Aug 5, 2010

Tak Mintak En3 Ni Dipahami 3

Sekadar luahan rasa insan kerdil.

No 1 dah bernaung dengan pelbagai Panglima Perang. Berbagai bangsa Panglima pernah memberi arahan pada No.1. Setiap perintah di turuti namun tak di nafikan No 1 akan berdengus sesekali tapi perintah tetap di jalankan jua. No 1 di arah melapor diri pada Panglima Bangsa2 Bersekutu beribu pejabat di seksyen SAM. Rela hati menurut cabaran.

Sebulan pertama di harungi tanpa sebarang masalah sehingga kedatangan Panglima Si Remeh Temeh. Setiap langkah di awasi dan di tinta cermat pihak atasan. Pengalaman baru No 1 menghadap zaman perang moden membuatkan gerak geri tari perangnya terbatas. Segala ilmu terdahulu langsung tak dpat di praktik dalam dunia perang moden. No 1 masih gembira kerana ada insan2 sudi menghulurkan pertolongan tika saat memerlukannya.

Sehingga....

Panglima Si Remeh Temeh datang melaporkan diri. Gaya bersahaja suara lembut menyembunyikan niat sebenar.Bermulalah episod baru No 1 dalam medan perang.Bukan nya tidak mengetahui No 1 masih terkial2, kesempatan Si Remeh Temah ambil sebaik mungkin mengenakan No 1. Si Remeh Temeh Panglima Perang cepat melatah, nyawa bagaikan hujung tanduk berkhidmat di bawahnya. Tak pernah memikirkan nasib orang bawahan nya janji Si Remeh Temeh senang.Pantang silap mengayakan tari perang pasti Si Remeh Temah mencanang melalui semboyan memberitahu semua puak pendekar. Di canangkan No 1 lembap @ lambat, No 1 masih menyuaikan diri dengan gaya perang moden. Dulu No 1 berada di barisan hadapan menghunus pedang tapi sekarang di suruh menganyam tikar !!!!

Namun No 1 masih dapat bersabar. Sudah menjadi resam No 1 menyembunyikan kesusahan, bagi nya No 1 pasti dapat mengatasi. Ramai para Panglima perang yang pernah berkhidmat bersama menanyakan sekiranya terdapat masalah di medan perang. No 1 masih mengelengkan kepala. Ingat pesan Tok Guru.

Akhirnya No 1 tak dapat lagi bertahan, Nujum perang memberitahu paras darah No 1 berada takat tertinggi menahan asakan hari2. Mengadu No 1 pada Panglima Jeneral Besar. No 1 bersedia menerima apa jua tindakan kependekaran atas pengaduan ini. Sudah bersedia.