Jan 21, 2010

kotak yang berdosa

Isnin 7.20 pm.


Penat... Aku melepak kan diri di sofa menghadap tv layan cite korea
rasenya ntah la... Aku baca sarikata je..


"Ayah, akak nak bagi teka teki".


"Tak nak Ayah letih" mood aku melekat pada tv nengok artis
pompuan. Cun.


"Ayah leh jawab akak pijak badan"


Wow sudah bagus.. Badan memang lenguh2.

"Dalam byk2 kotak, kotak apa yg berdosa"

"Ermmmm .... Kotak hantu , kotak kasut ....... " jenuh la aku jawab
segala jenis kotak dlm dunia aku sebut. Last2 aku surrender ..


Jawapannya


"KO TAK SEMBAHYANG"....
"Ayah dah maghrib "


Cehh Mira pekena aku lagik...

Jan 19, 2010

Cerita Facebook

Korang nak dengar rahsia tak korang?
Kalau cerita korang jangan cerita orang
Janji dulu
Korang tak kan pecah lobang
Jangan pasal korang ku sakit sorang

Jan 17, 2010

Jalan Ke Kuale


Kuala Kangsar

Orang Perak panggil Kuale Kangsor ataupun Kuale je. Bandar Di Raja Perak. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan IKS (Industri Kecil dan Sederhana)yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah yang ditadbir oleh Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan bagi kawasan perbandaran ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah adalah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Manong, Sauk, Karai, Salak, Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar.



Kalau ke Kuala Kangsar tak sah la tak bershopping di Lembah Sungai Kangsar. Macam2 ada kraftangan di jual di situ. Harga nya ok la banding ngan sebelum tempat ni glamour banyak la mahalnya. Jangan lupa beli labu Sayong. Gunakan skill tawar menawar tu kalau boleh cuba cakap loghat Perak gerenti dapat kurang.

Dan jangan lupa makan laksa dan pekena cendol kat situ. Best giler !! Tempat lain tak dapat. Walaupun cara hidangan Laksa tu teramatlah simple tapi rasanya tangkap leleh tau...




Lepas makan lepak kejap kat Jeti. Ada masa naik la bot ke seberang. Tambang nya aku tak la tau tak menanya pun. Masa naik nak bayor ada la hamba Allah tu bayor kan.

Lepak kat Jeti tu memang best. Angin sepoi2 nyaman je walau pun panas terik. Aku sampai tido la kat jeti tu lantak la orang tengok..

Dan jangan lupa melawat Mesjid Ubudiah di Bukit Chandan. Mesjid ni adalah antara yang tercantik di Malaysia ni.

Kat tepi mesjid tu ada Pakcik jual eskrim. Cuba rasa best betolll uol's.. Eskrim nye on top bubuh kacang kisar.. fuhh layan..



Kuala Kangsar ni banyak tempat2 bersejarah.

Contohnya :-


Bot Penambang Sungai Perak (Foto Ihsan Chan Sow Yan)
Anda juga boleh menaiki bot penambang menyusuri tebing Sungai Perak.
  • Galeri Sultan Azlan Shah ( SAS )
Industri Kraftangan


Jan 14, 2010

Tak Minta En3 ni Difahami...Part 2

Sambungan dari Tak Minta En3 Ini Difahami..

2 org memahami...

Seorang Wazir dari Puak Benar Lazim datang melawat Kampung Terpilih. Kedatangan nya tanpa sambutan dari 13 itu. Seperti biasa 13 itu meneruskan kehidupan, mereka hanya berbisik2 sesama mereka menyatakan rasa kurang senang. Riuh la suara Panglima 1 melayan aka membodek Wazir itu. Ketawa berderai2 sejauh berbatu2 boleh kedengaran. 11 itu hanya memasang telinga jikalau ada berita menyentuh adat perang mereka.

Petang itu waktu tepi bumi Kampung Terpilih....
Semboyan gencatan senjata dibunyikan. Ada perhimpunan tergempar petang hampir senja akan dilangsungkan. 11 itu sedikit gusar tapi nyata sedikit gembira mungkin ada keramaian makan2. Sudah menjadi lumrah 11 pasti kan hampa, tiada acara membesar perut. Wazir datang tangan kosong lagi pun Kampung Terpilih tiada sumber alam untuk disajikan pada Sang Wazir.

Waktu menghampiri petang pasti nya para Panglima tidak mengetahui desas desus keramaian tanpa tampalan berita di pokok Rumbia berhampiran mesin peniru, ataupun titah Sang Maharaja tidak akan di gemari 11 itu. 1 itu dapat merekodkan beberapa khabar berita yang dibawakan oleh tiupan angin ke telinga nya. "Keramaian2 cakap cakap ... tinta atas palma serah pada Sang Maharaja tapi apa pelakuan takda". "Cakap2 pas tu 11 kita balik yang kena titah perintah, Panglima kita takde mulut ke, terima bulat2"?? 1 itu hanya mendiam seraya menyia kan saja. Memang ada benar nya sudah dari azali begitu. Tak kan 1 itu nak mempertahankan Panglima di depan para sahabatnya. Sah 1 itu akan di anggap pengkhianat. 1 itu merasakan diri nya bagaikan tiupan lalang, meliuk ke sana meliuk ke sini mengikut angin.

Perhimpunan mendapat permit Maharaja di langsungkan terlewat beberapa ketika di sebab kan beberapa Puak Benar Lazim cuba mengambil kesempatan memerintah 2 itu melakukan kerja berat. Mungkin Puak Benar Lazim risau kan perhimpunan itu lantas menghantar pengintip memasang telinga mahu mendengar perkataan 11 itu tentang mereka. Wahai Puak Benar Lazim, tahukan anda 11 itu tak kan bercakap kalau perhimpunan itu lebih dari 5 orang. !!!. Ini bagaikan perjanjian 11 itu walau 11 itu tidak pernah berjanji mulut. Perjanjian melalui gerak mata difahami 11 itu sesama mereka.

Panglima 2 memulakan perhimpunan, 11 itu berselerak duduknya senantiasa dalam ber"Jaga". Terlalu banyak isu2 di pertengah kan. Sesekali Wazir menyampuk tanpa di pinta. Isu merehatkan diri tak di gemari 11 itu. Apa guna nya kalau di suruh merekodkan rehat di masa hadapan jikalau akhirnya rehat itu terbatal. 11 itu mempunyai bawahan, 11 itu memberitahu bawahan rehat nya bila bulan tengak di kepala dan kemudian terpaksa menghampakan harapan bawahan, matahari sepi jatuh tak dibenarkan, bintang muncul kaki langit pun tak dibenar kan abis nak tunggu matahari tegak di kepala baru dibenarkan rehat ?? Masa itu, apa 11 itu hanya boleh lakukan duduk dalam khemah...Isu Tok Bomoh memberi cuti memang tak diambil kira. Tapi adakah Kampung Terpilih boleh menolong Puak Benar Lazim tika mereka bergumbira  dan Puak Benar Lazim tak boleh menolong Kampung Terpilih ?? Panas dalam kesejukan tiupan bayu laut 11 itu.

Wazir berjanji akan membawa 13 itu ke Pekan Seberang. Nak menjamu lempeng keju. Tampak gembira 11 itu. Takde pun 11 itu paham, cakap adalah perkataan yang sangat manis. Panglima 2 seronok agaknya berbicara, Panglima 1 duduk di belakang Wazir penuh khusyuk diam. Pengikut setia Panglima 2 agak kurang senang nampaknya menanti suara Panglima 2. Bagi 1 itu Panglima 1 gagal mejalankan titah perintah Sang Maharaja Panglima 2 merebut peluang. Syabas Panglima 2 !!!!. Tapi awas hati2. Panglima 1 melawan mengikut peluang mendatang. 1 itu pasti akan menyokong Panglima 2 tapi Panglima 2 akan memberi anugerah ?? Bukan anugerah di harap cuma persefahaman mempertahankan nasib 11 itu adalah penting. Anugerah tu Panglima 2 kurnia dalam diam dah laaaa....

Sambung...

Jan 12, 2010

Senang MC

Dalam kereta perjalanan balik selepas mengambil Isyraf sekolah petang.

"Ayah, sok cikgu soh cerita dah besar nak jadi apa pastu cerita sebab apa, kena cakap kat depan"

"Mira nak jadi apa ??? " ....." Doktor nak x ?"

"Napa Ayah nak Mira jadi Doktor ?"

Aku memang tunggu anak aku tanya soalan ni.. Semalam dia kenakan aku. Misi balas dendam hehehehe

"Senang la Ayah nak MC"

"Tak nak kawan Ayah"

hehehhehehehhe.....................

Jan 11, 2010

o k u

"Tesco Ayah" Mira bagi cadangan.
"Orait" bagus jugak senang semua ada di situ.

2-3 kali aku pusing mencari parking. Biasalah hari ahad full.

"Tu Ayah depan pintu lagik" Mira menunding jari.
"Lawak tu, park Orang Cacat le"
"Oklah tu Ayah kan sakit pinggang, jalan pun bongkok"

Nasib baik la anak.. Kalau tak siap ko....

Tak Minta En3 ni Difahami...

Tak Minta En3 ni Difahami, Dan jangan pulak disalah erti kan.
Peperangan seharian mendewasakan pemikiran.

Dah tengok Thirteen Worrior. Best kan. Tapi ni versi lain. Versi Adaptasi marang serapu kepungden.

Satu Kampung Terpilih di diami 13 itu. Berharmoni dalam "Jaga" mereka itu. Agenda disemat dalam jiwa. Perjuangan didulukan kehendak jiwa diutamakan. Di galangi beberapa "Jaga" berperingkat susun cara kawalan, wanita kemudian nye lelaki. Berbagai peringat umur meriahkan alunan hiruk pikuk dalam diam. 13 sudah cukup meriang kan medan pertempuran. 13 itu dipilih atas kehandalan tersendiri tapi tugasan di beri berlawanan skill, Namun si 13 tetap ber"Jaga". Kerana berbagai peristiwa serangan telah membuatkan mereka terus ber"Jaga". 11 itu ditekan, di jatuhkan hukuman atas perbuatan mereka membantu puak lain. 11 itu senantiasa ber"Jaga" kalau2 puak lain memerlukan bantuan. Rela mereka melangkaui garisan batas tapi sudah menjadi kebiasan perbuatan baik selalu di salah ertikan. Sehingga skrg 11 itu tawar lagi untuk ber"Jaga" sudah. Serangan puak lain ditawarkan kuntuman senyuman.Tangkis sudah memandai... Panglima ber"Jaga" di belakang.Takutkan pedang lawan sembunyi pisau sendiri.

Tiada lagi 11 mengharap mana2 puak memberi ehsan. Menerima atur cara puak lain atas 11 itu rela menerima, pemberontakan senyap sudah memandai kala ini. Berbicara mereka sesama, bercerita melaungkan gerombolan kehampaan  sudah tidak berguna, Panglima 1 ternyata hebat bersuara tapi suara nye pada yang 11. Panglima 2 masih baru ber"Jaga" senjata lum lagi cukup kilat. Terikan suara masih mempesonakan 11 itu. Panglima 1 dan 2 rupa bermagnet utara dan utara. Panglima 2 nampak lebih ke 11 namun apa kan daya Panglima 2 perlu juga ber"Jaga" kawasannya sendiri. Panglima 2 bersuara Panglima 1 pasti mengaum.

Si tua (tiada dalam senarai 13-pelakon pembantu) ber"Jaga" di depan pintu gerbang. Si tua kadang2 "Jaga" dalam tidur namun 13 rasa selamat jua. Kenal benar dia siapa 13 itu. Sudah tugas nya men "Jaga" si lucky 13 bersama 6 besi perak. Susah senang 13 itu Si Tua merasa jugak. Apa tak nya panahan puak lain terkena jugak di badan nya. Kesian....

Di kerah 4 itu agar senantiasa berada di depan. 4 itu hidup dan mati mainan hari2. Tiada gentar mereka menangkis segala serangan mendatang. Berjuanglah 4 itu dalam naif. Dalam hujan 4 itu tidak basah di badan, 4 itu basah nya di dalam. Tak meminta bantuan teknologi terkini. Teknologi minda 4 itu sudah cukup kenyal bertahan dan menyerang..Bila Puak Benar lazim datang  4 itu menyerah kerana 4 itu kan kalah jua walau 4 itu benar tetap tipu, rajin tetap malas, menghulur bantuan tetap mencuri kesempatan.Segala pemikiran negatif telah dijatuhkan, telah di semat dalam pemikiran Puak Benar Lazim. 4 itu tak mengharap apa lagi, biarlah 4 itu menanggung tanpa bantuan Panglima Perang yang lain. Hanya cuti kurnian Tok Bomoh mengubat seketika.

13 - 12 = 1. 1 itu yang nak diceritakan. 1 itu pejuang berakal. Berskill full tinggi dan dah veteran dalam Kampung Terpilih. Masih jugak dipandang kebudakan oleh Puak Benar Lazim. Ceritanya dahulu 1 itu amatlah rajin dalam segala hal, suruh lah apa saja 1 itu tak banyak soal. Berperang berseorangan pun sanggup. Hingga lah dalam satu hari yang aman damai, seorang Jeneral Puak Benar Lazim menikam di belakang 1 itu. 1 itu meronta kesakitan jiwa, darah kekecewaan dikianaiti terpercik ke seluruh Kampung Terpilih. Mujurlah ada insan berhati mulia Puak Benar Lazim datang menghembuskan api merawat. 1 itu pulih tapi 1 itu telah banyak berubah. 1 itu tidak lagi seperti dulu. Kesakitan mata pisau tertanam di jiwa, 1 itu berazam akan berperang berfikir terlebih dahulu. Takde lagi "Yes Sir". Baik pada 1 itu akan dilakukan sebaik mungkin. Akhirnya 1 itu berazam jua nak menyatukan 13 itu. Biarlah 1 itu dianggap paling lantang kerna 1 itu sudah tahu apa jua dilakukan tiada akan dipandang mulia.

Apakan daya, Kampung Terpilih bawah naungan Puak Benar Lazim, kerja2 berat diserahkan atas alasan wang emas diganti dengan kudrat. 1 itu paham benar, berpura2 bodoh bukan lagi penyelesaian. Disuarakan tidak berguna kerana Kampung Terpilih tidak ada apa2 kurnian Alam. Tapi...................

Jan 6, 2010

Berkhatan (Terkenang)

Aku suka stail berkhatan dulu2. Penuh meriah dan perasaan gementar. Perasaan gementar yang tak boleh nak digambarkan dengan kata2. Kata orang, kaum lelaki hanya akan melalui 2 pengalaman takut seram sejuk iaitu masa nak berkhatan dan masa dia nak akad nikah.

Kalau boleh majlis berkhatan anak lelaki aku nanti nak buat cam zaman dulu2. Tapi apakan daya Tok Mudim area tempat aku dah pupus di telan zaman. Sekarang semua buat kat klinik je. Buat Doa selamat di rumah, p ke klinik 2-3 hari dah baik.

Time aku dulu :-
Beberapa hari sebelum majlis, kaum keluarga dah sibuk buat persiapan. Time ni mula dah rasa gabra.. mana taknya kawan2 yang dah melalui mula la menyakat. Tapi dalam hati tu dah rasa cam dah gah. Pas ni sembahyang jemaah tak la lagi dok barisan bebudak, join saf golongan dewasa la dan para awek pun mula la mandang kat kita..Dalam beberapa hari ni mak punya la jaga kita. Berlari tak boleh, main pun kena area kawasan umah je.

Pagi2 lagi dah bangun(malam tu langsung takleh tido). Dalam hati berdoa Tok Mudim demam la hari ni. hehehe. Orang kampung dah mula sibuk memasak dan buat lain2 persiapan. Yang kita ni dok la siap berpakaian baju melayu cantik, orang datang jumpa kita bagi macam2 nasihat supaya jangan takut, ada gak yang menyakat.. "kalau la Tok Mudim tu terpotong abis.. abis laa".. Yang bestnya setiap orang datang mesti hulur duit (tapi time tu tak berapa nak cerdik dapat terus bagi kat Ayah, skrg ni aku perasan mana pi duit tu).

Bila Tok Mudim sampai je, dari jauh dah bising, Kompang sambut Tok Mudim, bebudak lain nyakat tambah kuat. Yang tak bestnya time ni awek yang sebaya mula senyum jee sinis. Kena pulak dapat Tok Mudim kuat menyakat, di asahnya pisau tu depan kita. Mau pitam time tu. Time makan ni yang best, mak dah masak apa yang kita nak makan, maklum lah pas ni kena berpantang. Makan mengalahkan pengantin tu. Selalunya bebudak akan cuba melambatkan masa makan ni.

Abis je makan, Tok Mudim mula la jalankan upacara. Baca la doa selamat. Kita kemudian nya di arak dengan paluan kompang ke telaga atau sungai. Kena berendam sampai sejuk, selagi tak mengigil atau bibir tu tak biru tak boleh naik. Mandi pulak telanjang je.. awek tengok time ni malu dah ilang takut lagi kuat. Bila dah sejuk tu, kita kemudian di dukung oleh ayah.. ayah pulak kena berlari takut sejuk tu dah kurang. Kita diduduk kan di atas batang pisang. Tok Mudim dah bersedia dengan sepit dan pisau. Time ni Mak dah ntah kemana melarikan diri ( tak lalu dia nak dengar kita menjerit manggil nama dia). Mana ada Tok Mudim pakai bius.. sakit tanggung je laa.. Bila dah selesai tu tembakan senanpang dilepaskan. Sakit jangan cakap la, tak tunjuk nangis tapi air mata tu mengalir la jugak. Tergantung la kain pelikat. Tok Mudim bagi la sebiji limau, katanya kalau sakit cium limau tu. Memang berkesan, rasa macam khayal je.

Kena la pantang selagi tak baik. Minum tak leh banyak takut bentan. Tido pun tak boleh lesak. kain pelikat terikat .. kawan yang datang melawat tu selalu la main selak2 kain. Nak melawan tak boleh sabar je la. Tiap2 pagi anu tu kena basuh ngan air panas.. takut kena kuman.



Bebudak sekarang dah tak merasa tu semua. Keseronokan dan kesakitan berkhatan dah tak de. Semua selesai kat klinik.. tambah lagi sekarang ni siap pakai laser. Canggih. Kemeriahan tak de lagi. Pupus.

Jan 4, 2010

Stail Cintan Zaman Aku

Teringat aku zaman bercinta orang dulu2. Zaman tu mana ada cintan sms, internet, takde lagi Facebook, Myspace lagi. Punyalah seksa nak berhubung, nak berdating lagi la payah. Mata orang zaman dulu bukan macam sekarang. Orang dulu nampak je terus la merepot.

Cara mudah - SURAT je la. Ni yang trill.. nak mengarang surat pada yang tersayang bukan senang weh. Bahasa kenal betul. Dulu surat cam ni dipanggil surat tak rasmi. Ayat mesti power, keluar lah semua ayat2 syurga nak memujuk rayu.Masa menulis tu test pad yang baru beli mau abis, mana tak nye silap je koyak buang, terpaksa la menulis dari mula balik. Awek yang baca tu mau tangkap lentok oooo. Ayat2 dulu lak tu bila aku tengok balik gelak beb..Jiwang leleh.

" Kehadapan dinda pengarang jantung kanda...... ".. Zaman sekarang pakai ayat ni. Sah awek tu geli geleman.

Dah tu mesti terselit la madah atau pun lirik2 lagu. Tahap gila pulak letak bedak wangi. Bedak cilok bedak mak lak tu.

Tang p/s mesti ada "pecah kaca pecah gelas dah baca harap balas".. lebih kurang cam ni.

Lekat setem post. 2 - 3 baru sampai ke tangan awek tu. Awek tu pulak mau abik 2 - 3 hari nak mengarang balas. Mau gila weh nunggu balasan. Tiap2 hari dok depan pintu tunggu posmen. Time posmen lalu dah set dalam kepala dah. Yang si posmen pun dah paham surat bau wangi sah la surat cintan. Kena pulak posmen yang tak sporting dibagi surat tu kat ayah.. mampos lah jawabnya.

Seingat aku dalam tahun 1980an, Telephone dah meluas digunakan. Tapi masa tu tak banyak rumah2 kediaman ada telephone. Public phone la jadik mangsanya. Berdering je telephone berlari, mau pulak mak/ayah yang angkat naya le. Apa lagi bergayut la berjam2. Duit syiling dah sedia dari mula dah. Yang pakai public phone mesti sibuk menekan * dan # serentak, konon nye le boleh lama la sikit bila masuk duit syiling tu.

Akhir tahun 1990an internet dah mula digunakan. Time ni pakai Dial Up connection. Dial Up conenction kena ada talian telephone. Seminit 3 sen aku rasa chargenya. Dah tu line punya lah slow giler. Bila online telephone tak dapat guna. Dapat bil mau beratus sebulan. Gerenti ayah angin. Bila dah kerja, abis je kerja terus ke CC online sampai malam sampai lupa makan minum. Duit gaji abis cam tu je.

Time berdating pulak, nengok wayang (buat wayang entah la....), makan dan lepak taman bunga. Tu je le tempat yang ada. Dah tu tak leh bawak anak dara orang lama2, ada timing cukup jam kena antar balik. Kalau tak berjawab la ngan abang2 awek tu. Telor la dahi tuu.

Payah kan bercinta zaman dulu2. Pasal tu lah perhubungan tu kekal terjalin sampai kawin. Segala susah payah  berbaloi. Sekarang dah senang. Yang susah cuma nak menakle awek tu je. Nak break pun lagik senang antar je sms .. abis cite.Mau la menung sehari dua pas tu bukak Facebook or Myspace gerenti jumpa penganti. Budak2 yang lahir tahun 1990an ke atas tak merasa semua ini.

Jan 2, 2010

Pak Henry Si Pejuang Tanah Asing

Tiap kali aku ke Pasar Gunung Rapat pasti aku akan ternampak seorang lelaki tua berbangsa Inggeris duduk bersama beberapa org lain menikmati teh tarik memerhati gelagat orang di pasar. 

Suatu hari Henry muncul di kaunter aku. Gabra giler jugak aku.. mampos la kena speaking london ni.. Aku cuba seberapa cepat untuk menyiapkan urusniaga nye.

"Can I hav ur pasport sir?".
"Pasport, saya tak ada pasport tapi saya punya I/C " terkejut aku Henry fasih bertutur Bahasa Melayu. Rupanya dia adalah warganegara Malaysia. Ku lihat tarikh lahirnya. Dah 82 tahun masih kuat walaupun bertongkat.

"Panggil saja Pak Henry"..

Esoknya aku ke pasar. Pak Henry seperti biasa ada tempat biasa. Aku menyuruh orang umah aku membeli apa yang patut, Pak Henry melambaikan tangannya. Aku menuju ke mejanya.ni aku kali ni aku tak la gabra  aku tau Pak Henry fasih berbahasa melayu walaupun ada campuran Indon.



Pak Henry menceritakan kisah hidupnya. Berasal dari Brittain, datang ke tanah melayu pada tahun awal tahun 1942 sebagai askar tambahan Inggeris yang di hantar untuk memperkuatkan gerila2 tanah melayu menentang Jepun. Masa tu dia berumur dalam belasan tahun. Mendarat di pantai Kelantan dan kemudian menyusuri hutan belantara sehingga sampai di Kampar Perak. Banyak kali bertempur dengan Jepun dan pernah di tembak di perut. Bila Jepun menyerah kalah, Pak Henry bertempur pulak dengan penganas komunis. Bila Tanah Melayu bermerdeka Pak Henry yang pada masa tu sudah berkahwin dengan wanita cina mengambil keputusan untuk terus tinggal di Malaya. Di kurniakan 3 orang anak. Sampai sekarang Pak Henry tidak pernah pulang ke tanah airnya.

Sekarang sudah setahun lebih aku mengenali Pak Henry. Banyak kisah2 dia dan banyak pengajaran dan nasihat aku dapat. Katanya Malaysia tempat yang aman damai. Tapi dia hairan kenapa bangsa Melayu gaduh ngan Melayu, Cina sudah bercerai berai, India pulak gaduh siapa kuat. Dulu masa menentang Jepun katanya semua bangsa bersatu, tak mengira pangkat angkat senjata, siapa ditembak tak kira bangsa pasti ada orang datang membantu.

Kata Pak Henry " Kamu merdeka kerna Aku berperang pihak kamu".

Apa yang boleh ku katakan pada Pak Henry.. "Well, Malaysia sudah merdeka dan Malaysia sudah lupa semangat Malaya".