Dec 20, 2008

Mobile Skyfire

Mobile browser yang terkini. Dikatakan lebih pantas daripada Opera Mini. Fungsinya seakan sama dengan Opera Mini tetapi menawarkan extra service seperti page load yang lebih pantas, 100% page view seperti di PC, menonton video, mendengar music dan berhubungan dengan kawan2 melalui Sosial Networking Service. Skyfire telah memenangi anugerah Top Mobile Application Award 2008. 

 
type get.skyfire.com dari hanphone/pda anda tok download applikasi ini.

Dec 19, 2008

Kenduri Doa Selamat

Hari Khamis malam Jumaat pas aku buat kenduri doa selamat untuk isteri aku. Dah 7 bulan dia mengandung anak kami yang ke-3. Menu makan malam tu simple je. Masakan kampung jer. Kali ni dapat belajar beberapa jenis masakan dari Tok aku. 

PC180007 PC180009

Belajar teknik goreng ayam... Penat gak !!

PC180010 PC180016

Ayam Masak Merah dan Gulai Kepala Ikan Masin Masak Lemak.

PC180026 PC180028

Jemput Kariah Surau bacakan doa. Budget dalam 15 orang surau datang. Tapi yang hadir malam tu dekat 40 orang. Kelam kabut kami menyediakan hidang. Orang sini kalau tau Tok aku masak gerenti depa takkan lepaskan peluang. 

Dec 18, 2008

Invisible YM ID


Penah rasa dihindari semasa berchatting kat YM ??
Jenuh la kita Buzz kat dia, dia langsung x nak jawab, ID pun invisible je. Dengan vizgin ni kita leh check dia tu online ke tidak.
Habis la dah tak dapat nak menyorok dah !!!!!!
hehehhehehehhehehee

No one can hide from you anymore!




Dec 16, 2008

Wiserval Photophat




Wiserval Photophat satu tools yang amat mudah tok kita rename, resize, convert file gambar. 
Contohnya pas kita upload pic dari digital kamera yang beratus2 banyak tu, dengan ada tools ni amat lah mudah tok kita rename file tu. 



  • • 100% Free for home use. No spyware, adware, banners etc.
  • • Resize, rename and convert images in batch mode
  • • The most fastest image resizing algorithm
  • • Supports JPEG, PNG, GIF, TIFF, and BMP formats
  • • Supports Watermarks
  • • Variable options and settings for advanced users
  • • Built-in size templates: iPod, iPhone, Facebook, DVD etc.
  • • Configurable compression / resolution ratio
  • • Load / save settings and image lists
  • • Clean, easy to use interface
  • • Small installation file ~ 2MB
  • • Portable version is also available
  • • Supports Windows 98/ME/NT/2000/XP/Vista (32 and 64 bit)
Download   


Dec 15, 2008

Ipoh ke KL Hanya RM1


Akhirnya siap jugak laluan keretapi Ipoh ke KL Central. Macam2 halangan aku dengar, tahniah la pada KTMB berjaya mengatasi segala rintangan. 
Sempena tu dan untuk mempromosikan laluan tersebut KTMB telah melancarkan Shuttle Service dari Sentral KL - Ipoh - Sentral KL. Yang mana perkhidmatan ini disediakan dari hari Isnin hingga hari Jumaat sahaja.
Bayaran tambangnya RM1 !!!! Tak percaya ?? aku pun tak percaya , so tadi aku ke stesen keretapi Ipoh tok menjenguk keadaannya..

RM1.00 hanya untuk single trip, hanya 100 tempat duduk disediakan. Berkonsepkan "Fisrt Come First Served". Hanya untuk perkhidmatan keretapi pertama dan terakhir pada hari Isnin hingga Jumaat. Tak boleh buat advance booking.
RM10.00 pulak hanya untuk 74 tempat duduk ditawarkan. Berkonsepkan "Fisrt Come First Served". Tiket boleh di booking 60 hari lebih awal.

Jadi anak2 Perak yang merantau ke Kuala Lumpur tak reti2 lagi ke nak balik melawat kaum keluarga di kampung. Jangan la time raya je nak balik.!!!!!

Dec 14, 2008

Download & Upload Tester



Aku terjumpa website tester tok menguji speed download n upload broadband. Paling senang dan ringkas berbanding menggunakan streamyx tester.

Dec 13, 2008

Celcom Broadband Speed

Baru2 ni seringkali aku mendengar komplen dari kawan2 aku yang menggunakan Celcom Broadband kata perkhidmatan yang ditawarkan saban hari semakin teruk dan slow macam kura2.

Aku pun kengkadang menghadapi masalah yang sama. Atas dasar tak puas hati aku menanya kat member yang koje kat Celcom.

Penerangan kawan aku :-
1. Setiap pelanggan diberikan 5GB data limit per month. Jikalau pengguna dah exceed limit tu, perkhidmatan data pengguna akan berubah menjadi Throttle Speed yang mana dari 384 kbps menjadi hanya 64 kbps. Bagaimana pun perkhidmatan akan menjadi seperti sediakala pada bulan yang berikutnya.
2. P2P (peer 2 peer) application juga menyumbang kepada kelancaran perkhidmatan Wireless Broadband. Walaupun setakat hari ni Celcom belum bercadang block semua applikasi P2P. Aku nak ingatkan sapa2 selalu guna tu agak2 la k.

Inikah yang dikatakan "Unlimited Data Plan" ?. Ini dah kira kes kena tipu terang2an.



Masak Lemang

Hari Raya Haji baru2 ni, aku sefamily bersama dengan family Paksu aku dipertanggungjawab oleh datuk aku tok memasak lemang. Nak harapkan Tok aku dia dah tak larat cuma dia boleh supervise jer. Elok jugak Tok aku menurunkan ilmu memasak lemang. Ni la kali pertama aku terbabit secara serius kalau tak dulu takat mengada2 je. Kerja pertama cari buluh lemang, arrgghh paling payah so upah bebudak kampung tebang buluh belakang kampung. 

PC070002 PC070003

Siapkan tempat membakar koje Paksu aku. Dia expert. Basuh pulut pun Paksu aku expert bukan senang, mata nak tajam kena perhati betul2, buang hampas n kot2 ada ulat pulut.

PC070029 PC070035

Memasukkan pulut dalam buluh tu kerja orang perempuan. Yang ni pun bukan senang nak kena ada skill jugak. Kalau tak nanti pulut dalam lemang tu tak rata. Anak2 aku pun sibuk la nak menolong.

PC070030 PC070034

Sambil tunggu diaorang siap memasukkan pulut aku menghidupkan api. Part ni aku suka sangat.

PC070039 PC070040

Pekena kopi O Che Nah nunggu Maksu masukkan santan.

PC070041 PC070046

Yang paling susah part ni la. Membakar. Api tak leh besar sangat dan terlalu dekat dengan batang lemang. Kena buat 2 bahagian api. Satu api besar supaya cepat jadi bara api. Bara api tu kemudian diletakkan dekat dengan buluh lemang. Mau pengsan wehh... kena asap.. panas lak tu.

PC070053 PC070056 PC070057 PC070063

Pas beberapa jam bermain api, lemang pun masak. Apa lagi makan time!! Makan bersama rendang tok dan rendang ayam (resipi ni Tok lum kasi aku). Best makan tengah panas.


Dec 12, 2008

Qiblat Locator

Qiblat locator adalah satu cara mudah untuk menentukan arah kiblat. Satu web applikasi mudah cuma masukkan location anda dan click butang "Locate". Jalur merah memberitahu arah kiblat anda.







Kemudian click "Satelite" tok zoom ke
kawasan anda. Senang kan.
Boleh digunakan kemana saja.
Tidak la segan nak menanya orang arah kiblat.