Kesayanganku. Fuhhh jangan di kenang jasanya pada ku. 3 tahun penuh berkhidmat tanpa ada banyak soal. Ikut je kehendak kaki aku. Kesana kemari dia menginkut. Tahi ayam ke macam2 la dia je yang sanggup selamatkan aku. Aku pulak tak penah nak basuh, lapkan aje kat rumput2 basah tepi jalan. Tak pulak dia merungut, betapa sayangnya dia pada aku.
Kenangan tak boleh lupa aku ngan dia ni ialah aku pi interview kerja. Punyalah smart aku pakai hari tu, time aku nak kuor rumah baby buat hal, berak la pulak. Ndak tak nak aku bukak kasut hitam cap buaya, tanpa bukak stoking aku terus ke bilik air, nak cepat. Selesai je aku sarung "dia" ni aku terus start kereta menuju rumah penjaga baby. Sampai Opis si interview, dalam lif bertembung akak cleaner tegur "lawa kasut, nak pi interview ke?" aku jawab "Tak kak, hantar kawan". "Mana kawannya?".......Punya lah malu sampai aku tak penah nak cerita kat siapa2. Kira korang dah dapat cerita exlusif la ni.
Di akhir hayatnya ke sana ke mari lah aku mencari yang serupa dengannya. Aku tak jumpa semua kedai dah tak jual yang serupa dengannya dah. Frust nyaris tak menonggeng. Tadi tak kerana ayat si Amoi ni aku tak kan tukar pada yang baru....Lantak lah tapak kaki ku dah separas tanah.
"Lenglui kasut macam ni ada ?"...
"Yo encik berapa kali datang tanya, saya pun sudah fed up mau jawab"
"Leng itu hari saya suruh order ?"
"Encik taukeh busat antar ni this version, same kaler tapi sudah upgrade version ada tali belakang lorr", "U selalu upgrade Handphone ni kali U upgrade kasut la".
Tapi aku kan still pakai dia ni seminggu sekali, p sembahyang jumaat. gerenti takde orang nak songlap dia ni.
2 comments:
leng lui pown suda fed up. hehe
dah ada chemistry with dat kasut la kan..
Post a Comment