Tengahari tadi aku bukak Facebook aku.. lama jugak aku x on9 kat facebook tu.. Aku dapat satu note dari kawan yang dah macam adik sendiri. Tengku Puteri Alia Fareenah Tengku Mohammad. Her Last Note nya:-
Selama Lia di sini, Lia rasa happy sangat. Lia rasa kasih sayang dari semua. Setiap pagi waktu Msia, Faizal mesti akan online. Dia yang akan hiburkan Lia. Bila pagi waktu Msia jugak, Laksamana akan masuk dan bagi kata-kata puitis yg buat Lia senyum. Pastu, nanti Adah dan Ekin akan bagi lagu dan kata-kata semangat utk Lia. Taariq akan wish good night kat Lia setiap malam. Wan pulak tak pernah fail nak meriahkan status Lia. Aziah dgn jokes dia yang sentiasa buat Lia ketawa. Semua nie akan Lia ingat. Kepada yg Lia tak sebut nama, bukan Lia tak sayang. Tapi terlalu ramai yg Lia syg. Korang semua dah muncul dalam hidup Lia dan kalau ditakdirkan Cuma utk sementara, Lia bersyukur kerana ditemukan dgn korang. Maafkan Lia lagi sekali sebab tak cerita awal-awal benda nie.
Lia nak tulis lagi panjang tapi Lia tak mampu. Air mata Lia dah makin laju. Ya Allah. Lindungilah kawan-kawanku semua. Berkatilah hidup mereka. Semoga mereka berjaya dalam hidup dan bahagia. Itu saja doa Lia buat semua. Izinkan Lia mengundur diri. Kalau ada jodoh dan umur panjang, korang akan nampak Lia kat sini lagi. Lia akan bagi my password to Fina. Dia akan update korang from time to time. Esok Lia dah kena gi spital untuk kuarantin. Pastu operation is on Wednesday morning. Doakan Lia.
Kepada sesiapa yang tak tau, Lia kena cancer usus stage 4. Dah teruk dah sebenarnya. Sebab tue, Lia dapat excuse tak g kelas and sebab tue my family is here since Xmas lagi. Maafkan Lia sebab tak bgtau.
I love you all. You guys will be forever in my heart.
Ikhlas,
Tengku Puteri Alia Fareenah Tengku Raja Mohammad Majid Shah
Olympia, Kensington, London @ 9.13pm (GMT)
Aku ralat sangat , last week dia ajak aku YM.. time tu aku bz then dia cakap dia dah nak masuk gua, abg tak leh ikut.. aku ingat dia bergurau. Sejak aku kenal dia, dia langsung x nak cakap pasal penyakit dia.. lebih banyak dia bertanya pasal keluarga aku... banyak dia bagi kata2 nasihat kat aku..