Apr 11, 2010

0735

0830am Ahad
Kedai Mamak Pasaraya Tesco

"Ayah !! Bangun2 Opah ajak pi Tesco". Mira menganggu tidur ku.
"Soh Ibu bawak". Aku menarik kembali bantal favourite aku yang aku gunakan zaman bujang lagi.

Akhirnya aku bangun menuju bilik air. Sejuk benar rasanya cukup la takat berus gigi cuci muka. Kampung ku yang terletak di bawah banjaran Titiwangsa di waktu pagi memang sejuk.

"Ayah, Akak ikut Opah, bak seringgit". Mira menghulurkan tangan.
"Mintak Opah". Aku tau Mira kalau ngan Opahnya cakap je apa nak gerenti dibeli kannya. Aku dulu mintak kat Mak baru 20 sen dah kena sound
.
"Ate Yop kamu idak ke ngikut?'' Mak aku bertanya.
Aku hanya mendiamkan diri. Aku ikut kang kena la bayar barang Mak beli, time ni lak tengah bulan ada sikit miss lak.

"Suke kamu le... Nuko Sport Rim beribu ada duit kamu". Aitttt tiba2 Mak aku bersuara macam dia tau je apa yang bermain di fikiran aku. Seperti biasa aku buat2 la sound trouble. Takpa Mak aku paham benar perangai aku. Aku kan anak dia.

Aku menuju ke Kedai Mamak. Ambik spot menghadap kereta aku. Bangga rasanya melihat Sport Rim idaman aku telekat di kereta. Jenuh aku menyimpan duit.

"Puri 1 set kuah kari hari ni punya, Teh tarik". Nada suara sengaja aku keraskan. Mat Bangla ni kadang2 pretend sound trouble. Oh ya Puri kedai Mamak ni memang best. Datang lambat gerenti tak merasa. Mungkin sebab sedapnya tu tukang masak di import khas dari Bangladesh!!!.

Sedang aku menikmati juadah, seorang lelaki tua bangsa Cina datang menghampiri aku menghulurkan sekeping kertas kotak rokok yang telah di potong kecil. Aku ambik tanpa memandang wajahnya.

"Angkat beli Magnum.. Magnum jangan lupa Magnum" berulang kali Cina tua tu berkata. Suara yang amat aku kenali. Aku pandang kertas itu... 0735 nombor yang ditulis. Tulisan pun amat aku kenali.

"Uncle Chua". Aku memanggil nya. Dah lama aku tak berjumpa dengannya.
Lelaki Cina tua berlalu tanpa mempedulikan aku, mengambil tempat duduk sebelah meja aku mengeluarkan beberapa batu kecil dalam pelbagai warna. Dia memasang rokok, meleparkan beberapa biji batu di atas meja, kemudiannya dia mengoyakkan kotak rokok kepada beberapa helaian kecil lalu menulis nombor. Dari gerakkan pen nya dgn tangan terketar2 aku tau dia menulis 0735. Dia bangun lalu memberikan kertas itu kepada orang2 berhampiran dengan nya tanpa sepatah kata.

Uncle Chua yang aku kenali sejak aku sekolah rendah lagi. Anaknya walau berlainan sekolah tapi kami agak rapat. Dua kali seminggu anaknya akan mengikut aku berlatih sukan. Uncle Chua mahukan anaknya jadi seperti aku. Jadi kengkadang timbul rasa tegang dalam perhubungan aku dengan anaknya. Yang aku suka Uncle Chua ni jenis tak kedekut. Tiap kali aku menang walau pun kejohanan daerah dia pasti bagi aku duit.

"Kira.. sekali dengan ini Uncle."

Mengikut cerita Taukeh kedai mamak tu.. Satu hari Uncle Chua dilanggar kereta ketika sedang berbasikal waktu petang. Kepala nya terhantuk menyebab kan dia jadi macam tu. Masa sakit dia selalu cakap 0735 anak sampai (dalam bahasa kantonis).. Tapi sampai sekarang anaknya tak sampai2. Anaknya, kawan aku tu bekerja di luar negara setelah SPM nye cukup2 makan je. Yang aku tau sejak dia pergi sampai sekarang tak balik2. Aku pun dah lost contact.

Terfikir aku sanggup seorang anak yang sudah lama merantau tak balik2 menjenguk orang tua nye. Sanggup kah tinggal kan orang tua nya begitu saje...... Korang sanggup ??????

4 comments:

Anonymous said...

bro.. jumpe kt sini plak.. :D

Mak Jemah said...

kesian gile

*SiRibenMerah said...

huhuhuhu...
mcm2 citer ada.. tp citer albert x abes2 sambung lagi..
huhuhuhu....

suezen said...

x sanggup!