Aug 31, 2008

Berpuasa

Insyaallah esok kita semua umat islam akan memulakan ibadah berpuasa selama sebulan.
Bulan yang penuh kerahmatan, Allah telah berjanji akan mengurniakan limpahan kurnianya pada sesiapa sahaja melakukan ibadah puasa ini dengan ikhlas. Hendak lah kita umat manusia takut kepada Nya.

Insyaallah

Lafaz Niat Puasa Sebulan
niat_puasa_sebulan

" Yang bermaksud, Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala "

Lafaz Niat Puasa Harian
niat_puasa_harian

"Yang bermaksud, Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala"

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
kedatangan haid atau nifas
Melahirkan anak atau keguguran
Gila walaupun sekejap
Mabuk ataupun pengsan sepanjang hari
Murtad atau keluar daripada agama Islam

PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA
Selalu berkumur-kumur
Merasa makanan dengan lidah
Berbekam kecuali perlu
Mengulum sesuatu.

-----------------------------------------------------------------------------------
Adakah Anda Tau :

Sabda Nabi S.A.W.: "Makan sahur adalah berkah, maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun salah seorang dari kamu hanya meminum seteguk air, kerana sesungguhnya Malaikat berselawat ke atas orang-orang yang bersahur." (Hadith Hasan riwayat Imam Ahmad)

-----------------------------------------------------------------------------------

Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..macam ini antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..kalau x bangun jugak
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia…kalau x bangun jugak
3. renjis air kat muka dia…sambil panggil nama dia…kalau x bangun jugak
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia…kalau x bangun jugak
5. tutup kipas/air cond..

tapi kalau still tak ada effect
1. jerit nama dia kuat kuat…kalau x bangun jugak
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit..kalau x bangun jugak
3. simbah air sebaldi…kalau boleh air rendam baju dalam korang..x bangun jugak
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam..x bangun jugak
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami! …x bangun jugak
6. jerit api! api! api!…x bangun jugak
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit…

tapi kalau still tak ada effect gak kannnn
1. pergi kat telinga dia…then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali…kalau masih x bangunnnn…
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

Tapi kalau still tak ada effect gak…ni je la cara terakhir
1. panggil je la orang masjid/surau untuk uruskan…kerana tuhan lebih menyayanginya

Pantang Larang Orang2 Tua Yang Tak Masuk Akal

Orang-orang tua dulu-dulu banyak sangat pantangnya. Tapi zaman sekarang ni dah berubah, orang-orang muda dengar mula la gelak. Aku himpun apa yang aku tau. Semua ni aku selalu dengar dari Opah kesayangan aku.

1. Tunjuk kat pelangi nanti kudung tangan.
2. Jangan duduk atas bantal nanti bisol punggong
3. Jangan nyanyi kat dapo nanti kawin dgn org tua
4. Jangan mkan pindah pindah tempat nanti kahwin banyak.
5. Jangan asah pensel depan belakang nanti mati mak
6. Jangan makan pisang kembar nanti bila dah kahwin beranak kembar.
7. Jangan jalan tak pakai kasut nanti masuk cacing
8. Jangan buang kuku malam2 nanti mati kuku
9. Bebudak tak boleh makan tengkok ayam, nanti kawin kepala lentok..
10. Kalo sapu lantai jgn bg kena kaki nnti xleh kawin.
11. Jangan minum gogok (minum dari botol) nanti jadi begok
12. Jangan main lidi nanti sial
13. Anak dara jgn dok depan tangga umah nanti tak laku
14. Jangan bersiul dalam rumah kang masuk ular
15. Jangan sabung kaki(menyilang kaki) nanti mati mak.
16. Rama masuk rumah tanda ada orang nak datang
17. Telapak tangan gatal nak dapat duit
18. Jangan makan dalam periuk nanti kahwin hujan
19.

Cuba Baca Dengan Laju

Cerita yg bermula dengan huruf K
Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam..kenapa?"Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kuku ku kelurut, kita kena ketiplah!"Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?" Ketam ketawa,

Kah..kah..kah.kih..kih..kih.Kuh..kuh..kuh.!!Kodok..Kodok..kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"Ketam kilas, "Kelakar.""Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat."kelekut!", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok.Ketam kata, "Kodok..Kodok..kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan."Kesian Ketam, kepala kena keperok.

Cerita yg bermula dengan huruf C:


Copot cahabat ciput Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah.cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau.cahaye cerah cube culik copot. Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot. copot cangat cuak came. ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi.ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot.ciput cakap came copot, "chuuu..chuuu...cenyap...cenyap copot...".copot cambung cakap, "copot cudah cenyap..ciput cenyap camelah.".celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot.ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot.".ciput cenyum cambil chow came copot..Caja cuka

Loghat Negeri Perak

Senarai loghat cakap orang Perak.

1. Ate = (habis tu/abis tu)
2. Bolen = bogel
3. Bantei = hentam/pukul/belasah
4. Bertohor = berlapar / menahan diri daripada makan
5. bengkin/bengkeng/bengken = garang
6. Bulor = luntur/lusuh
7. Bejeghaib = mcm hampir2 melekat
8. Biut = degil
9. Besit = sebat
10. Ngelewor - Terumbang ambing kekiri ke kanan
11. Meraban Teben [Reyben Teyben] - Tak Tentu Arah
12. NGELENYOR - GATAI Mengedik atau pun ngadaƂ²
13 perok - JAKUN ATAU TAK PERENAH TENGOK BARANG
14. toben - tua bangka
15. nyeghogin - tersenyum sorang diri
16. mentekedaghoh - MAKAN
17. Meroloh - Tidor
18. Kumbo - punggah barang-barang
19. Dedor- demam
20. Yangat = minuman paneih (tea, kopi, melo, neskepe dll)
21. Tengin- bodoh
22. Rhodok - tak tentu arah,yang bukan-bukan
23. Auta - Pembohong
24. Telagoh - berkelahi
25. Megchechor - Cicir
26. Libang Libu - x tentu arah
27. thereban - Buang
28. Tembok - tepi jalan tar
29. Nga - Mengail
30. Ngelat - tipu
31. Suh - senyap sunyi
32. Hangat Pijo - panas
33. Tagan - suatu alat yang digunakan untuk menang
34. Ngelupor - mengelupur
35. Kendian - kemudian
36. Tehnang - Aim
37. Ghebor - Selimut
38. Semedang - Selalu
39. Cat Ci Bo - pepatung
40. Labun - Tipu
41. Tak Sior - tak nak
42. Dabei - beg duit
43. Beda'ah - Tipu
44. Kulu Kelo - kesana kesini
45. Ngocah - usik-usik
46. Seloroh- gurau
47. Tuang - ponteng
48. Mengeligih - kesejukan
49. Jongket - gatal
50. Bengkeng - garang
51. Bertohor - berlapar
52. Getik - menyampah
53. Leboh - dah pergi
54. Meletun - Melatun
55. Tumpo - mati
56. Tak Mandang - tak ada
57. Gelor - panggilan
58. Teman - saya
59. Kume - saya
60. Kome - mereka
61. Mike - kamu
62. Mengeteh - lepak minum ngan kawan2
63. Senayan - isnin
64. Ayor - air
65. Nyior - buah kelapa
66. Terkalin - terbalik

Takat ni dapat saya himpunkan. Kalau ada yang nak menambah atau ada kesalahan bagi le tau kat teman yer.

PERAK TIGHTENS SECURITY AT STATE SECRETARIAT

IPOH, Aug 28 (Bernama) -- Security at the Perak state secretariat will be tightened from Tuesday and visitors will be subjected to stringent checks before they are allowed in.

State Education, Local Government, Housing and Transport Committee chairman Nga Kor Ming said visitors would have their names, identity card numbers and telephone numbers taken, and to state the reasons for their visits.

"This is a security precaution and visitors will also have to go through an automatic (scanning) machine which will be installed at the Perak Darul Ridzuan building," he told reporters here today.

"Visitors will not be allowed to bring in bags, large envelopes and mobile phones, and those who do so will be asked to surrender them to the special assistants at the offices for safe-keeping."

On the need to tighten security, he said this was to prevent state executive councillors from being "trapped" as what had happened to Jamaluddin Mohd Radzi and Capt.(R) Mohd Osman Mohd Jailu.

Aug 30, 2008

Shopping

Image834

DSC00248

Image835

P8170011

DSC00249

Penat aku bershopping tok family hari ni. Lokasi belakang Greentown mall. Kat sini banyak pilihan dan harga nya murah. Aku syorkan kedai no.4 sebab jurujual nya cun oooo.

Kereta aku

P8300003

Siapa la sketch artis yang menghumban kan karya seni nya ke atas kereta aku ?. Sunguh x bertemadun. Dah la nak raya kereta lak dah cacat skit tak syok la raya.

Kerja-kerja..

Image081

Pc hari-hari dok aku tatap sambil naik juling mata.

Ya allah !!
aku terlupa nak buang air kopi tersangkut kat drawer aku.

Image820

Snek Tunggu Anak Bis Sekolah

DSC00239

Depan Sekolah Rendah Sg Rokam
Tiap-tiap petang pas kerja kat sini la aku melepak ngan kaum-kaum bapa menunggu anak habis sekolah. Keropok Lekor nya the best in Ipoh. Seringgit sehari dah tentu. Hari-hari makan pun tak jemu. Apa rahsia pakcik tu ??

Aug 28, 2008

Moh Tempah Langsir wehhh

Header _Kedai langsir copy

B & Y Trading & Services telah ditubuhkan pada 23 Mac 2008 dan bertapak di Prima Saujana, Kajang.

Dengan barisan kakitangan yang terlatih dan mesra pelanggan, B & Y menawarkan perkhidmatan dari khidmat rundingan sehinggalah kepada pemasangan di tempat anda. Dengan berkonsepkan identiti "One Stop Centre", pelbagai produk dan perkhidmatan boleh didapati daripada B & Y sama ada untuk kediaman anda, pejabat mahupun pembekalan untuk projek dan tender.

Perkhimatannya Meliputi

* Khidmat pakar hiasan dalaman.
* Tempahan langsir tabir, bidai, dan pelmet.
* Tempahan komforter dan cadar.
* Tempahan sofa dan sarung kusyen.
* Kertas dinding dan permaidani.
* Trek langsir, palang, tasel dan eksesori hiasan.
* Bidai menegak, bidai melintang dan roller screen.
* Roman blind dan lain-lain.
* Pelbagai fesyen pakaian.

Projek
~Menjadi tailor Kamdar.

~Menjahit ready made langsir untuk Kamdar Kajang.

Company :-
Kamdar Sdn. Bhd.
Kajang
Hubungi Kami Di :-
Alamat:
No. C-12-GB,
Jalan Prima Saujana 2/B,
Taman Prima Saujana,
43000 Kajang,
Selangor.
( Berdekatan Giant & Kamdar )

H/P: 017-3134500
H/P: 017-6200687

Email: bny.curtain@gmail.com

flyer

Uptown Ipoh

DSC00238

Lokai di Jalan Sultan Idris Shah.
Sesuai ngan cogan katanya "Singgah lee.. Macam-Macam ada". Salah satu port yang hidup di kala malam di pekan Ipoh. Menjadi tumpuan orang ramai mencari barangan berbrand ngan harga yang murah. Mari le singgah yob ngan yong macam-macam ada. Setiap malam selalunya 8 malam dah mula ramai orang.

Pagi Ahad pulak di Jalan Horney. Bermula pada pukul 7 pagi sampai 12 tengah hari. Bermacam-macam barang boleh dicari, ada barang yang tak disangka pun ada dijual. Kena pandai dalam bidang tawar menawar kalau tak hanyut la kome.

haribalik17307116

Perak03may001

Perak03may022

Perak03may032

sumber dari siverian - azreenhc77

Aug 27, 2008

aKu ZamaN KeciK2

scan0002

Ada kata ku keras kepala
Ada kata ku tak dengar kata
Adakala aku bengang juga
Tapi aku rileks saja
Bukan mereka buat ku kaya
Bukan mereka buat ku bahagia
Jangan sangka aku dlm diam
Teruskan biarkan aku dihentam
Zaman kita tidak sama
Selera berbeza- beza
Hanya terbuka kan lah dada
Terjawab lah hakikatnya
Kau bukan aku Aku bukan engkau
Jadikan engkau buat kacau
Dunia luas biar sama puas
Tidak perlu kita tindas menindas
Tapi orait
Gua orait
Lu pun orait
Semua orait
Kita tak sama tetap tidak sama
Hapuskan segala perangka
Hapuskan tuduhan dusta
Mungkin benar kau kata
Mungkin aku benar juga
Tak siapa tahu
Tak siapa mahu
Mengambil sikap terlaluan
ku bukan extrem Cakap aku serupa bikin
Cuba bayang hari sebaik mungkin

Jam ke ?

P8100025


8.00 pagi hari Isnin.
Laluan setiap hari aku ke Opis. Clear tak de jam. Mana nak dpt cam ni kalau kat Kuala
Lumpur. Aku memandu ngan tenang sambil layan Sinar fm.

Aug 25, 2008

IPOH PERAK

Bendera_Perak


Pokok Ipoh
pokok ipoh

Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "pokok ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.


bandar Ipoh

dari kledang hill

Ipoh ialah sebuah bandaraya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur, Georgetown, dan Johor Bahru.

Kini, "Ipoh" telah berada dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, dimana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh. Secara sejarahnya, "Ipoh" terbahagi kepada Pekan Lama dan Pekan Baru yang mana dipecahkan oleh Sungai Kinta ditengah-tengah bandarnya.

Terdapat beberapa pekan dan bandar disekitar Ipoh di bawah pentadbiran MBI:

1. Ampang
2. Bercham
3. Buntong
4. Chemor
5. Cyber City
6. Falim
7. Gugusan Manjoi
8. Gunung Rapat
9. Ipoh Garden
10. Jelapang
11. Kelebang
12. Lahat
13. Meru
14. Menglembu
15. Pasir Puteh
16. Pekan Baru
17. Pekan Lama (Old Town)
18. Pengkalan
19. Simpang Pulai
20. Station 18
21. Sunway City
22. Tambun
23. Taman Cempaka
24. Tanjung Rambutan
25. Tasek

Tokong Gua

Sepanjang Jalan Gopeng, kelihatan banyak tokong-tokong gua yang merupakan kebangaan Ipoh. Nam Tin Tong, Koon Yam Tong, Sam Poh Tong, Ling Sen Tong merupakan antara tokong-tokong ternama di situ. Dinding gua dihiasi dengan pelbagai lukisan dan kaligrafi Cina yang berunsurkan agama Tao dan Buddha. Do Jalan Kuala Kangsar pula tokong gua yang paling popular adalah Perak Tong.

Tokong Paloh Ku Miew

Paloh Ku Miew ialah tokong tertua di Ipoh, yang menyembah Tai Pak Koong, dewa tempatan yang melindungi kaum Cina apabila mereka mula-mula menetap di Ipoh. Antara penyumbang utama kepada tokong ini ialah Yau Tet Shin, seorang pelombong yang sangat terkenal pada masa itu. Tokong ini dapat dilihat daripada jambatan Hugh Low Street (Jalan Sultan Iskandar) yang memisahkan pekan baru dengan pekan lama Ipoh.

Masjid Panglima Kinta

Masjid ini dinamakan atas Datuk Panglima Kinta yang banyak memberi sumbangan kepada kemajuan Ipoh. Masjid ini terletak di Jalan Hume (Hume Street) di pekan lama Ipoh. Masjid ini juga dijadikan sebagai Masjid Negeri bagi umat Islam bersembahyang dan melakukan Ibadah. Masjid ini terletak hanya bertentangan dengan Pejabat Pos Ipoh dan Stesen Keretapi Ipoh.

Taman Dr Seenivasagam

Taman yang terletak di tengah bandar Ipoh ini merupakan salah satu taman yang lama dibina di Ipoh , sesuai untuk pengunjung melepaskan lelah dan beriadah kerana taman ini mempunyai trek motorsikal mini, kolam ikan, tasik serta padang yang agak luas. Taman ini jugak mempunyai replika taman diluar negara, iaitu Taman Jepun yang hanya terletak bersebelahan dengan pintu masuk utamanya.

Membeli-Belah

Terdapat beberapa destinasi membeli-belah di Ipoh, seperti:

* AEON Jusco Kinta City
* Ipoh Parade Shopping Centre
* Greentown Shopping Mall
* Econsave,Jalan Kampar
* The Store,Jalan Kampar
* Tesco Hypermarket, Ipoh
* Tesco Fresh & Distribution Centre, Simpang Pulai
* Tesco Extra, Taman Tasek Indra
* Giant Superstore, Sunway City
* Pengkalan Emas Mall, Station 18
* Kompleks Yik Foong
* Billion & The Store Supermarkets (sekitar bandar Ipoh)
* Glamour Square, Bercham (dalam pembinaan)
* Festival Walk, Perak Tourism Hub (dalam pembinaan)
* Tesco Hypermarket Pengkalan @ Station 18 (dalam pembinaan)
* Tesco Hypermatket, Bandar Baru Kelebang (dalam perancangan)
* Mydin Store Manjoi (dalam pembinaan)
* Mydin Store Meru Raya (dalam perancangan)
* Mydin Store Ulu Kinta (dalam perancangan)

Sekolah (Rendah dan Menengah)

Terdapat beberapa sekolah di Ipoh dan juga sekolah yang telah dibina hampir se-abad yang lalu. Diantaranya termasuklah:

* Anderson School Ipoh
* Anglo-Chinese School Ipoh
* Ave Maria Convent
* Ipoh International School (IIS)
* Methodist Girls School Ipoh
* SMJK Perempuan Perak
* Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
* Sekolah Izzudin Shah
* Sekolah Kebangsaan Dato' Panglima Kinta
* Sekolah Kebangsaan Manjoi 1 & 2
* Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMARI)
* Sekolah Menengah Doktor Megat Khas Ipoh
* Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Ipoh (Main Convent)
* Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat
* Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Puteh
* Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya Ipoh
* Sekolah Menengah Kebangsaan kg. Dato' Ahmad Said Ipoh
* Sekolah Menengah Kebangsaan kg. Pasir Puteh
* Sekolah Menengah Kebangsaan Menglembu
* Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia (6J)
* Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan (SRC)
* Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Ipoh (RPS)
* Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun
* Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Jaya
* Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA)
* Sekolah Menengah Seri Intan
* Sekolah Menengah Seri Putera
* Sekolah Menengah Sri Ampang
* Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator
* Sekolah Menengah Teknik Ipoh Persiaran Brash
* Sekolah Raja Perempuan Taayah
* Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh
* SM Raja Chulan Ipoh
* SMJK Sam Tet Secondary School
* SRJK(C) Sam Tet Primary School
* SMJK Poi Lam
* SJK (C) Poi Lam
* SMJK Yuk Choy
* SRJK(C) Yuk Choy
* SRK La Salle Ipoh
* SRK MARIAN CONVENT
* St Michael's Institution
* Tarcisian Convent
* Yuk Choy (SUWA) Independent High School
* SJK(T) St.Philomena Convent

Institut Pengajian Tinggi

* Institut Teknologi Cosmopoint
* Institut Kompas Accountancy and Business College
* Kolej WIT
* Linton College
* Olympia College
* Polytechnic Ungku Omar
* Sunway College Ipoh
* Kolej Poly-Tech MARA
* Unikl-RCMP

Sukan

Terdapat satu kawasan yang luas iaitu di Kampong Simee telah dipilih oleh Dewan Bandaraya sebagai Pusat Sukan. Sukan utama yang popular bagi (bola sepak) dan sukan-sukan lain, juga bagi acara padang banyak berlaku di Stadium Perak. Bersebelahan Stadium Perak terdapat juga stadium tertutup, iaitu Stadium Indera Mulia, memainkan peranan sebagai hos bagi sukan badminton. Ipoh juga rumah kepada Perak FA .

Berdekatan dengan stadium terdapat Kompleks Sukan Renang yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya. Ia dibuka kepada orang umum dengan kadar harga yang berpatutan (RM1 untuk hari biasa/RM2 untuk cuti umum and hari minggu). Kompleks ini mempunyai kolam bersaiz Olimpik, kolam untuk menyelam, kolam berombak, kolam bersederhana saiz dan kolam untuk kanak-kanak.

Ipoh merupakan tuan rumah velodrom, iaitu dipanggil Velodrom Rakyat. Ia merupakan Velodrom yang pertama di Malaysia dimana ia dibina atas inisiatif Dato' Darshan Singh Gill (sekarang Tan Sri Dato' Seri). Tambahan lagi, Ipoh juga menyerlah sebagai salah satu dari beberapa bandar di Malaysia yang mempunyai "stadium astroturf" untuk sukan hoki, yang dipanggil Stadium Azlan Shah.

Untuk golf pula, padang golf popular yang terdapat di Ipoh ialah Kelab Golf Diraja Perak (sebelah Tiger Lane atau Jalan Sultan Azlan Shah). Kelab Golf Meru terletak di Jelapang. Selain itu, jalan menuju ke Batu Gajah, terletaknya Clearwater Sanctuary golf club.

Tempat bagi sukan-sukan lain termasuklah Kelab Kilat di Pasir Pinji, Padang Ipoh di Pekan Lama, Padang Polo, dan padang polo di Iskandar Polo Club, di Ampang Baru.

Pengangkutan

* Jalan Persekutuan: Jalan umum di malaysia menghubungkan Ipoh dengan pekan-pekan sekitarnya dan juga Negeri-negeri lain (seperti pekan Gopeng, dan bandaraya Kuala Lumpur ke arah selatan).
* Lebuhraya: Dengan terbinanya Lebuhraya Utara-Selatan, kenderaan dapat bergerak dengan pantas serta lebih efisyen berbanding Jalan umum. Walaubagaimanapun, sesetengah pekan seperti Kampar hanya boleh dihubungi melalui Jalan umum. Pemandu yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan terpaksa memilih keluar ke Ipoh dari mana-mana 4 jalan keluar - Simpang Pulai, Ipoh(S) , Ipoh(U) & Jelapang.
* Keretapi: Ipoh's railway station dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan ianya terletak di Pekan Lama. Landasan keretapi ini hanya dapat menghubungkan diantara Ipoh dengan pekan dan bandar-bandar berdekatan.
* Bas: Termina bas antara-banndar terletak di Silveritage Galleria dekat Jalan Gopeng, berdekatan dengannya ialah Gunung Rapat, selatan Ipoh (dahulunya terletak di Medan Kidd, Pekan Lama).
* Udara: Bagi penerbangan udara, Lapangan terbang Sultan Azlan Shah merupakan satu-satunya lapangan terbang di Ipoh. Ia terletak berdekatan dengan Gunung Rapat. Walaubagaimanapun, lapangan terbang ini hanya memberi perkhidmatana penerbangan domestik (dan satu penerbangan antarabangsa).
o Untuk Mei 2006 (bagi Malaysia Airlines) dan September 2006 (bagi AirAsia), penerbangan telah digantung untuk mendarat di Ipoh. Diantara alasan-alasannya ialah jalinan udara yang tidak menguntungkan serta landasan yang terlalu pendek (untuk kes AirAsia).
o Penerbangan antarabangsa pula hanya terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (di Lembah Kelang, 200km ke selatan), dimana ia boleh dihubungi di jalan darat oleh bas ekspress (harga lebih kurang RM50 seperjalanan).
o Buat masa ini, lapangan terbang Ipoh digunakan oleh satu-satunya syarikat penerbangan Indonesia dan memberi perkhidmatan udara diantara bandar Medan-Ipoh.

Bandaraya Kembar

Ipoh telah menjalinkan hubungan bandaraya kembar (sister city) dengan bandaraya-bandaraya berikut:

* Fukuoka, Jepun
* Guangzhou, China

~Sejarah perak~
Zaman Kesultanan Melayu
Negeri Perak telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi, iaitu manusia telah menduduki negeri Perak semenjak 400,000 hingga 8,000 tahun Sebelum Masihi.
Sejarah Kesultanan Perak bermula pada 1528 dengan kemahkotaan Sultan Muzaffar Shah I, keturunan Sultan Mahmud Shah dari Melaka. Oleh demikian, Kesultanan Perak adalah keturunan secara langsung daripada Kesultanan Melaka.
Walaupun wangsa itu bermula dengan nasib yang baik, nasib itu tidak dapat dikekalkan kerana ia menjadi mangsa pihak Aceh, Bugis, Portugis, Belanda, Thailand dan kemudiannya British. Pihak Aceh telah dua kali melarikan Sultan berserta keluarganya ke Aceh, Sumatera.

Zaman Penaklukan British
Penemuan lapisan timah yang terkaya di dunia pada 1824 menarik pemasukan pendatang secara besar-besaran, terutamanya orang Cina. Dikaitkan dengan peraturan yang merumitkan tentang pewarisan serta orang bangsawan yang amat berkuasa, kerusuhan sosial dan politik yang dialami tidak dapat dielakkan. Campur tangan pihak British pada 1874 menyebabkan penyelesaian yang sekurang-kurangnya memperlihatkan tolak ansur, iaitu Sultan (seorang perampas) dipujuk turun takhta dengan pembayaran pencen supaya waris yang sah boleh dimahkotakan. Seorang Residen British tiba untuk menasihatkan Sultan dan sepasukan polis tentera India diasaskan. Walaubagaimana pun, Residen yang baru itu tidak menerima sambutan yang popular dan beliau terbunuh pada 1877. Alangnya, Sultan yang baru telah terbabirt dalam peristiwa ini dan dibuang negeri ke Seychelles. Seorang pemangku raja mengambil alih tempatnya dan sepuluh tahun kemudian diizin menjadi Sultan. Baginda mangkat tidak sampai sebulan selepas baginda menjadi raja.
Warisnya, Sultan Idris, terbukti menjadi salah seorang Melayu yang bijaksana. Negeri Perak menjadi makmur dan maju di bawah pemerintahanny a. Keadaan kewangan dikawal dan langkah-langkah pertama untuk membentukkan negeri-negeri bersekutu diambil. Perak menjadi salah satu daripada negeri-negeri pertama yang membentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada 1897.
Negeri Perak menderita apabila harga getah merosot selepas Perang Dunia I. Walaupun Sultan Idris mangkat pada 1916, waris-warisnya terbukti bijak dari segi pandangan. Sultan Alang Iskandar Shah berkhidmat dengan polis NNMB dan memainkan peranan yang penting dalam pengasasan Rejimen Askar Melayu DiRaja pada 1930-an. Perak diserang dan ditewas oleh pihak Jepun pada Hari Raya Tahun Baru 1942. Walaubagaimana pun, Sultan Abdulazziz, bukan seorang raja yang senang digulingkan.
Negeri Perak memasuki Malayan Union pada 1 Februari 1948. Ia juga ikut serta negeri-negeri lain untuk membentukkan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, dan menjadi salah satu daripada negeri-negeri Malaysia pada 16 September 1963.

Salasilah Kesultanan Perak:

1. Sultan Muzaffar Shah (1528-1540 M)
2. Sultan Mansur Shah I (1549-1577 M)
3. Sultan Ahmad Tajuddin (1577-1584 M)
4. Sultan Tajul Ariffin Shah (1584-1594 M)
5. Sultan Alauddin Shah (1594-1603 M)
6. Sultan Mukaddam Shah (1603-1619 M)
7. Sultan Mansur Shah II (1619-1627 M)
8. Sultan Mahmud Shah (1627-1630 M)
9. Sultan Salehuddin Shah (1630- 635 M)
10. Sultan Muzzaffar Shah II (1636-1653 M)
11. Sultan Mahmud Iskandar Shah (1653-1720 M)
12. Sultan Alauddin Mughayat Shah (1720-1728 M)
13. Sultan Mudzaffar Shah III (1728-1744 M)
14. Sultan Muhammad Shah (1744-1750 M)
15. Sultan Iskandar Zulkarnain (1754-1764 M)
16. Sultan Mahmud Shah (1764-1771 M)
17. Sultan Alauddin Mansur Shah (1771-1786 M)
18. Sultan Ahmaddin Shah (1786-1806 M)
19. Sultan Abdul Malek Shah (1806-1818 M)
20. Sultan Abdullah MuĆ¢€˜azzam Shah (1818-1830 M)
21. Sultan Shahabuddin RiĆ¢€˜ayat Shah (1830-1851 M)
22. Sultan Abdullah Muhammad Shah (1851-1857 M)
23. Sultan JaĆ¢€˜afar Shafuddin Shah (1857-1865 M)
24. Sultan Ali Al-Mukammil Innayat Shah (1865-1871 M)
25. Sultan Ismail MuĆ¢€˜abiddin RiĆ¢€˜ayat Shah (1871-1874 M)
26. Sultan Abdullah Muhammad Shah (1874-1877 M)
27. Sultan Yusuf Sharifuddin MuĆ¢€˜azal Shah (1877-1887 M)
28. Sultan Idris Murshidul Azam Shah (1887-1916 M)
29. Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Shah (1916-1918 M)
30. Sultan Alang Iskandar Shah (1918-1938 M)
31. Sultan Abdul Aziz Al-Mutasimbillah Shah (1938-1948 M)
32. Sultan Yusuff Izzuddin Shah (1948-1963 M)
33. Sultan Idris Iskandar Shah (1963-1984 M)
34. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (1984-Sekarang)
melayu online.com