Apr 3, 2009

Aku Rezeki Dan Peringatan

Yahuuuu !!!!! Rezeki anak aku. Alhamdullilah tahun ni aku dapat bonus. Syukur Ya Allah.
Tuhan itu Maha Pemurah lagi Pengasihani. Satu nyawa lahir ke dunia , telah dijanjikan rezeki dari Nya. Kelahiran anak aku yang ke-3 banyak rezeki ku peroleh. Bukan nak menunjuk2 atau bermegah cuma aku mahu menjadikan contoh. Wife aku dinaikkan pangkat, pangkat naik gaji pun naik, aku dapat membeli kereta idaman wife aku, aku berjaya menyelesaikan hutang kad kredit, gaji aku naik dan dll....

Tapi aku masih ada lagi orang Islam yang cetek pemikirannya dalam perkara mudah. Yang senang tapi amat payah nak diubah sikapnya. Moga aku terlepas dari dosa kerna fardu kifayah telah aku tunaikan... ingat mengingati kita sesama.

1. ZURIAT
Dah kawin tapi amat takut untuk ada zuriat yang ramai, cukup la takat seorang dua anak. Apa nii?? Fikiran cetek. mereka fikir anak ramai susah, apa nak bagi makan dan bermacam2 negatif thinking dalam otaknya. Now think this :- Tahukah bila mati nanti siapa yang akan sedekah kan Al-fatihah dan membaca Yasin untuk kita ? Nak harapkan orang luar, jangan harap ler takat hari mati dan seminggu dua boleh la pas tu bye bye ler. Jadi tinggal lah ahli keluarga sendiri isteri dan anak2 yang akan membaca Yasin dan Al-Fatihah untuk kita selama mana dema ni hidup. Lagi ramai anak lagi baik makin banyak sedekah tu mengalir.

2. MEMBANGGA DIRI.
Entah apa ke jadahnya sekarang ni, makin galak kat Facebook dan Blog2, orang terang2an membanggakan dirinya. "Hari ni duit masuk RM400 semalam RM500 esok ....." lebih kurang begini la bunyinya. Sedarkah tindakan mereka ini bukan saja ditegah agama bahkan mengundang bahaya duniawi!!. Mungkin nanti akan dirompak. Rezeki yang diperolehi tu datang dari Nya jadi beringat, bersedekah dan berzakat. Hendaklah bersyukur dan hentikan sikap menunjuk2 itu. Ingat sebanyak mana Allah berikan dan dalam sekelip mata Allah tarik balik.

3. MASJID/SURAU
Sedarkah siapa yang selalu ke Masjid/Surau bila waktu sembahyang. Golongan warga emas saja kan. Mana pergi kita waktu ni ? Siang boleh la alasan kerja tapi time maghrib/isyak apa alasan nya ? tengok drama melayu/cina/korea ?? Maghrib kat rumah pun leh miss kan. Apa la salahnya kita hayunkan langkah ke rumah ibadat tu. Gerakkan kaki ke Starbuck dan kelab malam boleh pulak, parking berbatu2 pun sanggup. Time nak buat kenduri mula sibuk nakkan orang Masjid membaca doa...

4. HARI ISNIN
Monday mood kata orang sekarang ni. Hari yang takde mood nak kebrja, muka masa mencuka dan macam2 negatif lah. Tapi sedarkah tahukah hari Isnin tu hari yang mulia dalam Islam ?? Jumaat di gelar Penghulu Hari tetapi dalam Islam banyak perkara bersejarah berlaku pada hari ni. Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada hari Isnin, wahyu pertama diturunkan jua hari Isnin dll. Bahkan Abu Jahal yang terkenal memusuhi orang Islam pun dapat berkat hari Isnin, diringankan siksaan kuburnya pada setiap hari Isnin kerana dia pernah merayakan hari kelahiran Nabi sebelum datangnya Islam. Masih nak bad mood lagi ?? Fikirkanlah.

5. GILA KERJA
Siang malam bekerja mencari duit. Duit makin banyak dikumpulkan tapi makin jauh keluarga dipinggirkan. Takde lagi hidup berkeluarga segala urusan diserah bulat2 pada isteri. Akhirnya kala sakit terlantar di hospital, duit habis dibelanjakan membayar bil2 perubatan. Masa itulah baru teringat andainya sihat akan diluangkan masa bersama keluarga. Sorry dah terlambat....

6. DENGARLAH CAKAP ORANG.
Belajar sampai ke luar negara dapat merasa salji dunia, mula la pandang sebelah mata pada kawan2 yang belajar takat dalam negara. Pandang sebelah mata tambah2 lagi kawan tu songkok tak lekang atas kepala. Cakap kawan bagai angin lalu, nasihatnya bagai api membakar. Dia kan golongan pandai2. Silapnya dia tak tau golongan yang pandai ialah yang pandai dan tahu "Aku mau selamat di dunia dan jua di Akhirat".Time susah mula la sibuk mencari kawan bergolongan kopiah putih ni. Dah senang cakap terima kasih pun tidak.

Maaflah tulisan aku ni ada yang menyakitkan jiwa2 yang sedar tergolong dalam 6 perkara diatas. Moga sempat berubah. Insyaallah.

2 comments:

Kapten Luffy said...

thanks bro...

anak itu rezeki... setiap anak ada rezekinya...

su said...

Alhamdulillahhh..

baby da pandai wat ape skrg?