminton atau kat padang yang lapang. Korang mesti penah gaduh sebab lebih line time cuit pemain lawan,hahaha. Macam2 strategi disusun nak sampai tembus pertahanan pasukan lawan. Masa tu sapa paling laju dan badan kecik senanglah nak menang.

Main Kawin2

Yang ni aku tak suka benor, tapi kena ikut main gak bila mak sedara aku tu suruh aku selalu kena jadi anak dia.. mungkin time tu aku kecik lagi. Siap bersanding lagik tu.. makan lak kami cari le bahan2 dalam kampong, pisang, buahan2 atau ambik bawah tudung salji mak.

Main lawan Kad

Yang ni best gak. Lawan specs kereta, kapal terbang dll. Siapa spec paling beso menang.

Leh nambah pengetahuan. Contoh2 lain main kad. Happy Family, Donkey dan Snap

Main Sumpit.

Yang ni selalu tok pedajal kawan. Ambik la beras ke ais batu yang kecil masuk dalam straw pas tu tiup kat kawan.

Congkak.

Pakai biji getah je.. Lubang lak kami korek kat tanah.

Main Tikam2

Yang ni bagi budak2 yang banyak duit leh main. Bayor sekupang dpat la tikam. Kena dapat la hadiah. Mak bapak aku cukup angin bila tau aku abis belanja sekolah main ni.

Ada unsur2 judi la katakan.

Yang ni aku dapat ingat. Ada banyak lagi .....

9 comments:

Mak Jemah said...

galah panjang best..hehe

Anonymous said...

aku pon suka main galah pnjg....

Chenta said...

time sekolah dulu suka main cup tiang .

pastukan, ada sorang kawan tuh yang kememeh sikit.. asal dia main jek, mesti dia yang kalah tak dapat tiang . Dahlah tuh , siap nanggis2.. geramm. Memanglah taknak ajak main ,nyorok-nyorok .. tapi dia macam tau2 jek kalu kitaorg nak main.

hahahah muahha

suezen said...

cup tiang....zaman skang main ps3 je..dh x campur ngan bebudak luar nih.huhuhu....

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Bro :
dalam sumer-sumer tu satu jer saya tak main..main sumpit..
yang len sumer main .tak kira laki-pompuan sumer men sekali..memang bezzz sesangat... (peluru pistol tu saya guna buah ceri m'sia muda..hehehe :)

Ivy Metaga said...

dulu pun suka main kawen2 hehe, dan paling suka main doktor gigi hahaha, dan kedai jual2 buku, abis buku2 dalam rumah kena display ala2 ada gerai jual beli hahahha

iyllienaz said...

pergh..byk btol game mase kecik2..xbosan idup..tp now ni mane ade org nk maen dah..smua nk maen game yg grand2..n mahal lak tu..kurang mengeluarkan peluh n jadi pemalas..haha

Tukang cerita said...

Lagu polis sentri...

Polis sentri one two jaga...
polis mati, pencuri jaga...

:)

Lady Libra said...

salam bro.. betul tu.. sumer permainan dulu2 sumer best2.. teng2 atau sesetengah org ckp main jengket2... jengket petak, jengket kapal terbang.. n kejar jengket pun ada.. best nye zaman bdk2 dulu2..