Arrgghhhhh !!!!!! banyaknya detail nak di isi. Aku memang tak suka mengisi borang. Rasa macam perihal hidupku orang nak tau. Berat aku rasakan nak mengerak pen menjawab soalan2 cepu mas.
Aku menung memerhatikan kawan baik aku mengisi borangnya, ralit sungguh dia. Aku senyum. Dah lama kami bersahabat, banyak kisah suka dan duka kami berkongsi. Takde rahsia kami pendamkan tiada istilah hutang bagi kami. Aku hairan (mungkin hanya ini rahsia dia) macam mana dia boleh bertransform 100 % ??. Aku memang kenal sangat dirinya, mungkin lebih dari adik beradik dia kenal dia. Beberapa tahun kami terpisah, sekembalinya dia..........
Uztad : hooooii !!!! isi cepat.
Aku : Uztad je la isi. Aku nak ke ayor jap.
Aku kembali, borang dah siap di isi. Uztad menyuruh aku menyemak borang tu. Aku baca sepintas lalu, sampai part Umur aku berhenti tergamam. 34 !!!!!
Aku : 34 biar tol ???
uztad : Ada otak kira.. ko kan keje bank.
No giliran Uztad dipanggil. Uztad bangun, aku hulur borang aku padanya. Uztad capai. Bagus tak payah aku tunggu nombor giliran aku. jimat masa dah.
Uztad : Selesai moh saya belanja
Aku : berak kencing (makan minum) sekali ler
Uztad : Ok laaa.. ko banje riba duit bank. Uztad menyindir aku.
Aku ada hal nak cakap sikit pasal ko.
Uztad bagaikan tahu apa yang menganggu fikiran aku. Nombor 34 tu. Uztad mula berceramah lagak Forum Perdana, hadirin nya cuma aku. Aku banyak mendiam, tak dapat aku sangkal kata2nya, selain suku kerabat aku siapa lagi arif tentang diri aku. Akhirnya Uztad menanya
"Apa Lagi Mahu mu....??" Aku tersentak, aku pernah mengalami sessi ceramah begini. Intipatinya serupa. Dalam mimpi aku didatangi seorang lelaki bercerita perkara yang sama. Di akhirnya dia juga menanyakan "Apa Lagi Mahu mu...??"
Aku tau apa aku mahukan kini. Terima kasih. Syukur !!
No comments:
Post a Comment