Nov 19, 2010

POLITIK 1SEMUT


Sedang Aku menikmati hirupan sup daging korban segar, mencangkung di bawah pokok jambu,
aku terpandang sekumpulan semut yang cuba melintasi pagar... 
Aku perhatikan gaya semut2 tu menyelesaikan masalah. Semut2 tu menggunakan diri mereka sebagai jambatan supaya semut2 lain dapat menyeberangi. Tiada rasa sakit hati walaupun semut2 lain memijak2 badan, kepala mereka. Sunnguh baik muafakat mereka.

Terfikir aku... Kenapa setiap parti2 politik kita tak mencontohi perangai semut. Bermuafakat menyelesaikan masalah rakyat bukan bermuafakat kutuk mengutuk keji mengeji satu sama lain. Tak penah dapat menyelesaikan satu masalah. 

Tapi..
Semut hanyalah semut, takkan jadi sandaran baik pada si Gajah2. 

Aku Tabik Semut2... Aman damai korang hidup dalam semangat 1semut.

Nov 16, 2010

TAK MENANGIS AIR MATA MELELEH JUA

Boss 1 : " Why u sitting in the dark?".
Aku     : "My eyes".
Boss 2  " Why what happen ?"
Boss 1  " U better see doktor now".

Sayang gak boss kat aku.

Aku merebahkan diri di sofa menunggu. Seluk poket aku keluarkan Blackberry bukak Facebook.
Ermm mesej Hari Raya Aidil Adha banyak. Aku jeling sekeliling seawal pagi pun dah ramai orang menunggu. 

Aku seluk poket mencari saputangan.. aku bangun meraba kesemua poket yang ada di pakaian seragam free aku.
Makcik sebelah menghulurkan tisu. Aku sambut ngan senyuman terima kasih. Aku sapu mata aku, aku tak menangis tapi air mata ku menderu keluar. Aku duduk,  Makcik tadi bangun beralih tempat. Di hadapan aku 2 orang ah moi senyum tawa memandang aku. Biarkan lah .. dalam hati aku " Aku jumpa doktor sakit aku nampak d badan, korang nampak sihat pe barang jumpa doktor ambik MC la tu ".... menyedapkan hati sendiri.

Nama aku dipanggil. Aku ketuk pintu Doktor.

"Good Morning Dato'" 
" Morning , seldom see u around now.. " Dato' Doktor menjawab tanpa memandang aku.
"Feel great Dato' but today aiiyaaaa...." aku tidak meneruskan kata2 ku.
"What happen ? " Baru Dato' memandang aku. " Tell me...".

Pagi ni seperti biasa bersama EX5 Honda Top Power aku jadi tunggang ke Opis. Tiba di persimpangan tiga secara tiba2 sebuah Vios hitam membelok dengan laju menuju tepat ke arah aku, tindakan pantas atas pengalaman beberapa tahun merempit zaman bujang,  aku masuk gear  satu ,  aku pecut EX5 aku ke kanan sebelah Kancil Putih, Vios hitam melanggar Kancil Putih. Dentuman kuat aku dengar, Aku terselamat tapi masalah aku belum selesai, Dek kerana minggu lepas aku menghantar motor kedai Ah Siong, aku suruh dia service, korek block kasi power. Aku tekan brek kaki dengan pantas, di depan aku Ah So tua membonceng basikal .Tapi gagal brek kaki motor aku tidak memberi kesan, Aku tekan brek tangan... Putus !!!! Motor aku masih  memecut dengan laju, aku berjaya mengelak menlanggari Ah So. Dua kali terselamat tiba2 .........................

"Dato this morning I escape 2 accident. I manage to ELAK 2 big things but Dato' this TINY flying insert, flying direct to my eye Dato'." Aku diam menunngu reaksi Dato'

Dato memeriksa mata aku... bla bla bla Dato' bagi syarahan.

Dato mengarahkan aku berehat di bilik sebelah. 

"Very Interesting Story... Never look down on small thing see what its make u now." 
"Look if that Car hits U, U think U will Cry ?"... " I think Better U cry now"  Dato ketawa.
" Take rest 1 days...."

Aku MC sehari ni.. tiada niat aku mengambil MC semata2 nak sambung cuti raya....ITULAH CRITA AKU 

Nov 6, 2010

Pengalaman iTU

Sehingga hari ini aku masih cuba memahami apa yang sebenarnya berlaku….


Khamis
Jam 4 petang tahun 1992

“Yop, bangun dah tu tido” Mak aku menjerit dari dapur.
“Pergi la tengok deghoyan tu “. Mak aku menyambung leteran mematikan niat aku untuk terus tidur. Hujan lebat tadi memang sungguh enak aku memalaskan diri.

Kerana enggan mendengar butiran lanjut leteran Mak, Aku bangun perlahan, dari ruang jendela aku melihat Banjaran Titiwangsa diliputi kabus. Aku memandang ke langit, awan berarak bersatukan dengan awan lain menuju ke arah barat, cahaya mentari kekuningan tiupan angin perlahan. Mengikut kata  Atuk waktu camni dalam pukul 4.30 petang, aku paling ke arah jam dinding pemberian awek sewaktu hari jadi ku yang ke 17. Tepat Jam 4.30 petang.

“Mak kunci motor mana ?” Aku tergesa2 memakai jeans lusuh, aku campak kain pelikat atas katil. Seakan ada benda tajam menyucuk peha aku, Aku raba perlahan2.. Oh kunci motor aku rupanya. Aku tersenyum sendirian.

“Yop minum le kopi ni dulu” Mak menghulurkan parang dan goreng pisang dlm Tupperware.
“Takpa lah Mak , Mak buat Nescafe Yop minum”. Aku tau kata2 aku tadi mesti buat Mak aku kecik hati. Niat aku Cuma nak bergurau ngan Maka aku. Aku hidupkan motor EX5 aku menghala ke kaki Banjaran Titiwangsa.

Aku mengambil beberapa daun semambu kering, beberapa ranting kayu aku buat unggun api menghalau nyamuk. Aku belah sebiji durian yang baru luruh. Aku lontor biji durian ke perdu buluh. Aku renung lama, aku teringat …….

“Yop kamu jangan memain lepas pokok buluh nun”. Kata Opah aku dulu masih aku ingati sampai sekarang. Aku turuti katanya tapi hari ni hati muda aku mula berdetik.



“Kenapa opah tak bagi aku kesana ?”, berdetik hati aku. perlahan aku bangun. Aku capai parang, aku sisipkan di pinggang. Aku hayun langkah perlahan, aku lihat beberapa biji durian yang baru luruh di bawah timbunan pohon renik, Aku biarkan saja tumpuan aku lebih pada pokok buluh.  

Jam menunjuk pukul 5 lebih. Masih awal lagi kata hati aku. Aku keluarkan parang aku cantas anak pokok getah, ujungnya aku tajam kan. Aku ambil keputusan untuk meninjau di seberang garis Opah aku benarkan.

Macam2 cerita aku dengar dari orang2 kampung. Tiba2 satu perasaan gelisah datang menghantui aku. Bulu roma aku naik sedikit demi sedikit. Tapi entah la jiwa penakut aku pada hari tu hilang. Apa yang menarik minat aku apa ada di depan sana. Aku berjalan perlahan2 menuruni batu2,  Aku melewati deretan pokok getah, terlihat kesan2 orang menorah pokok getah. Aku hanyunkan kayu getah lagak pemain golf pecah berderai cawan takungan getah itu. Aku toleh ke belakang pondok buruk menunggu durian sudah tak kelihatan. Aku rasakan dah jauh aku berjalan. Aku ambik keputusan untuk patah balik.

Baru beberapa langkah aku berjalan aku terdengar kokokan ayam hutan. Aku rasakan begitu hampir dengan aku. Akal aku mula berfikir ….

“Dapat sekor dua buat panggang best ni.” Aku keluarkan lastik dari pokok belakang, aku membongkok mengutip beberapa biji getah untuk di buat peluru. Aku pacak kan kayu getah ke tanah, jadikan penanda agar aku tak sesat dalam hutan. Aku membongkok perlahan2. 

Bersambung....

Oct 21, 2010

DI Satu Petang Tergoda

Pada suatu petang yang terang dan romantis ..
Aku terlihat dari nun jauh seorang awek seperti bidadari,
dengan seluar ketat pendek, baju pagoda ..
PEWIT…
membuat hatiku tergoda .







Aku tanpa membuang masa
mengejar dengan pantas
Aku tak mahu dia hilang dari pandanganku,
lajuku melangkah,
dan si dia menghampiri sebuah van ..















Akhirnya, sampai juga aku
Berbekalkan kamera telefon bimbit ku ..
menghampiri dia ..





Adoiiii !!!!

Oct 15, 2010

Kutu Cara Baru

Minggu Pertama.
"Ayah, Akak nak 5 hengget" Napa ntah hari tu aku tanpa soal terus bagi je duit. Biasa aku akan jalankan soal siasat untuk apa duit tu.

Minggu Kedua
"Ayah, Leh bagi Akak 5 hengget". Sama juga seperti minggu lepas aku suruh je tengok dlm poket seluar " Tengok dalam seluar Ayah"

Minggu Ketiga.
"Ayah nak 5" sambil tangan nye menunjuk angka 5. Kali ni baru berdetik hati aku. Mungkin pasal poket dah kering menunggu hari gaji.
"Tiap2 minggu Ayah bagi buat apa?". "Duit belanja sekolah mana?" Aku pandang dengan pandangan marah. Saja nak gertak skit.
"Ada la Ayah lagi 2 minggu Ayah tau" Mira bersuara agak tersekat2 tapi ada nada ketawa.
"Ayah, Akak main kutu dengan kawan 8 orang" suara Isyraf berlari menghampiri aku. "Lagi 2 minggu Akak dapat 40 hengget" Isyraf memberi info tambahan yang makin membuat Akaknya naik darah.

Terfikir aku sekarang ni siapa yang main kutu. Aku ke anak aku ??? Dia yang main tapi tiap2 minggu aku yang bayar. Pandai betul bebudak zaman sekarang.

Minggu Keempat.
Terpaksa juga keluar kan duit atas arahan mem beso.

Minggu Kelima
2 hari lagi...

Oct 13, 2010

Free

Korang ada free time leh la baca coretan luahan hati free aku

Mereka mahukan nye free
Mereka tetap mahukan free
Payah aku kalau bagi free
Tak pasal aku kena marah free

Ada duit tetap mahu kannye free
Suka sangat dengan bende free
Aku tak kuor modal free
Kerja aku bukan free

Best dapat bende free
Bergaya sakan la masa free
Korang free aku tak free
Ke sana ke mari aku masa korang free

Cakap2 free
Buat kerja mana ada free
Nak free just set ur mind free
Tolong aku supaya aku dpt free
Dari org2 yg mintak free.

End of my free time.

Oct 5, 2010

Selamat Tinggal Lee Cooper

Kesayanganku. Fuhhh jangan di kenang jasanya pada ku. 3 tahun penuh berkhidmat tanpa ada banyak soal. Ikut je kehendak kaki aku. Kesana kemari dia menginkut. Tahi ayam ke macam2 la dia je yang sanggup selamatkan aku. Aku pulak tak penah nak basuh, lapkan aje kat rumput2 basah tepi jalan. Tak pulak dia merungut, betapa sayangnya dia pada aku.

Kenangan tak boleh lupa aku ngan dia ni ialah aku pi interview kerja. Punyalah smart aku pakai hari tu, time aku nak kuor rumah baby buat hal, berak la pulak. Ndak tak nak aku bukak kasut hitam cap buaya, tanpa bukak stoking aku  terus ke bilik air, nak cepat. Selesai je aku sarung "dia" ni aku terus start kereta menuju rumah penjaga baby. Sampai Opis si interview, dalam lif bertembung akak cleaner tegur "lawa kasut, nak pi interview ke?" aku jawab "Tak kak, hantar kawan". "Mana kawannya?".......Punya lah malu sampai aku tak penah nak cerita kat siapa2. Kira korang dah dapat cerita exlusif la ni.

Di akhir hayatnya ke sana ke mari lah aku mencari yang serupa dengannya. Aku tak jumpa semua kedai dah tak jual yang serupa dengannya dah. Frust nyaris tak menonggeng. Tadi tak kerana ayat si Amoi ni aku tak kan tukar pada yang baru....Lantak lah tapak kaki ku dah separas tanah.

"Lenglui kasut macam ni ada ?"...
"Yo encik berapa kali datang tanya, saya pun sudah fed up mau jawab"
"Leng itu hari saya suruh order ?"
"Encik taukeh busat antar ni this version, same kaler tapi sudah upgrade version ada tali belakang lorr", "U selalu upgrade Handphone ni kali U upgrade kasut la".

Tapi aku kan still pakai dia ni seminggu sekali, p sembahyang jumaat. gerenti takde orang nak songlap dia ni.

Sep 27, 2010

Hati2 Benteng Hati

Ketahuilah bahawa hati itu bagaikan benteng. Di sekelilingi ada pagar dan pagar itu mempunyai beberapa pintu. Sekali pun begitu, di sana masih ada celah2 yg dpt dimasuki. Yang menjaga celah2 ini adalah akal fikiran dan para malaikat. Ada beberapa satuan pasukan penyerang yang sentiasa mendatangi hari itu. Pasukan hawa nafsu dan syaitan. Pasukan penyerang ini sentiasa datang dari waktu ke lain waktu dan tak mungkin dihentikan, sehingga peperangan terus berkecaramuk antara penghuni benteng dan pasukan penyerang. Pasukan syaitan berputar2 mengelilingi benteng mencari kelengahan penjaga supaya dpt melalui celah. Beerti, penjaga harus mengetahui seluruh pintu benteng dan celah2nya yg ada di bawahnya tanggungjawabnya. Tidak boleh lengah walau sekejap pun. Sebab musuh juga tidak pernah lengah walau sesaat jua.

Sep 1, 2010

Rakan2 Blog..

Terima kasih menanya senyapnye KRASZBATU dalam arena blog..

Insyaallah dlm masa terdekat kan kembali aktif
Dah terlalu byk ent3 dalam kepala terperuk.

Nantikan...