Kawan dari facebook aku mengajak mengeteh kat kedai mamak dekat rumah kami. Aku baru je kenal ngan mamat ni. Tak sangka pulak dia tinggal dalam satu taman ngan aku.
Biodata si mamat :-
Nama : Mamat ( melindungi identiti sebenar dia)
Umur : 36 tahun
Jantina : Lelaki ( pada pandangan aku)
Status : Bujang ( tak laku kot)
Pekerjaan : Aku tak tanya
Mulanya aku malas gak nak kuor malam tu. Hari khamis malam Jumaat, weiii jangan fikir ke laut pulak .. sebenarnya malam tu ada cite HERO. Aku tak penah miss, aku minat benar ngan cite ni. Last2 aku setuju jugak, nanti kata pulak aku ni sombong.
Habis cite Hero aku bersiap nak kuor. Isteri dan anak2 aku dah lelap. Dengan langkah yang cukup berhati2 (tak nak buat bising, terjaga anak aku gerenti nak ikut) aku bukak pintu, dalam gelap aku terlanggar baldi kain yang baru di basuh isteri aku. Adooiiiii !!!. Kutip kain yang berselerak. Timbul rasa kesian kat isteri, apa lah salah aku sidai kain ni dulu, lagipun tak banyak, kedai mamak tu dekat je, aku jalan kaki je kesana. Aku sampai awal belum tentu mamat tu dah sampai paham benar aku janji "Malaysia" ni.
Tak sampai 5 minit aku menapak aku sampai, cari2 si mamat ni aku nampak dia tengah asyik ngan laptop nya, online Facebook la tu dalam hati aku. Baru je aku nak ke table mamat tu, member aku panggil. Satu lagi sebab aku malas nak kuor ni la sebabnya muka aku ni muka popular kat kedai mamak ni ada je la orang kenal. Aku bagi isyarat kat member aku.
Kami pun bersembang la pasal diri2 masing dan member2 kat Facebook. Peramah benar orangnya, dia je yang banyak bercakap, macam2 dia cerita, mengumpat kawan la dia. Tak pasal2 aku dapat dosa kering. Aku layan kan aje la. Dah lama melepak aku mintak diri, aku dah mengantuk lagipun esok aku kerja. Aku hulur tangan bersalam, dia menanya aku napa aku lambat datang tadi. Aku jawab ngan selamba rock, aku cakap aku sidai kain jap tadi. Entah setan mana yang merasuk dia kot tetiba je dia mula bukak topik menghangatkan hati aku.
Ada ke patut dia cakap aku ni takut bini !!!!! Sidai kain tu kerja orang pompuan. Para suami tak leh buat kerja tu ?? Salah ke aku nak menolong isteri aku sendiri ?? Pas tu pandai pulak dia nak menasihat aku bab2 rumahtangga ni. Aku malas nak cakap banyak, aku diam. Buat2 ada call masuk aku aku blah .......
Hello brader. Lu apa hal ? Lu hidup bujang, Lu nak telangkup telanjang pun siapa nak bising. Aku ni dah 10 tahun kawin. Aku tau la macam mana nak uruskan family aku. Kalau lu rasa hidup berkeluarga tu semua kerja isteri buat, baik lu dok ngan mak Lu je. Selamat la hati satu gadis dalam Malaysia ni ngan Lu. Lu tu umur dah 36 bila lagi nak kawin (ada ke istilah kawin dalam hati Lu) , aku nak ingatkan Lu kawin lambat, Lu dah banyak rugi, Lu tau tak pahala sembahyang orang yang dah berkahwin lagi banyak Allah kurniakan, Lu dah tua baru dapat anak (tu pun kalau Lu punya berfungsi)Lu dah bongkok anak baru nak masuk sekolah, kan menyusahkan.
So brader LU PIKIRLAH SENDIRI..........
p/s : lu baca ni note, lu marah ngan... lu delete je wa.
Peace !!
12 comments:
Hanya yg matang memahami situasi tuhkan....
SENYUM SLALU ;)
eh...aku selalu sidai kain...tak der la pulak aku jadi pompuan
lagi baik kawen dr bujang
salamz! melompat dr blog kapten!
hmm bagusnya klu semua suami bpk mcm ko.. selamat alam rumah tangga..
btw, lelaki jemur kain itu comel! =p
fuh kalau seribu lelaki mcm ni.selamat para isteri x mati kering..semua keje nk kena buat..dh lah g keje,nk jaga anak,memasak,gosok baju,basuh baju..bla..bla..bla..
best klu sidai kain sama2
salam kenal..
luffy promo ko..
aku follow je..
setuju dgn lu bro..
walopon aku tak kawen lagi,
aku tahu kita tak boleh nak menghambakan bini kita kan?
ibarat pesan tok kadi depan umah aku ni..
"nanti awak dah kawen, layanlah isteri seperti suatu amanah, bukan hamba.."
pis!
ish.. awat la i lewat kenal u yang..
hehehe..
harap2 suami i nnt pun mithali cam u gak..
waa.. sgt baik hati.. sweet ny... :)
thanks semua..
haha..aku suker giler bacer..wa kalu seme laki kek atas dunia nih cam cik batu keras..selamat la seme jiwa2 wanita..
gue pon x takut nak kawen..huuu
i like ur style.. rajin tolong isteri..
Post a Comment