Apr 28, 2009

Aku Kena Sakat Part 3

Kami memanggil Orang Tua yang tinggal di hujung kampong Mak Jah. Anak2 Mak Jah semua sudah besar dan jauh merantau. Mak Jah kuat melatah, pantang di usik sikit pasti Mak Jah melatah. Termengah2 orang tua tu melatah di sakat, makin kuat dia melatah makin kuat kami menyakatnya. Kadang2 latah Mak Jah sampai ke tahap brutal, penah kami dikejar Mak Jah dengan kayu ubi, bertempiaran kami menyelamatkan diri. Kami pulak termengah2.

Padan kan muka kami. Penyakat di sakat balik oleh disakat..

Mak Jah baik, dia tak penah marah kami menyakatnya.

Bila aku dah mula bekerja di Ipoh, jarang aku dapat menyakat Mak Jah. Cuma sekali sekala aku dapat berjumpa sewaktu di awal pagi time aku aku menunggu bas. Mak Jah nak ke pasar menjual hasil tani nya di Pasar Malim Nawar.

“Yob nah RM2 Mak Jah sedekah, buat belanja. Kume(Mak Jah) tau Yob baru dapat kerja, gaji pas conpem baru dapat kan”.
Aku terima dengan hati yang sayu. “Yob dapat gaji Yob banje Mak Jah”
“Tak payah la Yob, simpan je duit beli Motor Yob nak sangat tu”
“Motor Yob kuor nanti Yob antar Mak Jah ke pasar”

Selalunya bas aku akan sampai dulu. Aku cuit Mak Jah. Melatah orang tua tu aku lari naik bas ketawa..

Satu hari di bulan puasa aku diwajibkan oleh boss tok stayback settle kan kerja. Terpaksa lah aku berbuka puasa ala kadar di opis. Pukul 9 aku abis kerja, aku berlari sepantas mungkin ke Stesen Bas Ipoh mengejar bas 9.30 malam. Pengalaman aku di sekolah sebagai pelari terakhir 4 X 100 memungkinkan aku sampai on time.

Sejam dalam perjalanan terlalu lama dan membosankan. Nak lelap perut dah bukan lagi melagukan irama keroncong asli bahkan dah keroncong rock. Hujan mula turun dengan lebat, kilat sambung menyambung cerah langit malam tu, terdetik rasa dihati adakah ini petanda Malam Lailatur Qadar. Dalam kesamaran cahaya lampu bas aku berdoa………

Aku turun dari bas betul2 depan Surau kampong Batu 20. Aku lihat para jemaah baru selesai sunat terawih. Aku ke belakang surau, beberapa orang warga emas sedang rancak bersembang. Aku tuang kopi O aku cekuh sebiji karipap dengan muka selamba.

Pak Sohid “Amboi Yob menyemat kamu abis terawih baru nampak muka”
Aku “ Baru balik lapor.”
Pak Sohid “ Ye ke lapor atau kamu takut balik sorang lalu pokok kekabu tu”

Memang niat aku nak menumpang motor ahli surau. Takut tu ada le jugak dalam hati nak lalu kat pokok kekabu tu. Tapi terasa di cabar , Aku ambik 2 biji karipap aku hayun kaki balik. Tak guna Pak Sohid ni dia leh baca gerak hati aku.

Aku percepatkan langkah. Hari selepas hujan, jalan tar becak, angin malam kuat menghembuskan nafas nya. Didepan aku kelihatan pokok kekabu yang besar meluruhkan kekabunya, berterbangan mengikut lengkok angin. Mewujudkan satu pemandangan malam seperti salji turun ke bumi. Putih berterbangan, sesekali kilat mengaum mencerah langit malam. Menambah kan lagi episod seram di hati ku.

Yob !! Yob !! aku terdengar suara pompuan memanggil aku. Sayup2 bunyinya dilitupi dentuman kilat. Perempuan memanggil waktu malam !! Pokok kekabu !! Aku dah mula takut. Dengan perlahan2 aku toleh ke belakang, lembaga putih bagai melompat (lebih macam terdengkot2) ke arah aku. Angin kuat bagaikan cuba menerbangkan kain putihnya, ujan mula turun rintik2.

Kaki aku enggan mengikur arahan otak ku supaya menarikan tarian melarikan diri. Kaku terpaku. Seluruh badan aku keras, tahap aderalin ku tahap tertinggi. Aku sekuat hati menjerit surah Al-Fatihah(surah tu yang aku boleh ingat masa tu) supaya lembaga putih tu lenyap mendengar kalimah ALLAH. Tapi lembaga putih tak lut dengan surah ku baca,
makin dekat..Aku rasa , ketakutan aku dah tahap gaban(Cuma nasib baik aku tak terkencing).

“Yob ape ke halnya kamu nampak kume baca Al-fatihah?” sambil menepuk bahu aku.
“kamu nampak antu ke “
“Ya Allah !! Mak Jah ooiii janganlah balik dari surau ngan uniform telekung tu, dari jauh Yob nampak macam hantu langsuir”.
“Yob ni bulan puasa Yob… mana ada antu, antu semua kena ikat” kata Mak Jah.

Aku berjalan pulang bersama Mak Jah. Aku mintak maaf ngan Mak Jah selalu sakat dia.
Tapi sekali je orang tua tu sakat aku.. teruk aku dibuatnya. Tobat rasanya nak menyakat orang tua kuat melatah ni.

“Yob jangan risau, Kume tak cerita kat orang. Nanti malu je Yob” kata Mak Jah menyedapkan ati aku. 10 tahun rahsia ni tersimpan.
Sekarang korang nak gelakkan aku gelak la puas2…… !!!

Dan juga 10 tahun berlalu, 3 kali aku tuko motor, tak jugak aku bawak Mak Jah ke pasar.
Sekarang orang tua tu dah pencen menjual……..

3 comments:

Tukang cerita said...

Bawaklah mak jah tu naik moto hang yop...
sian dia.....

~padan muka, suka sangat nyakat org hang ni yop...
sesekali kena sakat, terkujat!~

:P

Faizul said...

aku baca part ko kena panggi ltu da meremang bulu roma...
waaaa.
tanak baca lagi...;(

pinkiss said...

kim salam kat mak jah eh.