Kalau cerita korang jangan cerita orang
Janji dulu
Korang tak kan pecah lobang
Jangan pasal korang ku sakit sorang
Ada 1 hero melayu namanya rahsia
Dulu lepak Myspace
Sekarang lepak di Facebook.
Ntah apa mimpi dia add aku ?? Yang pasti aku langsung tak mengenali nya. Orang yang aku tak kenal biasanya aku nengok la dulu "Mutual Pren". Ada 4 orang kawan pompuan. Seminggu kemudian baru tergerak hati nak approve. Kesian lak tengok tergantung2 dalam waiting list aku tu.
Orang nak bersahabat takkan kita nak reject lak kan. Lepas tu aku tegur la dia, langsung tak di balasnya. No hal bagi aku daa..
Beberapa hari masuk ke inbox aku dari mamat ni. Bertanya kan hal2 peribadi aku. Tanyakan "dah kawin", "anak bape", "bini bape","kerja mana", dah macam polis Facebook lak aku rasa. Aku jawab seadanya. Aku pulak idak nak bertanya kan hal2 dia. Bukan stail aku nak membz hal orang.
Baru2 ni makin kerap dia mesej inbox aku. Macam2 mamat ni tanya. Mula2 aku tak la kisah, adat orang baru berkenalan mesti nak bertanya baru boleh saling kenal mengenali kan. Then aku mula rasa hairan, bila dia setat menanya hal2 kawan2 aku. Aku idak la nak bukak pekung kawan2 aku yang tersayang. Not my type nak bercerita hal2 yg tak elok. Aku tak suka bercerita pasal bende tu dalam Facebook, aku cuma nak happy bersama kawan2, lepaskan tension kerja. Aku sound la balik Mamat ni secara baik. Tapi agaknya dia ni sound trouble atau trouble maker aku pulak kena serang. Dah dikata pulak aku ni tak reti adat berkawan (betul la kot kan), mengejar glamer (artis kah aku?), perampas ( ya memang betul aku suka rampas bola dari kaki kawan aku) n macam2 la... stop
Aku pikir balik apa yang buat Mamat ni angin. Setau aku tak la pulak aku berkawan nak mencari musuh, sakit kan hati kawan( ada ka?) , merampas awek orang (takat aku terpesona tu ada la), atau terkaco awek dia ke ?? Entah la, peel manusia ni pelbagai. Aku anggap ni dugaan dariNya
Teringat aku kata2 Uztad aku "Andai kata diturunkan kebosanan/kebencian ke atas kamu oleh Nya dari Makluk2 Nya, percayalah Dia sedang membuka pintu2 rezeki ke atas kamu. Alhamdulillah jika ini sedang berlaku pada ku. Betullll... akhir2 ni ada je rezeki datang walau pun tak la besar mana. Takat makan pakai aku anak beranak lepas la.
Jadinya.... kawan2 aku. Kita ni penyewa alam semesta. Hidup hanyalah sementara waktu, cukup masa bayar lah sewa tu 5 kali sehari. Dan bila terasa ada unsur2 kebosanan/kebencian dari kawan2 pada kamu, sedarlah ketika ini Tuhan memerhatikan dan menyayangi kamu. Insyaallah.
Pada Mamat jangan la berhati angin. G dok kat pantai ke.. kan banyak angin kat sana, angin taufan ada angin sepoi2 bahasa pun ada. Pilih je la. Aku nak mintak tolong... tolong remove aku dari senarai kawan2 yg ko pilih. Keluarlah kau dari lingkungan kegembiraan aku.
4 comments:
secret admire kot tu bro... wakakakaka
leh terus terang je kat dia...
assalammualaikum
susah jugak jadi orang glamour ni ya
huhuhu... biase la tu.
kdg2 mnusie biol tetibe.
hahaha...
Post a Comment